Showing posts with label Husam Musa. Show all posts
Showing posts with label Husam Musa. Show all posts

Sunday, 6 May 2018

[Video Tun Daim, Husam Musa, Nik Omar Dun Chempaka, KELANTAN] Pengundi awal lapor polis tidak dapat mengundi, nama telah digunakan.

Isnin, 7 Mei 2018

Tumpang sekole.

Pengundi awal lapor polis tidak dapat mengundi, nama telah digunakan

Salinan laporan polis yang dibuat Fadli.

Seorang pengundi awal membuat laporan polis semalam selepas beliau tidak dapat mengundi kerana nama beliau telah digunakan oleh orang lain untuk mengundi.

Ahmad Fadli bin Zahar, 38, membuat laporan itu di Balai Polis Jalan Bandar, Kuala Lumpur selepas gagal membuang undi awal di Dewan Badminton Perkep, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.

Dalam laporan itu, Fadli berkata, beliau telah datang untuk membuang undi sebagaimana yang diarahkan pada jam 1 tengahari di situ.
Namun beliau diberitahu tidak boleh mengundi “kerana saya telah disahkan mengundi,” beritahu Fadli dalam laporan itu.
“Saya menunjukkan bukti di jari saya kepada pegawai tersebut bahawa tiada sebarang kesan dakwat kekal di jari saya.
“Pegawai SPR seorang lelaki Melayu telah mengambil kad pengenalan milik saya dan telah berbisik kepada saya untuk berbincang di luar dan menunggu semakan daripada pihak SPR,” katanya.
Selepas hampir dua jam menunggu, pegawai SPR berkenaan memberitahunya agar bersabar dan menunggu sehingga proses pengundian selesai.
Semekan beliau sekali lagi dengan pegawai SPR mendapati beliau tidak layak mengundi, kata Fadli dalam laporan polis yang dibuat paja jam 4.45 petang pada hari kejadian itu.
MD.
Read More

Tuesday, 30 August 2016

[Video] Husam Musa Sertai Parti AMANAH malam ini.

Selasa, 30 Ogos 2016

Husam Musa Sertai Parti AMANAH



PETALING JAYA: Datuk Husam Musa yang mengunci mulut mengenai masa depan politiknya selepas dipecat daripada PAS, dijangka akan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) dalam satu majlis yang akan diadakan malam Selasa.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai perkara ini ketika diminta mengesahkan sama ada Adun Salor itu akan menyertai parti itu.

"Akan ada pengumuman khas. Mari kita tunggu," katanya kepada The Star Online.

Menurut jemputan yang dihantar kepada media pada Isnin, Husam akan membuat 'penampilan istimewa' pada majlis makan malam ambang merdeka yang dianjurkan oleh Amanah Putrajaya di Cyberjaya.

Beliau akan disertai oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Jika Husam menyertai Amanah, ia bukanlah satu kejutan kerana beliau sebelum ini telah berkempen secara terbuka untuk parti itu semasa PRK Sungai Besar Jun lalu dan bukannya untuk PAS.

Husam telah dipecat daripada PAS pada bulan Mei, berikutan aduan salah laku.

Sebelum itu, beliau lantang mengkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu pembalakan berleluasa dalam kerajaan pimpinan PAS di Kelantan dan berhubung kerajaan perpaduan dengan Umno.

Dalam satu kenyataan pada malam Isnin, Husam berkata beliau akan 'memakai jersi baharu' pada Selasa.

Husam berkata sejak hampir empat bulan beliau dipecat daripada PAS, tidak ada sebarang petunjuk bahawa beliau akan diterima lagi oleh parti.

"Tidak ada sebarang kajian semula terhadap pemecatan saya. Surat penjelasan saya kepada presiden parti nampaknya sia-sia," katanya.

BKM.
Read More

Saturday, 18 July 2015

HUSAM Musa dijangka berceramah dipentas GHB Kota Bharu malam ini..."Siapa Lagi Zalim"?

Ahad, 19 Julai 2015

HUSSAM MUSA DIJANGKA BERCERAMAH DIPENTAS GHB-2 CERAMAH SERENTAK MALAM INI.


KELANTAN

PERLIS GHB



1999 - dibenarkan melawat Hari raya Pertama
2015 - TIDAK DIBENARKAN melawat kerana Jabatan Penjara bercuti

NAMPAK TAK.. !!

Bersama-samalah kita berdoa..

Doa Rasulullah Untuk Pemimpin Yang Buat Susah Rakyatnya

“Ya Allah, bagi siapa yang mengurus urusan umat ku, lalu dia menyusahkan mereka, maka susahkanlah dia, dan sesiapa yang menguruskan perkara umat ku, lalu dia mengasihani mereka, maka kasihilah dia.”

(Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 9/351, no. 3407)



Jika 1MDB tidak wujud.....
Jika tak buat HUTANG RM 42 bilion..
Jika tak reti urus tadbir RM 42,000,000,000..

#SEBARKAN #SHARE agar rakyat tahu...

Kredit : Kelab Che Det
Read More

Wednesday, 24 June 2015

Pemerintah ala-ala "junta" tentera di negeri Cik Siti Wan Kembang? Kehilangan nama Husam yang mengejutkan...

Khamis, 25 Jun 2015
Sekumpulan kanak-kanak di luar khemah di Bandar Utama Gua Musang, Kelantan. Banjir besar Disember lalu memusnahkan kehidupan beribu-ribu rakyat Kelantan, namun bantuan masih perlahan dari pihak kerajaan negeri dan pusat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 Mei, 2015.
Sekumpulan kanak-kanak di luar khemah di Bandar Utama Gua Musang, Kelantan. Banjir besar Disember lalu memusnahkan kehidupan beribu-ribu rakyat Kelantan, namun bantuan masih perlahan dari pihak kerajaan negeri dan pusat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 21 Mei, 2015.

Ulasan pengguguran Husam dari hierarki Pas Kelantan

PERHATIAN

Esok saya akan ulas pembentukan kepimpinan baru Pas Kelantan yang katanya dibuat malam semalam. Dalam penyusunan itu berlaku perubahan bagi disesuaikan dengan pemerintahan Ahmad Yaakub dan Mohd Amar Nik Abdullah yang boleh dianggap sebagai pemerintah ala-ala "junta" tentera di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Dalam penyusunan itu nama Husam Musa langsung tidak ada dalam hierarki Pas Kelantan. Kenapa?

Kehilangan nama Husam itu menjadi percakapan bukan sahaja di Kota Bharu tetapi juga di Kuala Lumpur. Tindakan menggugurkan Husam itu sesuatu mengejutkan pemerhati politik khasnya dan amnya para pengikut bekas Exco kanan itu terutama di kalangan anak muda. Apakah pengguran itu tepat dan tidak membawa apa-apa implikasi kepada masa depan Pas Kelantan?

Tunggu. Inysa-Allah saya akan membuat ulasan berhubung perkembangan ini esok. Wassalam. Mso. [wm.kl.12:18 t/malam 25/06/15]

Read More

Sunday, 4 January 2015

Apakah tidak terlambat untuk melakukan sesuatu di Kelantan?

Isnin, 5 Januari 2015
CIRI-CIRI KEPIMPINAN HUSAM MUSA TERSERLAH 

JIKA MB Kelantan mahu ditukar, tiada tokoh lain yang berwibawa selain dari YB Husam Musa, Adun Salor. Husam, pemegang ijazah ekonomi Universiti Malaya dilihat mampu membangunkan Kelantan. 
Musibah banjir besar di Kelantan baru-baru ini membuktikan Husam Musa mampu mengalas amanah sebagai MB sekiranya diberikan peluang. Husam menunjukkan beliau berwawasan dan tidak hilang punca menghadapi malapetaka. Penampilan peribadi yang bersahaja, tidak memakai baju Melayu untuk mengharung banjir dan berusaha mendapatkan Helikopter untuk memecah kebuntuan mencari mangsa-mangsa banjir yang memerlukan pertolongan, Husam dilihat mempunyai inisiatif yang tinggi.  


Beliau juga tidak segan silu mengadu permasalahan rakyat kepada rakan sekutu di dalam PR, di mana beliau menulis surat memohon bantuan dari Kerajaan Negeri Selangor. Meskipun jika Husam tidak mengutus surat atau berhubung dengan Azmin selaku MB Selangor, Kerajaan Selangor tetap juga akan membantu atas dasar kemanusiaan. Namun, inisiatif Husam itu jelas menunjukkan beliau peka dan sensitif dengan apa yang sedang terjadi di Kelantan. Beliau tidak habiskan masanya mengarang puisi atau madah serta tazkirah di saat rakyat Kelantan menyabung nyawa. 

Husam telah memberi amaran 27 Dun PAS yang terlibat banjir seboleh-bolehnya jangan ‘hanyut’ dalam arus bantuan pemulihan BN. Husam ada bacaan politiknya tentang Kelantan dan beliau sedar negeri Serambi Mekah itu bukan sahaja diancam dengan banjir tetapi terancam dengan muslihat Umno. Lagu 'Kerajaan Perpaduan atau Campuran' kini mula dilagukan di Kelantan disaat rakyat kehilangan hartabenda malahan terdapat nyawa yang melayang dengan bencana ini. Umpama sifakir miskin yang sedang lapar diumpan dengan makanan yang lazat-lazat. 

Apakah tidak terlambat untuk melakukan sesuatu di Kelantan? 

DICATAT OLEH WFAUZDIN NS 
Read More

Friday, 15 August 2014

Kenyataan Media: KHALID IBRAHIM MEMPERALATKAN PAS - Husam Musa

Sabtu 16 Ogos 2014

KHALID IBRAHIM MEMPERALATKAN PAS - NAIB PRESIDEN PAS


Kenyataan Media:

Tan Sri Khalid Ibrahim Cukup Memperalatkan PAS

Saya memerhatikan pergolakan Selangor sambil mendisiplinkan diri dengan membisu sekian lama. Diharapkan ia tidak menambahkan kekeruhan sedia ada sekalipun sekian ramai awak-awak telah mengharu birukan lagi keadaan dengan komen-komen yang sesetengahnya tidak bertanggung jawab, bahkan mencederakan nama baik PAS.

Tikus lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah dari membina.

Namun begitu, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau boleh menumpang PAS. Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat. Presiden PAS telah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu telah berlalu.

Perkembangan lain telah berlaku selepas episod itu. Di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam bersekali Tan Sri Khalid dan menggorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya, akhlak politik yang dipegangnya dan amanah atas nama PAkatan rakyat yang ia perolehi dari rakyat Selangor.

Tan Sri telah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat, ia bukan mewakili PR lagi.

Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini ?

Kerajaan Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat. Bukan kerajaan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimana seorang ADUN bukan anggota PR boleh terus menjadi MB Pakatan Rakyat?

Tan Sri memecat exconya dari PKR dan DAP. Juga mengambil pelbagai langkah politik lain lagi yang ikut memalitkan PAS tetapi PAs tidak pernah tahu mengenainya.

Tindakan ini boleh memecah belahkan Pakatan kerana seakan menunjukkan PAS terus mendokong MB yang sudah hilang legitimasi.

Ia merosakkan PAS dan Tan Sri tidak berhak berbuat demikian kepada PAS.

Untuk memecat Exco dari PKR dan DAP dan mengekalkan PAS, ia mesti dibincangkan lebih dahulu dengan PAS (Jawatankuasa PAS Pusat) dan mendapat persetujuan gabungan yang lain.

Setahu saya, PAS Pusat tidak pernah bermesyuarat dalam tempoh ini untuk memutuskan kedudukan itu.

Saya selaku salah seorang Naib Presiden tidak pernah dimaklumkan oleh mana-mana pihak tentang hal ini. Setahu saya, PAS Pusat juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa untuk memutuskan perkara ini.

Dengan ini, Tan Sri telah melibatkan PAS untuk survival Tan Sri sebagai MB dengan cara yang menjejaskan nama baik PAS di mata rakyat Selangor. Ini sangat tidak wajar.

Bagaimana Tan Sri boleh kekal sebagai MB dengan tidak melepaskan jawatan secara bermaruah pada hari sama Tan Sri dipecat sebagai ahli PKR? Sultan menitahkan untuk Tan Sri kekal adalah kebijaksanaan baginda tetapi Tan Sri mempunyai pilihan untuk menolak perkenan itu atas pilihan Tan Sri sendiri.

Apa lagi bertindak seakan Tan Sri masih berkuasa penuh pada hal asas legitimasi Tan Sri sudah runtuh. Untuk kekal sebagai MB, Tan Sri tidak boleh mencaturkan 15 ADUN PAS untuk menggenapkan cukup bilang bagi pembentukan kerajaan Selangor PAS + UMNO + TSKI + lompat parti DAP/PKR.

Itu sangat tidak bermoral. Itu meniru gaya UMNO di Perak. Perbuatan terkutuk dan ditolak oleh amalan demokrasi yang mulia. Memasukkan perkongsian kuasa PAS dan UMNO melanggar banyak prinsip yang dipegang oleh PAS selama ini.

UMNO adalah lawan PAS dan tidak ada mana-mana kuasa dalam PAS boleh mengizinkan PAS berkongsi kuasa dengan UMNO tanpa melalui kelulusan Muktamar Agung PAS.

Ia tidak mungkin dilakukan dalam jangka masa Tan Sri membilang jumlah ADUN untuk mengekalkan Tan Sri sebagai MB sekarang. Tan Sri sudah tidak mempunyai cukup bilang sekarang.

Jika itu dilakukan oleh PAS, bermakna PAS menerima hubungan 'sodomy'. 15 ADUN PAS dipilih oleh rakyat Selangor atas tiket kerja sama Pakatan Rakyat. UMNO ditolak oleh majoriti rakyat Selangor kecuali di 12 dun. Kedudukan UMNO adalah sebagai pembangkang dan PAS adalah sebahagian dari Kerajaan Selangor.

Membawa UMNO dari pembangkang dan duduk sebagai kerajaan bersama PAS dengan menolak dua lagi parti gabungan yang telah dipilih secara sah oleh rakyat adalah perbuatan terkutuk yang tidak dizinkan oleh Islam.

Islam tidak mengizinkan pengkhianatan. Islam tidak mengizinkan pecah amanah. Dalam hal ini, amanah majoriti pengundi Selangor memilih Pakatan sebagai kerajaan dan menolak UMNO.

Tan Sri sebagai tokoh korporat yang biasa dengan angka tentu tahu, sekalipun 15 ADUN PAS campur 12 ADUN UMNO campur Tan Sri, ia hanya berjumlah 28 ADUN dari 56 jumlah ADUN.

50:50. Ia tidak membolehkan Tan Sri mendapat simple majority dari awal, sekalipun jika PAS dan UMNO sanggup bersekongkol untuk mendaulatkan seorang insan bernama Khalid Ibrahim lebih dari segala-galanya.

Sementalah PAS dan UMNO kedua-duanya, secara pendirian parti yang rasmi, tidak pernah memberikan persetujuan itu sehingga hari ini. Hari Jumaat yang mulia - 15 Ogos 2014 - hari ini.

Jika Tan Sri mengharapkan YB Rodziah dan YB Teng yang disebut-sebut kononnya akan bersama Tan Sri sehingga Tan Sri melewatkan pemecatan YB Rodziah berbanding yang lain, namun mereka telah mengambil pendirian insan bermaruah dan pendekar terbilang kerana kekal bersama parti masing-masing.

Syabas! Saya amat bangga dengan mereka dan ia telah memberikan hiburan bagi hati yang gundah di tengah kecenderungan menggunakan 'jual beli kuda taruhan' .

Kentalnya YB Rodziah menolak tawaran kekal dalam Exco sekalipun berkereta besar dan bergaji lumayan adalah satu tamparan yang patut menyedarkan Tan Sri pada saat itu juga.

Legitimasi Tan Sri sebagai MB sudah berakhir.

Harapan mendapatkan sekurang-kurangnya seorang ADUN untuk mendapatkan simple majority sudah tertutup.

Apa lagi bila dua ADUN PAS mengambil langkah bersendiri mereka menolak Tan Sri sebagai MB secara terbuka.

Sekalipun jika jarum jam boleh berpatah ke belakang, saya akan menasihatkan mereka untuk terlebih dahulu mendapat restu parti. Itu yang terbaik.

Tetapi tindakan mereka telah meletakkan usaha pihak mana jua untuk mewujudkan sebuah kerajaan gabungan PAS+UMNO+TSKI+lompat gagal dan mustahil.

Tan Sri tahu ini.

Lantas, apa lagi yang ditunggu?

Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan MB?

Atau Tan Sri kini berfikir untuk membubarkan DUN?

Bukankah tindakan itu akan menyusahkan Tuanku Sultan Selangor?

Kenapa tidak pada tarikh Tan Sri mengadap Sultan Selangor baru ini Tan Sri mencadangkan DUN di bubarkan?

Jika kerana Tan Sri gagal mendapatkan cukup bilang Sultan Selangor mengambil langkah membubarkan DUN, ia pada hemat saya, akan mencemarkan istitusi diraja.

Model Perak di mana tokoh yang mendapat sokongan majoriti dilantik tanpa pembubaran DUN dan tanpa sidang DUN hendaklah menjadi cermin. PAS telah mengalami pengalaman yang pahit bila MB Kelantan yang dilantik atas tiket PAS dan hendak ditukar oleh PAS, antara lain bukan kerana kesalahan jenayah rasuah tetapi semata-mata kerana gagal mengikut semangat dan arahan parti, telah mencetuskan krisis disebabkan UMNO melanggar konvensyen urusan parti lain tidak boleh dicampuri oelh parti gabungan yang lain.

Malangnya UMNO melanggar konvensyen itu. Lama PAS mengutuk tindakan jahat UMNO. Dari dulu hingga kini. Ia tercatat dalam dokumen rasmi PAS, ucapan pemimpinnya dan tesis para mahasiswa.

Oleh itu, TAN SRI harus tidak mengheret PAS dalam krisis TAN SRI. Parti TAN SRI berhak menukar TAN SRI dengan calon lain.

PAS boleh memberikan pandangan tetapi harus akur prerogative itu adalah hak PKR.

Itulah yang berlaku di Kedah semasa ada pandangan YAB Ustaz Azizan wajar ditukar sebagai MB.

PKR tidak menjamah urusan itu.

Jika Tan Sri berterusan mengheret PAS, seakan TAN SRI mahu PAS dilihat melanggar konvensyen yang ia telah junjung sejak ia kehilangan kuasa di Kelantan 1978. Jika budi PAS yang telah menunjukkan setia kawan bersama TAN SRI dihargai, janganlah PAS diseret lebih jauh.

Meletakkan jawatan adalah langkah terhormat. Ia bukan akhir sebuah karier politik.

Bertindak secara tidak bermaruah itulah sebenarnya akhir sebuah karier politik. Dan hitamnya rekod kehidupan.

Pada hari Jumaat yang berkat ini, kita memohon panduan Allah swt.

Husam Musa
Naib Presiden PAS
15 Ogos 2014.

Kedahkini
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena