Showing posts with label Dipecat. Show all posts
Showing posts with label Dipecat. Show all posts

Sunday, 14 June 2015

[Video] Jangan biar ahli resah...Perwakilan Muktamar dah habak dah! Letak jawatanlah, sebelum dipecat!

Ahad, 14 Jun 2015



PAS Bukit Katil: Jangan biar ahli resah


PAS kawasan Bukit Katil menggesa kepimpinan PAS pusat segera dan tidak berlengah untuk menyelesaikan isu usul memutuskan hubungan dengan DAP yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamar parti itu awal bulan ini.
 
Dalam satu kenyataan, kawasan itu berkata pihaknya sangat terkesan dengan isu itu kerana hubungan baik mereka dengan DAP di peringkat parlimen itu.


Sekaligus penangguhan penyelesaiannya menyebabkan akar umbi semakin resah dan rakyat tertanya-tanya pendirian sebenar PAS dalam isu itu, tegas PAS Bukit Katil.

"PAS Pusat (perlu) memberikan kata putus dengan segera tentang hubungan PAS dengan DAP dan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

"Jangan biarkan isu ini berlarutan sehingga menyebabkan ahli dan rakyat tertanya-tanya pendirian sebenar PAS.

"Sebagai parti yang matang PAS dan DAP mesti duduk semeja dan berunding bagi menyelesaikan apa juga kemelut bagi membuktikan kepada rakyat bahawa Pakatan adalah sebuah gabungan yang mantap dan mampu menangani apa juga isu yang berbangkit," kata kawasan itu.

Selain itu, kawasan itu juga menggesa semua pemimpin DAP dan PAS berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar yang menyinggung perasaan masing-masing dan boleh menimbulkan rasa tidak puashati ahli dan penyokong masing-masing.

"Di pihak pemimpin pula rakyat ingin melihat pemimpin PAS dan DAP matang dan professional dengan tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan bersifat dendam dan kebudak-budakan.
Mk.
Read More

[Video] Terkini! Pegawai Khas Guan Eng Dipecat Gara-Gara Usul Dewan Ulamak Pas...Sembang Kencang! Sekarang mana siku & lutut kamu?

Ahad, 14 Jun 2015

Pegawai Khas Guan Eng Dipecat Gara-Gara Usul Ulamak Pas

PEGAWAI GUAN ENG KENA PECAT, HASIL SILAT "SIKU LUTUT" 


1. Pegawai Penerangan Pejabat Ketua Menteri P.Pinang daripada PAS, Fadzil Kemi telah dipecat oleh kerajaan negeri, melalui surat bertarikh 12 Jun lalu. Beliau akan menerima pampasan sebulan gaji.

2. Ia berkaitan usul daripada Dewan Ulama dan Muktamar PAS yang memutuskan hubungan dengan DAP.

3. Fadzil adalah setiausaha PAS negeri dicadangkan oleh Mohd Sabu memegang jawatan itu. 

4. Sebelum ini, ahli majlis MBPP dan MPSP daripada PAS enggan letak jawatan, dengan alasan mereka dilantik oleh PAS. 

5. Mereka sengaja tidak mahu bezakan antara "cadang" dan "lantik".

6. Lebih 1000 ahli pas memegang jawatan dalam kerajaan negeri.

Read More

Saturday, 9 August 2014

PRESS RELEASE: Khalid Akhirnya Dipecat Dari PKR...

Sabtu, 9 Ogos 2014



KENYATAAN AKHBAR
PRESS RELEASE
PARTI KEADILAN RAKYAT

Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor).

Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.

Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.

Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.

Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:

• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:

o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;

o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;

• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;

• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;

• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.

DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014


PETALING JAYA : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat serta merta sebagai ahli hidup Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) di Ibu Pejabat Keadilan di sini, sebentar tadi.

"Dengan pemecatan itu, Abdul khalid kini menjadi ADUN Bebas walaupun kekal sebagai Menteri Besar," kata Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan kee Kwong pada sidang media di sini.

Beliau berkata, tindakan disiplin itu diambil berikutan notis peringatan yang dihantar Abdul Khalid menerusi peguamnya, Edmond Bon, pagi tadi.

Antara isi kandungan notis peringatan berkenaan adalah MPP tidak boleh membincangkan isu jawatan MB sehingga Lembaga Disiplin selesai menjalankan siasatan termasuk selepas kes pendengaran Abdul Khalid pada 15 Ogos seperti yang dipohonnya, semalam. - Berita Harian

BLM
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena