Showing posts with label BOMOH MH370. Show all posts
Showing posts with label BOMOH MH370. Show all posts

Friday, 14 March 2014

[Video] Bomoh MH370 Sudah Panas - Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tau...

Jumaat, 14 Mac 2014
So... jangan main-main okey....
Gambar: so... jgn main2 okey.... :3
Posted by Maha Missa 

Video : Saya Tampar KJ Macam Buaya, Baru Dia Tahu – Raja Bomoh

Published on Mar 13, 2014
Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin berang dengan sikap biadap Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Untuk artikel penuh, sila rujuk http://www.suara.tv/?p=3458

Raja Bomoh 61

Kuala Lumpur – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin menyelar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sebagai budak hingusan yang kurang ajar dan biadab.

Menurutnya, Khairy sepatutnya berjumpa dengannya terlebih dahulu bagi mendapatkan penjelasan sebenar, sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang diperoleh daripada media.

“Budak-baru baru yang jadi menteri ni, tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja, kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama saya.

“Tak baik. Orang-orang muda ni, (seharusnya) menghormati orang yang lebih tua. Jangan kata itu haram, ini haram. Berjumpalah dahulu. Mahkamah kalau nak jatuh hukum pun, kena siasat dulu” jelasnya ketika ditemui semalam.

Khairy yang juga merupakan Ketua Pemuda Umno, di dalam akaun Twitternya sebelum ini menyifatkan upacara ritual, Raja Bomoh itu sebagai memalukan. Beliau turut berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh “tikar terbang” tersebut.

“Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan,” katanya.
Terdahulu, ahli parlimen Rembau itu turut memaklumkan beliau telah menghubungi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom agar menangani isu berkaitan Raja Bomoh ini.

Ia ekoran dari tindakan Ibrahim yang melakukan upacara ritual di lapangan terbang antarabangsa (KLIA) bagi mengesan pesawat #MH#70 yang hilang beberapa hari lalu.
Mengulas lanjut, Ibrahim turut menggesa Khairy agar menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini atau berdepan dengan tindakan saman kerana mengeluarkan kenyataan yang memalukan dirinya.

“Saya tidak takut dengan dia. Letak jawatan sebagai menteri, boleh lawan dengan saya. Dia pun bukan senonoh sangat perangai.

“Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia macam buaya nanti, baru dia tahu.

Ibrahim turut mengatakan, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Khairy sebagai ahli kabinet adalah merupakan satu keputusan yang salah.
“Kalau perkara ini melarat, saya akan buat memorandum untuk berjumpa dengan (Perdana Menteri) Najib bersama semua ahli silat kita seramai 500 ribu orang.

“Dia budak baru, dia ingat saya baru setahun jagung?. Orang kampung dia bolehlah dia gempar di Rembau, kena bodoh. Ibrahim Mat Zin, dia (Khairy) jangan gempar.
Beliau turut menyifatkan Khairy sebagai seorang menteri yang gila, kerana sering bergaduh dengan semua orang.
By Zul Rawi March 14, 2014 : 2:01 pm
Gambar: MANA PERGINYA BUDAK-BUDAK KESATRIA BN YANG MENDABIK DADA SANGGUP GUGUR BILA BERTEMPUR APABILA RAJA BOMOH SEDUNIA NAK TAMPAR KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA, KHAIRY JAMALUDDIN???????
http://omakkau.blogspot.com/2014/03/mana-perginya-budak-budak-kesatria-bn.html

KJ, Fathul Bahri minta Jakim ambil tindakan ke atas "Raja Bomoh"

email
comments
KJ, Fathul Bahri minta Jakim ambil tindakan ke atas
PUTRAJAYA: Bomoh Ibrahim Mat Zin yang menggunakan ‘permaidani ajaib’ untuk kononnya membantu mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, patut ditahan oleh pihak berkuasa.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di dalam akaun Twitternya berkata upacara ritual bomoh itu memalukan.






Somebody should arrest those magic carpet bomohs. Memalukan.

KJ main-main dengan ugutan 'Raja Bomoh'

email
comments
KJ main-main dengan ugutan 'Raja Bomoh'
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tidak mengendahkan ugutanbomoh Ibrahim Mat Zainyang mengancam mahu menamparnya "macam buaya".

Khairy sebaliknya mentuit semula beberapa mesej kepadanya di Twitter dengan nada yang cukup selamba dan menyindir termasuk berkongsi rakaman wawancara bomoh itu ketika mana dia membuat ugutan tersebut.





Video Raja Bomoh Tampar VIP. Enjoy. http://www.suara.tv/?p=3458&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter 
Read More

Bomoh MH370: [Video] Kena Gelak di Universiti Beijing - Luahan seorang pelajar Malaysia... Malunya!

Jumaat, 14 Mac 2014
Lu Bomoh... Kau Saman Laa...
 
Published on Mar 13, 2014
Shallaa Shamimi

Dekat Beijing, kami berusaha jaga nama agama dengan negara .
Macam mana setiap kali kami solat di bawah pokok, dikatakan sembah pokok .
Solat di airport, dikatakan upacara nak naik flight .
Solat di tepi kedai , dikatakan sembah kedai .
Sebab mereka tak faham apa yang kita sembah then conclusion terus padu kepada sembah benda yang bukan bukan .
Dan haruslah pengalaman kena halau, solat merata-rata tu kami dah biasa since duduk negara yang bukan Islam .

But then , bila video bomoh tu mula dipasang di kelas one of my friend which have people from many country , macam mana kami nak jelaskan benda tu ? macam mana kami nak cakap bila diorang tanya benda ape ni ? macam mana nak tahan malunya muka bila tengok diorang gelak ? macam mana nilai Islam yang kami tunjuk selama ni diorang akan
faham ? macam mana kami nak jelaskan dengan perbezaan bahasa which kitorang pon still belajar lagi ?

"You prevent Christian use word Allah, but you use Allah in black magic!"
Gambar: Terima kasih bomoh VVIP 1 Malaysia. Anda memang bertaraf dunia. Selain akhbar New York dan Eropah, akhbar Korea juga melaporkannya!
Terima kasih bomoh VVIP 1 Malaysia. Anda memang bertaraf dunia. Selain akhbar New York dan Eropah, akhbar Korea juga melaporkannya! — bersama Hamizan Ejan.
Update terkini

Pasukan penyelamat dari Vietnam, China, US, Singapura, Indonesia dan India telah mula menghentikan operasi mencari. Mereka berasa malu besar kerana dengan segala kecanggihan yang ada, mereka tidak mampu mengatasi teropong bambu dan tikar terbang pasukan penyelamat Malaysia. Berdasarkan sumber, pasukan Malaysia telah mula mengesan signal pesawat yang dipancarkan ke dua biji kelapa pasukan pencari Malaysia. Sumber juga menyatakan Boeing mungkin tidak lagi akan membuat pesawat baru selepas ini, sebaliknya akan membeli tikar buatan Malaysia yang didapati tidak akan terhempas. Malah sekiranya terhempas sekalipun, ia akan membuat penumpang terguling2 dan ketawa.

Sumber: Kapitan

Dimanakah terletaknya kekuatan bomoh ..
di bubunyakah atau di teropong nya kah...???
ditikarnyakah atau di kelapanya kah...???
hahahaha

Kehebatan boMoh terletak pada huruf M nya. Kalau kita tukarkan huruf M menjadi huruf D, maka jadilah boDoh....!
Rusli Tahir
21 jam yang lalu 

Asking for location time...
Info mengenai SAR MH370
18 jam yang lalu 

Sedikit info mengenai SAR MH370.


Gambar: Sebijik cam aku rasa. Nak fire2kan aje..
Sebijik cam aku rasa. Nak fire2kan aje..
Read More

Thursday, 13 March 2014

BOMOH MH370: [Video] Mat Salleh Hina Kalimah Allah....Solat hajat di KLIA - Polis mengambil keterangan Ketua Pemuda PAS...

Jumaat, 14 Mac 2014

Published on Mar 12, 2014
Gara-gara perbuatan khurafat Raja Bomoh, Mat Salleh ambil kesempatan hina kalimah Allah

Published on Mar 13, 2014

Polis mengambil keterangan Ketua Pemuda PAS Selangor
Polis mengambil keterangan Ketua Pemuda PAS Selangor sejurus tamat majlis solat hajat dan bacaan yasin di KLIA
Tok moh buat ritual xda plak polis ambil keterangan..
Buat solat hajat dan bacaan yasin mcm salah plak dari segi undang2 dlm malaysia..

 https://www.facebook.com/PemudaGombak/photos/a.10150630589590594.686891.265133725593/10153904608605594/?type=1&theater
Panas!! Bukan setakat Malaysia jadi bahan sindiran bahkan Kalimah Allah dihina gara2 "Raja bomoh" ?

#MH370 - MEDIA ARAB SINDIR MALAYSIA GUNAKAN BOMOH SEBAGAI USAHA RUNGKAI MISTERI KEHILANGAN MH370
Di waktu seluruh dunia tertumpu pada Malaysia berikutan dengan insiden pesawat #MH370 hilang sabtu lalu, sekumpulan Raja Bomoh Sedunia VIP datang ke KLIA tanpa dijemput oleh mana-mana pihak dan ini amat memalukan Malaysia.

Bekas Mufti Perlis, Dr. Asri memuatnaik satu gambar liputan berita mengenai Raja Bomoh oleh media Arab yang jelas amat memalukan negara Malaysia di Facebook miliknya.

Perbuatan bodoh, tahyul dan memalukan yang dilakukan sekumpulan bomoh tak diundang telah memberikan imej buruk kepada masyarakat negara ini. Pelbagai media antarabangsa melaporkan cerita bomoh di KLIA seakan-akan masyarakat Malaysia menerima sihir sebagai jalan terakhir untuk mencari dan menyelamat #MH370.

Media Arab menerbitkan laporan berita berkenaan dengan tajuk:

"Sihir, usaha terakhir rakyat Malaysia Untuk selesaikan misteri kehilangan kapal terbang."

Untuk pengetahuan semua, kedatangan Raja Bomoh ini tidak dijemput oleh mana-mana pihak. Raja Bomoh atau Ibrahim Mat Zain dan kumpulannya datang ke KLIA sendiri dan mencari publisiti murahan.

JAKIM juga telah mengeluarkan kenyataan media mengenai Raja Bomoh itu mengamalkan rawatan syirik, khurafat yang bercanggahan dengan agama Islam. (BACA SINI)

JAKIM juga telah meletakkan pegawainya di KLIA bagi memantau dan menghalang kumpulan ajaran sesat itu kembali ke KLIA.

Liputan Media antarabangsa mengenai bomoh ini secara tidak langsung memperlekehkan usaha pasukan Search and Rescue (SAR) Malaysia dan negara-negara lain. - My Media Hub (kredit TengokTVOnline)

Mat Salleh kafir hina kalimah Allah
TINDAKAN 'Raja Bomoh' melakukan upacara mencari pesawat #MH307 yang hilang dengan cara khurafat menyebabkan Malaysia jadi bahan ketawa dan ejekan masyarakat antarabangsa.

Lebih memalukan apabila 'Raja Bomoh' dan orang-orangnya melakukan aksi duduk di atas tikar, ala tikar terbang dalam cerita P Ramlee "Laksamana Do Re Mi" sambil menyebut kalimah 'Allahuakbar'.

Tindakan itu turut mengheret dan memalukan Islam di mata dunia, apabila seolah-olah perbuatan khurafat lagi menjurus ke arah syurik dianggap sebagai ajaran Islam.

Hasilnya, beberapa orang bukan Islam yang dipercayai dari luar negara (Mat Salleh) telah menghasilkan video parody meniru aksi 'Raja Bomoh'.

Apa yang menyedihkan, mereka tidak melaungkan 'Allahuakbar' sebaliknya menghina kalimah Allah dengan sebutan 'Allah Fu***r' berulang kali.

"Gara-gara nila setitik, rosak susu sebelanga"

Lihat video di SINI


http://azmieyusoff.blogspot.com/2014/03/panas-kalimah-allah-dihina-gara2-raja.html
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena