Showing posts with label BARANG tak turun. Show all posts
Showing posts with label BARANG tak turun. Show all posts

Friday, 23 January 2015

Kenapa BARANG tak turun?...KERANA harga minyak kepada pengilang/industri bukannya turun, malah makin NAIK!

Sabtu 24 Januari 2015

Kenapa harga barang lambat turun walaupun harga minyak sudah turun? Kerana harga minyak kepada pengilang/industri bukannya turun, malah makin NAIK.Najib Razak kenakan cukai jualan pula ke atas petrol dan diesel. Kalau harga minyak kepada pengilang/industri betul-betul turun, Insya Allah harga barang akan turun. Sebarkan!

HARGA MINYAK NAIK BAGI INDUSTRI DAN SEKTOR KOMERSIL KERANA CUKAI JUALAN YAN
G DIKENAKAN

Saya sering ditanya (terutamanya dari kalangan penyokong Umno) kenapa harga barang masih tidak turun sedangkan harga minyak telah turun. Soalan-soalan ini adalah ekoran dari kempen senyap yang dibuat di laman-laman sosial kononnya peniaga-peniaga Cinalah yang enggan menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah turun.

Satu fakta yang tidak diketahui oleh orang ramai adalah harga minyak kepada industri dan sektor komersil sebenarnya tidak turun seperti petrol dan diesel yang dijual kepada orang ramai, malah telah dinaikkan dengan pengenalan cukai jualan ke atas petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersil.

Bagi pengilang dan pengusaha komersil yang menggunakan diesel dan petrol dalam kuantiti yang banyak, mereka tidak dibenarkan membeli dari pam minyak seperti orang ramai. Sebab itu kita tidak melihat lori-lori tangki dari pengilang dan pengusaha komersil mengisi petrol dan diesel ke dalam tangki besar mereka di stesen-stesen minyak biasa.

Pengilang dan pengusaha komersil membeli diesel dan petrol dalam jumlah pukal terus dari syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Petron dan lain-lain. Petrol dan diesel ini digunakan di dalam enjin di kilang, sebagai bahan bakar dan pelbagai kegunaan industri yang lain.

Saya mengesahkan bahawa harga petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersil ini telah dinaikkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak apabila satu Pekeliling Perbendaharaan yang bernombor rujukan SR(8.09)102/21-1Vol.58(38) telah dibocorkan kepada saya minggu lepas. Saya telah berjanji untuk melindungi pemberi maklumat itu dengan tidak menyiarkan pekeliling terbabit tetapi maklumat nombor rujukan cukup untuk pihak media bertanyakan kepada Kementerian Kewangan.

Pekeliling Perbendaharaan SR(8.09)102/21-1Vol.58(38) itu memaklumkan syarikat-syarikat minyak peraturan berikut:

1. Kerajaan akan mengenakan cukai jualan ke atas penjualan petrol dan diesel kepada industri dan sektor komersil berkuatkuasa 1 Januari 2015. Cukai ini dikenakan ke atas harga yang ditetapkan kerajaan (iaitu harga yang dibayar orang ramai).

2. Cukai jualan yang ditetapkan adalah diesel (40sen setiap liter), RON95 (58.62sen setiap liter), RON97 (58.62sen setiap liter) dan diesel B5 (40sen setiap liter).

3. Pada setiap bulan, Kementerian Kewangan akan mengeluarkan pekeliling memaklumkan diskaun cukai jualan. Diskaun bagi bulan Januari 2015 adalah diesel (9.4sen setiap liter), RON95 (22.72sen setiap liter), RON97 (6.08sen setiap liter) dan diesel B5 (12.89sen setiap liter).

4. Cukai jualan yang dikenakan (selepas diskaun) kepada industri dan sektor komersil bagi Januari 2015 adalah diesel (30.6sen setiap liter), RON95 (35.9sen setiap liter), RON97 (52.54sen setiap liter) dan diesel B5 (27.11sen setiap liter).

Rakyat perlu tahu bahawa sebenarnya pengilang dan industri lojistik yang tertakluk di bawah kategori industri dan komersil tidak menikmati penurunan harga minyak, sebaliknya terpaksa membayar harga yang lebih tinggi.

Oleh kerana cukai jualan yang dikenakan, pengilang dan industri terpaksa membayar harga RM2.269 seliter (RON95) dan RM2.236 seliter (diesel) berbanding harga biasa RM1.91 seliter (RON95) dan RM1.93 seliter (diesel). Ini bermakna pengilang dan industri membayar dua bentuk cukai kepada kerajaan sekarang ini iaitu cukai jualan yang diumumkan melalui pekeliling setiap bulan dan cukai petrol/diesel tersembunyi akibat perbezaan ketara di antara harga pasaran dan harga yang ditetapkan kerajaan.

Saya memberi perhatian kepada isu-isu seperti ini (termasuk system penetapan harga yang memangsakan pengusaha stesen minyak, syarat AP makanan yang mewujudkan monopoli) kerana ia menjadi penghalang untuk menurunkan harga barang.

Pentadbiran Dato’ Seri Najib mengambil tindakan tidak bertanggungjawab mengenakan cukai senyap-senyap kepada industri untuk menambah pendapatan dengan harapan rakyat mengalihkan kemarahan kepada industri dan peniaga, bukannya kerajaan. Sedangkan kerajaan mengutip ratusan juta cukai dari rakyat dan peniaga setiap bulan sejak kejatuhan harga minyak berlaku.

Untuk berlaku adil kepada semua, segala bentuk cukai yang dikenakan baik kepada rakyat atau peniaga/pengilang perlu dihentikan serta merta agar kejatuhan harga minyak betul-betul boleh diterjemahkan menjadi penurunan kos di setiap peringkat rantaian nilai iaitu dari pengilang hinggalah kepada pengguna.

Rakyat harus sedar bahawa salah satu sebab harga barang tidak turun secepat harga minyak adalah kerana pengilang dan industri tidak menikmati kejatuhan harga minyak akibat cukai jualan yang diperkenalkan Dato’ Seri Najib Tun Razak ini.

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

22 Januari 2015
Read More

Friday, 16 January 2015

Minyak DAH turun...Kenapa BARANG tak turun? Wooi jenuh kandaq!...

Sabtu, 17 Januari 2015
Wooi...Jenuh kandaq neh!

Minyak Turun Harga, Tapi Barang Tetap Mahal? 

SHAH ALAM – Rakyat negara ini sudah menikmati kadar harga minyak yang rendah sejak bulan lalu namun, sehingga kini masih terpaksa membayar barang keperluan pada kadar sama saat harga minyak melambung.

Apa pula alasan peniaga untuk tidak menurunkan harga barang jika harga minyak naik menjadi penyebab mereka menaikkan harga barang sebelum ini?
Kemudian, akta yang mana dan kempen yang mana dapat menurunkan harga barang ini?

Ahli Lembaga Pengamanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhamad Sa’ani Abdullah berkata, kadar penurunan harga minyak mentah dunia yang drastik sepatutnya memberi kesan kepada harga barangan namun perkara itu tidak berlaku di negara ini.

“Apabila harga minyak naik 20 sen, harga barang juga naik 10 sen atau 20 sen. Walaupun sumbangan minyak itu teramat kecil sebenarnya.

“Tapi sekarang, harga minyak dunia turun daripada $110 setong pada Jun 2014 kepada $60 setong pada bulan ini. Itu adalah satu perubahan yang banyak tapi kita tak nampak apa-apa perubahan pada harga barang,” katanya kepada Sinar Online.

Menurutnya, kerajaan perlu menyiasat keuntungan yang diraih pengeluar, pengedar dan peruncit bagi mengenal pasti barangan mana yang memperoleh keuntungan berlebihan.

“Fomca telah menghantar memorandum kepada kerajaan. Kerajaan perlu menggunakan Akta Kawalan Harga dan anti-pencatutan untuk menyiasat keuntungan yang diraih pengeluar, pengedar dan juga peruncit. Dari situ kerajaan boleh kenal pasti, barang mana yang meraih keuntungan berlebihan.

“Apabila kos pengeluaran terutama kepada yang menggunakan bahan api menurun, sepatutnya harga barang juga turun. Petrol menurun hampir 50 peratus, jadi, perlu ada perubahan dalam harga barangan. Ini hanya boleh dilakukan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Beliau turut mengingatkan soal pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April depan yang mungkin menjadi cabaran buat kerajaan jika masalah harga barang ini tidak ditangani sekarang.

“Kerajaan kata selepas GST nanti, kalau peniaga naikkan harga akan diambil tindakan. Apa yang kerajaan boleh buat? Kalau penurunan harga minyak 50 peratus pun kerajaan tak boleh ambil tindakan.  GST itu 6 peratus saja, apa tindakan yang boleh diambil?

“Jika tiada tindakan undang-undang boleh diambil sekarang, kita tak yakin apa yang akan berlaku pada 1 April nanti. Ini cabaran untuk kerajaan,” katanya.

Sementara itu,  Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyifatkan isu tiada penurunan harga barang meskipun harga minyak telah lama turun itu dikaitkan dengan sikap peniaga yang hanya mahu mengaut keuntungan.

“Inilah bayangan etika kebanyakan peniaga di Malaysia. Mereka hanya tahu nak untung sahaja dan tidak mengutamakan etika. Perkara ini telah merebak dan menjadi penyakit yang amat bahaya kepada negara.

“Ini cabaran yang mesti dihadapi jika negara kita nak membangun. Jika tidak, hari ini kita diisi dengan penipuan atas penipuan.

“Minyak naik 20 sen tapi bebola ikan yang dulunya dijual RM1.50 sepaket sekarang RM2.50 sepaket. Katakan sebuah lori boleh bawa 6,000 paket bebola ikan, jadi, dia untung tambahan RM6,000 hanya dengan alasan minyak naik 20 sen. Ini yang kita kena betulkan,” katanya.

Tegasnya, kerajaan perlu menangani permasalahan ini untuk jangka masa pendek serta jangka masa panjang.

“Sekarang ini, minyak turun tapi harga barang makin naik pula gara-gara banjir. Sedangkan banjir di Kelantan tapi buah limau dari China pula yang naik harga.

“Kena didik peniaga supaya lebih beretika. Untuk jangka pendek perlunya undang-undang tapi untuk jangka panjang, sikap perlu diubah. Selagi hati tidak dapat dibentuk, kempenlah bagaimana pun, tak akan mendatangkan hasil,” katanya. - Sinar Harian

Dicatat oleh 
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena