Friday 24 June 2016

Kenyataan Mufti Pahang 'AMAT BAHAYA' boleh menyebabkan pertumpahan darah.

Sabtu, 24 Jun 2016
Mufti tolong jawab,jngan tau cakap ke,bila orang tanya x reti jawab,tolong ya tunjuk dimana akal mufti to,jawab please
KENYATAAN MUFTI PAHANG AMAT BAHAYA.
Saya ingin menarik perhatian semua pihak kepada berita yang dimuatkan di laman sesawang Utusan Online bertarikh 24 Jun 2016 bertajuk "DAP tergolong kafir harbi yang wajar ditentang" seperti capaian berikut "http://m.utusan.com.my/…/dap-tergolong-kafir-harbi-wajar-di…".
Saya berpendapat dan merasakan bahawa kenyataan Mufti Negeri Pahang ini amat merbahaya dalam konteks negara kita Malaysia. Mengeluarkan hukum bahawa DAP adalah kafir harbi adalah sesuatu yang serius dan boleh menyebabkan pertumpahan darah, kacau bilau dan menggugat ketenteraman awam dan negara.
Menggolongkan DAP secara keseluruhan sebagai kafir harbi, bermaksud darah seluruh ahli DAP adalah halal termasuk darah kami ahli DAP yang beragama Islam. Tidakkah kenyataan ini mengancam keselamatan negara? Bagaimana jika sebentar lagi ada mana-mana orang yang terjumpa mana-mana ahli DAP dan membunuh mereka kerana mengikut hukum yang dikeluarkan oleh Mufti Pahang ini??
Mufti Pahang dilaporkan berkata "Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama de­ngan mereka."
Kenyataan tersebut amat berat malah tidak langsung disandarkan kepada fakta dan bukti yang kukuh. Bagaimana seorang mufti kerajaan negeri boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian yang hanya berasaskan emosi. Apa bukti DAP menentang Islam? Di mana bukti DAP membenci Islam? Menyandarkan hujah DAP tidak bersetuju dengan Rang Undang-Undang Persendirian Ahli Parlimen Marang sebagai menentang dan membenci Islam adalah hujah yang amat lemah.
Saya sebagai penganut Islam yang menganggotai DAP amat kesal dan terkilan malah malu dengan kenyataan Mufti Negeri Pahang tersebut. Ia tidak menggambarkan ilmu dan akhlak Islam malah menjatuhkan imej Islam sebagai agama yang mudah melabel tanpa fakta.
Saya menyeru Datuk Seri Mufti Negeri Pahang agar berhati-hati mengeluarkan kenyataan dan beristighfarlah di bulan Ramadhan yang mulia ini. Jangan cuba mencetuskan ketegangan agama dan kaum dengan lemparan kenyataan yang tidak bertanggungjawab seperti itu.
Seterusnya saya sebagai ahli DAP beragama Islam menjemput Datuk Seri Mufti Pahang atau memohon Datuk Seri Mufti untuk mengadakan perjumpaan mahabbah dengan kami untuk mendapatkan penjelasan dan gambaran lebih tepat.
Selanjutnya, saya meminta pihak Polis DiRaja Malaysia agar menasihati mufti dan agamawan agar lebih berhati-hati mengeluarkan fatwa. Jika saya bersetuju dengan Akta Hasutan nescaya saya memohon supaya Datuk Seri Mufti ini disiasat di bawah Akta Hasutan kerana kenyataan yang cukup menghasut, tetapi saya bersama parti saya DAP amat tidak bersetuju dengan Akta Hasutan, justeru saya minta agar kenyataan tersebut ditarikbalik demi kesejahteraan dan ketenteraman negara.
BERANI BERUBAH - TERUS BERUBAH
ZULHAZMI SHARIFF
Ahli Biasa DAP
Cawangan Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur.
24 Jun 2016
19 Ramadhan 1437

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena