Showing posts with label Astro Awani. Show all posts
Showing posts with label Astro Awani. Show all posts

Tuesday, 13 May 2014

[Video] Perbualan Ahmad Said dengan Astro Awani..."Saya nak kahwinkan anak!" Najib kata "biasa...'

Selasa, 13 Mei 2014


Laaaaa..Laaaaa Laaaa laaaa
Kayuh Basikal Nak Majlis Ilmu Uia Di Dewan Futsal..
Di Masjid Bukan Ada apa Kan.. Ada jkkk Saja..

wawancara melalui talian talifon astro awani bersama mantan MB Terangganu... dengarkan luahan yang dilemparkan oleh abang eid hehehe

DS Zahid Komedi
Ternow!!!
Wawancara terkini bekas MB Terengganu dan Astro Awani selepas isu pergolakan Umno di Terengganu.
Photo
Terlanjur Perbuatan Terimalah Akibatnya
Hudud Dewan Terenganu Tolak Mentah
Sekarang Kamu Tanggung Lah
Allah maha Mengetahui Segala Galanya

INILAH KAD JEMPUTAN KAHWIN SEBAGAI BUKTI BETAPA PADA PENILAIAN MANTAN MB TERENGGANU, AHMAD SAID, NAJIB RAZAK LANGSUNG TIDAK BERTIMBANG RASA?

Photo: INILAH KAD JEMPUTAN KAHWIN SEBAGAI BUKTI BETAPA PADA PENILAIAN MANTAN MB TERENGGANU, AHMAD SAID, NAJIB RAZAK LANGSUNG TIDAK BERTIMBANG RASA??? 
http://omakkau.blogspot.com/2014/05/inilah-kad-jemputan-kahwin-sebagai.html
Hati siapa tidak remuk .. jiwa siapa tidak sedih .. kalau diperlakukan sebegini rupa .. macamlah tidak boleh tangguh untuk seminggu dua lagi ... dia nakkan anak perempuannya bersanding dan mengadakan majlis perkahwinan di rumah kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu.

Omak Kau tidak pernah menyanjung dan menyokong UMNO dari dulu kini dan selamanya .. tapi bab ini nampak sangat mantan Menteri Besar Terengganu diperlakukan cukup hina dan zalim sekali.

Bayangkan .. semua persiapan sudah diatur dan hampir tunggu waktu upacara perkahwinan sahaja... kad kahwin sudah beribu dicetak .. kain rentang dan bunting sudah siap ditempah .. minta tangguh seminggu pun ditolak mentah-mentah .. macamlah kalau ditangguhkan akan berlaku huru hara kacau bilau negara dan negeri Terengganu.

Lagi menyedihkan sampai angkat sumpah MB baru dilakukan di waktu malam, macamlah tidak boleh ditunggu esok harinya diadakan waktu siang .. segi peruntukan tidak menyalahi tubuh badan undang-undang dan perlembagaan negeri Terengganu tetapi ianya dilihat macam tindakan gelojoh gopoh gapah sahaja.

Cuba bayangkan .. seorang Menteri Besar selama 6 tahun minta tangguh seminggu pun tidak dibenarkan .. apalah sangat 7 hari ...

Kalau ini boleh berlaku keatas seorang pemimpin UMNO bertaraf Menteri Besar .. apa jaminan pada yang ahli-ahli UMNO biasa yang tiada jawatan dan status ini? ... Ikut hukum akal logik sudah pasti lebih teruk diperlakukan.


"Tak cukup ke apa yang sudah saya lakukan selama 5 tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar? Saya minta tangguh bukan tak mahu tetapi tunggu hingga majlis anak saya selesai. Kalau sudah tidak mahu saya lagi, saya keluarlah daripada UMNO, InsyaAllah lepas ini tidak akan ada lagi kerajaan"

MOHON SANGAT-SANGAT KEPADA SEMUA AHLI UMNO TIDAK KIRA APA KEDUDUKAN DALAM PARTI ... CUITKAN MINDA .. AJAK AKAL DAN OTAK BERFIKIR .. DIMANA NILAI KAMU DIHATI DAN JIWA PEMIMPIN TERTINGGI UMNO?
Posted by 
Read More

Friday, 24 May 2013

Timbalan Pesuruhjaya, Khalid Samad - PAS Selangor seru semua ahli sertai himpunan 505 petang ini...Menyangkal dakwaan Astro Awani!

Sabtu, 25 Mei 2013
PAS Selangor menolak dakwaan sebuah stesen TV, Astro Awani
SHAH ALAM: PAS Selangor menolak dakwaan sebuah stesen TV, Astro Awani kononnya menghalang ahlinya menyertai perhimpunan aman Himpunan Suara Rakyat 505 di Petaling Jaya malam ini.
Bahkan, kata Timbalan Pesuruhjayanya, Khalid Samad, PAS Selangor menyeru semua ahlinya menyertai himpunan itu.
"Saya diberitahu, Astro Awani ada menyiarkan berita kononnya PAS Selangor menghalang ahlinya menyertai himpunan di padang Amcorp Mall malam ini.
"Saya ingin beritahu, ia tidak benar bahkan kita menyeru semua ahli dan penyokong menyertainya malam ini," kata Khalid (gambar kanan) ketika menghubungi Harakahdaily.
Sebelum ini,  PAS Pusat mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling itu.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.
“PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily.

Himpunan anjuran gabungan labih 50 NGO itu dijadul berlangsung di Padang Timur (Amcorp Mall) bermula jam 5 petang sehingga ke sebelah malam hari ini.
Difahamkan himpunan itu juga bakal menampilkan individu-individu yang mengalami sendiri penipuan pada PRU13 lalu untuk menceritakan pengalaman masing-masing.HD


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena