Tuesday 21 June 2016

BN jangan mimpi tawan Selangor, 'jadi PEMBANGKANG pun MALAS'.

Rabu, 22 Jun 2016

“Budiman pernah didatangi dengan permintaan peruntukan daripada pengundi semasa kempen pilihanraya tetapi telah menangguhkan permohonan itu dengan alasan 'tunggu saya menang dahulu'."

BN jangan mimpi tawan Selangor, kalau jadi pembangkang pun malas

DUN_Selangor
PETALING JAYA, 21 JUN: Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Sungai Besar tidak boleh dijadikan ukuran kekuatan parti itu untuk menawan Selangor dalam pilihanraya umum akan datang.
Ini kerana sikap tidak profesional dan ketinggalan zaman menjadikan mereka tidak mampu menjadi pembangkang yang efektif dan berkesan dalam Dewan Negeri Selangor.
Ini termasuk keengganan BN Selangor untuk mengisi kekosongan jawatan Ketua Pembangkang Dewan Negeri sejak sekian lama, serta tidak mahu menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) DUN Selangor dan tidak mahu menerima peruntukan RM200,000 daripada kerajaan negeri.
Menurut Adun Kampung Tunku Lau Weng San, sebelum BN Selangor menanam cita-cita untuk ‘merampas’ negeri itu, mereka perlu terlebih dahulu mengetengahkan sikap professional dan bekerja tanpa menggadaikan kepentingan rakyat.
“Pembangkang, BN Selangor tidak ingin menerima tawaran ini kerana dipercayai ia akan memberi tekanan kepada kerajaan persekutuan BN kerana kerajaan BN tidak memperuntukkan jawatan pengerusi PAC Parlimen untuk dipegang oleh Ketua Pembangkang Dewan Rakyat biarpun ia jawatan yang diiktiraf Dewan Rakyat.
“Ahli-ahli Parlimen Pembangkang juga tidak diberi apa-apa peruntukan kawasan kerana kerajaan persekutuan selama ini khuatir bahawa peruntukan itu akan menyebabkan pembangkang menjadi semakin kuat di kawasannya,” jelasnya.
Menurutnya lagi, pembangkang negeri Selangor masih belum bersedia mengambil alih kerajaan melainkan dengan melaksanakan tiga perkara:
1. Mengisi segera jawatan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor
2. Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) DUN Selangor
3. Menerima pakai peruntukan kawasan sebanyak RM200,000 setahun yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor sejak tahun 2015.
Dalam perkara berkaitan, belia turut menasihati Ahli Parlimen Sungai Besar yang baharu, Budiman Mohd Zohdi yang juga Adun Sungai Panjang supaya tidak menggadaikan nasib rakyat di kawasannya.
“Budiman pernah didatangi dengan permintaan peruntukan daripada pengundi semasa kempen pilihanraya tetapi telah menangguhkan permohonan itu dengan alasan “tunggu saya menang dahulu”.
“Saya menganggap jawapan ini sesuatu yang sangat tidak bertanggungjawab kerana sama ada Budiman menang atau kalah dalam PRK, beliau tetap Adun Sungai Panjang dan layak untuk menggunakan peruntukan RM200,000 yang ditawarkan kepada beliau oleh Kerajaan Selangor,” ujar beliau.
Bagi beliau adalah lebih sekiranya Budiman menerima tawaran Kerajaan Negeri dan membantu rakyat di kawasannya. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena