Friday 17 June 2016

[Video] Sokongan terhadap calon Amanah kini 55% dahului BN..."Jiwanya memang di Kuale" - Kak K

Jumaat, 17 Jun 2016

Sokongan terhadap calon Amanah kini 55% dahului BN, kata Mohamad Sabu

Menjelang hari pengundian esok, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu memberitahu sokongan pengundi terhadap calon Pakatan Harapan kini melepasi 50 peratus mendahului calon Barisan Nasional (BN) dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar kali ini.
"Kita harap menang sahaja, sekarang ni 55/45 peratus, BN dibelakang kita, Pas dah jauh terkebelakang.
"Kalau kita menang, Amanah akan teruskan keyakinan politik di kalangan pengundi dan penyokong baru yang akan menambah bilangan ahli kita kelak," ujarnya ketika ditemui Malaysia Dateline.
Beliau ditemui ketika menghadiri siri Kempen Tun Mahathir bersama grup Deklarasi Rakyat di Tali  Air Lapan, Sekinchan pagi tadi.
Dalam kempen yang berbaki hanya sembilan jam lagi sebelum malam ini,Pakatan Harapan katanya akan terus berkempen seperti yang telah dijadualkan.
"Daripada hari penamaan calon kita (Amanah) hanya underdog, orang lihat calon kita terkebawah kerana Amanah parti yang belum lagi setahun usianya.
"Bila bermula kempen kita tonjolkan calon Amanah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan kerja keras dalam kempen sudah nampak sokongan itu.
Mohamad Sabu bertemu penyokong Amanah bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka.Mohamad Sabu bertemu penyokong Amanah bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka."Esok nak mengundi harapan kita begitu memberangsangkan untuk memotong BN kali ini di dua PRK," ujarnya.
Mohamad mengakui kekuatan calon Amanah kerana kerjasama semua pihak terutama daripada NGO dan penyokong Deklarasi Rakyat.
"Provokasi mengenai calon Amanah itu perkara biasa. Dalam keadaan BN yang terdesak mereka boleh provok apa saja, kerana mereka anggap polis tidak akan menunjukkan sikap yang adil.
"Jika kami yang buat (provokasi) sama seperti mereka buat sudah ramai yang masuk dalam lokap sepanjang tempoh kempen ini," ujarnya.
Pagi hari terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Malaysia Dateline hari ini melaporkan, Parlimen Sungai Besar menyaksikan wujudnya taktik kotor memfitnah Amanah dan Pakatan Harapan.
Tinjauan Malaysia Dateline selepas Subuh tadi mendapati empat kain rentang tersebut digantung di persimpangan Jalan Parit 1 Barat berdekatan Masjid Makmuriah.
Kain rentang bersifat provokasi itu dilihat rentetan daripada propaganda yang mengaitkan Amanah sebagai diperalat oleh DAP.
Tertera ungkapan, "Pakatan Harapan? Pakatan DAP (Pan + DAP + PKR)", kain rentang itu turut menampilkan enam gambar tokoh pimpinan ketiga-tiga parti Pakatan Harapan.
Mereka ialah Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Turut ditonjolkan Penasihat Amanah, Ustaz Ahmad Awang; Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli serta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Pakatan Harapan meletakkan calon Azhar Ab Shukur di Sungai Besar dan Dr Ahmad  Termizi Ramli di Kuala Kangsar.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena