Thursday 23 June 2016

Meskipun kalah, Calon Amanah masih lagi turun ke pasar bertemu rakyat Kuale.

Jumaat, 24 Jun 2016
Meskipun PRK.P.067 Kuala Kangsar telah berlalu pergi dan Amanah belum diberikan kemenangan. Namun Amanah kini dipersada hati rakyat. Calonnya Dr. Ahmad Termizi hari ini meneruskan usaha menyantuni takyat di Pasar Besar Kuala Kangsar sebagai tanda terima kasih dan disebelah petangnya pula akan ke Pekan Manong.

Calon Amanah tunai janji tabur bakti di Kuala Kangsar

Meskipun pilihan raya kecil P067 Kuala Kangsar telah berlalu dan calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ismail tewas di tangan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid dalam pertandingan empat penjuru, beliau menunaikan janji untuk terus berbakti kepada penduduk Kuala Kangsar.
Pagi tadi Dr. Ahmad Termizi meneruskan usaha bertemu penduduk di Pasar Besar Kuala Kangsar sebagai tanda terima kasih dan di sebelah petangnya pula ke Pekan Manong.
Meskipun berada di kedudukan ketiga dalam PRK 18 Jun lalu, D Ahmad Termizi tidak kecewa malah sangat berbangga dengan kerjasama padu daripada Amanah, PKR dan DAP.
"Ini satu yang sangat kita banggakan, sangat berharga iaitu satu kerjasama yang padu yang tidak mungkin dapat dibina secara realiti kalau tidak ada PRK ini," kata beliau.
Pada PRK itu calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid meraih 12,653 undi manakala calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad (5,684 undi), calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883 undi) manakala calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (54 undi).
Menurut Ahmad Termizi beliau akan terus menetap di Kuala Kangsar walaupun kalah dalam pilihan raya ini bagi memberi fokus kepada PRU14.
"Saya akan terus berada di sini kerana fokus kita untuk 2018 iaitu PRU14.
"Keputusan ini menunjukkan realiti bahawa betapa kerasnya kerja yang kita perlu lakukan untuk menyelamatkan negara.
"Di Manong misalnya kita masih baru dan belum ada cawangan pun. Jadi saya akan fokus kepada kawasan ini untuk meramaikan ahli dan membina cawangan," katanya.

1 comments:

Mat Safian said...

Tahniah, itulah strategi paling ampuh. Tapi kenalah pakai kopiah, jgn tinggalkan sunnah. Org bukan Islam masih anggap kopiah itu Islam, dan Islam mesti berkopiah. Walaupun sunat, ia tetap ada kelebihannya dr sudut sunnah dan strategi politik.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena