Tuesday 21 June 2016

Apabila Ringgit Menjadi Raja 'Cash is King' Kini Muhyidin pula jadi sasaran pembunuhan karektor.

Selasa, 21 Jun 2016

Kini Muhyidin pula jadi sasaran pembunuhan karektor, kata GKCM

Setelah gagal segala usaha untuk mengaitkan Tan Sri Muhyidin Yasin dengan salahlaku atau pensabitan jenayah, teknik pembunuhan karektor pula dihalakan kepada beliau.
"Cerita yang dikaitkan dengan TS Muhyiddin tidak masuk akal tetapi sejak Najib menjadi Perdana Menteri banyak perkara yang dilakukannya tidak perlukan akal. Ternyata akal tidak lagi penting apabila wang sudah ditabalkan menjadi raja," kata Presiden Gerakan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM), Kamarul Azman dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya terdapat persamaan diantara serangan terhadap TS Muhyiddin dan Tun Mahathir dengan serangan Zionis terhadap penduduk awam Palestin.
"Adalah menjadi strategi Zionis untuk menyerang balas dan membunuh ribuan rakyat Palestin sekiranya seorang rakyat atau tentera zionis dibunuh oleh Palestin.
Nyata perkara yang sama sedang berlaku di Malaysia apabila musuh Najib seperti Tun Mahathir dan TS Muhyiddin diserang habis habisan, katanya,
"Apakah ini petanda bahawa desas desus yang mengatakan pentadbiran Najib mempunyai penasihat zionis adalah benar?," soal beliau.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau yang diedarkan kepada media.
Apabila Ringgit Menjadi Raja, kuasa disalahguna.
1. Ahli-ahli politik sangat terkenal dengan pembunuhan karaktor musuh politik mereka. Ianya dijalankan dengan pelbagai cara termasuklah membawa isu-isu yang sengaja diada-adakan.
2. Dalam cerita yang direka tentang pembunuhan karektor politik ini, cerita yang dicipta itu sebenarnya tidak perlu benar atau diterima akal. Bak kata pepatah Inggeris 'mud sticks'. Apabila seseorang itu dipalit dengan lumpur dan dikait pula dengan tuduhan salahlaku ia pasti akan menyemai bibit-bibit kesangsian terhadap individu yang menjadi sasaran.
3. Dalam strategi pembunuhan karektor ini pasti akan ada mereka yang di belakang tabir. Sudah pasti pulangannya agak lumayan. Kini golongan ini menjadikan tugas mereka sebagai satu mata pencarian. Dalam zaman sekarang menjaja fitnah merupakan satu kerjaya yang menguntungkan. sudah pasti persoalan tentang halal atau haram tidak diambil kira.
4. Sejak kebelakangan ini begitu ramai individu di Malaysia yang mencari 'nafkah' dengan cara begini terutamanya apabila mereka mengetahui bahawa ada pihak yang mempunyai begitu banyak wang ketika ini.
5. Apabila Tan Sri Muhyiddin mengambil langkah berani untuk menongkah arus dalam beberapa isu salahlaku yang mengaitkan Presiden UMNO, beliau sudah pasti tahu bahawa beliau telah meletakkan dirinya dalam bahaya.
6. Tuduhan terbaru terhadap TS Muhyiddin merupakan satu usaha desperate oleh musuh politik utamanya dalam gerakan 'membunuh' TS Muhyiddin.
7. Musuhnya pasti sudah puas menggeledah 'almari' TS Muhyiddin tetapi tidak menjumpai apa-apa. Jadi, apakah yang perlu dilakukan apabila mereka tidak menjumpai sebarang salahlaku di pihak TS Muhyiddin? Jalan paling mudah ialah dengan mencipta isu atau mengada-adakan cerita.
8. Mengapa karektor TS Muhyiddin perlu dibunuh? Seperti Anwar Ibrahim, TS Muhyiddin mempunyai auranya tersendiri. Dalam beberapa pungutan suara yang diadakan, TS Muhyiddin berada di tangga tertinggi berbanding Najib.
9. TS Muhyiddin tidak perlu turun di jalanan mengadakan demonstrasi bagi melonjakkan popularitinya. Majoriti rakyat Malaysia beranggapan bahawa TS Muhyiddin adalah seorang pemimpin jujur yang benar-benar mahu mengembalikan integriti dalam pemerintahan kerajaan dengan menolak amalan rasuah.
10. Yang lebih membimbangkan musuh politik TS Muhyiddin ialah mantan Timbalan Perdana Menteri ini diterima oleh semua pihak, baik dalam UMNO mahupun di pihak pembangkang yang berbilang kaum.
11. Cerita yang dikaitkan dengan TS Muhyiddin tidak masuk akal tetapi sejak Najib menjadi Perdana Menteri banyak perkara yang dilakukannya tidak perlukan akal. Ternyata akal tidak lagi penting apabila wang sudah ditabalkan menjadi raja.
12. Terdapat persamaan diantara serangan terhadap TS Muhyiddin dan Tun Mahathir dengan serangan Zionis terhadap penduduk awam Palestin. Mengapa saya berkata demikian?
13. Adalah menjadi strategi Zionis untuk menyerang balas dan membunuh ribuan rakyat Palestin sekiranya seorang rakyat atau tentera zionis dibunuh oleh Palestin. Nyata perkara yang sama sedang berlaku di Malaysia apabila musuh Najib seperti Tun Mahathir dan TS Muhyiddin diserang habis habisan. Apakah ini petanda bahawa desas desus yang mengatakan pentadbiran Najib mempunyai penasihat zionis adalah benar?
14. Suka atau tidak, ini merupakan permulaan awal serangan habis habisan terhadap TS Muhyiddin dan pemimpin-pemimpin lain.
15. Suka atau tidak, TS Muhyiddin bukanlah karektor yang mudah hendak dihapuskan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena