Showing posts with label Kezaliman. Show all posts
Showing posts with label Kezaliman. Show all posts

Saturday, 12 August 2017

[Video Mat Sabu konsisten dalam perjuangan menentang kezaliman, penyelewengan & rasuah] SEDAR TAK SEDAR, AS$50 JUTA DUIT KITA MELAYANG BEGITU SAJA.

Sabtu, 12 Ogos 2017

Foto Suara Rakyat.
Suara Rakyat Sebelum ini Najib & kuncu2nya begitu ghairah Laporan Doj itu semata2 tindakan sivil..

Hakikatnya slps itu peguam AMANAH mengatakan Pendakwaan jenayah susuli saman sivil DOJ..


Hakikatnya dah berlaku skrg...
AS mulakan siasatan jenayah terhadap wang curi 1MDB 


https://www.malaysiakini.com/news/349567
Janganlah bodoh sgt.. Penyelewengan dana 1MDB dlm laporan DoJ itu kebanyakannya berlaku di dlm AS. Sbb itu mereka nak buat siasatan jenayah terhadap mereka yg terlibat. BUKANNYA nak campur tangan siasatan 1MDB di Malaysia.. Suka hati mereka lah kerana hak negara mereka nak siasat di negara mereka...

SEDAR TAK SEDAR, AS$50 JUTA DUIT KITA MELAYANG BEGITU SAJA DAN ADAKAH IA WANG DARI CHINA?


Akibat gagal menepati janji dan menangguhkan bayaran sebanyak dua kali kepada IPIC, sedar tak sedar kita sebenarnya sudah kerugian sebanyak AS$50 juta hanya dalam sekelip mata.

Berdasarkan perjanjian yang dipersetujui, 1MDB perlu membayar kepada 1PIC sebanyak AS$603 juta atau RM2,600 juta sebelum 31 Julai 2017 yang lalu.

Disebabkan gagal menunaikan janji kerana ketiadaan wang, tetapi dikatakan cuma masalah teknikal, 1MDB kemudian diberikan tempoh selama 5 hari lagi.
Selepas 5 hari, 1MDB gagal sekali lagi membuat pembayaran dan akhirnya diberikan tempoh sehingga 31 Ogos  untuk membuat pembayaran tersebut.

Tetapi, penangguhan yang diberi IPIC itu tetap ada syaratnya. Sebagaimana yang disahkan oleh Pengerusi 1MDB, Irwan Siregar Abdullah, lanjutan tempoh sehingga 31 Ogos itu adalah dengan syarat bayaran sebanyak AS$310 juta (kira-kira separuh daripada jumlah hutang AS$603 juta) perlu dibayar sebelum 12 Ogos.

Seperti yang dikehendaki, 1MDB semalam dilaporkan sudah menunaikan janjinya kepada IPIC itu, sehari lebih awal daripada tempoh 12 Ogos yang ditetapkan.

Tetapi, bayaran yang dibuat bukan AS310 juta, sebaliknya AS$360 juta.

Kenapa tiba-tiba ada tambahan jumlah sebanyak AS$50 juta atau lebih RM200 juta?

Dan sepertimana yang ditanyakan oleh Lim Kit Siang, apakah AS$50 juta lebihan itu sebenarnya merupakan faedah lewat bayar atau denda kerana gagal menepati janji?

Harus disedari bahawa 1MDB kini adalah syarikat milik Kementerian Kewangan dan ia bermakna sebarang bebannya adalah ditanggung oleh rakyat Malaysia juga.

Selain beberapa kerugian sebelum ini, kini sekali lagi kita kerugian sebanyak AS$50 juta hanya disebabkan gagal menepati janji.
Bayangkan apa boleh dilakukan dengan wang sebanyak AS$50 juta itu jika dibelanjakan untuk membantu rakyat miskin, program pendidikan, perumahan atau sebagainya?

Namun kerana kita dipimpin oleh pemimpin yang gagal, tak pasal-pasal AS$50 juta melayang begitu saja.

Secara kebetulan pula, bayaran AS$360 juta kepada IPIC itu dilakukan hanya selepas dua hari berlangsungnya majlis pecah tanah projek Keretapi Pantai Timur atau ECRL oleh Perdana Menteri di Kuantan, Pahang.

Selain projek ECRL bernilai RM55 bilion itu dibiayai sepenuhnya oleh China, pakar-pakar tempatan sebelum ini turut mempertikaikan kos yang dianggap terlalu tinggi bagi projek tersebut di mana mereka menilai kos yang munasabah adalah tidak melebihi RM40 bilion.

Daripada gagal membuat bayaran, pelik juga tiba-tiba 1MDB ada wang AS$360 juta?

Adakah ini bermakna wang dari China telah mula turun dan menolong 1MDB? (ShahbudinHusin 12/08/2017)
Read More

Sunday, 2 August 2015

Ramai Ahli UMNO Baru kenal Apa Itu Kezaliman! Perghh...'gapo mu buleh buat?

Ahad, 2 Ogos 2015


Pah...'gapo mu buleh buat?

Posted by mountdweller at 4:19 PM 

Ramai Ahli UMNO Baru kenal Apa Itu Kezaliman..!!

RAMAI AHLI UMNO BARU KENAL APA ITU KEZALIMAN 

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiP6vRvRqePzEQcDj-eOUNVKcx3E5T0y4vJbzvf0rd-h74Yc_U_p2JIgolg9ZQ1eJWeil-2FgoHTov_NVVzJfg_qITJPak_JgIUzRNeZ0fZCCFSbWLCbadDxtwpRySLtEQRiwLuQwwe-4tY/s1600/Wanita+Umno+Sokong+Penuh+Kepimpinan+Perdana+Menteri.jpg
SEBAIK saja mantan TPM, Muhyidin Yassin terus bercakap secara terbuka tentang skandal 1MDB sewaktu beliau merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Cheras baru-baru ini, dalam tempoh 24 jam beliau terpecat. Rata-rata ahli Umno amat kecewa kerana pemimpin mereka masih gagal di dalam melakukan perubahan. Najib yang memperkenalkan transformasi di dalam pentadbiran kerajaan, ternyata beliau gagal merealisasikan di dalam partinya sendiri. Kezaliman terus berlaku dan Umno terus kekal dengan corak pemerintahan di era Mahathir. 

Di zaman Mahathir, Musa Hitam menjadi mangsa. Kemudiannya DS Anwar pula yang memecah rekod Timbalan Perdana Menteri yang dipecat dari kerajaan dan parti malah lebih zalim lagi terus difitnah seterusnya terpenjara. Rekod beliau ini belum ada yang mengatasinya. 

Jika Musa Hitam keluar dengan sendirinya, Muhyiddin pula dipecat, bezanya beliau tidak diaibkan atau difitnah. Ternyata umno semakin parah dan hilang kredibiliti untuk menjadi tunjang kerajaan yang memerintah. Bagaimana Umno mahu menunjukkan contoh kepada rakan-rakannya di dalam Bn yang sedang berkrisis seperti MIC, jika Umno lebih parah dari MIC? 

Umno kini ditertawakan oleh MIC. Waktu ini menjadi ahli Umno adalah amat memalukan. Sering kita sebut, ramai ahli Umno yang selama ini tidak peka kepada kezaliman seperti yang telah berlaku kepada DS Anwar, tetapi apabila berlaku atas batang hidung mereka sendiri, baru mereka kenal apa itu kezaliman. Masih adakah yang berminat untuk terus dikenali sebagai orang Umno? 

Tidak malukah sesiapa atau mana-mana parti yang ingin bersama umno? Di mana muka pemimpin parti politik yang selama ini setuju Najib terus berkuasa sehingga PRU14 ini hendak menyorokkan muka mereka?


Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena