Showing posts with label Dikir barat. Show all posts
Showing posts with label Dikir barat. Show all posts

Wednesday, 18 June 2014

Ratu Dikir Barat Rosalinda didenda RM1,000 berpakaian tidak sopan 'mencolok mata'!

Rabu, 18 Jun 2014
Rosalinda berjalan masuk ke mahkamah, semalam

GUA MUSANG : Rosalinda, penyanyi dikir barat wanita tersohor di Kelantan dikenakan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, di sini, semalam, selepas mengaku salah memakai pakaian mencolok mata ketika mengadakan persembahan di Felda Aring Enam, Mei lalu.

Hakim, Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosalinda atau nama sebenarnya, Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, yang berasal dari Kemaman, Terengganu.

Beliau tidak membenarkan tertuduh membuat persembahan dengan berpakaian tidak sopan, bertentangan dengan hukum syarak.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Ramlee Abd Rahman. Rosalinda membayar denda tersebut dan berjanji tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, Rosalinda ditahan sepasukan Penguat kuasa Agama Islam Gua Musang ketika membuat persembahan nyanyian dikir barat di Ekspo Padang Perumahan Felda Aring Enam, jam 11.50 malam pada 7 Mei lalu.

Sebelum itu, Zubaidi turut menegur Rosalinda supaya hentikan persembahan melampaui batasan agama  kerana ia menjejaskan imej Islam dan galak orang ramai melakukan maksiat. Credit Sinar
Read More

Friday, 1 March 2013

INNALILLAH!, Dikir Barat Kutuk TOK GURU NIK AZIZ..* Video & Gambar

Jumaat, 1 Mac, 2013
Video & Gambar : Sifat Mulia Tok Guru Nik Aziz Terserlah

Masa Hidup Nyanyi Lagu Kutuk Nik Aziz.. Masa Mati orang yang di kutuk jadi iman solat jenazahnya...!!!


BUKAN NIAT NAK MENGAIBKAN TETAPI SEKADAR MEMBERI PENCERAHAN MINDA MENCERITAKAN KISAH YANG BENAR.


Foto menunjukkan Tok Guru Nik Aziz mengimamkan solat jenazah arwah Zaidi Mohamad @ Zaidi Buluh Perindu, antara pendikir terkenal di Kelantan, yang meninggal pagi semalam.

Arwah dipercayai meninggal dunia akibat serangan sakit jantung ketika sedang membuat persembahan di Tumpat dimana beliau sedang menyampaikan sebuah lagu khas untuk Menteri pertanian dan Asas Tani, Noh Omar yang menjadi tetamu DISINI.

Semasa hidupnya cukup kuat mengutuk Tok Guru Nik Aziz dan  Pas dalam setiap persembahan yang dianjurkan Umno.Tapi Tok Guru Nik Aziz tidak ambil pusing itu semua DISINI.Sanggup mengimamkan solat jenazahnya.SUBHANALLAH !!! ~ Tinta Hijau DKB
~ Marilah kita sama-sama berdoa semoga ROH beliau dilimpahi rahmat oleh ALLAH SWT..
AL FATIHAH
Posted by Kedah Lanie at 2:00 PM


hasbiemuda.com
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena