Showing posts with label GBH. Show all posts
Showing posts with label GBH. Show all posts

Thursday, 23 July 2015

'Muafakat Baharu Politik' (GHB, PKR, & DAP)...Mengapa Pas & Umno cemburu?

Jumaat, 24 Julai 2015


Padahal UMNO rakan tidur sebantalnya..

Ahmad Bin Abdul "celaka PAP! Agenda komunis!"

jerkah segolongan Melayu UMNO...



GHB - Hadi Makin Gelisah, Umpamakan DAP Seperti Wali



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengingatkan anggota parti itu tidak menjadikan DAP sebagai "wali" atau ketua.
BLM.

Harapan Baru sambut baik muafakat baharu politik


Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu menyambut baik pengumuman dua personaliti PKR dan DAP berhubung penubuhan gabungan baharu pembangkang.

Menurut Mohamad, pengumuman Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang secocok dengan hasrat GHB yang mahu melihat jalinan di antara parti politik, badan bukan kerajaan serta rakyat lebih kukuh.

"Kenyataan kedua-dua pemimpin itu selari dengan hasrat Harapan Baru yang mahu menghidupkan semula gerakan kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat dengan lebih utuh selepas Pakatan Rakyat terkubur.

"Seperti ditegaskan Harapan Baru pada majlis pelancaran 13 Julai lalu, negara berada dalam kedudukan yang sangat meresahkan.

"Maka, bagi Harapan Baru, pembentukan muafakat baru seperti yang dinyatakan, sangat kritikal pada waktu ini, untuk memimpin kebangkitan rakyat dan anak muda dalam misi 'Menyelamatkan Malaysia' dari bencana kemusnahan hasil dari kegagalan pentadbiran Umno Barisan Nasional," katanya dalam kenyataan hari ini.
Read More

Saturday, 18 July 2015

HUSAM Musa dijangka berceramah dipentas GHB Kota Bharu malam ini..."Siapa Lagi Zalim"?

Ahad, 19 Julai 2015

HUSSAM MUSA DIJANGKA BERCERAMAH DIPENTAS GHB-2 CERAMAH SERENTAK MALAM INI.


KELANTAN

PERLIS GHB



1999 - dibenarkan melawat Hari raya Pertama
2015 - TIDAK DIBENARKAN melawat kerana Jabatan Penjara bercuti

NAMPAK TAK.. !!

Bersama-samalah kita berdoa..

Doa Rasulullah Untuk Pemimpin Yang Buat Susah Rakyatnya

“Ya Allah, bagi siapa yang mengurus urusan umat ku, lalu dia menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia, dan sesiapa yang menguruskan perkara umat ku, lalu dia mengasihani mereka, maka kasihilah dia.”

(Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 9/351, no. 3407)



Jika 1MDB tidak wujud.....
Jika tak buat HUTANG RM 42 bilion..
Jika tak reti urus tadbir RM 42,000,000,000..

#SEBARKAN #SHARE agar rakyat tahu...

Kredit : Kelab Che Det
Read More

'Wokehlah tu, sayang sungguh Umno kat Pas'! GHB ini memang sengaja untuk membunuh PAS yang sedia ada?

Ahad, 19 Julai 2015

Umno Pulak Yang Bimbang Harapan Baru Akan Musnahkan PAS


Kumpulan yang menamakan mereka sebagai Gerakan Harapan Baharu (GHB) dilihat sengaja ditubuhkan bagi melumpuhkan PAS, kata Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad.

Menurut beliau, kewujudan kumpulan tersebut dilihat hanyalah untuk mengisi ruang membalas dendam dengan parti Islam tersebut.

Ini kerana, mereka yang terdiri daripada kumpulan ini ialah golongan profesional di dalam PAS yang sentiasa bercanggah pandangan dan pendapat dengan kumpulan ulama parti itu.

“Kewujudan GHB ini memang sengaja untuk membunuh PAS yang sedia ada. Dia akan menimbulkan masalah dengan membalas dendam, akan cuba untuk menunjukkan masih ada pengaruh, orang dia lebih disambut baik oleh DAP dan PKR, akan mengakibatkan pertandingan tiga penjuru.

“Dan jika wujud pertandingan tiga penjuru, saya nampak ruginya dan akhirnya akan membunuh PAS sendiri.

“Jadi dia akan menjadi pengacau dan lebih mendorong kepada kekalahan Pakatan Rakyat. Dia akan pecahkan sistem dua parti itu,” katanya kepada The Rakyat Post baru-baru ini.

Malah jelasnya, kewujudan kumpulan tersebut dilihat lebih kepada memenuhi rasa kecewa ekoran kekalahan di dalam pemilihan tempoh hari.

Pada awalnya, kumpulan tersebut menggelarkan diri mereka sebagai G18 yang melibatkan 18 orang ahli-ahli PAS yang gagal pada Muktamar Tahunan ke-61 awal Jun lalu.

“Jadi disebabkan kalah dalam pemilihan parti sendiri serta meninggalkan parti induk dan menubuhkan parti baru, akhirnya dia akan dilihat sebagai kumpulan yang kecewa dan terdesak.

“Kerana nak menegakkan kepentingan, maka kata mereka tidak boleh menerima kekurangan parti dia sendiri, dia mesti hendak sentiasa menang dan tidak akan reda dengan kekalahan.

“Dalam sebuah parti mesti mempunyai falsafah yang sama, jadi kalau mereka kata tidak bersetuju dengan perjuangan PAS, sebab kalah itu tidak munasabah. Pada saya, ini bukan perjuangan,” tambah Ahli Parlimen Johor Bahru itu.

GHB kini dipimpin oleh Mohamad Sabu yang sebelum ini merupakan Timbalan Presiden PAS.

Ia turut dianggotai oleh Khalid Samad, Hanipa Maidin, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Mahfuz Omar, Suhaizan Kaiat dan beberapa yang lain.

- therakyatpost
BLM.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena