Wednesday 29 June 2016

Di mana Jho Low sekarang? Jangan Kita Lupa...1MDB bayar bunga RM2.7 bilion setahun - Husni Hanadzlah.

Khamis, 30 Jun 2016
Page Liked · 2 hrs
 
Jangan Kita Lupa....!!!

Di mana Jho Low sekarang?

Jutawan ranggi Jho Low kembali menarik perhatian berikutan polis menyiasat dakwaan hubungannya dengan syarikat yang kini tidak lagi berfungsi, Good Star Ltd.
Bagaimanapun, jutawan berusia 35 tahun itu telah hampir setahun menjauhkan diri dari perhatian awam.
Malah, organisasi amalnya, Yayasan Jynwel, turut berdiam diri sejak 26 Jun tahun lepas. Itu hanya seminggu sebelum Wall Street Journal memecahkan berita bahawa RM2.6 bilion ditemui dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Jynwel Capital - sebuah firma pelaburan yang berpangkalan di Hong Kong di mana Low merupakan pengasas bersama dan juga menjadi ketua pegawai sksekutifnya - turut sama berdiam diri.
Walaupun syarikat Low itu berpangkalan di Hong Kong, tetapi dia dikhabarkan berada di Taiwan.
Menurut khabar angin, ini kerana Taiwan kekurangan perjanjian bantuan perundangan dan perjanjian ekstradisi, yang mana boleh melindungi seseorang yang dikatakan terlibat dalam skandal 1MDB.
Skandal itu kini menjadi bahan siasatan berasingan tetapi bertindih yang dijalankan oleh pihak berkuasa di lapan buah negara - Malaysia, Singapura, Switzerland, Luxemburg, Hong Kong, United Arab Emirates, Australia, dan Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, khabar angin itu tidak disahkan walaupun itu tidak menghalang seorang ahli parlimen DAP untuk mendapatkan bantuan Taipei bagi mengesan Low tahun lepas.
Namun, Taiwan mempunyai perjanjian bersama bantuan perundangan dengan salah sebuah daripada negara yang menyiasat sesuatu skandal 1MDB - Amerika Syarikat.
Low - atau nama sebenarnya Low Taek Jho - merupakan orang penting dalam penubuhan pendahulu 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA). Reuters baru-baru ini mepetik orang yang mempunyai pengetahuan tentang siasatan, mengesahkan dakwaan sebelum ini bahawa Low merupakan pemilik tunggal Good Star.
Pada tahun 2009, 1MDB menghantar kira-kira AS$1.03 bilion yang sepatutnya untuk rakan kongsi perniagaannya ketika itu, PetroSaudi International (PSI), tetapi wang itu dilencongkan ke Good Star.
Kerajaan bertegaskan bahawa Good Star merupakan anak syarikat PSI, manakala Low menafikan ada kaitan dengan Good Star.
Berikutan laporan Reuters itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis akan menyiasat dakwaan kaitan antara Low dan Good Star.
Kapal layar mewah
Sementara itu, kapal layar mewah yang dikhabarkan milik Low, kali terakhir dilihat berada di negara kepulauan Pasifik, Palau, pada 5 April tahun ini, demikian menurut laman web Trafik Marin.
Satu lagi laman web pengesanan kapal, Vessel Finder, melaporkan kapal yang sama berada di Cairns, Australia, hanya beberapa jam lebih awal.
Pada bulan Februari tahun ini dan Disember tahun lepas, seorang pengguna di laman web ShipSpotting melaporkan melihat kapal layar itu di Auckland, New Zealand, di mana ia dikatakan sedang diperbaiki. Kehadiran kapal layar itu di Auckland juga telah dipaparkan dalam kumpulan Facebook 'Superyachts di Auckland.
Bagaimanapun, untuk menentukan sama ada ada kebenaran mengenai khabar angin bahawa Low sebenarnya memiliki kapal laya 'Equanimity', terbukti lebih mencabar.
Di atas kertas, kapal itu milik Equanimity (Cayman) Ltd. Undang-undang syarikat Berahsia di Kepulauan Cayman membuatnya hampir mustahil untuk menentukan pemilik syarikat melalui rekod umum.
Pelbagai laman web peminat marin menunjukkan Low sebagai pemilik utama kapal itu, seperti laporan oleh laman Sarawak Report. Bagaimanapun, sesetengah laman web juga membuat spekulasi bahawa kapal itu sebenarnya dimiliki oleh Do Won Chang, pengasas rantaian runcit fesyen Korea Selatan, Forever 21.
Salah satu laman web itu, SuperYatchFan, mendakwa telah menerima mesej dari peguam Low menafikan bahawa Low adalah pemilik kapal layar itu, walaupun ia menyatakan bahawa dia masih calon yang mungkin memiliki kapal layar itu, selain daripada Chang.
Lebih sukar lagi ialah bagi menentukan sama ada Low berada di atas kapal layar mewah itu semasa ia dilihat di beberapa tempat tersebut.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena