Showing posts with label MB swasta. Show all posts
Showing posts with label MB swasta. Show all posts

Wednesday, 18 March 2015

Penangan awal "MB swasta" jer...HUSAM DITOLAK AKAR-UMBI?

Khamis, 19 Mac 2015

HUSAM DITOLAK AKAR-UMBI, CERAMAHNYA DI DUN CHEMPAKA N21 LANGSUNG TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN! (GAMBAR)

Biar gambar berbicara



Gambar kiriman rakan.
Hahaha...ini mesti gambar edit.
Jangan meroyan! Ini penangan awal "MB swasta" jer...
Read More

Tuesday, 13 January 2015

'Ujian Banjir' MB kerajaan bergabung tenaga dengan 'MB swasta'...

Rabu, 14 Januari 2015

MB kerajaan bergabung tenaga dengan MB swasta

PANORAMA POLITIK                                                                                     
Benarlah kata hukama sesuatu takdir itu ada rahmat dan hikmatnya dan Tuhan tidak sengaja menjadikan sesuatu itu tanpa ada maknawinya. Hanya mereka yang bermata halus dan hati bersinar sahaja dapat melihat hikmat dan rahmat disebalik apa yang berlaku itu termasuk juga musibah.
MB Kerajaan dan MB swasta bergabung tenaga.
Misalnya gara-gara musibah banjir yang melanda Kelantan, hari ini kerinduan dan kedahagaan rakyat Kelantan khasnya ahli dan penyokong Pakatan Rakyat untuk melihat dua pemimpin Pas Kelantan, Ahmad Yaakob dan Husam Musa bergabung tenaga dan tampil di tengah masyarakat terlerai apabila mereka sama-sama turun membersihkan pasar Kuala Krai yang teruk dibaham banjir.

Kemunculan mereka berdua sangat dinanti-nangtikan oleh rakyat yang cintakan kedamaian dan sayangkan Kelantan. Kehadiran kedua mereka bolehlah dianggap sebagai satu kombinasi dua sosok utama dalam menghadapi musibah banjir yang maha dahsyat itu.

Sebelum ini terdengar bisik-bisik liar kononnya mereka tidak begitu rapat dan sukar untuk dilihat bersama dalam menggerakan kerja amal demi rakyat dan negeri. Teguran dan nasihat Husam terhadap kerajaan Kelantan dalam aspek tertentu pentadbiran pada sidang DUN tidak lama dahulu telah digunakan sesetengah pihak untuk mentafsirkan yang MB tidak serasi dengan Adun Salor itu atau bermasalah dengan Ahmad Yaakub.

Ahmad dan Husam sedang bersih pasar Kuala Krai.
Malang lagi teguran Husam itu juga dijaja sebagai satu sindiran dan niat jahat Husam kepada Ahmad Yaakub kononnya tidak dapat menerima Ahmad yang dilantik menjadi MB.

Walhalnya tidak begitu. Husam membuat teguran untuk kebaikan dan memastikan MB tidak mudah diperkotak katik oleh mana-mana pihak dan anai-anai politik. Bagi bekas Exco itu, Ahmad perlu meneruskan legasi yang ditinggalkan Tokguru Nik Aziz Nik Mat sebagai MB yang dihormati semua pihak dan berintegriti.

Husam, kaut sampah kemudian tolak dan buang.
Bagi Husam kalau pun dia terkilan atas apa yang berlaku, tetapi itu bukan segala-galanya. Sebagai pemimpin berjiwa besar dan ikhlas beliau menerima serta redha apa yang tertakdir ke atas dirinya. Apa yang terjadi adalah teladan dan iktibar mendewasakan lagi politiknya. Ia juga sebahagian daripada latihan untuk muncul sebagai pemimpin hebat di masa depan.

Husam membuktikan kata-katanya itu apabila Kelantan dilanyak banjir beliau tidak menyisihkan diri daripada membantu kerajaan Kelantan.

Sejak hari pertama banjir melanda Kelantan beliau tidak memisahkan diri untuk membantu rakyat terkena banjir sebagai kesenimbungan tugas dan tanggungjawab membantu MB dan kerajaan menangani musibah hebat itu. Awal-awal lagi Husam melihat banjir itu kritikal dan bukan meremehkannya dengan beranggapan ia tidak sehebat bah tahun 1967.

Walaupun sebelum ini beliau terasing dan banyak berada diluar kerana tidak ada ruang untuk berkhidmat disebabkan tidak ada apa-apa jawatan diberikan, namun apabila negerinya dibaham bencana beliau bertumas dalam negeri, menggerakan apa juga peralatan untuk membantu mangsa banjir. Beliau menggunakan segala pengalaman yang ada kepadanya selama dua penggal menjadi Exco sebelum ini.

Beliau bergerak bersendirian dengan pasukan sukarelawannya daripada Yayasan Darul Hijrah tanpa ada mana-mana agensi kerajaan digunakan. Apa dibuat Husam termasuk mencari bantuan untuk Kelantan seperti menerusi MB Selangor Mohamed Azmin Ali dan Ketua MB Pulau Pinang Lim Guan Eng sesuatu yang menggembirakan Ahmad Yaakub. Betapa tidak Minali telah menghulurkan bantuan kepada Kelantan sebanyak RM1.5 juta disamping bantuan kemanusiaan yang lain.

Manakala Lim Guan Eng juga turut membantu Kelantan dengan menghulur RM250,000 kepada Tabung Serambi Makkah dan beberapa NGO lain yang berkhidmat untuk membantu Kelantan yang semuanya bernilai RM1.5 juta.

Tidak dapat siapa nafikan bantuan dari Selangor dan Pulau Pinang itu adalah atas inisiatif Husam yang mempunyai hubungan dan diplomasi politik yang baik dengan kedua MB dan KM itu.

Ahmad bukan seorang yang berhati kering tidak nampak akan kerjasama dan bakti Husam. Walaupun beliau dilihat jujur dan lurus, mudah diperkotak katikan, tetapi MB itu memerhati dan nampak apa-apa yang sumbang dalam pentadbirannya. Katanya hari ini beliau sedang menilai keberkesanan beberapa orang Exco dan CEO di beberapa syarikat berkaitan kerajaan yang baru dilantik sejak beliau menjadi MB. Beliau juga sedang berkira-kira untuk menyusun semula badan perhubungan Pas Kelantan.

Atas sifat dan tanggungjawab itulah maka hari ini Ahmad turun bergabung tenaga dengan Husam mengepalai kerja amal membersihkan pasar Kuala Krai bersama pemimpin-pemimpin lain. Harapnya penampilan mereka berdua hari ini tidak dicemburui mana-mana pihak dan terimalah ianya adalah satu kewajiban bersama antara mereka berdua demi rakyat dan negeri Kelantan.

Semoga kombinasi yang terbentuk atas keinsafan kerana musibah banjir itu akan berkekalan dan apa yang perlu difikirkan semoga MB akan memberi tugas dan tanggungjawab kepada Husam yang lebih signifiken lagi untuk berkhdimat kepada rakyat selepas ini. Husam disepanjang musibah banjir ini telah membuktikan siapa dirinya yang sebenar yang tidak mudah melepaskan tanggungjawab sosialnya.

Kesudian Ahmad Yaakub hadir itu juga memberi gambaran pengikhtirafan beliau kepada Husam yang diperolok-olokkan sebagai MB swasta oleh sesetengah rakan dalam Pas sendiri yang mencemburui kerajinan dan daya kreatif Husam. [wm.kl.10:06 pm 13/01/15]

Read More

Saturday, 10 January 2015

[Video] "Mengenyen" - Husam sebagai MB swasta? Husam tidak pernah kering idea...

Ahad, 11 Januari 2015

NAIB Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, sistem pengurusan bencana negara khususnya semasa banjir, wajar dikaji semula.

Mohd Sayuti Omar (MSO) bercerita tentang Husam Musa..........
Husam MB swasta yang jaga air muka Kelantan

Rupa-rupanya kerajinan dan keprihatinan bekas Exco Kelantan Husam Musa membantu mangsa banjir serta kegeligaan beliau memberi pendapat (solusi) awal untuk membantu mangsa banjir kurang disenangi oleh sesetengah pihak di Kelantan. Menyedihkan lagi pihak itu datang dari rahang partinya sendiri Pas yang sepatutnya menyatakan sokongan bukan cemuhan.
Husam turut membersih rumah mangsa banjir Tioghua.
Kerajinan Husam menerusi Yayasan Darul Hijrah itu diberi gelaran, sindiran Husam sebagai MB swasta. Gelaran ini dibuat oleh kumpulan bekas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sendiri.
Tidak boleh sesiapa nafikan akan kerajinan serta kekreatifan Husam dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Satu demi satu idea dan usahanya dicatat dimana kejayaannya sangat dicemburui dan ternyata tindakan proaktifnya mendahulu pihak-pihak berwajib lain termasuk kerajaan sendiri.
Sebenarnya apa dibuat Husam itu bukan pelik sangat, tetapi ia lahir daripada sifat Husam yang suka mengambil berat kepada masalah rakyat sejak dari dulu lagi. Disamping itu kerajinan itu menyerlahkan kebolehan dan kemampuan Husam sebagai seorang pemimpin.
Kenangan: Husam memunggah barang turun dari Herculis.
Semasa menjadi Exco dahulu banyak idea kebajikan ditetaskan Husam untuk membantu rakyat, antara ialah menerusi sosio ekonomi seperti projek pertanian, pemeliharaan kambing, pohon depu dan juga bantuan bulanan kepada ibu tunggal dan juga khairat kematian Kifalah. Walaupun sesetengah projek diilhamkan beliau mati berangam ditengah jalan kerana kegagalan pihak mengurusnya, pokoknya beliau ada idea untuk berbuat sesuatu.
Husam disebelah saya dalam Herculis dipenuhi barang ke Aceh.
Keperihatian Husam dalam membantu mereka yang ditimpa kemalangan dan musibah bukan sahaja terbatas di negeri Kelantan atau dalam negera ini sahaja tetapi ia terhimbau ke negari luar. Semasa Johor dilanda banjir tahun 2006 (kalau tidak silap), Husam bergegas membawa bantuan ke Johor, memobilisasikan masyarakat di negeri itu yang belum pernah menghadapi musibah banjir.
Sementara sewaktu Aceh Indoneisa dilanda tsunami 2004 yang memakan banyak korban dan menyebabkan banyak harta benda hilang Husam terbang ke Banda Aceh bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Dalam keadaan penerbangan awam ke Banda Aceh ditutup Husam menemui jalan untuk mendarat ke Banda Aceh. Ketika itu saya ikut menyertainya. Kami terbang menggunakan pesawat Herculis milik TNI dari Jakarta ke Banda Aceh.
Sebaik banjir melanda Kelantan Husam telah meletakkan Kelantan dalam keadaan kritikal dan beliau terus bertindak menanganinya. Pertama usaha terbesarnya ialah memohon bantuan kewangan daripada kerajaan Selangor untuk membantu kerajaan negeri. Beliau menggunakan hubungan baiknya untuk komunikasinya dengan MB Selangor Mohamed Azmin Ali. Hasilnya Minali bersetuju memberi peruntukan kewangan sebanyak RM1 juta kepada Kelantan dan masing-masing RM100 ribu untuk negeri Terengganu, Pahang.
Begitu juga dengan kerajaan Pulau Pinang. Husam sekali lagi menggunakan hubungan baiknya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng agar membantu meringankan bebanan ditanggung Kelantan. Hasilnya Lim Guan Eng telah memberi peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk meringankan mangsa banjir.
Ketika banyak mangsa banjir terperangkap dan kelaparan disebabkan bekalan makanan tidak dapat disalurkan kerana jalan perhubungan putus, Husam menaiki helikopter bersama Minali untuk meninjau kawasan banjir dan menyampaikan bekalan makanan kepada mangsa. Seorang korporat telah menyewakan helikopter untuk kegunaan Husam dan Minali.
Kesediaan dan kemurahan hati dermawan berkenaan tentulah kerana beliau menyakini kepada stail atau gerak kerja yang dilakukan oleh Husam. Kenapa dikatakan begitu, kerana tidak ada mana-mana pihak sedia menyewa helikopter untuk digunakan oleh Ahmad Yaakob dan Mohd Amar Nik Abdullah untuk meninjau dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.
Dalam pada itu juga Husam tidak pernah kering idea untuk menangani masalah musibah banjir yang dikira paling dahsyat di Kelantan itu. Melihat mangsa perlu dibantu sedangkan kerajaan negeri kesuntukan kewangan, beliau mengemukakan cadangan agar Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) yang dibawah bidang kuasa Sultan Kelantan, melancarkan tabung kutipan zakat.
Beliau berharap ada pihak menghadap Tuanku dan mengemukakan cadangan berkenaan memandangkan mangsa banjir berhak menerima bantuan daripada wang zakat dimana mereka dimasukan dalam asnaf ditimpa bencana. Sekiranya tabung itu dilancar sendiri oleh Tuanku Sultan sudah pasti banyak pihak yang menghulurkan bantuan memandangkan keperibadian Tuanku Sultan Kelantan itu yang dikagumi ramai.
Cadangan itu sekali lagi menujukkan kepanjangan akal Husam dan kepalanya bergerak untuk membantu rakyat. Dalam masa pemimpin lain termasuk Exco terkaku dan kesejukan kerana banjir dan jam, otak Husam melahir satu demi satu idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah di Kelantan. Sepatutnya apa dilakukan Husam itulah dilakukan oleh pemimpin lain.
Apa dibuat Husam bersama Yayasan Darul Hijrah yang diasaskan sesuatu yang perlu dipuji. Husam dan yayasan itu bukan sahaja setakat mengumpul dana untuk membeli bekalan makanan, khemah tetapi bertindak lebih jauh dan serius daripada itu bila mana kini turut merancang untuk membina penempatan kepada mangsa banjir.
Katanya satu kawasan sudah dikenal pasti untuk dibangunkan pusat pemindahan sementara kepada mangsa banjir. Sekelompok profesional juga menyatakan kesediaan untuk membantu rancangan Husam berkenaan. Sekali lagi huluran tangan golongan profesional itu dibuat atas keyakinan kepada gerak kerja dan profesional yang ada kepada Naib Presiden Pas itu.
Ternyata apa dilakukan dan difikirkan Husam itu mendahulu tindakan agensi-agensi kerajaan sendiri termasuk kerajaan Persekutuan. Sebab itulah, ada benarnya kalau ada mana-mana pihak irihati atas kesegeraan dan kekreatifan Husam dalam menangani musibah banjir dan menyindirnya sebagai MB Swasta.
Cuma gelaran diberikan kepada Husam sebagai MB Swasta adalah tidak wajar kerana ia bersifat "mengenyen" (mengejek). Kita ingin bertanya kepada bekas Adun berkenaan apa yang dia telah sumbangkan untuk meringankan mangsa banjir setakat ini? Membantu mangsa banjir tidak cukup setakat bermunajat dan berdoa sahaja tanpa diberikan material perlindungan dan makanan.
Apapun syabas dan tahniah kepada Husam dan Yayasan Darul Hijrah kerana bekerja keras untuk meringankan beban mangsa banjir dan usaha anda itu sebenarnya membantu menjaga air muka kerajaan Kelantan yang dilihat masih terkial-kial untuk melakukan sesuatu yang konkrit bagai mengatasi musibah berkenaan.
Setidak-tidaknya apa dilakukan Husam bersama skuad sukarelawan yayasan itu boleh juga di claim sebagai kerja dan khidmat Pas dan kerajaan, kerana Husam adalah Naib Presiden Pas dan juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan. [wm.kl.6:38 pm 09/01/15]
mso.im at 7:09:00 PM----------- MSO
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena