Showing posts with label Anwar. Show all posts
Showing posts with label Anwar. Show all posts

Saturday, 6 October 2018

[Video Anwar, Daim & Azmin Bersama Nelayan Teluk Kemang] #Anwar4PD Daim tak duduk diam & Derma AS$2-3 bilion tak sampai ke Palestin - Menteri Jordan.

Ahad, 7 Oktober 2018

Foto Otai BERSIH.
Calon PH PRK PD Anwar Ibrahim bersama masyarakat orang asli di Kg Bukit Kepong dlm Dun Linggi ...semua masyarakat tak ketinggalan....lagi bukti Anwar layak sebagai pemimpin kerana di sokong oleh semua masyarakat dan kaum di Malaysia.. Melayu, Cina, India dan Org Asli semua bersama Anwar Ibrahim..
#Anwar4PD

RANGKUMAN PRK PD: Daim tak duduk diam

Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin turun padang bersama penyandang Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi membantu kempen calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Teluk Kemang hari ini.
Daim yang juga bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hadir majlis minum petang bersama nelayan tempatan berkata pengundi Port Dickson patut menyokong Anwar kerana beliau mampu menyelesaikan masalah nelayan.
Pada majlis yang sama, Anwar menyatakan rasa teruja kerana dapat bergandingan semula dengan Dr Mahathir Mohamad di atas satu pentas pada pilihan raya kecil kali ini.
Mk.

Derma AS$2-3 bilion tak sampai ke Palestin - Menteri Jordan

Umat Islam disarankan menyalurkan sumbangan dan derma untuk rakyat Palestin melalui saluran yang diakui sah berikutan dianggarkan antara US$2 bilion hingga US$3 bilion sumbangan pelbagai pihak dari seluruh dunia tidak diterima oleh pihak yang disasarkan di Palestin.
Menurut Menteri Waqaf dan Hal Ehwal Islam Jordan, Prof Dr Abdelnaser Abu Al Basal, pihak berkuasa Israel hanya mengiktiraf tiga pihak untuk menerima sumbangan itu.
Katanya, tiga pihak itu ialah Tabung Yayasan Kebajikan Hashimiah untuk pengimarahan Masjid Al-Aqsa dan Masjid Dome of the Rock; Jabatan Haiah Hashimiah untuk kebajikan masyarakat Gaza.
Selain itu ialah Kementerian Wakaf, Kedutaan Jordan dan Kedutaan Palestin.
"Kita hanya menerima kira-kira US$5 juta sahaja daripada US$2-3 bilion yang disumbangkan oleh masyarakat antarabangsa itu," katanya di Amman, Jordan tanpa menyatakan sejak bila ini berlaku.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs menyampaikan sumbangan rakyat Perlis berjumlah RM60,000 yang dikumpul pada setiap solat Jumaat di masjid-masjid seluruh negeri sejak Februari lalu untuk membaik pulih dan mengimarahkan masjid Al Aqsa manakala RM60,000 lagi untuk kebajikan penduduk di Semenanjung Gaza.
Turut hadir Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor.
Menurut Abdelnaser, kementeriannya menggaji lebih 900 orang untuk menjaga Al Quds bagi menguruskan kebajikan rakyat Palestin.
Beliau berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang banyak memberi sokongan kewangan dan moral kepada rakyat Palestin.
- Bernama
Read More

Sunday, 28 January 2018

[Video Anwar, Tun Mahathir Sepakat Pastikan Kemenangan PRU14] Wala’ yang membawa bala.

Ahad, 28 Januari 2018

Foto Parti Amanah Negara.

Image result for Foto najib sapu wang rakyat

Wala’ yang membawa bala

AL-WALA' ialah satu doktrin penting dalam perbahasan akidah Islam. al-Wala’ menuntut ketaatan dan kecintaan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT dan Rasul SAW dalam menyempurnakan arahan dan tuntutan agama. 
Manakala, al-Bara’ adalah menjauhi, berlepas diri serta membenci perkara yang bertentangan dengan arahan dan tuntutan Islam. 
Justeru, al-Wala’ dan al-Bara’ merupakan kata kunci yang merumuskan garis pemisah antara daerah iman dan kufur bagi seorang Muslim.
Malangnya, konsep-konsep ini, al-Wala’ khususnya seringkali dijadikan oleh PAS untuk mengikat dan ‘mengugut’ ahli-ahlinya agar tidak keluar parti dan menyokong parti-parti lain. 
Daripada berusaha meyakinkan ahli-ahli dengan mengemukakan idea-idea politik bernas, menawarkan kualiti dan model pentadbiran yang memajukan negara, pimpinan dan ulama’ PAS mengambil jalan pintas dengan menyalahgunakan konsep wala’. 
Sanggahan pandangan dan tindakan politik presiden misalnya hanya dibenarkan dalam mesyuarat. Menegur di luar mesyuarat itu hukumnya haram kerana kononnya tidak menepati disiplin agama. Menuntut Presiden untuk berundur daripada jawatan juga adalah haram kerana bagi mereka jawatan itu ibarat jubah yang dipakaikan oleh tuhan. Jika Saidina Uthman, khalifah al-Rasyid ketiga kekal mempertahankan jawatan sehingga mati dibunuh maka demikian juga selayaknya untuk presiden mereka.  
Amat malang apabila pengikut PAS dengan mudah ditakut-takutkan dengan ugutan dosa, munafik, bahkan ke tahap menjadi kafir apabila gagal menyerahkan ketaatan kepada pimpinan parti. 
Adalah tidak salah untuk memantapkan kekukuhan sesebuah organisasi hasil dari kemantapan kerjasama dan persefahaman ahli organisasi. Namun tindakan mengugut ahli bawahan supaya tidak melontarkan persoalan ‘mengapa’ terhadap tindakan dan keputusan pimpinan dengan alasan wala' adalah sama sekali salah. 
Hal ini semuanya berjaya dilakukan kepada ahli-ahli PAS dengan memanipulasi ayat-ayat Quran dan hadith. Antara dalil yang seringkali digunakan untuk tujuan ini ialah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari. Sabda Nabi SAW: “Hendaklah kamu beriltizam dengan jama‘at al-Muslimin dan imam (pemimpin) mereka”.
Hakikatnya, fatwa politik bahawa PAS adalah jamaah muslimin berdasarkan hadith ini hanya disokong oleh ulama-ulama parti yang berkepentingan. 
Selain daripada para ulama silam yang menafikan perkara ini, tokoh-tokoh gerakan Islam moden yang juga ulama terbilang seperti Sa‘id Hawwa’ dan Muhammad Abd al-Qadir Abu Faris tidak menganggap gerakan dakwah atau politik yang wujud hari ini sebagai Jama‘at al-Muslimin tetapi jama‘at min jama‘at al-MuslimÄ«n (satu kumpulan dari jama‘at al-Muslimin).
Inilah pandangan yang bukan sahaja tepat bahkan mampu menjaga ukhuwwah persaudaraan sesama muslim dalam pertarungan idea politik dan perebutan kuasa. ‘Perseteruan’ merebut kuasa dalam kalangan kelompok-kelompok Islam pada zaman moden bakal didorong dek kehendak memenuhi tuntutan agama untuk ‘fastabiq al-Khairat’ (berlumba membuat kebaikan).
Kesan Salah Guna
Rakyat Malaysia harus tahu bahawa wala’ PAS ini sebenar satu bala yang merugikan mereka. Exco Kerajaan negeri Kelantan, Che’ Abdullah Mat Nawi baru-baru ini dilaporkan di media sebagai berkata bahawa tiada peruntukan wang kerajaan untuk pembangunan akan diberikan kepada wakil rakyat pembangkang walaupun mereka adalah wakil rasmi yang dipilih rakyat. 
Keputusan diskriminasi ini diambil semata-mata kerana kepentingan politik sempit yang jelas bertentangan dengan perintah agama yang mewajibkan hak ditunaikan kepada mereka yang berhak. Amat sukar untuk memikirkan bahawa polisi zalim ‘Kerajaan Islam’ Kelantan ini akan diubah segera kerana ulama-ulama PAS sudah biasa diam seribu bahasa semuanya kerana al-Wala’.
Perpaduan umat Islam juga menjadi amat sukar dicapai apabila para pemimpin PAS dengan mudah melabel sebahagian umat Islam yang memilih wadah politik lain seperti Amanah sebagai barua, jebon, dan munafik haraki. 
Tindakan para pemimpin PAS ini walaupun bercanggah dengan akhlak Islam dan tata susila Melayu jelas direstui tanpa banyak soalan kerana wala’ adalah segala-galanya. 
Episod hitam ini jelas menunjukkan bahawa soal perpaduan dan kasih sayang sesama Muslim tidak lagi menjadi keutamaan pertimbangan PAS. 
Bahkan lebih teruk daripada itu, rakyat akan terus terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi dan negara kekal dirundung malang apabila Najib dan Umno kekal berkuasa kerana tindakan pemimpin PAS yang menggesa ahli-ahlinya untuk memencil diri daripada gabungan besar pembangkang. 
Wala’ PAS sememangnya membawa bala. – 28 Januari, 2018.
* Abu Hafiz Salleh Hudin merupakan Timbalan Pengerusi Strategi dan Dasar Bersatu.
* Ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insight.
Read More

Sunday, 3 December 2017

[Video Jelajah Semarak di Ipoh] Himpunan Rakyat PH malam ini di Meru Impian, Ipoh mendapat sambutan cukup hangat & Dr Mahathir, Anwar disiasat kerana pecah amanah, kata KPN.

Isnin, 4 Disember 2017

Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Otai BERSIH telah menambah 4 foto baru
37 min
Himpunan Rakyat Pakatan Harapan Malam ini di Perak mendapat sambutan cukup hangat. Ubah sekarang, Selamatkan Malaysia! Jom! 
Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.

Dr Mahathir, Anwar disiasat kerana pecah amanah, kata KPN 

Dr Mahathir, Anwar disiasat kerana pecah amanah, kata KPN 
Anwar Ibrahim merupakan menteri kewangan ketika kerugian forex BNM berlaku manakala Dr Mahathir Mohamad adalah perdana menteri ketika itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Disember, 2017.

DR Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang terbabit dalam kerugian forex Bank Negara 30 tahun lalu, disiasat atas tuduhan pecah amanah, kata polis hari ini. 
Kedua-dua mereka terbabit dalam laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) yang dibentangkan di Parlimen awal minggu ini. 
Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun ketika ditemui di Kuala Lumpur hari ini berkata, tiada tempoh masa untuk siasatan. 
Siasatan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan jenayah pecah amanah oleh kakitangan awam. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda yang akan ditentukan oleh mahkamah. 
RCI ditubuhkan bagi menentukan kebenaran di sebalik kerugian BNM, berjumlah RM31.5 bilion, dalam perdagangan forex antara 1992 dan 1994. 
Laporan suruhanjaya berkenaan meletakkan kesalahan berhubung kerugian itu kepada penasihat BNM Nor Mohamed Yakcop, yang turut melibatkan perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad dan Anwar yang merupakan menteri kewangan ketika itu. – 3 Disember, 2017.
MENYUSUL LAGI 
Read More

Tuesday, 19 September 2017

[Video Anwar dikejarkan ke HKL] Anwar dikejarkan ke HKL.

Selasa, 19 September 2017

Anwar dikejarkan ke HKL


Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata, Anwar yang kini menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh itu dikejarkan ke HKL pada pukul dua petang tadi akibat masalah tekanan darah kurang stabil.
"Beliau kini dalam pemantauan doktor, dan turut memerlukan rawatan fisioterapi intensif akibat kecederaan lama di bahu beliau," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, Anwar menggesa semua pihak untuk terus berusaha ke arah perubahan, dan sekali lagi mengingatkan PKR dan Pakatan Harapan agar memberi keutamaan kepada isu melibatkan rakyat.
Perkara itu terdahulu disahkan oleh anaknya Nurul Izzah Anwar dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli kepada Malaysiakini.
Ketua Umum PKR itu kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat, dakwaan yang menurutnya bermotifkan politik.
Beliau dijangka dibebaskan pada pertengahan 2018.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/395707#oBW2eM37L6i1kCRI.99
Read More

Thursday, 7 September 2017

[Video Anwar tidak bohong - Tun M] Alang-alang Pas meniru hujah Umno, umumkan sahaja walimahnya & Sampai bila nak tunggu Pas? – Saifuddin Nasution

Jumaat, 8 September 2017

Image result for Gambar pakatan harapan

Alang-alang PAS meniru hujah UMNO, umumkan sahaja walimahnya

Kenyataan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi bahawa satu undi untuk HARAPAN bermakna satu undi untuk DAP pastinya membuatkan ramai semakin keliru yang mana satu PAS yang mana satu UMNO.
Strategi memfokuskan serangan ke atas DAP dan memburuk-burukkan DAP dengan mempergunakan isu kaum dan agama tidaklah asing kepada UMNO. Malangnya kini, PAS juga turut bermain propaganda yang sama, mengangkat politik kebudak-budakan dan politik huru-hara. Sehingga sudah sukar membezakan yang mana PAS dan yang mana UMNO.
Sepertinya kini, undi untuk PAS bermakna mengundi untuk meneruskan gaya politik UMNO.
Kristian dan Sekular
Terdesaknya PAS mengikut jejak langkah UMNO menyebabkan mereka mencapai apa saja propaganda yang ada lalu dilambakkan kepada umum. Sehingga meracau mengatakan DAP menggerakan gerakan Kristian untuk mensekularkan negara ini.
Suatu masa dahulu, penceramah-penceramah PAS sendiri yang mengajar bahawa sekular itu bermakna ‘agama suku negara suku’, dalam erti kata lain negara tidak lagi beragama. Nah, sekarang bagaimana pula PAS boleh mengatakan sebuah gerakan agama Kristian mahu mewujudkan sebuah negara tidak bergama seperti mana yang PAS fahami?
Politik menghasut api kebencian antara umat Islam dan Kristian ini merupakan politik kebudak-budakan dan politik huru-hara.
Cita-Cita PAS Indah Khabar Dari Rupa
Muhammad Khalil perlu berhenti menabur janji yang hanya indah khabar dari rupa. Beliau menceritakan tentang mahu mengubah Malaysia supaya menurut kepada ideologi PAS dengan sasaranya memenangi 40 kerusi parlimen. Sesiapa yang waras boleh nampak dengan jelas, sekiranya PAS memenangi 40 kerusi parlimen, mustahil PAS boleh membentuk kerajaan Persekutuan lantas mengubah Malaysia menjadi lebih PAS.
Pencapaian terbaik PAS memenangi 27 kerusi Parlimen adalah melalui pakatan pembangkang manakala pencapaian terburuk PAS pula jika dicermati adalah sewaktu mereka mereka bertanding secara sendirian.
Bagaimanakah Muhammad Khalil membayangkan kemungkinan sedemikian, adakah beliau sebenarnya merasakan 40 kerusi itu mencukupi mengambil kira sekali kerusi yang mungkin dimenangi UMNO lantas membentuk satu gabungan UMNO-PAS?
Jika tidak, maka jelas itu hanya merupakan strategi igauan di siang hari.
PAS dan Sifat Ujub
Kenyataan Muhammad Khalil itu juga memperkukuhkan lagi tanggapan bahawa PAS sememangnya tidak mengerti akan semangat sesebuah pakatan. Dan itulah puncanya mengapa suatu masa dahulu mereka bertindak memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP.
Oleh kerana sifat ujub (kagum terhadap diri sendiri) kebanyakan pimpinan PAS, mereka merasakan mereka yang paling kuat, lalu mula bertindak mengikut kepala sendiri sehingga akhirnya berseteru dengan PKR dan DAP.
Jelas selama ini PAS tidak faham bahawa kebanyakan kerusi yang mereka menangi sekarang adalah hasil usaha sebagai satu pakatan pembangkang suatu masa dahulu. Rakyat tidak kira kaum dan agama memberikan undi kepada PAS kerana mereka merasakan pakatan politik yang terbina dahulu merupakan satu pakatan yang terbaik untuk membentuk kerajaan.
Undi diberikan kerana rakyat merasakan bahawa idea yang dibawa semua parti secara gabungan itu adalah apa yang mereka perlukan. Bukannya kerana ideologi khusus mana-mana parti dalam gabungan.
Begitulah juga nanti untuk Pilihanraya ke-14, satu undi untuk HARAPAN merupakan satu undi untuk PPBM (BERSATU), AMANAH, PKR dan DAP, pakatan politik yang benar-benar berpotensi membentuk sebuah kerajaan stabil, progresif dan bersih.
Saya menyeru kepada Muhammad Khalil supaya bermuhasabah dan membuang rasa ujub yang membarah di dalam PAS. Selain berhentilah meniru-niru UMNO, jika sememangnya sudah ada mimpi-mimpi untuk bersanding dengan UMNO, umumkan saja walimahnya!

Sampai bila nak tunggu Pas? – Saifuddin Nasution

Sampai bila nak tunggu Pas? - Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution hari ini mempersoalkan sampai bila PKR akan membuka pintu rundingan dengan PAS, selepas timbul percakaran dalaman parti itu mengenai keputusan untuk terus berbincang dengan parti Islam itu yang bukan sebahagian daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).
Saifuddin berkata PKR sudah 2 tahun berusaha untuk mendapatkan kerjasama PAS menentang Barisan Nasional (BN) tetapi masih gagal.
“Pendirian saya ialah setiap usaha dan ikhtiar harus ada garis masanya supaya ada kepastian dan ini memudahkan semua pihak,” katanya
dalam kenyataan hari ini untuk menafikan spekulasi beliau sudah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai setiausaha agung.
PKR semalam menafikan Saifuddin, dilihat antara pemimpin parti yang tidak bersetuju kerjasama dengan PAS, meletak jawatan.
Saifuddin berkata walaupun pelbagai usaha dibuat, adalah jelas PAS lebih berkenan kepada Umno, dan ini memaksa parti lain dalam PH membuat keputusan untuk tidak lagi bekerjasama dengan PAS.
“Rakyat dapat melihat dengan jelas usaha ini dan rakyat dapat melihat saban hari PAS menunjuk sikap dingin dengan PKR dan Pakatan Harapan sebaliknya semakin lunak dengan Umno/BN,” kata Saifuddin.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau sendiri bersetuju supaya usaha berunding dengan PAS diteruskan.
Ia bagaimanapun mengundang kritikan beberapa pemimpin, termasuk Ahli Parlimen Selayang William Leong yang bertindak meletak jawatan daripada Biro Politik PKR.
Semalam, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sebarang usaha untuk mengadakan kerjasama dengan PAS akan dihalang.
Saifuddin berkata, beliau percaya Anwar akan memahami dan menghormati keputusan PH menolak kerjasama dengan PAS.
“Adalah lebih utama PKR menumpukan sepenuh usaha dan tenaga membantu mengukuhkan PH dan menerima hakikat PAS sudah ada pilihannya,” katanya. 
Read More

Wednesday, 2 November 2016

[Video Najib Sudah BUNTU Nak Cari DUIT!] Anwar seru semua sertai himpunan BERSIH! "Depa ramai2 seronok pi makan angin d China..."? Rakyat ditekan dengan kenaikan minyak petrol dan minyak masak.

Khamis, 3 November 2016

Image result for Anwar di himpunan bersih
Selain Anwar, turut berada di lokasi kejadian pada masa itu ialah Pengerusi Bersih, S Ambiga, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, ...
Like This Page · 2 hrs 
 Dikala rakyat ditekan dengan kenaikan minyak petrol dan minyak masak depa ramai2 seronok pi makan angin d China...balik nanti xada pulak pelabur China yg buka kilang untuk rakyat bekerja dan cari rezeki....tapi yg dengar 1 demi satu tanah dan harta digadai.....ermmm

Anwar seru semua sertai himpunan BERSIH

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru semua pihak agar menyertai perhimpunan BERSIH 5.0 dengan semangat setiakawan yang bakal diadakan pada 19 November ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Komunikasi PKR itu, Anwar berkata, kerajaan telah memungkiri amanah dalam memastikan negara memperkasa demokrasi yang diikrarkan menerusi Perisytiharan Kemerdekaan 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.
Pada masa yang sama, ujar beliau lagi, tuntutan BERSIH 2.0 juga diketepikan.
"Di antara tunggak proses tersebut adalah pelaksananaan pilihanraya adil dan bersih.
"Maka saya menyeru semua rakyat untuk menyertai perhimpunan BERSIH 5.0 dengan semangat setiakawan pada 19 November 2016.
"Kehadiran saudara-saudari akan membantu menjana perubahan di negara Malaysia tercinta," tambah beliau.
Baru-baru ini, BERSIH mengumumkan dua tempat pertemuan dalam perhimpunan BERSIH 5.0 iaitu Dataran Maybank di Jalan Bangsar dan Masjid Negara.
Seterusnya, para peserta akan mara dan berhimpun di Dataran Merdeka.
Perhimpunan berkenaan akan bermula pada jam 10 pagi dan berlanjutan sehingga 6 petang.
Pada sidang media hari ini, badan pemantau pilihan raya itu berkata, pihaknya telah mengemukakan notis 10 hari yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kepada pihak polis.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz menegaskan Dataran Merdeka adalah kawasan larangan bagi penyokong Baju Merah dan penyokong BERSIH.
Beliau memberitahu Malaysiakini tiada kelulusan diberikan kepada himpunan Baju Merah pada 5 November atau perhimpunan BERSIH pada 19 November.
"Tiada perhimpunan (di Dataran Merdeka) akan dibenarkan. Kedua-dua (permohonan) tidak diluluskan," kata Md Amin.
Malaysiakini.
Read More

Saturday, 1 November 2014

Kalau Anwar ke penjara? Dia dilihat sebagai yang paling cerah masa depannya...

Sabtu, 1 November 2014

Kalau Anwar ke penjara...Apa kata Economist

Sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke penjara selepas kes rayuan Liwat II beliau selesai minggu depan, hukuman itu bukan hanya akan menjadikan beliau seorang syahid, tetapi juga memberi peluang pemimpin muda PKR lain untuk menyinar, kata The Economist hari ini.

Menurut lidah pengarang akhbar itu, Barisan Nasional menggagalkan cita-cita politik Anwar selama 16 tahun – sejak kejatuhannya semasa bersama bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 – dan kes beliau di Mahkamah Persekutuan minggu ini "kelihatan seperti penghujung jalan" bagi pemimpin berusia 67 tahun itu.

Tetapi, hikmah di sebaliknya, kata akhbar itu, ialah ruang bagi pemimpin muda dalam PKR seperti Mohamed Azmin Ali, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar, mengambil alih tampuk kepimpinan dan membuktikan kemampuan mereka.

Daripada ketiga-tiga mereka, Menteri Besar Selangor dan Timbalan Presiden PKR Azmin dilihat sebagai yang paling cerah masa depan.

"Dia bermula sebagai setiausaha peribadi Anwar selama berada dalam kerajaan dan terbukti seorang timbalan yang setia. Tetapi pemimpin berusia 50 tahun ini sudah bersedia untuk keluar dari bayang-bayang mentornya," kata akhbar itu.

Azmin bukan hanya lebih berpengalaman daripada Nurul Izzah, anak Anwar dan naib presiden PKR, beliau juga “pemenang” dalam episod “langkah Kajang”, yang diilhamkan Rafizi, yang berakhir dengan Azmin memegang jawatan menteri besar Selangor.

Jika Azmin dapat membuktikan kepada pengundi dia boleh mentadbir Selangor dengan cekap, maka dia mungkin boleh memperolehi apa yang mentornya tidak berjaya lakukan: mengambil alih kepimpinan negara sebagai perdana menteri.

Akhbar itu berkata, walaupun sekiranya rayuan Anwar berjaya, kedudukan beliau sudah "tidak sepenting mana lagi dalam pakatan pembangkang seperti suatu masa dahulu".

Anwar, katanya, dua kali gagal memimpin Pakatan Rakyat (PR) mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum 2008 dan 2013.

Tetapi, Ketua Umum PKR itu tetap seorang tokoh berkarisma dan masih boleh menarik orang ramai seperti yang berjaya dilakukannya pada hari Isnin di Universiti Malaya (UM) semasa program “40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara”.

Walaupun pentadbiran universiti mengisytiharkannya tidak sah dan menutup kampus dari dimasuki orang luar, kira-kira 2,000 orang hadir pada acara itu. Akibatnya, penganjurnya, pemimpin pelajar Fahmi Zainol sekarang berdepan tindakan disiplin universiti.-tmi
Read More

Friday, 1 August 2014

MAKLUMAT RAHSIA PUN BOCOR? 8 Ogos Kes Anwar Ibrahim di Mahkamah...10 Ogos Wan Azizah jadi MB?

Sabtu, 2 Ogos 2014

8 OGOS KES ANWAR IBRAHIM,10 OGOS KES WAN AZIZAH JADI MB.

Pada 8 Ogos ini kes rayuan DS Anwar akan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sabitan kes liwat 2,

Sementara itu 10 Ogos,PAS Pusat akan bermesyuarat sama ada bersetuju DS Wan Azizah menggantikan TS Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.

OGOS juga bulan kemerdekaan.Dengan harapan rakyat tidak dijajah minda mereka.Dengan harapan Pakatan Rakyat parti alternatif untuk ganti BN.

SEMUA ITU FREE,MAKLUMAT RAHSIA PUN BOCOR.

Dunia tanpa sempadan memudahkan masyarakat mendapat maklumat dengan cepat. Dunia facebook, whatsapp, tweeter, dan pelbagai yang free mempercepat kebocoran maklumat kepada mereka di luar "group".

Terdapat segelintir pimpinan yang ghairah untuk memberi maklumat sulit, sehingga melibatkan kelemahan pemimpin yang sudah meninggal dunia. Keghairahan pimpinan untuk melabelkan orang sehingga menampakkan "kebodohan politik" mereka.

TERFIKIR  pula kenapa semua aplikasi itu percuma, ini semata-mata untuk memecah-belahkan perpaduan? Di samping untuk membocorkan maklumat, bagi memberi laba kepada pihak lawan.
Read More

Adakah Anwar tidak berhajat lagi untuk menjadi PM?

Sabtu, 2 Ogos 2014

Boleh Tuan Haji Subky tolong jelaskan?


Sebarang langkah menyingkirkan PAS dari Pakatan Rakyat dan menggesa supaya Hadi diketepikan dari pimpinan PAS, maka itulah yang memecahkan Pakatan.

 Jangan sangka PAS sahaja rugi kalau dikeluarkan dari Pakatan. Ia merugikan semua pihak terutama rakyat yang inginkan perubahan.

 Jika Anwar membiarkan ini berlaku, maka ini bererti Anwar sudah tidak berhajat lagi untuk menjadi perdana menteri.

 Adakah Anwar sudah tidak berhajat lagi untuk meneruskan kerjaya politiknya? Pada saya, Anwar diperlukan lagi oleh Pakatan sebagaimana Selangor masih memerlukan Khalid.

 Semuanya jangan berfikir Anwar boleh terus jadi calon perdana menteri dengan menyingkirkan PAS dari Pakatan.

 Mungkin sikap Hadi itu bukan sikap PAS, maka mempertahankan Khalid itu bukan sikap PAS. 

 Sebagai seorang ulama yang merasakan tidak cukup syarat bagi menyingkirkan Khalid, maka beliau sebagai pemimpin PAS mahupun sebagai peribadi, maka beliau merasa perlu membela Khalid supaya Khalid diberi peluang mendapatkan keadilan.

 Orang yang mengkritik kenyataan Hadi itu sebenarnya mahu mengurangkan peluang Anwar menjadi Perdana Menteri.

 Perdana menteri buat Anwar bukan kerana glory diri tetapi untuk membela rakyat mendapatkan keadilan. – 1 Ogos, 2014. Baca kenyataan penuh  di sini

Demikian pandangan Subky Latif yang masih begitu mengharapkan Anwar akan berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang jika terus berganding bahu dengan Haji Hadi walaupun telah acapkali Haji Hadi dilihat telah menggagalkan perancangan Anwar...

Dalam isu di mana TGHH membuat kenyataan menyokong Khalid, menurut Haji Subky, TGHH merasa perlu membela Khalid supaya Khalid diberi peluang mendapatkan keadilan, saya bersetuju dengan pandangan Haji Subky itu.

Namun persoalan utama disini bukan kerana  membela Khalid.Tetapi adalah kerana TGHH membuat kenyataan sebelum dimesyuaratkan bersama AJK PAS Pusat.

TGHH sepatutnya membela Khalid bila dalam mesyuarat pada 10 Ogos nanti dan cuba mendapatkan persetujuan lain-lain AJK supaya mengekalkan MB Khalid.Itulah yang sepatutnya TGHH lakukan, bukan buat kenyataan yang melulu.

Apabila Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar cuba menjelaskan keadaan sebenar bahawa PAS belum bermesyuarat dan belum lagi mengambil apa-apa ketetapan berhubung dengan isu MB Selangor, mereka berdua ni pula diseranga dan menjadi mangsa kutukan mereka yang begitu taksub dengan TGHH.

TGHH telah keluarkan kenyataan sebelum mesyuarat 10 Ogos 2014.TGHH telah mendahului keputusan mesyuarat.Apakah maknanya semua ini? Apakah ini kerja khianat atau setia kawan? Boleh Tuan Haji Subky tolong jelaskan?

Dulu kita diajar oleh presiden supaya bermesyuarat dalam urusan kita. Kemudian kita diajar supaya terima keputusan mesyuarat walau tidak sehaluan dengan kehendak kita. Kini dia sendiri tidak ikut keputusan mesyuarat.Presiden parti sendiri tidak wala' pada keputusan jemaah.Boleh Tuan Haji Subky tolong jelaskan?

Semasa kempen Pilihanraya Umum lepas (PRU 13), Haji Hadi Awang telah berceramah di Marang pada 22 April menyatakan dengan jelas kononya PAS terpaksa menghantar calon berlawan dengan calon PKR (Pakatan Rakyat) kerana 3 alasan :

 1. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana lambat menghantar borang pencalonan

 2. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana terlibat menjual pil kuda

 3. Calon PR yang lain yang telah dipersetujui awal dilawan kerana berfahaman komunis

 Jelas dimana beberapa calon (Kota Damansara, Bukit Besi, Seberang Takir, Dun Sungai Acheh) yang telah dipersetujui awal bertanding atas mandat Pakatan Rakyat tetapi turut dilawan oleh calon PAS yang diberikan tauliah disaat akhir oleh TGHH sendiri tanpa ketahuan PAS Selangor dan juga Setiausaha PAS Pusat.Boleh Tuan Haji Subky tolong jelaskan?

Read More

Tuesday, 27 May 2014

[Video] Anwar Kutuk UMNO...Celaka memang betul! 30 samseng itu kami tak takut...

Selasa, 27 Mei 2014





Anwar Kutuk UMNO, Label Penyokong Sebagai Samseng


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan penyokong UMNO yang merempuh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini sebagai tindakan ala samseng.

“…30 samseng itu kami tak takut dan mereka bukan wakil Melayu Pulau Pinang,” katanya dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, malam tadi.

Celaka memang betul, katanya lantang.

Ketua pembangkang itu juga beranggapan pemilihan calon wanita Melayu, Dyana Sofya Mohd Daud merupakan corak politik baharu yang berupaya membawa suara rakyat ke Parlimen kelak.

Ketua pembangkang juga turut membidas parti UMNO yang disifatkan sering mempermainkan isu politik kotor.

Manakala calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud pula menegaskan pelbagai projek yang bakal dilaksanakan di Teluk Intan sekadar untuk meraih undi.

Tambahnya lagi, pelaksanaan pelbagai projek berkenaan tidak mengambil kira status projek terdahulu yang kebanyakannya sudah tergendala lama.

Dyana Sofya turut meminta penjelasan mengenai status projek Sekolah Menengah Kampung Bahagia yang tergendala sejak 2012 lagi.

Namun, sehingga kini projek itu masih belum dilaksanakan, katanya.

“Kerajaan telah melancarkan projek lebuh raya yang menelan kos sebanyak RM5 bilion semalam namun projek yang terdahulu masih tergendala,” katanya.

Dyana Sofya menegaskan pembinaan sekolah tersebut merupakan isu tempatan yang bakal diperjuangkannya apabila diberi mandat dalam PRK Teluk Intan, 31 Mei ini.

“Bukan kata mahu bina lebuh raya bernilai 5 bilion, pembinaan sekolah yang hanya menelan kos RM23 juta pun tak mampu dibuat lagi,” katanya lanjut.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena