Showing posts with label Ahmad Said. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Said. Show all posts

Thursday, 29 May 2014

50 Pegawai Tadbir Negeri Ditukar!...Pastikan 'orang-orang Ahmad Said' disingkir dan dimatikan!

Jumaat, 30 Mei 2014

Selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik menteri besar menggantikan Datuk Seri Ahmad Said. Team UMNO baru Terengganu membuat proses "pemutihan" team Ahmad Said dalam Kerajaan Negeri.

Seramai 50 Pegawai Tadbir Negeri  akan ditukar berkuat kuasa 2 Jun ini mengikut sumber daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah.

Mengikut sumber berkenaan lagi "PEMUTIHAN" juga akan di lakukan untuk setiap UMNO Bahagian untuk memastikan 'orang-orang Ahmad Said' disingkir dan dimatikan terus untuk memastikan mereka tidak boleh bangkit terus.

Ada juga sumber menyebut pemutihan ini adalah mendapat restu daripada UMNO Pusat untuk mematikan hanya satu team sahaja UMNO di Terengganu.

Kesian Ahmad Said selepas ini akan dijadikan Bahan Makanan Zoo Terengganu!!

TEMPAYAN RETAK
Read More

Tuesday, 13 May 2014

Krisis Terengganu... Ahmad Said di ugut?

Rabu, 14 Mei 2014

TERKINI: Ahmad Said Di Ugut Hafis Faisal Dedahkan Salahlaku Politik Wang

Hafis Faizal / Ahmad Said
Siapa Hafis Faisal..??

Orangni pun tak kenal...

Dalam posting statusnya di FB nampaknya hebat mengugut dan menghentam Ahmad Said berkaitan kiash Ahmad Said keluar UMNO berikutan isu panas kerajaan UMNO BN Terengganu.
AKU BERI AMARAN KEPADA MANA2 YB DUN TERENGGANU YG BERHASRAT UNTUK LOMPAT PARTI TERUTAMANYA DS AHMAD SAID SILA TERUSKAN AKU AKAN DEDAHKAN VIDEO n GAMBAR2 SALAHLAKU POLITIK WANG MELIBATKAN DS AHMAD SAID SERTA ORANG2 BESAR PARTI!!!!! aku hanya diatara kepimpinan kerdil akar umbi.
Malangnya status ini telah di deletekan setelah mendapat amaran dari seseorang...
Status yang menyindir Ahmad Said dari Hafis Faisal...

Inilah budaya dalaman UMNO...ugut mengugut menjadi senjata mereka,salahguna kuasa menjadi amalan mereka dan amalan itu juga akan jadi senjata mereka untuk menakutkan kalau tinggalkan parti...itu belum pasal tawar menawar...hahaha....

Read More

[Video] Perbualan Ahmad Said dengan Astro Awani..."Saya nak kahwinkan anak!" Najib kata "biasa...'

Selasa, 13 Mei 2014


Laaaaa..Laaaaa Laaaa laaaa
Kayuh Basikal Nak Majlis Ilmu Uia Di Dewan Futsal..
Di Masjid Bukan Ada apa Kan.. Ada jkkk Saja..

wawancara melalui talian talifon astro awani bersama mantan MB Terangganu... dengarkan luahan yang dilemparkan oleh abang eid hehehe

DS Zahid Komedi
Ternow!!!
Wawancara terkini bekas MB Terengganu dan Astro Awani selepas isu pergolakan Umno di Terengganu.
Photo
Terlanjur Perbuatan Terimalah Akibatnya
Hudud Dewan Terenganu Tolak Mentah
Sekarang Kamu Tanggung Lah
Allah maha Mengetahui Segala Galanya

INILAH KAD JEMPUTAN KAHWIN SEBAGAI BUKTI BETAPA PADA PENILAIAN MANTAN MB TERENGGANU, AHMAD SAID, NAJIB RAZAK LANGSUNG TIDAK BERTIMBANG RASA?

Photo: INILAH KAD JEMPUTAN KAHWIN SEBAGAI BUKTI BETAPA PADA PENILAIAN MANTAN MB TERENGGANU, AHMAD SAID, NAJIB RAZAK LANGSUNG TIDAK BERTIMBANG RASA??? 
http://omakkau.blogspot.com/2014/05/inilah-kad-jemputan-kahwin-sebagai.html
Hati siapa tidak remuk .. jiwa siapa tidak sedih .. kalau diperlakukan sebegini rupa .. macamlah tidak boleh tangguh untuk seminggu dua lagi ... dia nakkan anak perempuannya bersanding dan mengadakan majlis perkahwinan di rumah kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu.

Omak Kau tidak pernah menyanjung dan menyokong UMNO dari dulu kini dan selamanya .. tapi bab ini nampak sangat mantan Menteri Besar Terengganu diperlakukan cukup hina dan zalim sekali.

Bayangkan .. semua persiapan sudah diatur dan hampir tunggu waktu upacara perkahwinan sahaja... kad kahwin sudah beribu dicetak .. kain rentang dan bunting sudah siap ditempah .. minta tangguh seminggu pun ditolak mentah-mentah .. macamlah kalau ditangguhkan akan berlaku huru hara kacau bilau negara dan negeri Terengganu.

Lagi menyedihkan sampai angkat sumpah MB baru dilakukan di waktu malam, macamlah tidak boleh ditunggu esok harinya diadakan waktu siang .. segi peruntukan tidak menyalahi tubuh badan undang-undang dan perlembagaan negeri Terengganu tetapi ianya dilihat macam tindakan gelojoh gopoh gapah sahaja.

Cuba bayangkan .. seorang Menteri Besar selama 6 tahun minta tangguh seminggu pun tidak dibenarkan .. apalah sangat 7 hari ...

Kalau ini boleh berlaku keatas seorang pemimpin UMNO bertaraf Menteri Besar .. apa jaminan pada yang ahli-ahli UMNO biasa yang tiada jawatan dan status ini? ... Ikut hukum akal logik sudah pasti lebih teruk diperlakukan.


"Tak cukup ke apa yang sudah saya lakukan selama 5 tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar? Saya minta tangguh bukan tak mahu tetapi tunggu hingga majlis anak saya selesai. Kalau sudah tidak mahu saya lagi, saya keluarlah daripada UMNO, InsyaAllah lepas ini tidak akan ada lagi kerajaan"

MOHON SANGAT-SANGAT KEPADA SEMUA AHLI UMNO TIDAK KIRA APA KEDUDUKAN DALAM PARTI ... CUITKAN MINDA .. AJAK AKAL DAN OTAK BERFIKIR .. DIMANA NILAI KAMU DIHATI DAN JIWA PEMIMPIN TERTINGGI UMNO?
Posted by 
Read More

Monday, 12 May 2014

Jadi MB hanya satu malam? Mesyuarat tergempar beberapa ADUN tak hadir!

Selasa, 13 Mei 2014

4 hrs 

Berita terkini !
Situasi di Antartika dilaporkan tidak terkawal dan huru hara berikutan penyokong pro #MatId keluar beramai2 menyertakan sokongan terhadap tindakannya keluar Umno pada hari jadi UMNO !

Siak Khamis
3 hrs 

Adakah sejarah di Terengganu akan terciptanya MB satu malam? 
YAB. Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Sultan Mizan Zainal Abidin di Singgahsana Balai Rong Seri, Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah.

1

ADUN Seberang Takir, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar kesembilan sejak tahun 1959 di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin diSinggahsana Balai Rong Seri, Istana Syarqiyyah, Bukit Chendering malam ini.

Upacara penuh istiadat yang bermula kira-kira pukul 9.18 malam itu didahului majlis angkat sumpah Ahmad Razif sebagai Menteri Besar sebelum beliau menandatangani surat menerima jawatan dan menyimpan rahsia.
Ahmad Razif, 49, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia, telah mengangkat sumpah kira-kira pada pukul 9.25 malam.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mazlan Ngah.
Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus itu menggantikan Dato’ Seri Ahmad Said yang menjadi Menteri Besar pada 22 Mac 2008.
4 hrs · Edited 

GEMPAR & TERKINI !!!! Bekas MB Terengganu & ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari UMNO..

Adakah sejarah bakal dicipta, MB hanya satu malam???
Kalau ikut logik skrg.. BN:(15), PR:(15) & Bebas:(2)


4 hrs 
Parti PAS tak nak amik peluang ka?

Offer mat eid masuk pas kekalkan dia sebagai MB. Kepala otak dia memang boleh tahan dan nelang cuma yang menjahanamkan karier dia sahabat sekeliling.

Gua nak gelak ja... BN dok selak kain orang kain sendiri koyak rabak. Kih kih kih Koh koh koh... 


#NajibTengahPeningDengarCiterMesyuaratTergemparAdaBeberapaLagiAdunYangTakMenghadirkanDiri






Orang Islam terdiri dari orang-orang yang MALAS membaca.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jika anda baca sehingga sini tahniah! Anda baca sehingga habis. Sekadar survey, jika anda baca sehingga habis sila komen "Alhamdulillah.." Tahniah! 
Read More

Darul Runtuh: Mat Said asyik dengan zoonya di Bukit Takal...Razif angkat sumpah, sah MB ke 9

Selasa, 13 Mei 2014

Ahmad Razif Angkat Sumpah MB Terengganu Ke-9 

IBU SEGALA KERUNTUHAN


Bermula keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan kemudian Pasar ,Masjid,Dewan Komputer,Jambatan,Sekolah dan kini pelengkap segala keruntuhan adalah"runtuhnya"pemerintahan Mat Said.

Mat Said bermula dengan aksi samsengnya di DUN dengan mengajak ADUN Wakaf Mempelam "bergocoh".

Selepas bergaduh dengan Deris Jusoh atas jawatan MB,Mat Said "berlembut" dengan PAS.Sanggup berikan dewan di Kemaman untuk program PAS. Sanggup ke kandang kambing arwah Ustaz Harun Taib.

Biasalah dalam "peperangan " dengan Deris Jusoh,Mat Said hulur tangan persahabatan buat PAS.

Selepas dipilih jadi MB bagi penggal keduanya walaupun tanpa kuasa majoriti 2/3, Mat Said mula kembali semula kepada aksi samsengnya.

Dalam program pasca PRU 13,Mat Said mula tunjukkan lagak samsengnya kepada PAS dengan menarik kemudahan di DUN yang dikuasai oleh PAS dan PKR.

Ucapannya mula mengkritik  dan menghina PAS. Menolak amalan demokrasi.

Kini Mat Said tiada jawatan MB.Barangkali beliau ke Kutub Utara awal tahun ini untuk cari kerja di sana.Beliau tahu tempoh MB beliau sudah di penghujung senja.Mampukan Mat Said duduk di benua sejuk itu untuk jaga Beruang Kutub?

Jika tidak mampu,Mat Said elok berbakti di bumi sendiri,Zoo Bukit Tangkal amat memerlukan khidmat beliau.Beruang di sana lebih jinak berbanding Beruang kutub!

Apapun, kita tabik kepada Mat Said kerana patuh perjanjian yang dibuat selepas PRU 13.

Kini MB Terengganu berpindah dari Daerah Kemaman ke Kuala Nerus.Moga Stadium Runtuh bakal dibaiki segera oleh MB baru.Ini kerana stadium itu terletak di kawasan MB baru.

Mat Said kurang peduli kerana beliau asyik dengan zoonya di Bukit Takal.

Ahmad Razif angkat sumpah, sah MB ke 9 Terengganu

 
 Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu, malam ini. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU - Pengerusi Jawatankuasa Sains,  Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.
  
Razif, 49, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di sini pada 9.18 malam.
  
Razif, lulusan Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari  Universiti Putra Malaysia, pernah menyandang jawatan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia.
  
Beliau juga menjadi Ketua Penerangan Umno Terengganu pada penggal lepas.
  
Ketika ditemui pemberita, Razif berkata beliau bersyukur kerana majlis  peralihan kuasa kerajaan negeri berjalan dengan lancar.

Beliau turut memberi jaminan akan meneruskan perancangan yang dibuat Ahmad.
  
"Segala perancangan program untuk kebaikan rakyat, kita akan  teruskan. Saya berterima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Said yang banyak mengajar saya.
    
"Banyak pengalaman bersama beliau yang boleh saya guna untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab saya," katanya.
  
Razif yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus pernah menjadi  Pengerusi Biro Pendidikan Umno Bahagian Kuala Nerus dari 2008 hingga 2013.
  
Beliau menjadi Adun Seberang Takir selepas  memenangi pilihan raya umum ke-12 pada 2008 dan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 2013.

Razif, yang mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Halina Zakaria, dikurniakan empat cahaya mata.
  
Sementara itum, Ahmad pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada 23 Mac 2008 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lepas.
   
Antara Menteri Besar Terengganu sejak 1959 ialah Mohd Daud Abdul  Samad dari PAS (1959-1960), Tan Sri Ibrahim Fikri Mohamad dari Umno (1960-1970),

Datuk Mahmood Sulaiman dari Umno (1970-1971), Datuk Nik Hassan Wan Abdul Rahman  dari Umno (1971-1974), Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dari Umno (1974-1999), Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari PAS (1999-2004), Datuk Seri Idris Jusoh dari Umno (2004-2008) dan Datuk Seri Ahmad Said dari Umno (2008-2014)
Read More

Ahmad Said benar-benar jadi macam David Monyet Pengurus Pasukan Manchester United...

Selasa, 13 Mei 2014

Mat Said letak jawatan MB, mungkin turut kosongkan kerusi?

TERKINI                                                                                              
Silap Mat Said tertanda tangan perjanjian.
Ahmad Said benar-benar jadi macam David Monyet Pengurus Pasukan Manchester United apabila hari ini beliau disahkan telah melepaskan jawatan MB Terengganu. Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Agu
ng Umno Teuku Adnan Mansor di Terengganu lewat petang ini.

Adnan dilaporkan berjumpa dengan semua 16 Adun Terengganu bagi memaklumkan perkembangan yang sudah lama ditunggu-tunggu itu. Perletakan Ahmad bukan di atas kehendaknya melainkan kerana patuh perjanjian sebelum ini.

Ahmad yang mengganti Idris Jusoh sebagai MB selepas pilihan raya 2008, dikatakan membuat perjanjian akan memegang jawatan MB setahun sahaja. Bagaimana pun perjanjian itu tidak didedahkan.

Perletakan jawatan Ahmad itu sempena hari ulang tahun Umno ke 86 menyebabkan ia memberi signifiken tersendiri buatnya.

Persoalan kini apakah Ahmad akan mengosongkan Dun Kijal yang dimenanginya itu? Kalau beliau bersedia untuk beundur sebagai MB, apa guna lagi untuk beliau kekal di Dun Kijal. Berlaku sedikit gangguan perasaan kepadanya, sebelum ini ditempatkan di kerusi pertama di dalam Dun Terengganu, tetapi apabila jadi ahli biasa kerusinya akan berubah.

Nasib Ahmad sama dengan kedudukan Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam Dun Kelantan hari ini, tempat duduk berubah sebagai Adun biasa selepas tidak lagi menjadi MB. Elok kalau kedua-duanya mengosongkan kerusi bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil?[wm.kl. 6:26 pm 12/05/14]

Read More

MAT SAID DAN BEBERAPA ADUN SERTAI PAKATAN..."satu rahmat terpijak"

Selasa, 13 Mei 2014

MAT SAID DAN BEBERAPA ADUN SERTAI PAKATAN?

Panas: Di Pecat, Mat Said Mungkin Akan Sertai KeADILan !



Bukan rahsia lagi bahawa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hampir pasti akan dipecat dari jawatannya akibat kegagalan BN mengekalkan 2/3 kerusi DUN Terengganu dalam PRU13 yang lepas.

Ahmad Said atau kebelakangan ini lebih dikenali sebagai Mat Said Gardenia (kerana tindakannya 'mencuri' roti Gardenia dari lori untuk diberi kepada mangsa banjir tahun lepas) ini mula dilantik sebagai Menteri Besar selepas PRU12 pada tahun 2008.

Ura-ura penyingkiran Mat Said dari jawatan tersebut sudah semakin hangat diperkatakan di negeri tersebut sejak minggu lepas lagi, dengan penggantinya pun sudah dikenal pasti iaitu ADUN Seberang Takir, Dato' Ahmad Razif Abdul Rahman.

Menurut sumber, selain kegagalan tersebut, Mat Said juga ada beberapa isu dengan pihak Istana yang menjadi barah sehingga membawa kepada penyingkirannya kali ini.  Menariknya, Mat Said dulu adalah orang pilihan Istana untuk mengenepikan Idris Jusoh dari kerusi Menteri Besar.
Pemecatan Mat Said bagaimanapun dilihat satu rahmat terpijak untuk Pakatan Rakyat bila dia dan beberapa orang ADUN BN (antara 2-4 orang) dikatakan telah membuat keputusan untuk menyertai PKR dan seterusnya membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat di Terengganu.

Ini bukan cerita baru kerana perbincangan Mat Said untuk menyertai PKR ini telah pun bermula dari pilihanraya kecil Kuala Besut lagi, apabila BN mengenepikan calon pilihan Mat Said untuk memberi jalan kepada calon pilihan Idris Jusoh.

Bagaimanapun, campur tangan saat akhir untuk mengelakkan Mat Said menyertai PKR, menyaksikan calon pilihan Mat Said, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dipilih semula dan akhirnya menang dalam pilihanraya kecil berkenaan mengalahkan calon PAS, Endot@Azlan Yusof dengan majoriti meningkat berbanding PRU13.

Tengku Zaihan atau Abe Ku ini juga dikatakan termasuk dari kalangan 2-4 orang ADUN yang akan ikut bersama Mat Said untuk menyertai PKR.

Pakatan Rakyat berharap ura-ura ini akan menjadi kenyataan dan dengan itu kita boleh menambah Terengganu dalam koleksi negeri terbaru yang kita berjaya perintah.

Terengganu penting dalam perkiraan Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya kerana berbeza dengan kebanyakkan negeri di Semenanjung Malaysia ini, Terengganu dilimpahi dengan rahmat royalti minyak, setaraf dengan Sabah dan Sarawak.

Pendek kata, Pakatan Rakyat tidak perlu berusaha keras mencari duit untuk Terengganu kerana pendapatan hasil royalti minyak ini sudah tersedia untuk digunakan tanpa susah paya bekerja. 

Sebaliknya sekarang, Pakatan Rakyat perlu memikir cara terbaik untuk menguruskan wang yang banyak ini bagi membantu usaha menawan Putrajaya pada PRU14 yang akan datang.
PAHANG DAILY ONLINE
Read More

Darul 'Runtuh': Akhirnya Ahmad Said sah letak jawatan...MB baru angkat sumpah malam ni jugak!

Isnin, 12 Mei 2014

Darul Runtuh!

BUMBUNG SMK SERI NILAM, KUALA TERENGGANU RUNTUH


Omak Kau mendapat kiriman gambar menyatakan SMK Seri Nilam, Kuala Terengganu runtuh sebentar tadi.

Dikhabarkan tiada kematian dan kecederaan .. Kerugian masih belum ditafsir lagi.

SMK Seri Nilam, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Kubang Tangga, Kuala Terengganu, Malaysia.
Posted by 

Ahmad Said letak jawatan, Razif MB baru Terengganu

OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (gambar) sah meletakkan jawatannya sebagai ketua eksekutif negeri itu dan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Razif Abdul Rahman berkuat kuasa hari ini kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, seperti dilaporkan The Star.

Perubahan jawatan menteri besar di Terengganu timbul selepas Ahmad Said menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas Barisan Nasional (BN) menang tipis pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 15 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen
Dicatat oleh 

MB BARU TERENGGANU ANGKAT SUMPAH MALAM INI

MB T'ganu dilapor letak jawatan



Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir dijangka mengangkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu malam ini.

Menteri besar dua penggal, Datuk Seri Ahmad Said pula dipercayai menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Sultan Terengganu pada hari ini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena