Showing posts with label Kafir Harbi. Show all posts
Showing posts with label Kafir Harbi. Show all posts

Friday, 21 October 2016

Amanah penuhi tuntutan generasi kedua..."Maka, berkuranganlah persepsi yang karut marut – kafir harbi, takfiri, munafiq harakah, dan seumpamanya."

Sabtu, 22 Oktober 2016

Amanah penuhi tuntutan generasi kedua
Oleh ABD SHUKUR HARUN
Setelah setahun Parti Amanah Negara ditubuhkan oleh sekumpulan pimpinan progresif yang disingkirkan dari parti Pas setahun lebih yang lalu, masih ada beberapa pihak yang bertanya, atau yang berhujah mengapa Parti Amanah ditubuhkan.
Tanpa emosi dan prejudis, jawapannya ialah bahawa penubuhan Amanah mendukung konsep Rahmatan Lil Alamin” dan kelahirannya ialah ‘rahmat yang tersembunyi’, untuk memenuhi tunutan Islam Generasi ke-2 Islam.
Maka walaupun ia adalah sebuah parti yang terbuka kepada pelbagai kaum dan agama, sesuai dengan tuntutan masyarakat majmuk di Malaysia, tetapi ia tetap bernuansa Islam dan berada dalam orbit Islam.
Apa dia tuntutan Generasi ke-2 Islam ini hingga membolehkan sebuah parti baru – Amanah – ditubuhkan dan apa perbezaan Generasi ke-2 Islam ini dengan Generasi Pertama Islam.
Adapun kelahiran Amanah ini ialah untuk memenuhi keperluan Generasi ke-2 umat Islam. Ia telah dberikan hujah oleh Dr. Dzulkefly Ahmad, pimpinan dan pemikir dalam AMANAH dalam tulisannya yang menarik di akhbar AMANAH keluaran 9-15 Oktober lalu.
Adapun suasana atau zaman Generasi pertma itu berbeza dengan suasana dan tuntutan Generasi ke-2, walaupun asas Islam itu tetap kekal sejak zaman berzaman. Cuma pendekatannya berbeza dari masa lalu dengan masa kini.
Dr. Dzulkefly menghuraikan dalam tulisannya itu bahawa maqasid syariah, atau tujuan syarak ataupun tuntutan syarak, perlu diaplikasikan sesuai dengan situasi yang ada sekarang. Namun ia sama sekali tidak berkompromi dengan asas Islam – dari segi hukum quatie, akhlak dan sebagainya.
Ini yang saya faham dari tulisan Dr. Dzul itu.
Menurutnya, beberapa ciri khusus dari kategori ini akan dapat digunakan sebagai mengenal pasti jalur pemikiran para ilmuan yang membuat kajian mengenai Islam Generasi 1 dan Generasi ke-2.
Kelompok pengganti (Generasi ke-2) selama ini dianggap dan dipaparkan sebagai talibarut Barat, kerapnya di negara umat Islam yang lain, maka (Generasi 1) mereka memerintah dengan sikap kuku besi dan tidak demokratik. Ini pendekatan mereka.
Justru orentasi mereka, kata Dr. Dzulkefly, ialah rata-rata mengambil pendekatan politik untuk memperjuangkan sebuah negara Islam dan pelaksannaan syariat atau hukum semata-mata. Orentasi seperti ini, katanya, terbawa-bawa hingga ke era ini.
Tetapi, menurut pengkaji, Generas 1 ini gagal untuk keluar dari ‘time warp’ untuk terus melalui evolusi atau reengineering yang dituntut oleh zaman dan semasa.
Beliau memberi contoh perkembangan dan perubahan di Turki di mana Generasi ke-2 telah mengambil tempatnya.
Justru, kata Dr. Dzul, sejarah menyaksikan bahawa AKP Parti (Parti Keadilan dan Pembangunan) terbentuk dengan Erdogan dan Abdullah Gul meninggalkan parti induknya (asalnya) iaitu Parti Saedat pimpinan Dr. Nekmettin @ Najmudin Erbakan.
Begitu seterunya berlaku dibanyak negara. Iaitu kesan dari dinamika gerakan Islam yang sentiasa mencari polisi yang teguh di persada politik.
Di sinilah Dr. Dzuk melihat tercetusnya RUU 355 secara mudahnya adalah respon sebuah gerakan politik Generasi 1, meskipun yang mereka lebih minat adalah pelaksanaan sebuah Qanun Jinaliy itu dilaksanakan sekaligus.
Walaupun itu sebagai sasaran akhir, namun pelbagai kekangan tidak mengizinkan tujuan itu dicapai.
Lalu beliau melihat pendekatan perjuangan yang meletakkan soal penyelesaian masalah rakyat negara ini adalah mirip dan persis orientasi Islam Generasi ke-2 dikesemua negara umat Islam.
Katanya, andainya Fiqh Malayzie (Fekah Malaysia) yang pernah digagaskan oleh Dr. Siddiq Fadhil mampu diperkukuh oleh Generasi ke-2, maka amat cerah masa depan rakyat dan negara ini untuk dibimbing akan ilmu Islam yang kontemrporari.
Dr. Dzul lalu mengharapkan iaitu sangat mustahak bagi Generasi ke-2 menjelaskan kedudukan semua perkara ini dengan wacana yang lebih bersifat ilmu dan berlandaskan pengetahuan dalam bacaan politik dan realiti kontemporari.
Di sinilah saya fikir, kemuncukan Parti Amanah, dengan pendekatan barunya (bukan merobah hukum yang qatie), diperlukan untuk mengisi keperluan umat Islam, bahkan kepada rakyat seluruhnya akan kesyumulan Islam sebagai Rahmat Seluruh Alam.
Iaitu Islam bukan agama yang ‘menakutkan’ seperti yang tergambar dalam pendekatanGenerasi 1 (generasi lama).
Amanah sangat wajar memperkukuh pendekatan baru ini kerana ia hadir di tengah masyarakat atas keperluan ini.
Saya kira, tulis Dr. Dzul dalam akhbar Amanah keluaran 9-16 Oktober itu dan tulisan beliau sebelum ini dan juga akan datang, serta juga pandangan Dr. Siddiq Fadhil dan intelektual lain dapat diwacanakan dengan meluas.
Ini supaya perbincangan ini benar-benar berlandaskan ilmu dan rasional, bukan dikaburi oleh pelbagai prejudis, terutama prejudis golongan dan politik yang sarat dengan sentimen yang mengelirukan, malah merbahya.
Diskusi ilmiah seperi NUNJI yang dicetuskan oleh AMANAH sendiri dibawah selenggaraan Dr. Mujahid Yusuf Rawa wajar diperkasa untuk memberikan kefahaman luas kepada umat Islam. Inilah sumbangan Amanah dan mengapa ia hadir di tengah masyarakat.
Dengan itu diharapkan akan berkuranganlah persepsi yang karut marut – kafir harbi, takfiri, munafiq harakah dan seumpamanya - di ruang udara umat Islam. Digantikan dengan suasana, bersih dan jernih.
Read More

Sunday, 10 July 2016

KAFIR HARBI masih relevan atau tidak? Suasana Aidilfitri bukti istilah kafir harbi tidak relevan di Malaysia.

Ahad, 10 Julai 2016
Naib Presiden, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus mewakili Amanah

Suasana Aidilfitri bukti istilah kafir harbi tidak relevan di Malaysia

Kebersamaan masyarakat bukan Islam termasuk kaum Cina dalam merayakan Aidilfiti setiap tahun adalah antara petunjuk istilah kafir harbi langsung tidak sesuai digunakan di Malaysia.
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah berkata setiap tahun beliau dikunjungi orang bukan Islam tanpa mengira latar belakang agama dan pegangan politik.
"Meraka ziarah saya semasa saya menjadi guru lagi dan tidak kena mengena dengan perjuangan saya dalam politik," katanya kepada Malaysia Dateline di majlis rumah terbuka beliau hari ini.
Menurut beliau , mereka datang dengan penuh hormat dan sebahagian membawa kueh mueh untuk sama-sama memeriahkan perayaan orang Islam.
Sebab itu katanya beliau terkejut dengan timbulnya isu yang mengatakan parti DAP adalah kafir harbi kerana dikatakan memusuhi Islam.
"Saya berkawan dengan pelbagai jenis orang bukan Islam termasuk ahli DAP dan bagi saya mereka tidak berbeza dari segi menghormati agama Islam dan orang Islam di negara ini," katanya.
Penziarah termasuk yang bukan muslim tidak melepaskan peluang bergambar dengan Datuk Wan RahimPenziarah termasuk yang bukan muslim tidak melepaskan peluang bergambar dengan Datuk Wan Rahim
Bagi beliau percubaan mengaitkan pandangan berbeza DAP dalam isu hudud dan Akta 355 tidak harus dengan mudah dijadikan sebab menghukum mereka kafir harbi.
"Ini perbahasan politik dan bukan DAP sahaja berpandangan begitu malah ada pihak lain termasuk komponen BN yang berpendirian lebih keras.
"Dalam konteks demokrasi perbahasan berlainan pendapat adalah perkara biasa mengenai sesuatu cadangan yang belum diputuskan.
Tetapi apabila sesuatu cadangan telah diluluskan perlimen dan menjadi undang-undang semua warganegara mesti patuh walaupun asalnya kita tidak setuju," kata beliau.
Beliau bimbang gembar gembur menggunakan perkataan kafir harbi disalahfaham generasi muda menyebabkan warisan kemesraan antara kaum terjejas pada masa akan datang.
Kita benar-benar berharap hubungan mesra masyarakat Islam dan bukan Islam yang telah terjalin turun temurun tidak dirosakkan oleh penggunaan istilah tidak tepat.
"Sangat perlu diusahakan segera program-program yang mengekalkan sikap saling menghormati dan kunjung mengunjung antara masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini," katanya.
Read More

Friday, 24 June 2016

Kafir Harbi, JHO LOW & Mufti Pahang yang 'ketinggalan dalam fatwa terkini'.

Sabtu, 25 Jun 2016
BEBAN 1MDB & JHO LOW, PENGUNDI PRU 14 PASTI PEDULI
PROVEN! ROSMAH THE POWER BEHIND NAJIB'S THRONE: PM'S WIFE TELLS HIS GOVT TO ACT AGAINST 'SEDITIOUS SPEECH'
NAJIB MAKES 'EMERGENCY' MOVES: 'DISLOYAL' ZAHID TO BE PUNISHED FOR SECRET TALKS WITH DR M, COUSIN HISHAM TO TAKE OVER MoF & THEN DPM?
Meskipun pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah dimenangi BN yang menurut penyokong, pengampu dan penerima dedak daripada Najib Razak sebagai membuktikan pembohongan dan fitnah 1MDB tidak diterima pengundi, isu berkaitan syarikat pelaburan itu sebenarnya belum lagi berakhir.
Selari dengan maklumat yang diperolehi Bank Negara, agensi berita antarabangsa, Reuters yang melihat dokomen berkaitan telah menerbitkan pengakuan seorang pegawai yang berpengetahuan dalam penyiasatan kawal selia mengesahkan bahawa Good Star Ltd yang telah menerima wang sebanyak RM1.03 bilion daripada 1MDB adalah milik Jho Low.
Syarikat itu adalah milik eksklusif Jho Low, ditubuhkan pada 18 Mei 2009 iaitu empat bulan sebelum ia menerima pembayaran awal daripada 1MDB dan dibubarkan pada 2 Mei 2014.
Kenapa setelah dapat wang, syarikat itu ditutup? Ke mana wang telah dipindahkan?
Dengan pengesahan ini bermakna ia bercanggah seratus-peratus dengan pendirian kerajaan selama ini bahawa Good Star Ltd adalah milik rakan kongsi PetroSaudi, begitu juga dengan kenyataan Pengerusi PAC, Hasan Arifin yang mendakwa kaitan Jho Low dengan Good Star itu adalah tidak tepat.
Kini bukan saja sudah disahkan Good Star adalah milik Jho Low, bahkan kita tentunya harus bertanya mengapa dan sebab apa bayaran selumayan itu perlu dibayar kepada playboy yang gemar berhibur dengan artis Hollywood itu?
Bersama pengesahan mengenai Jho Low itu, sekurang-kurangnya tujuh negara juga masih lagi menjalankan siasatan terhadap 1MDB berkaitan penipuan dan penggubahan wang haram.
Dalam tempoh setahun dua akan datang, pasti banyak lagi berita-berita sensasi mengenai 1MDB yang dihidangkan kepada kita. Di akhir cerita, pasti nama Najib yang menubuhkan 1MDB sukar dielakkan daripada terpalit sama.
Mungkin pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak berapa peduli mengenai 1MDB, Jho Low, wang ribu-ribu juta dalam akaun peribadi Najib, pembelian hartanah oleh anak tiri Perdana Menteri di luar negara dan macam-macam lagi kaitannya dengan syarikat yang berhutang lebih RM50,000 juta itu, tetapi tentunya ramai pengundi PRU 14 nanti yang celik mata mengenainya.
Ini kerana, berbanding pilihanraya kecil yang hanya untuk memilih wakil rakyat atau Ahli Parlimen, pilihanraya umum adalah memilih kerajaan dan menentukan masa depan.

Dr. Mujahid - Kafir Harbi dan Mufti Pahang

1. Mufti Pahang dinasihatkan bercermat dalam mengkategorikan orang bukan Islam dalam negara ini sebagai Kafir Harbi atas dasar mereka menentang Islam. Kenyataan umum demikian amat merbahaya dalam konteks pembinaan negara bangsa yang terdiri dari berbagai agama di Malaysia, apatah lagi diisyaratkan kepada parti politik tertentu.
2. Apakah yang didefinisikan sebagai alasan 'menentang Islam' sebelum Kafir Harbi dikategorikan? Apakah Sohibus Samahah Mufti Pahang mengandaikan memberi pandangan dalam konteks demokrasi dalam soal perundangan negara dan perlembagaan negara dalam hal pentadbiran Islam itu menentang Islam?
3. Mufti Pahang nampaknya keliru antara mengkritik isu pentadbiran Islam dengan menentang Islam, ia adalah dua perkara yang berbeza, malah kedudukan beliau sebagai mufti juga ditentukan oleh perundangan  negara yang boleh dikritik dan dipertikaikan dari segi pentadbiran. Apakah Mufti menganggap dirinya yang ditentukan oleh pentadbiran sebagai 'suci' tidak boleh dikritik?
4. Mufti Pahang juga ketinggalan dalam fatwa terkini yang diterimapakai oleh dunia Islam bahawa pengkategorian hubungan Muslim dan bukan-Muslim dalam konteks kenegaraan atau Muwathanah ditentukan oleh prinsip kewarganegaraan atau kerakyatan yang diikat dengan undang-undang negara dalam memberi hak dan  keadilan kepada semua warganya. Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan menyatakan hak mendapat keadilan undang-undang untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, keturunan, bangsa dan tempat lahir.
5. Dr Yusof Qaradhawi dalam bukunya Al Jihad dan lain-lain ulamak berwibawa menjelaskan bahawa tiada sebab wujudnya Kafir Harbi dan Kafir Zimmi kerana hubungan antara negara dan dalam negara ditentukan oleh kedaulatan undang-undang negara masing-masing dan terikat di bawah piagam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. Kafir Harbi dan Zimmi hanya wujud atas sebab dunia dibahagikan atas geo-politik masa itu antara Darul Harb dan Darul Islam. Tiada Darul Islam atau Darul Harb hari ini dalam konteks hubungan resmi antara negara mahupun dalam negara.
6. Implikasi Kafir Harbi ialah dihalalkan darah mereka dan semua harta dan barangannya dirampas dan mereka boleh dihalau keluar. Apakah Mufti sedar kenyataannya itu? Melainkan IS dan kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda dan Taliban, seluruh dunia Islam menafikan pengkategorian Harbi atau Zimmi ke atas bukan Islam dalam negara masing-masing dan digantikan atas pendekatan prinsip kerakyatan. Apakah Mufti Pahang mempunyai pandangan yang sama dengan IS?
7. Saya menuntut Mufti Pahang  menarik balik kenyataan Kafir Harbi dalam konteks negara Malaysia yang menerima pakai pendekatan Fiqh Muwathonah (kefahaman kerakyatan) sebagai asas hubungan berbagai agama di negara ini. Kenyataan Sohibus Samahah menggalakkan kebencian antara kaum dan amat bahaya kepada integrasi nasional yang dipupuk selama ini. Lebih membimbangkan ialah kerangka pemikiran sempit Mufti boleh membawa kepada menularnya fahaman ekstrimisma di kalangan umat Islam sedangkan beliau adalah penjawat awam negeri.
8. Saya menasihati Mufti Pahang mengemaskini bacaannya tentang konsep kepelbagaian dalam Islam dan hubungan Muslim dan Non Muslim dalam konsep kerakyatan yang telah dibentangkan dalam seminar NUNJI 15 (Nadwah Ulamak Lil Nahdhah Jadidah) oleh Parti Amanah Negara. Malah saya berbesar hati mengundang beliau untuk membentang konsep Kafir Harbi dalam perspektif negara agar orang ramai lebih mudah melusuri pemikiran Sohibus Samahah dalam menjalankan tugasnya sebagai Mufti Negeri yang tertakluk kepada pentadbiran agama Islam negeri.
Sekian semoga Mufti Pahang menarik balik dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berbagai kaum di negara ini atas keterlanjuran kenyataannya tentang Kafir Harbi tanpa disiplin ilmu waqie (realiti) yang termaktub dalam kerangka negara bangsa Malaysia hari ini.
Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Parti Amanah Negara
Ahli Parlimen Malaysia
24 Julai 2016.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena