Wednesday 22 June 2016

Menteri TerKANTOI? Jho Low disahkan pemilik Good Star Ltd selama 5 tahun.

Rabu, 22 Jun 2016
Page Liked · 5 hrs

KANTOI !!!.. TERKINI...

Siapa sebenarnya yg menipu tentang pemilikan sebenar Good Star Ltd itu, PetroSaudi International ATAU Jho Low ?

Terang2 tertera pendedahan dari WSJ sebelum ini mengenai isi kandungan surat Bank Negara M'sia (BNM) 'sahkan' Good Star Ltd milik Jho Low..

SEBAB ITULAH KERAjaan mengklasifikasikan segala kandungan yg berkaitan 1MDB sebagai sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 AGAR RAKYAT TAK BOLEH TAHU KEADAAN & FAKTA SEBENAR KEBOBROKAN 1MDB yg berkait bersama Najib & Jho Low..

TETAPI LAIN PULA JADINYA.. Najib pula kata laporan polis dibuat ke atas WSJ...

Jho Low disahkan pemilik Good Star Ltd selama 5 tahun

Sejak beberapa tahun kebelakangan, kerajaan Malaysia menyatakan syarikat Good Star Ltd yang menerima AS$1.03 bilion daripada 1MDB dimiliki oleh rakan kongsi usaha sama dana, PetroSaudi International Ltd.
Sekarang, seorang pegawai dengan berpengetahuan dalam penyiasatan kawal selia mengesahkan apa yang bank pusat Malaysia tegaskan baru-baru ini yakni Low Taek Jho adalah pemilik tunggal Good Star selama lima tahun hayat firma berkenaan.
"Apa yang saya boleh katakan dengan pasti ialah Jho Low adalah pemilik eksklusif bermanfaat Good Star," kata pegawai itu, memetik laporan olehReuters.
Menurut dokumen pendaftaran yang dilihat oleh Reuters, Good Star telah diperbadankan di Seychelles pada 18 Mei 2009, empat bulan sebelum pembayaran awal kepada PetroSaudi.
Ia telah dibubarkan lima tahun kemudian iaitu pada 2 Mei 2014.
Low, yang sering dirujuk sebagai Jho Low, adalah pemilik Good Star sepanjang lima tahun itu, kata pegawai berkenaan.
Jho Low bersama-sama kerajaan telah menafikan beliau mempunyai apa-apa kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diasaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada September 2009 untuk melabur dalam projek hartanah dan tenaga strategik.
Banyak firma perniagaan dan bank-bank Malaysia telah terpalit dengan 1MDB yang sedang bergelumang dalam kemelut rasuah dan pengubahan wang haram yang membawa penyiasat untuk meninjau transaksi dan hubungan kewangan merentasi global - dari Malaysia ke Singapura dan Seychelles, dari Abu Dhabi kepada syarikat luar pesisir di Caribbean serta dari Amerika Syarikat ke Switzerland.
Siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa di Amerika Syarikat, Switzerland, Luxembourg, Singapura dan Emiriah Arab Bersatu.
Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena