Showing posts with label DIEGO GARCIA. Show all posts
Showing posts with label DIEGO GARCIA. Show all posts

Sunday, 13 April 2014

CIA tahu apa terjadi kepada MH370 - Mirror melaporkan, pada Ahad 13/4/2014

Ahad, 13 April 2014

Penulis AS percaya CIA tahu apa terjadi kepada MH370


WASHINGTON - Seorang penulis dari Amerika Syarikat   yang merangkap sebagai penyiar radio, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa intelijen Amerika mengetahui   apa yang terjadi kepada pesawat Malaysia Airlines MH370.

  Mirror melaporkan, pada Ahad  13/4/2014 , seorang penulis dan penyiar radio AS menyatakan bahawa Central Intelligence Agency (CIA) Amerika tahu persis apa yang terjadi atas hilangnya Malaysia Airlines   pada 8 Mar  dengan membawa 239 penumpang dan awak kapal.

Kevin Barrett mengatakan kepada saluran Press TV Iran yang pesawat tersebut tidak mungkin hanya sekadar hilang. Menurut dia, kes hilangnya pesawat MH370 tersebut tidak masuk akal.

"Pesawat ini tidak mungkin hilang begitu saja. Ini tidak masuk akal. Pangkalan CIA di Alice Springs, Australia tahu benar  apa yang terjadi pada pesawat itu. Dan itu telah membuat Pemerintah Malaysia meminta tolong mereka namun mereka tidak mendapatkan respons apapun," ujar Barrett dengan analisanya.

Bahkan, secara tegas, Barrett menyampaikan jika ada yang ditutup-tutupi dari hilangnya pesawat yang seharusnya mendarat di Beijing tersebut.

"Ini tidak boleh difikirkan, bahawa pesawat ini hanya akan mengubah haluan, terbang ke arah yang salah, dan akan terlihat atas Kepulauan Maldives menuju Diego Garcia dan hilang begitu saja.

"Ini adalah sesuatu yang sangat aneh yang telah terjadi pada pesawat ini." 
(ade)
okezon
diedit oleh idahsalam 
Posted by indah.com
Read More

Saturday, 12 April 2014

Amerika nafi MH370 mendarat di pangkalan tentera Diego Garcia - akhbar Britain Daily Mirror...

Sabtu, 12 April 2014

Amerika nafi MH370 mendarat di pangkalan tentera Diego Garcia

MOHD FARHAN DARWIS
APRIL 12, 2014


Pesawat Tentera Udara Australi (RAAF) E-7A Wedgetail dan dua Tentera Laut AS P-81 Poseidon pesawat patrol di landasan lapangan terbang di Perth semasa bersedia dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang. Akhbar Britain Daily Mirror hari ini melaporkan Amerika Syarikat menafikan pesawat MH370 mendarat di Diego Garcia ikutan khabar angin mengenainya. – Gambar Reuters, 12 April, 2014.
Pesawat Tentera Udara Australi (RAAF) E-7A Wedgetail dan dua Tentera Laut AS P-81 Poseidon pesawat patrol di landasan lapangan terbang di Perth semasa bersedia dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang. Akhbar Britain Daily Mirror hari ini melaporkan Amerika Syarikat menafikan pesawat MH370 mendarat di Diego Garcia ikutan khabar angin mengenainya. – Gambar Reuters, 12 April, 2014.




Amerika Syarikat (AS) menafikan pesawat Malaysia Airlines MH370 mendarat di pangkalan tentera mereka di lokasi terpencil di Diego Garcia, lapor akhbar Britain Daily Mirror.

Akhbar berkenaan melaporkan, jurucakap kedutaan AS di Kuala Lumpur menafikan perkara itu di sebalik khabar angin dan spekulasi mengatakan pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal mendarat di sana.
"Tiada petunjuk mengatakan pesawat MH370 terbang berhampiran Maldives mahupun Diego Garcia.
"MH370 tidak mendarat di Diego Garcia," katanya dipetik laporan akhbar.
Beliau turut berkata, dalam usaha sama koordinasi misi carian pesawat yang hilang pada 8 Mac lalu, tentera laut AS kini bekerjasama dengan Malaysia dan Australia, bersama 26 lagi negara.
Lokasi Diego Garcia sekitar 3,500 kilometer dari Malaysia.
Hari ini masuk hari ke-36 misi mencari pesawat berkenaan di Lautan Hindi, tumpuan kini bagi pengerahan Kenderaan Dalam Air Automatik milik Amerika Syarikat Bluefin 21 kerana dikhuatiri bateri kotak hitam kehabisan berikutan tiada isyarat dikesan pasukan mencari bagi tempoh 24 jam lepas.
Dua isyarat getaran akustik dikesan Selasa lepas oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield, manakala satu isyarat dikesan pesawat Australia AP-3C Orion pada Khamis disahkan tidak ada kaitan dengan alat pengesan isyarat pesawat di bawah permukaan air.
Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata bagi misi mencari pada Sabtu, Ocean Shield terus menumpukan usaha untuk mengesan isyarat daripada kotak hitam pesawat dengan menggunakan alat pengesan pinger ditunda.
Menurutnya, AP-3C Orion turut meneruskan misi pencarian akustik, bersama-sama Ocean Shield dan kapal oseanografi HMS Echo.
"Tiada sebarang pengesanan akustik disahkan dalam tempoh 24 jam lepas," menurut JACC dalam kenyataan hari ini.
JACC berkata sembilan pesawat tentera, sebuah pesawat awam dan 14 kapal terbabit dalam misi mencari MH370 di Lautan Hindi pada Sabtu, melibatkan kawasan seluas kira-kira 41,393 kilometer persegi.
Kawasan pencarian bertumpu di sekitar kira-kira 2,331 kilometer barat laut Perth, katanya.
Rabu lepas, Ketua Penyelaras JACC, Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata Kenderaan Dalam Air Automatik akan dikerahkan sebaik sahaja tiada isyarat dikesan.
Pihak berkuasa menganggarkan bateri kotak hitam mungkin boleh bertahan 10 hari lebih lama daripada jangka hayat 30 hari sebelum ia berhenti menghantar isyarat getaran.
Sejak Jumaat minggu lepas, pasukan mencari mengesan enam isyarat, dua daripadanya dikesan kapal China, Haixun 01, pada 4 dan 5 April manakala Ocean Shield mengesan empat isyarat pada 5 dan 8 April.
Kotak hitam merekodkan data kokpit dan mungkin memberikan jawapan mengenai apa yang sebenarnya berlaku terhadap MH370.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.
TMI.
Read More

Thursday, 10 April 2014

BARU ADA KENYATAAN DARI KUASA BESAR: Perisikan Rusia dakwa MH370 dirampas... US nafi MH370 di Diego Garcia...

Khamis, 20 April 2014

TERKINI MH370: LIHAT KENYATAAN DUA KUASA BESAR, PERISIKAN RUSIA DAKWA PESAWAT DIRAMPAS & DIEGO GARCIA !!!


Perisikan Rusia dakwa MH370 dirampas, dilarikan ke Afghanistan




Sumber perisikan Rusia mendakwa MH370 yang dikatakan telah terhempas di Lautan Hindi sebenarnya telah dirampas dan dilarikan ke Afghanistan, berhampiran sempadan Pakistan.

Menurut akhbar The Sun, sumber yang rapat denfan FSB (badan perisikan Rusia) memberitahu akhbar negara itu; “Semua penumpang masih hidup, mereka telah dibahagikan kepada 7 kumpulan dan hidup dalam pondok tanah dengan hampir tiada makanan,”.

Kenyataan itu bagaimanapun belum dapat disahkan sepenuhnya.




Kehilangan MH370 sejak 8 Mac bulan lalu adalah misteri terbesar dunia.

Kapal berkenaan hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkemistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.

Pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat terkini kumpulan penyiasat antarabangsa.

Pada peringkat ini, kesemua 239 anak kapal dan krew dianggap telah meninggal dunia, lapor Mynewshub.



SELEPAS SEBULAN INI BARU ADA KENYATAAN DARI KUASA BESAR :



US nafi MH370 di Diego Garcia serta beritahu Malaysia tak ada minta data satelit yang di Pine Gap Australia

AS: Konspirasi Diego Garcia tidak benar

Amerika Syarikat menafikan teori konspirasi bahawa pesawat yang hilang itu berada di pangkalan tentera lautnya di Diego Garcia di Lautan Hindi.

"Spekulasi bahawa penumpang Philip Woods telah menghantar mesej foto dari Diego Garcia adalah tidak benar...

Tidak ada tanda-tanda bahawa pesawat MH370 terbang dekat Maldives atau Diego Garcia, kata seorang jurucakap Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur yang tidak disebut namnya yang dipetik oleh Sinar Harian.

Jurucakap itu menambah bahawa ia hanya memberi maklumat atas permintaan dan Malaysia tidak meminta data dari satelit Amerika yang terletak di Pine Gap, Australia.
Kedah.kini

Read More

Friday, 14 March 2014

MH370 Sengaja Diterbangkan Ke Andaman - Reuters

Jumaat, 14 Mac 2014
Data Radar Tunjukkan MH370 Sengaja Diterbangkan Ke Andaman
Isyarat radar-pengesan militari menunjukkan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak Sabtu lalu sengaja diterbangkan merentasi Semenanjung Malaysia ke Kepulauan Andaman, menurut beberapa sumber yang terlibat dengan siasatan itu, kata Reuters pada Jumaat.

Dua sumber berkata, sebuah pesawat yang tidak dikenali yang dipercayai MH370 telah mengikuti arah antara laluan pelayaran - menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang dengan latihan penerbangan - apabila ia kali terakhir dikesan radar tentera di pantai barat laut Malaysia. 

Titik akhir pada radar pengesan militari itu menunjukkan pesawat tersebut terbang menuju Kepulauan Andaman di India, kata mereka. 

Titik laluan adalah lokasi geografi, dapat diketahui dengan mengira longitud dan latitud, yang membantu juruterbang mengemudi arah sepanjang laluan udara yang dihadkan. 

Menurut sumber ketiga, siasatan kini fokus kepada teori bahawa seseorang yang tahu bagaimana untuk menerbangkan pesawat tersebut dengan sengaja mengalihkan pesawat yang membawa 239 penumpang itu, ratusan batu di luar laluan asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing. 

"Apa yang boleh kami katakan adalah kemungkinan terdapat unsur sabotaj menerusi rampasan pesawat," kata seorang pegawai kanan polis Malaysia. 

Kesemua sumber enggan nama mereka didedahkan kerana mereka tidak dibenarkan untuk bercakap kepada media kerana takut akan mengganggu siasatan. 

Beberapa pegawai Kementerian Pengangkutan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen. -mstar


 Pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia 



Adakah radar tunjuk MH370 ke Andaman?

Bukti daripada radar Tentera membayangkan kemungkinan pesawat MH370 yang hampir seminggu hilang, telah sengaja diterbangkan melintas Semenanjung Malaysia ke arah Kepulauan Andaman, lapor Reuters yang memetik sumber yang biasa dengan penyiasatan itu hari ini.

Dua sumber tu iberkata sebuah pesawat yang tidak dikenali yang penyiasat percaya ialah MH370, telah mengikuti laluan di antara titik laluan penerbangan - yang menunjukkan ia sedang diterbangkan oleh seseorang yang terlatih dalam bidang penerbangan - ketika kali terakhir ia diplotkan pada radar tentera di luar pantai barat laut negara ini.

Plot terakhir pada radar tentera membayangkan kemungkinan pesawat itu terbang ke arah Kepulauan Andaman di India, yang terletak di antara Laut Andaman dan Teluk Bengal, kata mereka.

Titik laluan adalah lokasi geografi, berdasarkan kiraan longitud dan latitud, yang membantu juruterbang sepanjang koridor udara.

Sumber ketiga yang biasa dengan penyiasatan itu berkata persoalannya semakin tertumpu kepada teori bahawa seseorang yang tahu menerbangkan pesawat itu telah sengaja mengubah haluan penerbangan, yang membawa 239 orang, beratus-ratus kilometer melencong dari kursus destinasi asalnya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

"Apa yang kita boleh katakan ialah kemungkinan perbuatan sabotaj, dan begitu juga kemungkinan berlaku rampasan," kata sumber itu yang merupakan seorang pegawai kanan polis Malaysia.

Ketiga-tiga sumber itu yang enggan dinamakan kerana mereka tidak dibenarkan bercakap kepada media dan kerana sensitiviti siasatan.

Pegawai-pegawai di Kementerian Pengangkutan Malaysia, yang menjadi kontak rasmi maklumat mengenai penyiasatan itu, tidak membalas panggilan untuk mendapatkan komen.

Polis Malaysia sebelum ini berkata, mereka sedang menyiasat sama ada penumpang atau kru yang mempunyai masalah peribadi atau psikologi yang mungkin dapat memberi petunjuk terhadap misteri itu, bersama-sama dengan kemungkinan berlaku rampasan, sabotaj atau kegagalan mekanikal.

Komen oleh tiga sumber merupakan petunjuk jelas yang pertama bahawa perbuatan jenayah disyaki berlaku dan menjadi fokus siasatan berkaitan kehilangan Boeing 777 itu.

Hasil daripada bukti terbaru itu, sumber-sumber berkata, usaha mencari telah dipergiatkan lagi di Laut Andaman dan juga Lautan Hindi.

Dianggap misteri yang paling membingungkan dalam sejarah penerbangan moden, tidak ada kesan pesawat atau mana-mana tanda bangkai kapal terbang itu yang ditemui walaupun usaha mencarinya membabitkan pasukan tentera laut dan pesawat tentera pelbagai negara.

Kali terakhir pesawat itu dilihat skrin radar awam ialah sebelum jam 1.30 pagi Sabtu waktu Malaysia, kurang satu jam selepas ia berlepas dari Kuala Lumpur, ketika ia terbang ke arah timur laut melintas muara Teluk Thailand. 
– mk
 Posted By Greenboc
Read More

MH370 'Ditembak Jatuh' Di Lautan Hindi? & Pengkalan Tentera Rahsia Amerika Di Pulau Diego Garcia... tersembunyi dari mata dunia

Jumaat, 14 Mac 2014
diego garcia, pangkalan tentera udara amerika syarikat, lautan hindi, kehilangan pesawat mas, mh370

Pulau Diego Garcia bukan sebuah pulau peranginan dan penempatan walaupun ianya cantik tetapi sebagai pengkalan ketenteraan 
Amerika Syarikat. Kedudukan yang strategik di antara Asia Timur dan Asia Barat, ianya tersembunyi dari mata dunia yang sebenarnya menjadi pengkalan tentera rahsia U.S.
Terletak di tengah-tengah Lautan Hindi, Lautan wilayah British India. Diego Garcia adalah asas strategik utama yang bertindak sebagai kawasan pementasan untuk kapal tentera laut, pengebom jarak jauh, kapal udara, dan lain-lain aset ketenteraan yang misi membawa mereka ke Afrika, Asia, dan timur Tengah.

Misi kononnya untuk keamanan dan keselamatan digunakan termasuk statusnya sebagai salah satu tapak pendaratan kecemasan Space Shuttle, dan hosting salah satu daripada 3 tanah untuk Sistem Penentu serta pemantauan kedudukan Global (Global Positioning System’s) juga berfungsi sebagai Rangkaian Pengawasan Angkasa USA.

Perjanjian UK / US yang bertukar pulau ke sebuah pangkalan tentera telah ditandatangani pada tahun 1966. Ia berlangsung sehingga tahun 2036, tetapi sama ada kerajaan U.S boleh memilih untuk keluar pada pada tahun 2016. Sementara itu, terdapat perkara yang bukan remeh dalam kos pemembekalkan ketenteraan, postdam tentera, memperbaiki sistem dan operasi infrastruktur ketenteraan yang tinggi di pulau itu.




Anda dapat bayangkan tujuan apakah pengkalan ini dibina di pulau yang terletak di tengah-tengah Asia ini.Tetapi ianya agak sunyi dari mata dunia.




MH370 Ditembak Jatuh Di Lautan Hindi?
Tiada bukti sahih dan kukuh yang mengatakan bahawa pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak Sabtu lalu berkemungkinan ditembak jatuh oleh sebuah pengkalan tentera Amerika Syarikat diLautan Hindi.

Mantan juruterbang berpengalaman, Datuk (Kapt) Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata walaupun Lautan Hindi adalah satu kawasan laut yang paling bergelora dan sunyi, terdapat sebuah pulau terumbu karang yang bernama Diego Garcia.

“Saya pernah menguruskan satu penerbangan sewa ke Diego Garcia dan di pulau tersebut terdapat terdapat satu pengkalan tentera Amerika Syarikat yang berada di pulau tersebut.

Maknanya di sini adalah, terdapat juga kelengkapan radar yang mampu mengesan kehadiran sebarang pesawat yang melalui kawasan tersebut,” kata Nik Ahmad Huzlan ketika dihubungi Astro Awani.

“Namun begitu, adalah tipis dan jauh sama sekali untuk mengatakan bahawa pesawat MH370 itu ditembak jatuh kerana Diego Garcia adalah sebuah pulau yang bukannya sensitif dan pangakalan tentera yang ada di situ juga bukanlah ancaman kepada sesiapa pun.”

Tambahnya lagi, “petunjuk” yang mendakwa pesawat tersebut mungkin terbang menuju ke Lautan Hindi adalah apabila laporan dari radar Tentera Malaysia yang menyatakan bahawa pesawat tersebut terbang di ketinggian 29,500 kaki di sekitar kawasan Pulau Perak pada jam 2.15 pagi Sabtu lalu.

“Itu merupakan titik terakhir pesawat tersebut yang dikesan sebelum hilang,”.Melalui data yang diperoleh itu, maka pihak Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) telah menyalurkan maklumat dan sokongan tersebut tersebut kepada Tentera Amerika Syarikat yang kemudiannya menggerakan asset-aset ketenteraannya dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat tersebut.

“Jika pihak Amerika Syarikat juga telah mendapati terdapat ‘indikasi’ bahawa pesawat tersebut mungkin jatuh sekitar Lautan Hindi dan radar dari Diego Garcia juga ada mengesannya, maka mereka akan memulakan fasa ‘kuning’ pencarian pesawat tersebut,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan seandainya terdapat ‘alert’ atau tanda dimana pesawat yang tidak dikenali itu memasuki ruang udara di sekitar Diego Garcia, berkemungkinan mereka tidak akan menceritakan tentang perkara itu kepada sesiapa.

“Namun, sehingga setakat ini tiada tanda tersebut,”. Awal pagi ini, Pentagon mendedahkan bahawa ada “petunjuk” pesawat MH370 itu mungkin terhempas di Lautan Hindi dan Amerika Syarikat sedang menggerakkan asset ketenteraan mereka seperti kapal USS Kid ke kawasan tersebut untuk mencarinya. ~awani 
Read More

Mystery of MH370: Portal Cabal Times mendedahkan tentang US military base at DIEGO GARCIA DAN MH370...

Jumaat, 14 Mac 2014

CABAL TIMES DEDAHKAN TENTANG DIEGO GARCIA DAN MH370

Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat, Diego Garcia terletak di Lautan Hindi, dilengkapi landasan untuk pesawat mendarat.

Portal Cabal Times mendedahkan jangkaan mengenai kehilangan MH370

Klik di sini.
Khamis,
Pengkalan Tentera Rahsia Amerika Di Pulau Diego Garcia 







Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena