Sunday 19 June 2016

Mengapa Ust Azhar turun berjumpa pengundi selepas PRK? Sapa sapu RM12 juta tu? & Kita bukan saja lawan BN tapi seluruh jentera kerajaan.

Ahad, 19 Jun 2016

Ustaz Azhar dan YB Ng Sue Lim turun berjumpa pengundi sambil mengucapkan terima kasih kepada pengundi. InsyaAllah akan terus berkhidmat buat warga Sungai Besar...


Zahid Hamidi kata keluarga bagi duit tu kepada cawangan khas PDRM. Kemudian mereka kata RM12 juta tu diserahkan kepada badan amal di Filipina. Tup² KPN pula kata wang tu keluarga serahkan sendiri kepada penculik melalui pihak ketiga. Mana satu betul? Lebih kurang isu 2.6 billion la ni. Pakat² cuba belit. Akhir sekali diri sendiri terbelit.
PERSOALAN..
(1) Disalurkan kepada badan 'NGO Islam tertentu' ?.. SIAPAKAH 'NGO Islam' itu ?
(2) Apa sebenarnya yg dah berlaku pada RM12 JUTA TERSEBUT ?
(3) Ke mana perginya duit sejumlah RM12 juta itu ?
(4) Sapa sapu RM12 juta tu?

Bukan saja lawan BN tapi seluruh jentera kerajaan

Kekalahan Amanah yang mewakili Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar semalam berpunca daripada ketidakadilan sepanjang tempoh kempen.
Ketua Pemuda Amanah, Sany Hamzan berkata, parti itu yang baru berusia sembilan bulan terpaksa berdepan dengan BN bersama seluruh jentera kerajaan.
"PRK yang tidak adil dan bersih. Terang-terang depan mata, jentera kerajaan dan media diguna oleh Umno-BN utk memenangkan calon mereka," jelasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau memberitahu, terdapat juga pertukaran pusat pengundian yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seperti berlaku di Kuala Kangsar semalam.
"Pertukaran dibuat tanpa pengetahuan pengundi baik dalam Kuala Kangsar itu sendiri atau di luar dari Kuala Kangsar yang menyulitkan proses pengundian," ujarnya.
Menurut Sany lagi, keadaan diburukkan lagi dengan sentimen kaum kononnya menggambarkan Melayu terancam jika barisan pembangkang menang pilihan raya.
"Isu perkauman dimainkan oleh Umno-BN bagi menakut-nakutkan pengundi Melayu dengan DAP," tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, pemerhatian Malaysia Dateline di Parlimen Sungai Besar semalam mendapati salahguna peralatan milik kerajaan oleh BN juga berlaku pada hari pengundian.
Di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Utama misalnya, perkhidmatan kereta 'buggy' oleh SPR dilihat didominasi penggunaannya oleh peraih undi BN.
Inisiatif yang difahamkan diperkenal pertama kali oleh SPR itu bertujuan untuk membawa pengundi warga emas dan kurang upaya ke tempat pembuangan undi.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena