Saturday 25 June 2016

Pemuda Amanah Perak turut menjayakan Majlis Berbuka Puasa bersama DYMM Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar

Ahad, 26 Jun 2016
2 hrsIpoh
Alhamdulillah, hari ni saya dan beberapa orang exco Pemuda Amanah Perak telah memenuhi jemputan daripada Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk sama-sama menjayakan Majlis Berbuka Puasa bersama DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibn Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah.
Majlis berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh tetamu dari pelbagai pihak termasuk parti-parti politik, badan korporat, institusi kewangan dan badan media.
Di samping majlis berbuka puasa, solat tarawih bersama DYMM Sultan Perak di istana turut diadakan dengan diimami oleh imam daripada Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar.
Kami juga mengambil peluang untuk beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebentar tadi. Saya dan saudara Hasnul Zulkarnain sendiri sempat beramah mesra dan memperkenalkan Amanah kepada Timbalan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Mokhtar Hussain dan beberapa pegawainya yang bersama beliau.
Di akhir majlis, Sultan Nazrin turut perkenan untuk bersalaman dengan hadirin yang hadir dan kami juga tidak ketinggalan untuk bersama-sama bersalaman dengan baginda Sultan.
Insyallah, usaha untuk memperkenalkan Amanah akan terus giat dijalankan selepas ini.
Terima kasih kepada pihak istana Perak kerana sudi menjemput kami.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena