Wednesday 22 June 2016

Jika pembangkang bersatu BN akan goyah!

Rabu, 22 Jun 2016
MEMBINA MANUSIA DAN MENGURUS NEGARA

Parti AMANAH Negara adalah sebuah parti Islam yang progresif.

Kami sedang berhempas pulas untuk membina kehidupan dengan kasih sayang. 

Kami mahukan sebuah kehidupan yang adil, punya kebebasan dan jauh dari penipuan.

Perkongsian dengan teman-teman pelbagai bangsa yang kaya dengan adat resam serta membina suasana saling mempercayai antara satu sama lain.

Selama ini pemerintah telah membina satu kehidupan yang penuh dengan suasana BERPURA-PURA.

Jika pembangkang bersatu BN akan goyah, akui veteran Umno

 | MALAYSIA DATELINE
Faktor pembangkang yang masih berpecah memberi kelebihan kepada BN untuk mendapat sokongan rakyat.
Faktor pembangkang yang masih berpecah memberi kelebihan kepada BN untuk mendapat sokongan rakyat.
Jentera BN tidak boleh cepat ‘khayal’ dengan kemenangan dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) lalu sebaliknya perlu memantapkan gerak kerja mereka, kata Veteran Umno.
Pengerusi Veteran Umno Kelantan, Datuk Mohd Rozali Isohak berkata, momentum yang tercetus daripada dua PRK itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk meraih sokongan lebih besar dalam PRU14.
“Masalah dengan jentera BN ialah kadang-kadang mereka buat kerja, kadang-kadang tidak. Tetapi, di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, jentera yang turun memang terbaik. Jadi, mereka hanya perlu meneruskan kecemerlangan ini dan turun padang,” katanya.
Selain itu, menurut beliau, faktor pembangkang yang masih berpecah memberi kelebihan kepada BN untuk mendapat sokongan rakyat.
“Apa yang penting kita kena berjaga-jaga dengan pembangkang. Jangan sesekali biarkan mereka bersatu. Kalau ambil contoh di dua PRK lalu, undi Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah) memang tak boleh atasi BN. Tetapi kalau mereka bersatu, kedudukan BN mungkin agak goyah,” katanya seperti dipetik Sinarharian online.
Sementara itu, Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaakub berkata, PRU14 tidak perlu diadakan lebih awal dan tergesa-gesa walaupun BN menang besar dalam dua PRK lepas.
Katanya, keputusan cemerlang BN di Sungai Besar dan Kuala Kangsar bukan penanda aras sebenar kepada PRU14.
“Suasana PRK dan PRU sangat berbeza, misalnya dari segi jentera yang turun. Dalam PRK, seluruh tenaga jentera dapat ditumpukan di satu kawasan.
"Namun, dalam PRU setiap jentera perlu menjaga kawasan masing-masing. Jadi kita tidak boleh samakan PRK dengan PRU,” katanya.
Beliau berpendapat, lebih baik BN menggunakan baki 20 bulan yang tinggal sebelum PRU14 berlangsung untuk memperkemaskan jentera dan meminimakan masalah dalaman parti.
“Masih banyak lagi kerja yang kita perlu buat dalam tempoh ini. Bukan saja Umno, tetapi parti komponen lain pun ada masalah dalaman,"katanya.

Dalam PRK Parlimen Sungai Besar, calon BN Budiman Mohd Zohdi menang besar dengan majoriti 9,191 undi menewaskan calon Pas Dr Abdul Rani Osman dan calon Amanah Azhar Abdul Shukur, dalam pertandingan tiga penjuru.
Manakala PRK Parlmen Kuala Kangsar, calon BN Datin Mastura Mohd Yazid menang besar mejoriti 6,969 menewaskan calon Pas Dr Najiatussaleha Ahmad, calon Amanah Dr Ahmad Termizi Ramli dan calon bebas Izat Bukhary.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena