Showing posts with label Bob Lokman. Show all posts
Showing posts with label Bob Lokman. Show all posts

Monday, 26 May 2014

Ceramah Israk Mikraj: Bob Lokman Dihalau Reezal Naina Merican...LORI GILA NI KERJA SAPA?

Selasa, 26 Mei 2014
Segarkan ingatan anda...

Bob Lokman Dihalau Oleh Reezal Naina Merican Ketika Ceramah Israk Mikraj?


Sumber yang diterima dari Abg Bob sebentar tadi (whatsapp) mengatakan bahawa beliau telah diarah keluar dari Dewan Wisma Persekutuan Kepala Batas Pulau Pinang dalam sebuah program ceramah Israk mikraj. ~orang ni

Addin :

Kepada semua pembaca blog addin boleh confirmkan berita ini?

Posted by 



Sebenarnya apa yang mereka inginkan dari sibuk menjaja lori sebegini segenap penjuru kampung dan bandar? apakah mereka merasakan gembira dari tindak balas Muslim yang benar2 memahami agama yang indah ini?, agama ini mempunyai maruah!!.. ia bukan boleh diperkotak katikkan sesuka hati, jika mereka tidak memahami hudud ini, bukan sebegini lagak yang perlu ditunjukkan, tolong tanya orang yang faham agama atau diam lebih baik dari menimbulkan isu sebegini!!!

Nurain Chipsmore's photo.
Read More

Friday, 5 April 2013

UMNO/BN Tidak Iktiraf Artis & Seniman Tanahair: Seronak2 @ Berhibur Boleh Le...Rakan artis mahu pasti Aishah menang di Jempol

Jumaat, 5 April 2013
Rakan artis mahu pasti Aishah menang di Jempol



KUALA LUMPUR: Penulis lirik dan pelakon Bob Lokman menyokong penuh keputusan PAS meletakkan penyanyi Aishah untuk bertanding di Parlimen Jempol pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).

Beliau berkata, Aishah (gambar) sangat sesuai dicalonkan kerana beliau seorang yang berpelajaran tinggi ditambah pula faktor beliau sebagai selebriti yang dikenali ramai.
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Jurusan Sains Politik dari Universiti of Auckland, New Zealand.

"Ya, saya memang sokong dan mesti sokong sebab Aishah seorang yang berpelajaran. Kalau dia sekadar artis tapi tak berpelajaran, saya tak berapa sokonglah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Aishah yang terkenal dengan lagu 'Janji Manismu' diumumkan akan bertanding di Jempol oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Taman Melewar Rabu lalu.
Bob juga berkata, beliau dan rakan artis yang lain akan membantu memberikan sokongan dan turun membantu Aishah berkempen di Jempol.

"Kami rakan-rakan artis memberi sokongan penuh kepada Aishah. Kami mesti turun...mesti turun bantu Aishah (berkempen)," katanya sambil menyeru masyarakat khususnya ahli PAS memberikan sokongan padu kepada Aishah.

Dalam pada itu, beliau menambah, Aishah akan 'selamat' jika tetap berpegang kepada ajaran Islam selepas menjadi wakil rakyat nanti.

"Saya menyokong sahabat artis yang bertanding kerana bukan sahaja kita menyokong untuk Aishah tapi untuk Islam juga.

"Tapi Aishah kena ingat, dia kena bezakan Melayu dan Islam. Melayu dan Islam banyak bezanya. Jadi wakil rakyat ini kena berpegang dengan Islam. Selagi Aishah berpegang dengan Islam dia akan boleh bertahan," kata Bob Lokman.
Menurut sumber, masyarakat setempat khususnya wanita menyokong penuh Aishah bertanding di Jempol. Menurut mereka, Aishah mempunyai peluang yang sangat cerah berbanding tokoh-tokoh PAS yang lain.

Ini kerana Jempol adalah kubu Umno dan hanya orang seperti Aishah mampu memecahkan kubu itu.

"Dengan kekuatan jentera PAS di sini dan bantuan tenaga dari para artis, saya yakin Aishah boleh menang," kata salah seorang dari mereka yang menghubungi Harakahdaily.

Pada pilihan raya umum 2008 calon BN Datuk Lilah Yasin menang dengan majoriti 12,320 undi mengalahkan calon PAS, Siti Meriam Naan.

BN menguasai lima daripada lapan kerusi parlimen di negeri itu, sementara DAP pula menang dua kerusi dan PKR satu kerusi.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena