Showing posts with label HOOLIGANS. Show all posts
Showing posts with label HOOLIGANS. Show all posts

Thursday, 18 December 2014

Hooligans (bertutup muka) menangis di mahkamah ketika perbicaraan...

Khamis, 18 Disember 2014


2 individu yang didakwa kerana menyerang dan melakukan kekasaran serta provokasi terhadap penyokong2 bola sepak Vietnam pada perlawanan separuh akhir pertama piala AFF di stadium Shah Alam dilaporkan menangis di tempat duduk mereka ketika perbicaraan sedang berlangsung.

5 individu didakwa atas pertuduhan merusuh dan kesemua mereka mengaku tidak bersalah. Kelima2 tertuduh berusia di antara 19 hingga 34 tahun. Mereka2 yang tertuduh ialah ;

1. Mohd Aminuddin Hamdan berusia 34 tahun.
2. Noor Hadi Hamdan berusia 29 tahun.
3. Muhammad Naquiddin Sallehudin berusia 19 tahun.
4. Amirul Akma Noorazdhar berusia 22 tahun.
5. Zulhelmy Akmal Zainal berusia 28 tahun. 

FAM, TMJ dan Khairy Jamaluddin selaku menteri belia dan sukan juga mengeluarkan arahan bahawa hooligans (bertutup muka) akan dilarang memasuki stadium seluruh negara buat selama-lama2nya. Kelima2 tertuduh juga akan berdepan dengan larangan memasuki stadium bola sepak seluruh negara seumur hidup.
Sumber Sozcyili
MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT 
Laaaa ... ingatkat jiwa kental keras tebal ... baru kena tuduh di mahkamah dah meleleh air mata tersedu-sedu?

 Apa punya keslah nak jadi samseng sukan macam ni ... Kalau dihukum masuk penjara mau menangis meraung  meronta-ronta. 

Ini baru kes dituduh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun dan denda atau keduanya sekali.... belum kena tahan dibawah Ordinan Cegah Jenayah atau SOSMA lagi. 

Lain kali fikir berulang kali sebelum mau melakukan kesalahan jenayah.

comments:
Anonymous18 December 2014 at 14:20

 "Budak2 ni jadi macam tu sebab semangat cinta akan negara terlalu tinggi. Mereka tak sanggup melihat negara dimalukan waima dipersendakan oleh segelintir manusia yang menumpang mencari makan di bumi kita. 

Tentu ada sebab mengapa budak2 tu memukul penonton tersebut....dan demi sayang, cinta pada ibu pertiwi itulah mereka memukul penyokong pasukan luar itu......

" cuma mereka tak bijak.... 

tang bola sanggup masuk jail 

tang bola sanggup tinggal solat 

tang bola kepala jadi biol

 tang bola manusia boleh berubah jadi bukan manusia...

Posted by OMAK KAU!
Read More

Tuesday, 9 December 2014

Polis 'buru' 12 HOOLIGANS...

Selasa, 9 Disember 2014
12 HOOLIGANS
Photo: POLIS KINI SEDANG MOHON BANTUAN ORANG RAMAI UNTUK BURU SEHINGGA TERTANGKAP 12 HOOLIGANS PIALA SUZUKI 2014 DI STADIUM SHAH ALAM.
http://omakkau.blogspot.com/2014/12/polis-kini-sedang-mohon-bantuan-orang.html
POLIS KINI SEDANG MOHON BANTUAN ORANG RAMAI UNTUK BURU SEHINGGA TERTANGKAP 12 HOOLIGANS PIALA SUZUKI 2014 DI STADIUM SHAH ALAM.
http://omakkau.blogspot.com/2014/12/polis-kini-sedang-mohon-bantuan-orang.html

The POLICE is CURRENTLY PLEASE HELP PEOPLE to BURU UNTIL CAUGHT 12 2014 SUZUKI CUP HOOLIGANS at the SHAH ALAM STADIUM.
http://omakkau.blogspot.com/2014/12/polis-kini-sedang-mohon-bantuan-orang.htmlTranslated by Bing
Photo: kalau jumpa lipat sidai pas tu jemur..
buat malu kan fans bola malysia je..
Inter Johor Firms
warga johor pun tak ngaku kaum dah..
malu..
Polis telah mengeluarkan gambar 12 suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan keganasan yang berlaku semasa perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki Cup antara Malaysia dan Vietnam pada hari Ahad. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata pasukannya telah mengenal pasti individu yang terlibat dan sedang diburu untuk dibawa ke muka pengadilan. 

Sekurang-kurangnya seorang penyokong Vietnam dilaporkan mengalami kecederaan dalam pertembungan yang menyaksikan Malaysia tewas 2-1 di tempat sendiri. “Kami mengambil serius perkara ini kerana ia adalah satu jenayah yang tidak sepatutnya berlaku di negara ini. 

“Kami telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” kata Mohd Adnan kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. Beliau juga mengharapkan suspek supaya menyerah diri kepada polis secara sukarela bagi membantu siasatan. 

“Ketika perlawanan itu, kami telah menahan sembilan orang. Tiga kesalahan berkaitan dadah dan selebihnya kerana memiliki suar. “ Jika sabit kesalahan, 12 suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kedua-duanya sekali. 

Mohd Adnan merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau suspek supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di 03-55202222 atau pegawai penyiasat Penolong Pesuruhjaya Chang Sing Kong di 016-7723336.Posted by OMAK KAU!


Photo: 2nd round
dup dap dup dap..
habislah haliamau malaya
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena