Saturday, 18 June 2016

[Video] Tawaran 'menggigit' antara punca pengundi undi BN, kata Asmuni

Ahad, 18 Jun 2016


Memang benar BN janji lima kali bina jambatan Manong - Amanah

Memang benar BN janji lima kali bina jambatan Manong – Amanah

AMANAH hari ini mengingatkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan negeri Perak supaya mengotakan janji mereka bagi menyiapkan jambatan Manong.
Pengerusi AMANAH Perak Asmuni Awi berkata peruntukan sebanyak RM43.5 juta untuk pembinaan jambatan itu juga diharap bukan sekadar janji manis daripada BN dalam PRK Kuala Kangsar kali ini.
“Apa yang saya nak nyatakan ialah penegasan yang kami minta, bukan mengenai peruntukan tetapi bila nak buat dan bila boleh siap. Peruntukan itu dia boleh bagi begitu saja. Tetapi akhirnya kita tidak nampak apa-apa.
“Jadi ini satu lagi politik. Masih tidak dijawab bila jambatan itu nak dibuat. Sebab ini isu lama. Bila jambatan itu nak dibuat. Bila peruntukan itu diluluskan dan datang daripada Rancangan Malaysia yang mana?
“Dan ini saya nyatakan ia satu cara BN untuk meredakan suasana di Manong di mana rakyat sedar mereka sentiasa ditaburi janji manis tetapi di peringkat akhir pelaksanaan tidak dilakukan.
“Dan ini hanya untuk meredakan keresahan yang berlaku di bawah sana,” katanya di Ibu Pejabat AMANAH Kuala Kangsar, pagi ini.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena