Showing posts with label Hang Pi Mana. Show all posts
Showing posts with label Hang Pi Mana. Show all posts

Wednesday, 14 March 2018

[Video Parlimen 2018 GST & 1MDB-Syoknya Hebat la Nga Kor Meng! Panas PONGGONG MP Umno dibuatnya & MP Pas hang pi mana?] Ini semua pasal DEDAK!

Rabu, 14 Mac 2018


Hasil carian imej untuk Gambar itik makan dedak

Foto Otai BERSIH.
Mari kita sokong kempen tutup TV3 suku..!!

Foto Otai BERSIH.


Di Malaysia cuma ada 2 negeri je...Pulau Pinang dan Selangor...isu terowong di Pulau Pinang dan isu air di Selangor...x caya tgk la bulentin Tv3suku...!!

(nasib aku tggl negara Uganda...kikiki)


TV3 diarah bayar RM200,000 pada bekas presiden Majlis Peguam


Mahkamah Rayuan hari ini mengarahkan Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) membayar RM200,000 kepada bekas presiden Majlis Peguam Manjeet Singh Dhillon kerana fitnah.
Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abang Iskandar Abang Hashim juga menolak rayang bekas anggota parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan, Utusan Melayu (M) Berhad dan bekas wartawan Utusan Malaysia Raja Syahrir Abu Bakar untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi agar mereka membayar ganti rugi berjumlah RM350,000 kepada Manjeet.
Pada 2015, Hakim Mahkamah Tinggi Nor Bee Arifin mengarahkan Utusan membayar RM200,000 dan Gobalakrishnan RM150,000 selepas didapati bersalah memfitnah Manjeet. Namun Nor Bee menolak saman yang difailkan terhadap TV3.
"Plaintif (Manjeet) telah membuktikan kesnya terhadap TV3, dan hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu telah terkhilaf," kata Abang Iskandar.
Panel yang dianggotai Datuk Dr Badariah Sahamid dan Datuk Mary Lim Thiam Suan itu turut mengarahkan TV3 membayar RM70,000 sebagai ganti rugi kos, manakala Utusan dan Gobalakrishnan diarahkan membayar RM20,000.
Manjeet memfailkan saman fitnah bernilai RM2.5 juta terhadap empat defendan berkaitan perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya.
Dalam kes itu, beliau menjadi peguam kepada N Pathmanathan yang kemudiannya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati.
Laporan Utusan dan TV3 sejak 2011 memetik Gobalakrishnan sebagai berkata Manjeet cuba menunjukkan kelemahan institusi negara ini.
Manjeet diwakili Americk Sidhu, manakala TH Liew mewakili TV3, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk Utusan dan Raja yahrir dan Hasnal Rezua Merican bagi pihak Gobalakrishnan.
Malaysiakini.
Read More

Friday, 27 May 2016

[Video 'Hang Pi Mana'] 'Latihan tepuk tangan bukan arahan kementerian' - Timbalan Menteri Pendidikan.

Jumaat, 27 Mei 2016

'Latihan tepuk tangan bukan arahan kementerian'

Guru-guru SK Pusat Kuala Ibai berlatih tepuk tangan ekoran arahan pengarah pendidikan negeri selepas mereka tidak bertepuk tangan untuk MB Terengganu semasa sambutan hari guru peringkat negeri.
Kementerian Pendidikan tidak mengeluarkan sebarang arahan supaya guru dan pelajar di Terengganu melakukan latihan tepuk tangan, kata timbalan menterinya Datuk P Kamalanathan.
  
Beliau berkata sebaliknya arahan berkenaan dikeluarkan oleh pengarah pendidikan negeri.
  
"Kementerian Pendidikan tidak mengeluarkan arahan (berlatih tepuk tangan) sedemikian kerana ia bukan satu keperluan. Pandangan saya ia adalah arahan peribadi pengarah pendidikan negeri sendiri.
  
"Bertepuk tangan adalah hak peribadi individu yang hadir dalam sesuatu majlis dan perkara ini tidak perlu diperbesarkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan logo baharu 'Dengue Patrol 2016' di Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 di Shah Alam hari ini.
  
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman dan Pengarah Urusan Sanofi Pasteur Malaysia, Singapura dan Brunei, Baptiste de Clarens.
  
Kamalanathan berkata demikian ketika mengulas mengenai rakaman video yang tersebar di laman sosial menunjukkan guru dan pelajar di sebuah sekolah di Terengganu menjalani latihan tepuk tangan.
  
Arahan itu didakwa dikeluarkan pengarah pendidikan Terengganu menerusi aplikasi WhatsApp yang meminta semua guru dan pelajar menjalani latihan tepuk tangan selama lima minit.
  
Sementara itu, mengulas mengenai Dengue Patrol 2016, Kamalanathan berkata program berkenaan merupakan inisiatif Sanofi Pasteur, sebuah syarikat farmaseutikal antarabangsa untuk memperkasakan pelajar sekolah supaya memainkan peranan lebih proaktif dalam aktiviti mencegah denggi serta menjadi ejen perubahan yang berkesan kepada masyarakat.
  
Katanya pelajar mampu menjadi ejen pengubah yang besar dalam usaha kerajaan membasmi wabak itu.
  
Menurut Kamalanathan, dengan pendedahan awal terhadap bahaya penyakit berkenaan serta cara mencegahnya kepada pelajar, mereka boleh berkongsi ilmu berkenaan bersama anggota keluarga serta masyarakat sekeliling.
  
"Tugas untuk membasmi wabak yang semakin serius ini bukan terletak di bahu kerajaan sahaja, semua pihak seperti keluarga, masyarakat, badan bukan kerajaan serta syarikat-syarikat swasta perlu memainkan peranan masing-masing," katanya.
- Bernama
Malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena