Wednesday 22 June 2016

[Video] Fitnah halang azan di Pulau Pinang, penceramah Pas dituntut mohon maaf.

Rabu, 22 Jun 2016

Fitnah halang azan di Pulau Pinang, penceramah Pas dituntut mohon maaf

Yang diPertua (YDP) PAS Padang Serai, Ustaz Shaharuddin Ibrahim yang menimbulkan kontroversi kerana melemparkan fitnah kononnya masjid-masjid di Pulau Pinang tidak boleh melaungkan azan dituntut untuk memohon maaf secara terbuka dan menarik balik fitnah tersebut.
Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abdul Malik Abul Kassim berkata, beliau amat kesal dengan kenyataan berunsurkan fitnah yang dilemparkan Shaharuddin ketika menyampaikan tazkirah Ramadan di Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, Kedah pada 11 Jun 2016.
“Tazkirah Ramadan sepatutnya menjadi wadah penyebaran ilmu agama, menyingkap kisah-kisah nabi, kelebihan Ramadan dan bukannya dijadikan pentas politik kepartian dengan menabur fitnah,” katanya dalam satu sidang media di Komtar seperti dilapor Buletin Mutiara..
Menurut Abdul Malik, lebih dikesalkan adalah tohmahan dan fitnah yang dilakukan itu ‘dilontarkan’ ketika di dalam masjid dan di bulan Ramadan yang mulia.
“Justeru, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menuntut supaya beliau (Shaharuddin) memohon maaf secara terbuka dan menarik balik fitnah tersebut dalam media massa.
“Beliau (Shaharuddin) juga perlu memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui kenyataan bertulis dalam tempoh seminggu. Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dipertimbangkan,” jelasnya.
Pada 11 Jun lalu, Shaharuddin dipercayai mengeluarkan kenyataan yang berbunyi seperti berikut:
“Kalau DAP menguasai negara…nuu Pulau Pinang tuan-tuan, bang (azan) dah tak boleh dah, bang (azan) tak boleh dah, tuan-tuan..!”
Mengulas lanjut. Abdul Malik memberitahu, tazkirah Shaharuddin yang berdurasi sekitar 30 minit itu, jelas menyiarkan ucapannya pada minit 14:35.
“Malah, tuduhannya turut disiarkan dalam Youtube (http://www.youtube.com/watch?v=mrlO6A99wcs) dan laman Facebook Masjid Jamek An-Najah (https://www.facebook.com/masjidpadangserai),” ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena