Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Khalid Ibrahim. Show all posts

Sunday, 10 August 2014

Khalid Ibrahim Dijangka Buat Kejutan Lagi...Boleh pecat Exco dari PKR dan DAP!

Ahadm 10 Ogos 2014

Setelah Dipecat PKR, Khalid Ibrahim Dijangka Buat Kejutan Lagi..


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat keahlian daripada PKR tidak mungkin tergesa-gesa memohon perkenan Sultan Selangor bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya diadakan pilihan raya negeri.


Beliau masih kekal sebagai menteri besar, itu fakta termaktub dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor.

Lagipun, Lembaga Disipin PKR memberikan Khalid tempoh 14 hari untuk merayu keputusan memecatnya yang berkuat kuasa Sabtu.

Jangan lupa, beliau hanya dipecat dari PKR manakala tiada kaitan dengan DAP serta PAS.

Jika DAP dan PAS bersetuju dengan keputusan pimpinan PKR yang sudah hilang kepercayaan terhadap Khalid, kedua-dua parti itu perlu menyatakan secara rasmi dengan perakuan Adun parti masing-masing sama seperti dilakukan Adun-Adun PKR.

Semalam PKR meminta Adun yang mewakili parti membuat akuan sumpah menolak Khalid dan menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar.

Setakat ini, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abd Samad menegaskan akan merujuk perkembangan terbaru politik negeri itu kepada PAS Pusat.

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua dalam kenyataannya berkata, parti itu juga kan memutuskan perkara tersebut pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) esok.

Antara cadangan parti itu adalah meminta tiga Adun yang dilantik Exco meletak jawatan kerana tdak lagi mengiktiraf status Khalid sebagai Menteri Besar.

Untuk rekod PAS dan DAP memenangi 15 kerusi manakala PKR 14 termasuk Khalid manakala Barisan Nasional hanya 12 kerusi.

Justeri itu, dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR R. Sivarasa  sudah tidak layak menjadi menteri besar kerana hilang kepercayaan majoriti dewan negeri Selangor selepas dipecat PKR kurang tepat.

Jika benar, setakat ini Khalid hanya tidak dapat kepercayaan 13 Adun PKR sedangkan keseluruhan Adun Selangor seramai 56 orang.

PKR perlu mendapatkan perakuan semua Adun DAP dan PAS jika betul-betul mahu Khalid hilang kelayakan dan kepercayaan sebagai menteri besar.

Pilihan lain, DAP dan PAS perlu meminta Adun mereka yang dilantik Exco meletak jawatan sekaligus Khalid hilang sokongan bagi menguruskan kerajaan negeri sekarang.

Selangor mempunyai seramai 10 anggota exco kerajaan negeri dengan empat daripada  PAS manakala PKR dan DAP masing-masing tiga orang.

Itu pilihan PKR, DAP dan PAS selain membawa usul undi tidak percaya kepada Khalid di DUN Selangor.

Namun, jangan lupa, Khalid juga ada pilihan dan tentu sedang memegang kad paling besar.

Selain berdepan undi tidak percaya di DUN, Khalid boleh mohon perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah membubarkan DUN.

Jika mahu, Khalid juga boleh pecat Exco dari PKR dan DAP terlebih dahulu.

Lagipun, Khalid masih menteri besar, apa salahnya tunjukkan pada PKR dan DAP siapa berkuasa sekarang.

Bagi PKR dan DAP pula, amat memalukan jika tidak minta Exco parti mereka letak jawatan setelah hilang percaya kepada Menteri Besar itu. ~utara news

Read More

Wednesday, 26 February 2014

MOU Air Selangor: Khalid Ibrahim Gelakkan Najib... Selangor Beli SYABAS RM9.65 Bilion

Rabu, 27 Februari 2014
Nak tengok gambar Khalid Ibrahim gelakkan Najib... 


Khalid Ibrahim cipta sejarah sebagai orang pertama yang gelakkan PM Najib secara berdepan. Walaupun tak berapa penting namun semua gambar-gambar ini adalah kenangan yang tidak akan dilupakan oleh semua rakyat Selangor yang selama ini mengharapkan kemelut air di Selangor dapat diselesaikan demi kemakmuran rakyat dan negeri tercinta.

Dengan termeterainya perjanjian ini Kerajaan PR akan menguasai sepenuhnya air Selangor. Segala perancangan dan pembaharuan akan dapat dilaksanakan dengan lebih lancar tanpa melalui pihak kedua yang selama ini diserahkan kepada syabas.

Pembaharuan paip-paip dan pam di rumah-rumah pangsa dapat dilakukan sendiri tanpa sebarang kemungkinan untuk disabotaj pihak tertentu. 



TERKINI- Kerajaan Selangor Beli SYABAS RM9.65 Bilion

Berita yang baru diterima, apabila kerajaan Selangor dan kerajaan persekutuan telah mencapai kata sepakat dan persetujuan bersama untuk membenarkan kerajaan Selangor untuk beli bayar dengan pampasan sejumlah RM9,500,000,000 juta (RM9.65 bilion) sekaligus terus mengambilalih pengurusan syarikat air di Selangor seperti :

Pampasan Beli Syarikat Konsesi Air Selangor : Senarai Syarikat Terima Bayaran Lumayan RM9.65 Bilion!!
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas)
Puncak Niaga Sdn Bhd
Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas)
Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (Splash).

Kerajaan Selangor Bayar RM9.65 Bilion Beli Syarikat Konsesi Air Selangor VS Kerajaan Malaysia Terus Bina Langat 2!

Dan perjanjian kerajaan Selangor & kerajaan malaysia ini juga Perjanjian tersebut membuka laluan untuk pembinaan pusat rawatan air Langat 2

Kerajaan Selangor dapat Beli Syarikat Konsesi Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga, ABBAS, SPLASH

Kerajaan Malaysia dapat terus dengan projek pembinaan pusat rawatan air Langat 2
Satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)
Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambil alihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan

Bermakna, kerajaan Selangor sekarang ini bakal memiliki kawalan penuh terhadap pengurusan air Di Selangor termasuk tarif di Selangor sekaligus meredakan sedikit sebanyak ketegangan mengenai isu air dan mungkin situasi menang-menang juga bagi kedua-dua pihak.

Seperti janji kerajaan Selangor sebelum ini, dengan bayar pampasan sejumlah RM9,65 bilion untuk beli pengurusan syarikat air Selangor ini, dijangka rakyat Selangor bakal menjadi ‘taukeh dalam industri air Selangor’ di mana apabila Kerajaan Negeri bakal menerbitkan saham air sebagaimana pengalaman Tan Sri Khalid Ibrahim melakukan antara rakyat & kerajaan Malaysia ketika beliau menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebelum ini.

P/S : Apa kata rakyat Selangor amnya dan rakyat malaysia umumnya dengan hasil perjanjian kali ini, di mana kerajaan Selangor dapat beli syarikat konsesi air di Selangor dengan nilai sejumlah RM9.65 bilion?
Read More

Tuesday, 5 March 2013

Selangor Iktiraf Jasa 8 Anggota PDRM Wira yang Gugur: DANA RM10 juta disediakan..


Selasa, 5 Mac 2013
Kerajaan Selangor Sediakan Dana RM10juta
Kerajaan Selangor akan menubuhkan dana khas  RM10 juta sebagai mengiktiraf jasa lapan anggota polis yang terkorban mempertahan kedaulatan negara ketika berdepan dengan penceroboh bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.
 
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut pada mesyuarat majlis exco negeri esok sebelum pengumuman rasmi mengenai butiran dana itu.
 
"Dana ini bukan sahaja untuk membantu polis dan tentera yang terkorban dari Selangor, tetapi juga semua mereka yang kehilangan nyawa dalam kedua-dua insiden itu," Khalid memberitahu Bernama ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di Kuala Lumpur hari ini.
 
Beliau berkata melalui dana itu, kerajaan negeri juga akan meneliti cara bagaimana untuk membantu dari segi kewangan dan lain-lain keperluan anggota keluarga terdekat wira-wira negara ini.
  

"Kami (kerajaan Selangor) merasakan kebajikan anggota keluarga mereka perlu diberi perhatian memandangkan mereka terkorban mempertahan kedaulatan negara kita," katanya.
 
Dua anggota komando polis VAT 69 terbunuh dalam insiden tembak-menembak dengan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 1 Mac sementara enam lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna Sabtu lepas.

- Bernama
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena