Showing posts with label MAHATHIR or NAJIB. Show all posts
Showing posts with label MAHATHIR or NAJIB. Show all posts

Tuesday, 15 March 2016

Strategi baharu Mahathir...Type MAHATHIR or NAJIB - Siapa anda sokong?

Selasa, 15 Mac 2016
Follow · 59 mins 
 
Siapa anda sokong? Who will you vote?🏆

Type MAHATHIR or NAJIB

Tarikh tutup undian pada pagi 8.30am, 22 MAC 2016

Strategi baharu Mahathir untuk desak Najib terbongkar

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam melafazkan akujanji akan berhenti mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sekiranya beliau tewas dalam undian sokongan rakyat.

Menurutnya, hanya undian nasional dapat meyakinkan rakyat di mana setiap pengundi di negara ini boleh menterjemahkan sokongan terhadap Najib.
"Mungkin juga undian ini berguna untuk menunjukkan bahawa Dr Mahathir (iaitu saya) adalah tidak benar dalam mendedahkan skandal kewangan Najib.

"Dengan cara ini kita dapat menyelesaikan soalan berkaitan populariti Najib dan apa yang rakyat fikir tentang skandal kewangan Najib sekali," katanya.

Namun katanya, sekiranya beliau mendapat undian melebihi Najib, bermakna rakyat menerima apa yang dibangkitkan tentang salahlaku kewangan orang nombor satu negara itu, maka Najib perlu meletakkan jawatan.

Katanya, undian umum itu mestilah dijalankan oleh syarikat asing yang boleh dipercayai dan diselia oleh wakil dari kedua pihak yang terlibat.

Menurutnya lagi, pilihan lain yang ada ialah dengan menanti Akta Majlis Keselamatan Negara ditandatangani oleh Yang Dipertuan Agong atau menanti selama sebulan jika tidak ditandatangani hingga akta itu dikuatkuasakan.

"Kemudian Najib bolehlah menangkap dan menahan bekas perdana menteri yang jengkel ini tanpa bicara.

"Saya mendapat pesanan inilah yang menanti saya jika saya tidak berhenti mengkritik dan jika saya tidak berhenti," katanya.
PEN BURUK ONLINE ™
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena