Showing posts with label Kapten Zaharie. Show all posts
Showing posts with label Kapten Zaharie. Show all posts

Tuesday, 18 March 2014

[Video] MH370: Anwar Minta Semua Henti Fitnah Ke Atas Kapten Zaharie... PM Najib lepas tangan!

Selasa, 18 Mac 2014
Betul sangat point Anwar Ibrahim. Najib Razak neh memalukan la. Dia sebagai PM tapi tindakan dia memalukan Malaysia di mata dunia. Tak heran la kenapa makin lama makin orang sakit ahti dengan dia.

Sepatutnya ;

1. Jangan fitnah Kapten Zaharie tanpa bukti.

2. Jangan nak kaitkan idelogi politik dia dengan misteri kehilangan MH370.

3. Jangan nak kritik profesionalism dia sedangkan dah terbukti dia memang seorang pekerja yang baik dan cekap.

4. Jangan berikan kenyataan negatif dan hukum melulu sehingga mendahului penyiasatan rasmi.

5. Hormati perasaan ahli keluarga juruterbang tersebut.

Ialah kenyataan2 yang dikeluarkan PM Malaysia. Ini tidak. Apahal pula DSAI yang keluarkan semua kenyataan2 di atas? Ko PM ke dia yang PM? Buruk sangat perangai ko neh Najib. Main tuduh2 je.

Aku sokong sangat bila DSAI dan Mahfuz Omar sebut ;

1. Kapten Zaharie dah terbukti sebagai seseorang yang baik.

2. Dia juga terbukti cekap dalam menjalankan tugasnya.

3. Malaysia sepatutnya melindungi kredibliti Kapten Zaharie apatah lagi tak terbukti dia terlibat dalam apa2 skandal dan konspirasi. Kenapa biarkan nama baik kapten Zaharie tercalar oleh media luar? 

4. Secara tak langsung Malaysia mengambarkan penerbangan MAS tak selamat sehingga ia mudah dirampas.

5. Dalam waktu yang sama PM Najib lepas tangan. Sesuka ahti je berikan gambaran negatif/persepsi buruk seolah2 pilot kita ada komplot tertentu padahal bukti semua apa takdak. Kalau ada bukti itu lain citer beb.  

Hantu betul.

Yang sebetulnya. Kita kena bersama2 pertahankan kredibliti pilot dan semua krew2 MAS di dalam kapal tersebut sehingga terbukti sebaliknya. Selagi tak terbukti mereka berbuat begitu begini tak payah tuduh2, tak payah nak hukum dan fitnah sebarangan. Mereka tue tah apa keadaan nya. Hidup ke mati ke. Kena bunuh ke terhempas ke. Tak fikir ka?  

Btw, sejak2 dua tiga hari neh kita tengok media massa telah memainkan persoalan2 yang pernah aku dan kebanyakkan rakyat pernah fikirkan disini ==> http://amenoworld.blogspot.com/2014/03/persoalan-persoalan-yang-kerajaan.html

Antaranya ;

- Kenapa TUDM lepas tangan bila ada pesawat yang tak dikenalpasti melalui ruang udara kita?

- Ada ke kemungkinan pesawat tersebut digodam?

Kemungkinan besar sistem pesawat telah digodam maka ia mengubah haluan secara automatik, bukan manual sehingga pilot pun tak mampu nak berbuat apa2 (kerana sistem digodam). Ini berita hari neh. Sensasi beb.

Nampaknya tak lari jauh la dari apa yang rakyat pernah fikirkan.

Berikut video berkaitan sidang media DSAI dan Mahfuz Omar mengenai isu kapten Zaharie ;

Read More

Sunday, 16 March 2014

Laporan Kapten Zaharie rampas pesawat MH370 demi Anwar tidak masuk akal...

Ahad, 16 Mac 2014
PKR menganggap laporan akhbar Britain, Daily Mail yang menyatakan kemungkinan juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah merampas pesawat Malaysia Airlines MH370 kerana kecewa dengan keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II sebagai khayalan luar biasa.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata walaupun Zaharie merupakan ahli seumur hidup parti itu, perkara ini mustahil berlaku kerana ia melibatkan nyawa ramai manusia yang tidak bersalah dan ini merupakan satu teori konspirasi politik yang tidak masuk akal.

"Semua dikaitkan dengan Anwar sangat unik dalam politik Malaysia. Namun mengenali Umno dan Barisan Nasional, kalau mereka kehabisan modal, sesuatu yang bersifat khayalan boleh menjadi nyata," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider.

Saifuddin berkata, isu sebenarnya adalah kerajaan Malaysia tidak kompeten dalam menguruskan kes pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu dengan 239 penumpang termasuk anak kapal.

Dengan pelbagai spekulasi mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, hari ini akhbar Daily Mail melaporkan kemungkinan teori pesawat tersebut dirampas sebagai protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkan Anwar bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Akhbar Britian itu mendedahkan, beberapa jam sebelum berlepas dengan pesawat Boeing 777-200ER (9M-MRO) untuk ke Beijing, Zaharie pergi ke mahkamah pada 7 Mac untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Ketua pembangkang itu dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan kerana meliwat bekas pembantunya pada 2008.

Apabila ditanya apakah PKR akan mengambil tindakan terhadap akhbar tabloid Britian itu, Saifuddin berkata:"Tidak ada sebarang tindakan daripada PKR buat masa ini. Fokus kami adalah untuk menyeru rakyat Malaysia doa agar pesawat MH370 ditemui."

Akhbar tersebut turut memetik sumber polis yang mengesahkan Zaharie, 53, merupakan seorang aktivis yang lantang dan berkemungkinan kecewa dengan keputusan mahkamah.

Semalam, polis menyerbu rumah juruterbang berpengalaman itu di Laman Seri, Shah Alam yang mempunyai simulator penerbangan di rumah selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib razak mengumumkan fasa kedua pencarian pesawat MH370 pada satu sidang akhbar khas.

Daily Mail berkata, terlalu banyak masa dihabiskan menyiasat dua komputer riba yang diambil dari rumah Zaharie, yang dipercayai mengandungi data simulasi penerbangan, minggu lalu.

Akhbar tabloid itu melaporkan, meskipun pihak berkuasa Malaysia menafikan serbuan dilakukan di rumah Zaharie, dua komputer riba itu diambil semasa lawatan pihak polis awal minggu lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa gagal mengesan komputer riba peribadi Zaharie dan dipercayai dibawa bersama dalam kokpit pesawat dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, lapor Daily Mail.

Menurut rakan sekerja Zaharie, beliau merupakan seorang aktivis sosial dan penyokong kuat Anwar serta sangat berminat dengan politik.

Zaharie menerbangkan pesawat MH370 bersama pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.

Penyiasat memberitahu Daily Mail, mereka kini sedang mencari bukti mengaitkan teori pandangan politik Zaharie adalah sebahagian daripada faktor kontroversi kehilangan pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal pada 8 Mac. - tmi
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena