Showing posts with label Bubar Dun. Show all posts
Showing posts with label Bubar Dun. Show all posts

Tuesday, 13 May 2014

PAS Terengganu saran DUN dibubar...BN tidak lagi mempunyai majoriti

Selasa, 13 Mei 2014
PAS Terengganu saran DUN dibubar

PAS Terengganu hari ini menggesa agar Dewan Undangan Negeri (Dun) negeri itu dibubarkan bagi memberi mandat kepada rakyat menentukan kerajaan pilihan mereka.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata BN tidak lagi mempunyai majoriti di negeri itu berikutan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mengumumkan keluar dari BN menjadi Adun Bebas.

"Kita baru sahaja bermesyuarat membincangkan perkara tersebut dan kita akan membuat makluman setelah keputusan diperolehi.

"Dalam keadaan sekarang BN tidak lagi mempunyai majoriti untuk mentadbir negeri ini dan seharusnya ia diserahkan kepada rakyat sepenuhnya untuk membuat pilihan," jelas beliau.

Namun menurut beliau, berdasarkan kejadian di Perak sebelum ini BN tidak mempunyai kuasa untuk membubar Dun kerana tidak mempunyai kuasa majoriti dalam membuat keputusan.

"Sekarang Pakatan Rakyat memperolehi undi majoriti dan kalau ikut dasar kita dapat memerintah negeri ini.

"Namun kita sedang berbincang dan sebarang keputusan akan kita maklum, tetapi yang penting mandat rakyat itu kita patut berikan," sambung beliau.

Dengan perkembangan terbaru itu, BN hanya mempunyai 14 kerusi Dun diikuti Pakatan Rakyat 15 kerusi yang diwakili PAS (14) , PKR (satu) dan tiga dari Bebas.

Tiga Adun BN yang mengisytiharkan diri sebagai Adun Bebas ialah bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud.
batu vs kayu.
Read More

Friday, 29 March 2013

Tektik Najib Tak Bubar DUN/PARLIMEN Sudah Dapat Dibaca Pakatan....!


FRIDAY, MARCH 29, 2013
Tektik Najib tak bubar DUN/PARLIMEN sudah dapat dibaca pakatan....!
Bubar Dun: Pakatan sudah 'faham' taktik pusat, kata MB Selangor
JANATUL FIRDAUS YAACOB 29 Mac 2013 SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akhirnya menamatkan teka teki mengenai tarikh pembubaran Dun apabila memilih 22 April iaitu tarikh pembubaran secara automatik sekiranya Parlimen masih tidak dibubarkan lagi.

"Keputusan Selangor menetapkan tarikh 22 April untuk pembubaran Dun adalah tempoh yang tepat dan menghampiri pembubaran automatik Parlimen 28 April.

“Bagaimanapun, sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Parlimen lebih awal dari tarikh yang kita jangkakan, kerajaan negeri tidak ada masalah untuk menyertainya,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Sistem Aplikasi Pejabat Tanah dan Galian Selangor, semalam.

Dalam perkembangan sama, Abdul Khalid berkata, pimpinan Pakatan Rakyat (PR) telah mengadakan perbincangan dan memutuskan akan mengadakan pilihan raya serentak antara kerajaan negeri dan pusat.

“Kita telah melihat 'permainan' Kerajaan Negeri Sembilan iaitu dengan membiarkan Dun terbubar sendiri dan bukannya dibubarkan. Keputusan ini telah menimbulkan beberapa persoalan.

“Oleh sebab itu, PR berpendapat kita akan lakukan serentak setelah memahami taktik dan strategi yang dilakukan oleh kerajaan pusat. Kita akan jalankan pilihan raya serentak dengan pusat,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, komponen PR dengan sabar akan menunggu keputusan pembubaran Parlimen daripada Perdana Menteri bagaimanapun, menegaskan tarikh 22 April adalah tarikh akhir penantian mereka.

Ketika diminta mengulas berhubung persediaan PR Selangor menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Abdul Khalid berkata, mereka tidak akan membuat kesalahan.

Pada majlis sama, Abdul Khalid turut merasmikan sistem aplikasi Pejabat Tanah dan Galian Selangor dengan harapan dapat mengurangkan birokrasi dalam sistem pengurusan berkaitan penjawat awam.

Menurut beliau, Sistem Web Based Pengurusan Hak milik Strata Berkomputer (e-SPHS) telah diperluas bermula Mac ini kepada Modul Cetak Geran Hak milik Strata, Pendaftaran Penyerah dan Pendaftaran Urus niaga dan Bukan Urus niaga secara berkomputer dan akan diperluaskan di sembilan Pejabat Tanah dan Daerah di Selangor.

“Ini merupakan langkah penting untuk menentukan Selangor berada di tahap yang membanggakan dengan melaksanakan kehendak pengguna yang mementingkan kecekapan dan ketelusan dalam setiap urusan,” katanya.
KedahLanie.
Najib dan Mahathir Pensabotaj Utama UMNO Dalam PRU 13?
Oleh Shahbudin Husin
Siapa sebenarnya pensabotaj UMNO dalam pilihanraya akan datang? Persoalan ini sentiasa bermain di fikiran banyak pihak. Sementara ada yang berpendapat ia terdiri daripada kalangan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon, lalu merajuk, menutup bilik gerakan dan mengalih sokongan kepada parti lain, ada yang merasakan pensabotaj juga mungkin daripada kalangan ahli yang tidak bersetuju dengan pemilihan seseorang sebagai calon.

Namun daripada kedua-dua golongan itu, sabotaj daripada kalangan pemimpin yang kecewa dan merajuk adalah lebih besar kesannya kepada parti dalam usaha mencari kemenangan dalam pilihanraya nanti.

Najib pula, dalam usaha mahu memenangi pilihanraya, nampaknya amat menyedari kemungkinan unsur sabotaj ini menjadi halangan utama kepadanya untuk mencapai kemenangan. Lantaran itu, selain sering mengingatkan pemimpin dan ahli UMNO dan komponen BN lainnya agar mengutamakan parti dan kekal setia sama ada terpilih atau tidak sebagai calon, beliau juga meletakkan pemantau di setiap bahagian yang terdiri daripada perwakilan G7 untuk melaporkan tentang sesiapa saja yang didapati menyeleweng daripada perjuangan parti semasa pilihanraya nanti.
Beliau yang begitu teruja untuk meletakkan calon-calon "winnable" dan tidak mahu terikat dengan kedudukan seseorang dalam parti sebagai asas memilih calon pilihanraya, dalam masa yang sama juga amat bimbang sekiranya berlakunya unsur sabotaj ini. Dengan kedudukan yang kritikal sekarang dan kekuatan antara BN dan PR pula agak seimbang hampir di semua kawasan, adanya perbuatan sabotaj tentu saja memungkinkan calon BN akan menerima kekalahan di tangan lawan.

Inilah yang sebenarnya yang amat membimbangkan Najib dan menjadi salah satu sebab mengapa tarikh pilihanraya ditangguhkan sehingga kini. Walaupun kedudukan UMNO dan BN amat genting, tetapi keghairahan di kalangan pemimpin dan ahli parti yang "perasan" merekalah paling sesuai sebagai calon pilihanraya, tidak pernah ada surutnya. Dalam sering melaungkan "Hidup UMNO" dan perjuangan sentiasa berteraskan agama, bangsa dan negara, hakikatnya perjuangan untuk kepentingan peribadi sering mendahului segala-galanya di kalangan sebahagian besar pemimpin UMNO.

Keghairahan mahu menjadi wakil rakyat bukan saja berlaku di kalangan mereka yang baru menjadi pemimpin dan tidak pernah menjadi calon tetapi juga di kalangan yang sudah lama bergelar YB dan tidak lagi dilihat "winnable".

Masalah Najib ialah bagaimana beliau mahu meminimakan kemungkinan berlakunya sabotaj ini.

Tetapi sementara Najib melihat unsur sabotaj di kalangan pemimpin dan ahli UMNO, beliau juga harus melihat kepada dirinya sendiri. Keghairahan yang terlampau untuk meletakkan calon-calon yang dianggapnya "winnable" dan di luar daripada lingkungan UMNO, turut memungkinkan berlakunya sabotaj juga.

Sekarang ini, golongan pelompat-pelompat politik yang berada di sisi Najib amat ramai. Ada yang pelompat jauh, pelompat tinggi namun yang ramainya adalah pelompat katak. Mereka pelompat jarak dekat saja. Antara mereka ialah Ibrahim Ali, Ezam Mohd Nor, Zulkifli Nordin, Nasharuddin Md Isa, Dr Hassan Ali dan ramai lagi.

Sebahagian mereka ini dilihat begitu rapat dan menjadi "primadona" di sisi Najib. Mereka sering saja berada bersama Najib terutama dalam lawatan-lawatan ke luar negara. Sebahagian yang lain pula menonjolkan diri dengan keaktifan menyerang Anwar Ibrahim, Pas dan Pakatan Rakyat dengan pelbagai hujah dan logik yang difikirkan munasabah.

Ada kemungkinan sebahagian mereka ini akan dicalonkan mewakili BN dalam pilihanraya nanti. Dikatakan bahawa pemilihan mereka sebagai calon kerana dianggap "winnable" dan juga kerana telah menyumbang jasa yang besar dalam mengkucar-kacirkan pembangkang melalui pelbagai dakwaan yang dibuat sebelum ini.

Ezam, Zulkifli Nordin dan Dr Hassan Ali dilaporkan akan menjadi calon BN di Selangor manakala Ibrahim Ali pula dijangka akan diletakkan di Pasir Mas, Kelantan. Nasharuddin pula dikatakan akan menjadi calon BN di Kedah berdasarkan pengetahuan agamanya. Sementara Ezam sudah menjadi ahli UMNO, Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin dan Dr Hassan pula tidak menyertai mana-mana parti dan hanya bergerak melalui NGO Perkasa dan Jati manakala Nasharuddin masih menjadi ahli Pas.

Jika mereka ini dipilih sebagai calon BN berdasarkan kritirea "winnable" yang sering dilaungkan Najib, ia sedikit-sebanyak tentunya akan menyebabkan ada pemimpin dan ahli UMNO di sesuatu kawasan itu merasa kecewa dan kecil hati. Mereka akan merasa dipinggirkan dan pengorbanan berhujan, berpanas dan berjaga malam selama ini langsung tidak dihargai. Kebarangkalian untuk melakukan sabotaj juga adalah tinggi.

Dalam hal ini, jika berlaku sabotaj ia tentulah berpunca daripada tindakan Najib sendiri.

Dalam kes Mahathir pula, walaupun beliau dilihat begitu gigih berkempen mahu memastikan kemenangan BN dan tidak mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri, tindakannya yang terlalu rapat dan menyokong Perkasa juga merupakan sabotaj kepada UMNO dan BN. Ini kerana Perkasa dilihat tidak begitu disenangi oleh pengundi bukan Melayu, malahan MCA dan MIC yang menjadi ahli komponen BN juga sudah beberapa kali "bertegang leher" dengan Perkasa dalam beberapa isu.

Tindakan Mahathir yang terlalu merapatkan diri dengan Perkasa boleh juga menyebabkan pengundi bukan Melayu langsung tidak teringin kepada BN. Ini tentunya menyebabkan ramai calon BN terhalang daripada mendaat kemenangan kerana kekurangan sokongan pengundi bukan Melayu. Mahathir dalam hal ini telah melakukan sabotaj kepada parti.

Dalam masa yang sama, tindakan Mahathir hadir dan berucap dalam suatu perhimpunan Perkasa di Pasir Mas baru-baru ini dan seolah-olah merestui agar Ibrahim Ali dipilih sebagai calon BN di kawasan itu juga boleh mencetuskan unsur sabotaj kepada UMNO dan BN. Jika Ibrahim dipilih sebagai juga sebagai calon yang dibenarkan menggunakan lambang BN walaupun beliau bukan ahli UMNO dan pernah menentang UMNO sebelum ini, ini tentunya menyebabkan pemimpin dan ahli UMNO Pasir Mas berasa kecewa dan tidak mahu mengundinya.

Jika mereka melakukan sabotaj, ia adalah tindakan yang wajar berdasarkan kesetiaan kepada parti selama ini. Tetapi dalam konteks pilihanraya dan perkiraan Najib, mereka mungkin akan dikenakan tindakan disiplin.

Tetapi bolehkah mereka dipersalahkan sepenuhnya? 

Hakikatnya, sementara Najib berusaha keras mahu mempertahankan kuasa Perdana Menterinya dan Mahathir pula sibuk mahu mengekalkan kuasa BN, tindakan mereka juga kadangkala cenderung kepada tercetusnya perbuatan sabotaj dalam parti.
KedahLanie.
Read More

Wednesday, 27 March 2013

Negeri Sembilan Kini Ditadbir Kerajaan Sementara Di Bawah Mohamad Hasan.

Khamis, 28 Mac 2013
 Pembubaran Secara Automatik DUN Negeri Sembilan, Pilihanraya Untuk Kerusi DUN Perlu Diadakan Dalam Tempoh 60 Hari Mengikut Peraturan Pilihanraya.

PANAS! Apa Implikasi DUN Negeri Sembilan Terbubar Sendiri?
Tengah malam tadi, berakhirlah riwayat dan hayat Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan secara automatik apabila ia terbubar dengan sendiri tanpa kehadiran menteri besar SEMENTARA, Mohamad Hasan menghadap Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz di Istana Seri Menanti, Kuala Pilah.

Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.

Mesyuarat pertama DUN Negeri Sembilan berlangsung pada 27 Mac 2008 dengan agenda utama melantik Speaker dan upacara mengangkat sumpah anggota DUN.

Selama ini, DUN Negeri Sembilan dibubarkan lebih awal sebelum tamat tempohnya dengan tarikh pembubarannya dibuat mengikut tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihanraya umum bagi kawasan DUN dan Parlimen di negeri ini diadakan serentak.

Memandangkan Parlimen belum dibubarkan lagi setakat ini, maka DUN negeri ini terbubar secara automatik berdasarkan fakta ia merupakan yang pertama bersidang berbanding DUN lain serta Parlimen.

Pilihanraya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac, 2008.

Manakala sidang pertama Dewan Rakyat berlangsung pada 28 April, 2008.

Bagi DUN lain, Pahang mengadakan mesyuarat pertamanya tahun itu pada 7 April, Johor dan Melaka (21 April), Selangor (22 April), Perak (25 April), Perlis dan Kelantan (28 April), Pulau Pinang (2 Mei) serta Terengganu, Sabah dan Kedah pada 5 Mei.

Berikutan pembubaran secara automatik DUN Negeri Sembilan, pilihanraya untuk kerusi DUN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan pilihanraya.

Negeri Sembilan kini ditadbir kerajaan sementara di bawah Mohamad Hasan.

Sementara itu, Speaker DUN Negeri Sembilan, Razak Mansor berkata beliau akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendirinya badan membuat undang-undang itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

DUN Negeri Sembilan mempunyai 36 kerusi susulan keputusan pilihanraya umum ke-12 lalu dengan Barisan Nasional (BN) berjaya menubuhkan kerajaan selepas memenangi 21 kerusi manakala selebihnya dimenangi DAP (10), Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) (4) dan satu oleh PAS.

Pada 11 Oktober 2009, satu pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi DUN N.31 Bagan Pinang berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor (BN).

Ia menyaksikan calon BN, Mohd Isa Abdul Samad, yang juga bekas menteri besar, memenangi kerusi itu apabila mengalahkan wakil PAS, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti undi 5,435.

Implikasinya terhadap sejarah politik negara adalah, belum pernah mana-mana DUN dalam mana-mana bahagian negeri di Malaysia terbubar secara automatik iaitu menteri besar atau ketua menteri tidak menghadap Sultan atau Yang di-Pertua negeri bagi pembubaran DUN.

Dari sudut politik, ia jelas menggambarkan bahawa kerajaan yang berkuasa sebelum DUN dibubarkan tidak mempunyai 'keberanian' untuk memanggil pilihanraya sebelum mandat berakhir lima tahun.

Ini sudah cukup membuktikan bahawa spekulasi kedudukan kerajaan yang berkuasa akan kalah dalam pilihanraya umum ternyata benar tanpa sebarang hujah konkrit bagi mewajarkan alasan tersebut.

Ternyata dari segi moral, BN sudah dianggap 'mengaku kalah' kerana jika mereka merasakan BN akan mampu membentuk kerajaan negeri, sudah pasti DUN tidak perlu dibubar atau terbubar secara automatik.

Menurut penganalisis politik dan pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari, ia merupakan satu episod malang dalam sistem politik negara apabila kerajaan memerintah terpaksa menunggu hingga saat akhir dan ditambah 24 jam lagi hayat kerajaan kononnya merujuk kepada Akta Interpretasi 1948 dan 1967 mengikut Seksyen 54 (1) Akta 388.

Keadaan ini dikhuatiri akan memberikan implikasi kewangan terutama apabila beberapa keputusan besar dibuat meskipun mandat pemerintahan telah berakhir.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkata, tempoh mandat pemerintahan diberikan rakyat melalui pilihanraya hanyalah lima tahun iaitu sejak 8 Mac 2008.

Keadaan ini turut disokong melalui kenyataan Perdana Menteri, Najib Altantuya yang meminta rakyat memberikan mandat lima tahun lagi kepada Umno-BN.

“Keadaan sekarang saya sifatkan sebagai satu rampasan kuasa rakyat tanpa senjata,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS semalam.

Menurutnya, sepanjang tempoh ‘tamat mandat’ sejak 8 Mac 2013, kerajaan perlu mengumumkan semua keputusan projek yang telah diberikan kelulusan selain beberapa perjanjian termasuk di dalam Pameran Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA ’13).

Jelasnya, kerajaan sementara yang berkuasa selepas pembubaran DUN atau Parlimen bagi menguruskan urusan harian tidak boleh membuat keputusan yang melibatkan implikasi kewangan.

Pentadbiran kerajaan sementara negeri kini tidak boleh membuat keputusan penting yang mengakibatkan kerajaan baru yang akan dibentuk selepas keputusan pilihanraya umum ke-13 menanggung beban atas sebarang komitmen atau perjanjian jangka panjang.


Adalah penting untuk bekas ADUN Pakatan Rakyat negeri diketuai ketua pembangkang DUN memantau setiap perjalanan pentadbiran dan kewangan negeri selain menyelia bersama dengan kerajaan sementara sementara menunggu pilihanraya dijalankan.

Jika persoalan tidak ada satu garis panduan khusus bagaimana pentadbiran sementara boleh berfungsi, ia satu alasan dangkal kerana sistem Westminster sudah lengkap menunjukkan satu persatu kaedahnya tetapi selalu dilanggar BN yàng terus menyalah gunakan kuasa setiap kali memegang status kerajaan sementara.

Inilah masanya untuk seluruh rakyat Malaysia menumpukan perhatian kepada Negeri Sembilan kerana setelah Pakatan Rakyat bertambah kuat, tiada lagi sebab untuk BN berani melanggar peraturan terhad yang digariskan dalam undang-undang tubuh negeri.

Paling penting, ia sekaligus memberi isyarat bahawa Najib Altantuya kini boleh mengucapkan selamat tinggal kepada kerusi empuknya di Putrajaya kerana moralnya sudah cukup rendah diasak Pakatan Rakyat dan diparahkan lagi dengan kenyataan bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad yang seakan menyindir (walaupun katanya bergurau) jika dia berada di tempat Najib Altantuya, parlimen sudah lama dibubarkannya!

JALAN PULANG
Read More

MB N.Sembilan Perlu Dilantik Bukan Automatik: Prof Aziz Bari Pakar Perlembagaan Malaysia...

Khamis, 28 Mac 2013

MB N Sembilan perlu dilantik bukan automatik

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan terpaksa mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar meskipun mengakui bahawa Dun Negeri Sembilan akan bubar secara automatik pada 28 Mac.

Pakar Undang-undang Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari dalam kenyataannya berkata selepas Dun negeri itu bubar secara automatik Kerajaan Negeri Sembilan perlu dilantik semula oleh Yang Dipertuan Besar sebagai kerajaan sementara.

Jika tidak, hujah Aziz, ia adalah kerajaan haram dan perlantikan formal itu perlu kerana ia telah melebihi tempoh lima tahun.
Ikuti laporan penuh dalam Harakah cetak Jumaat ini.
Harakahdaily.

Thursday, March 28, 2013
MB Negeri Sembilan tak faham konsep pemisahan kuasa- Prof Aziz Bari
(Oleh: Rusnizam Mahat)
KUALA LUMPUR 25 Mac: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan tidak faham perlembagaan apabila menyamakan isu kerajaan sementara dengan konsep pengasingan kuasa, kata pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari.
Beliau berkata demikian sebagai respon kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa kerajaan negeri itu masih sah, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar, Selasa ini.
Hasan dalam kenyataan semalam berkata, menerusi sistem demokrasi berparlimen atau westminster, hanya kuasa oleh wakil rakyat akan terbubar jika DUN mencapai tempoh lima tahun, sementara kehakiman dan eksekutif masih perlu dijalankan.
Mengulas perkara itu, Aziz yang juga bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) berkata, dalam sistem westminster di Malaysia, kuasa eksekutif iaitu pemerintah dilantik oleh legislatif (perundangan).
“Dia (Mohamad Hasan) tak faham perlembagaan. Kerajaan sementara tidak ada kena mengena dengan pemisahan kuasa.
“Dalam sistem westminster, kerajaan itu dilantik daripada dewan (legislatif). Jadi apa lagi autoriti yang dia ada?
“Kalau Dewan habis (bubar), bermakna habislah kerajaan itu. Ibarat pelantar, kalau pelantar dah runtuh takkan boleh bina rumah atas air,” ujarnya ketawa ketika dihubungi.
Menurut Aziz, berbeza di negara seperti Amerika Syarikat, kuasa eksekutif atau presiden dilantik terus oleh rakyat.
“Di Malaysia, kuasa eksekutif itu berdiri atau ditegakkan oleh dewan. Asas kepada kewujudan kerajaan itu adalah dewan.
“Ketua eksekutif atau perdana menteri juga adalah anggota legislatif. Perdana menteri itu ahli parlimen dan MB adalah Adun,
“Konsep pemisahan kuasa di sini lebih sulit berbanding di Amerika atau Filipina kerana presidennya dilantik secara terus oleh rakyat,” ujarnya.
Justeru Aziz menegaskan, kerajaan Negeri Sembilan tetap akan menjadi sebuah kerajaan haram, sekiranya kerajaan sementara tidak dilantik secara rasmi selepas 26 Mac ini.
“Maknanya, dia (Mohamad Hasan) tidak boleh buat keputusan penting selepas dilantik, tidak boleh ada mesyuarat Exco dan lain-lain. Dalam keadaan dewan sudah melepasi 5 tahun, apalagi moral yang dia ada. Kerajaan sementara kena dilantik secara formal,” tegas beliau.
Oleh sebab itu katanya, pihak istana perlu melantik Mohamad Hasan sebagai ketua kerajaan sementara, sesegera yang mungkin.
Katanya lagi, jika tidak, ia akan menimbulkan pelbagai isu berhubung kemudahan yang diguna menteri besar itu, termasuk kediaman dan kenderaan rasmi serta soal pembayaran gaji kepada kakitangan kerajaan negeri.
Menurut Aziz, kerajaan sementara yang ditubuhkan selepas itu pula mesti melakukan tugasan rutin sahaja dan tidak boleh membuat keputusan penting seperti meluluskan peruntukan mengguna wang kerajaan negeri.
Ditanya mengenai negara yang mengamalkan sistem westminster seperti Bangladesh yang menetapkan kerajaan sementara secara rasmi dalam perlembagaan, Aziz berkata, ini kerana perlembagaan mereka dikira baru, berbanding Malaysia.
Di negara itu, selepas dewan parlimennya dibubar, kerajaan sementara akan diletak di bawah satu majlis khas yang diketuai Ketua Hakim Negara.
Ini bermaksud kerajaan sementara di Bangladesh bukan sekadar melibatkan fungsi kerajaan, tetapi perubahan organisasi.
Di Australia dan New Zealand, dokumen rasmi menyebut tentang amalan ini, namun kebanyakan negara mengamalkan kerajaan sementara secara konvensyen, atau tidak bertulis.
“Ini kerana mereka lebih bertamadun dan beradab. Di UK (United Kingdom), walaupun tidak ada perlembagaan bertulis, tetapi mereka mengikut adat, jika habis tempoh maka dewan akan terbubar sendiri,” ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=48289

Kerajaan N.Sembilan Masih Sah Walau DUN Terbubar Selasa Ini - MB
PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan sedia ada masih sah mengikut sistem demokrasi berparlimen atau Westminster yang diamalkan di negara ini, walaupun selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar secara automatik, Selasa ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata menerusi sistem tersebut, kuasa pemerintahan sama ada negeri atau persekutuan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perundangan, kehakiman dan pentadbiran atau eksekutif.

Katanya jika DUN mencapai tempoh genap lima tahun, hanya perundangan iaitu kuasa oleh wakil rakyat yang akan terbubar sementara kehakiman dan pentadbiran masih ada dan perlu dijalankan.

"Kita mengamalkan pemisahan kuasa dan apabila sampai tarikh itu (26 Mac)hanya DUN iaitu perundangan yang akan terbubar tapi eksekutif dan kehakiman masih ada," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada pesara tentera dan merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Bekas Anggota Perisai Kuala Lumpur di Kem Sunggala, di sini, Ahad.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang menyatakan kerajaan negeri ini akan menjadi kerajaan haram jika terus beroperasi selepas 26 Mac, seperti disiarkan beberapa portal berita pembangkang, baru-baru ini.

Mohamad berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu adalah tidak tepat dan boleh mengelirukan serta mencetuskan kebimbangan rakyat.

Katanya selepas DUN terbubar, kerajaan sementara di bawah kuasa eksekutif atau pentadbiran akan tertubuh di mana fungsinya untuk meneruskan pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri dan isu kerajaan negeri ini akan menjadi kerajaan haram selepas DUN terbubar sepatutnya tidak timbul.

"Jangan suntuk sangat pandangan. Memang benar dia (Abdul Aziz) adalah pakar perundangan dan perlembagaan tetapi dia tidak nampak di sebalik apa yang sepatutnya diadakan iaitu kerajaan sementara," katanya.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan akan terbubar dengan sendiri Selasa ini apabila mencapai tempoh genap lima tahun iaitu bermula persidangan pertamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Pada majlis berkenaan, seramai 30 bekas tentera yang berkhidmat semasa zaman darurat pertama dan kedua menerima pingat PJM yang disampaikan Mohamad mewakili Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. - BERNAMA
TAMAT PERKHIDMATAN!

Photo: BN Tiada Dalam Perhidmatan
Asalkan Bukan Umno.blogspot
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena