Friday 24 June 2016

Kafir Harbi, JHO LOW & Mufti Pahang yang 'ketinggalan dalam fatwa terkini'.

Sabtu, 25 Jun 2016
BEBAN 1MDB & JHO LOW, PENGUNDI PRU 14 PASTI PEDULI
PROVEN! ROSMAH THE POWER BEHIND NAJIB'S THRONE: PM'S WIFE TELLS HIS GOVT TO ACT AGAINST 'SEDITIOUS SPEECH'
NAJIB MAKES 'EMERGENCY' MOVES: 'DISLOYAL' ZAHID TO BE PUNISHED FOR SECRET TALKS WITH DR M, COUSIN HISHAM TO TAKE OVER MoF & THEN DPM?
Meskipun pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah dimenangi BN yang menurut penyokong, pengampu dan penerima dedak daripada Najib Razak sebagai membuktikan pembohongan dan fitnah 1MDB tidak diterima pengundi, isu berkaitan syarikat pelaburan itu sebenarnya belum lagi berakhir.
Selari dengan maklumat yang diperolehi Bank Negara, agensi berita antarabangsa, Reuters yang melihat dokomen berkaitan telah menerbitkan pengakuan seorang pegawai yang berpengetahuan dalam penyiasatan kawal selia mengesahkan bahawa Good Star Ltd yang telah menerima wang sebanyak RM1.03 bilion daripada 1MDB adalah milik Jho Low.
Syarikat itu adalah milik eksklusif Jho Low, ditubuhkan pada 18 Mei 2009 iaitu empat bulan sebelum ia menerima pembayaran awal daripada 1MDB dan dibubarkan pada 2 Mei 2014.
Kenapa setelah dapat wang, syarikat itu ditutup? Ke mana wang telah dipindahkan?
Dengan pengesahan ini bermakna ia bercanggah seratus-peratus dengan pendirian kerajaan selama ini bahawa Good Star Ltd adalah milik rakan kongsi PetroSaudi, begitu juga dengan kenyataan Pengerusi PAC, Hasan Arifin yang mendakwa kaitan Jho Low dengan Good Star itu adalah tidak tepat.
Kini bukan saja sudah disahkan Good Star adalah milik Jho Low, bahkan kita tentunya harus bertanya mengapa dan sebab apa bayaran selumayan itu perlu dibayar kepada playboy yang gemar berhibur dengan artis Hollywood itu?
Bersama pengesahan mengenai Jho Low itu, sekurang-kurangnya tujuh negara juga masih lagi menjalankan siasatan terhadap 1MDB berkaitan penipuan dan penggubahan wang haram.
Dalam tempoh setahun dua akan datang, pasti banyak lagi berita-berita sensasi mengenai 1MDB yang dihidangkan kepada kita. Di akhir cerita, pasti nama Najib yang menubuhkan 1MDB sukar dielakkan daripada terpalit sama.
Mungkin pengundi Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak berapa peduli mengenai 1MDB, Jho Low, wang ribu-ribu juta dalam akaun peribadi Najib, pembelian hartanah oleh anak tiri Perdana Menteri di luar negara dan macam-macam lagi kaitannya dengan syarikat yang berhutang lebih RM50,000 juta itu, tetapi tentunya ramai pengundi PRU 14 nanti yang celik mata mengenainya.
Ini kerana, berbanding pilihanraya kecil yang hanya untuk memilih wakil rakyat atau Ahli Parlimen, pilihanraya umum adalah memilih kerajaan dan menentukan masa depan.

Dr. Mujahid - Kafir Harbi dan Mufti Pahang

1. Mufti Pahang dinasihatkan bercermat dalam mengkategorikan orang bukan Islam dalam negara ini sebagai Kafir Harbi atas dasar mereka menentang Islam. Kenyataan umum demikian amat merbahaya dalam konteks pembinaan negara bangsa yang terdiri dari berbagai agama di Malaysia, apatah lagi diisyaratkan kepada parti politik tertentu.
2. Apakah yang didefinisikan sebagai alasan 'menentang Islam' sebelum Kafir Harbi dikategorikan? Apakah Sohibus Samahah Mufti Pahang mengandaikan memberi pandangan dalam konteks demokrasi dalam soal perundangan negara dan perlembagaan negara dalam hal pentadbiran Islam itu menentang Islam?
3. Mufti Pahang nampaknya keliru antara mengkritik isu pentadbiran Islam dengan menentang Islam, ia adalah dua perkara yang berbeza, malah kedudukan beliau sebagai mufti juga ditentukan oleh perundangan  negara yang boleh dikritik dan dipertikaikan dari segi pentadbiran. Apakah Mufti menganggap dirinya yang ditentukan oleh pentadbiran sebagai 'suci' tidak boleh dikritik?
4. Mufti Pahang juga ketinggalan dalam fatwa terkini yang diterimapakai oleh dunia Islam bahawa pengkategorian hubungan Muslim dan bukan-Muslim dalam konteks kenegaraan atau Muwathanah ditentukan oleh prinsip kewarganegaraan atau kerakyatan yang diikat dengan undang-undang negara dalam memberi hak dan  keadilan kepada semua warganya. Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan menyatakan hak mendapat keadilan undang-undang untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, keturunan, bangsa dan tempat lahir.
5. Dr Yusof Qaradhawi dalam bukunya Al Jihad dan lain-lain ulamak berwibawa menjelaskan bahawa tiada sebab wujudnya Kafir Harbi dan Kafir Zimmi kerana hubungan antara negara dan dalam negara ditentukan oleh kedaulatan undang-undang negara masing-masing dan terikat di bawah piagam Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. Kafir Harbi dan Zimmi hanya wujud atas sebab dunia dibahagikan atas geo-politik masa itu antara Darul Harb dan Darul Islam. Tiada Darul Islam atau Darul Harb hari ini dalam konteks hubungan resmi antara negara mahupun dalam negara.
6. Implikasi Kafir Harbi ialah dihalalkan darah mereka dan semua harta dan barangannya dirampas dan mereka boleh dihalau keluar. Apakah Mufti sedar kenyataannya itu? Melainkan IS dan kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda dan Taliban, seluruh dunia Islam menafikan pengkategorian Harbi atau Zimmi ke atas bukan Islam dalam negara masing-masing dan digantikan atas pendekatan prinsip kerakyatan. Apakah Mufti Pahang mempunyai pandangan yang sama dengan IS?
7. Saya menuntut Mufti Pahang  menarik balik kenyataan Kafir Harbi dalam konteks negara Malaysia yang menerima pakai pendekatan Fiqh Muwathonah (kefahaman kerakyatan) sebagai asas hubungan berbagai agama di negara ini. Kenyataan Sohibus Samahah menggalakkan kebencian antara kaum dan amat bahaya kepada integrasi nasional yang dipupuk selama ini. Lebih membimbangkan ialah kerangka pemikiran sempit Mufti boleh membawa kepada menularnya fahaman ekstrimisma di kalangan umat Islam sedangkan beliau adalah penjawat awam negeri.
8. Saya menasihati Mufti Pahang mengemaskini bacaannya tentang konsep kepelbagaian dalam Islam dan hubungan Muslim dan Non Muslim dalam konsep kerakyatan yang telah dibentangkan dalam seminar NUNJI 15 (Nadwah Ulamak Lil Nahdhah Jadidah) oleh Parti Amanah Negara. Malah saya berbesar hati mengundang beliau untuk membentang konsep Kafir Harbi dalam perspektif negara agar orang ramai lebih mudah melusuri pemikiran Sohibus Samahah dalam menjalankan tugasnya sebagai Mufti Negeri yang tertakluk kepada pentadbiran agama Islam negeri.
Sekian semoga Mufti Pahang menarik balik dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berbagai kaum di negara ini atas keterlanjuran kenyataannya tentang Kafir Harbi tanpa disiplin ilmu waqie (realiti) yang termaktub dalam kerangka negara bangsa Malaysia hari ini.
Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Parti Amanah Negara
Ahli Parlimen Malaysia
24 Julai 2016.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena