Tuesday 21 June 2016

Setelah ramalan terbukti...PAS ‘bungkus’ di Selangor, Perak dan hilang Kelantan?

Rabu, 22 Jun 2016

Setelah ramalan terbukti, Kit Siang jangka PAS ‘bungkus’ di Selangor, Perak dan hilang Kelantan

prk
KUALA LUMPUR, 21 JUN: Ramalan Lim Kit Siang tentang keputusan pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ternyata mengena apabila PAS dibuktikan begitu banyak undi setelah berpisah daripada pakatan politik pembangkang.
Parti Islam tersebut hanya memperolehi 6,902 undi di Sungai Besar dan 5.684 undi di Kuala Kangsar dalam PRK yang baru selesai Sabtu lalu.
“PAS memperolehi 18,296 undi di Sungai Besar dan 13,136 undi di Kuala Kangsar pada PRU 2013.
“Mereka kehilangan 11,394 undi di Sungai Besar dan 7,452 undi di Kuala Kangsar dalam PRK lalu,” jelas Ketua Parlimen DAP itu dalam kenyataannya hari ini.
Menurutnya lagi, PAS hanya tewas dengan majoriti tipis 399 undi di Sungai Besar pada PRU ke-13, namun undi yang mereka perolehi pada masa itu adalah atas nama Pakatan Rakyat.
“Saya telah berhujah bahawa cerminan yang tepat untuk sokongan bagi PAS ialah keputusan PRU tahun 2004, apabila PAS yang bertanding ‘sendirian’ mendapat 7.988 undi di Sungai Besar dan 5,748 undi di Kuala Kangsar,” ujarnya lagi.
Menurutnya, PAS malah tidak mampu mengulang pencapaian tahun 2004 di kedua-dua kawasan tersebut.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut meramalkan PAS akan bungkus di Selangor dan Perak, berdasarkan keputusan PRK Sabtu lalu.
“PAS akan menyusut daripada mempunyai 15 kerusi DUN di Selangor, dan lima kerusi di Perak pada PRU ke-13 sehingga langsung tidak mempunyai kerusi, sepertimana yang berlaku dalam tahun 2004,” jelasnya.
Gabungan pembangkang sebelum ini – Barisan Alternatif, terkubur sebelum PRU tahun 2004, justeru memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional yang dipimpin Tun Abdullah Ahmad Badawi pada waktu itu.
“Pada PRU ke-14, PAS Kelantan bakal berdepan kemungkinan untuk hilang kuasa ke atas negeri yang telah ditadbirnya sejak 1990, selama 23 tahun di bawah (Almarhum) Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar,” katanya memberi peringatan. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena