Showing posts with label Mahfuz Omar. Show all posts
Showing posts with label Mahfuz Omar. Show all posts

Friday, 2 May 2014

[Video] GST [CBP] 1 Mei Mahfuz Omar: Mereka Merompak Wang Rakyat, Tapi Yang Di Hukum Ialah Rakyat

Jumaat, 2 Mei 2014
Published on May 1, 2014
Perhimpunan 1 Mei, Kuala Lumpur 01/05/2014

Subscribe to us http://www.youtube.com/mediarakyat
Check out our website: http://www.mediarakyat.net
Facebook: http://www.facebook.com/mediarakyatnet
Twitter: http://www.twitter.com/mediarakyatnet












Read More

Monday, 20 May 2013

Himpunan Black505 Kedah bertukar ke kompleks PAS Kota Sarang Semut - 21 Mei 2013 (Selasa)

Isnin, 20 Mei 2013
Himpunan Black505 Kedah bertukar ke kompleks PAS
Anis Nazri

KUALA LUMPUR: Himpunan Black505, peringkat negeri Kedah yang pada awalnya dijadualkan di Stadium Sultan Abdul Halim esok dipindahkan ke Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Himpunan yang diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap tahap demokrasi di Malaysia yang tercalar itu, akan dihadiri pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata himpunan itu akan disertai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Tambah beliau, himpunan itu bermula dengan solat maghrib berjamaah yang kemudiannya disusuli solat hajat.

"Kita bermula dengan solat maghrib. Kemudian solat hajat bagi memohon kesejahteraan dan keamanan negara yang muktahir ini cenderung dengan isu perkauman.

"Ia juga bagi memohon kesejahteraan bagi bekas Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Razak yang kini masih di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang," tegas Naib Presiden PAS itu.

Sejurus solat hajat, kata Mahfuz tepat jam 9 malam, kesemua adun dan ahli parlimen Kedah akan berucap pada malam itu, sebelum ucapan utama oleh Mohamad Sabu dan Anwar.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang berkelapangan untuk turut serta pada himpunan Black 505 malam esok.
Harakahdaily.


Azizan Bakar ·  Top Commenter

SAYA MENYERU SEMUA RAKYAT KEDAH YANG MENYOKONG PAKATAN RAKYAT TURUN KEKOMPLEKS PAS KOTA SARANG SEMUT UNTUK MENUJUKKAN SOKONGAN PADU UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN HARAM UMNO/BN PADA 21/05/2013.

Nordin Zakaria ·  Top Commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
harap ada live dalam internet....jadi yang berada diluar Kedah dapat mengikutinya...kita mulakan langkah........

Sani Nassah ·  Top Commenter
Pedulikan si Mukhriz tu! Kedah ni bukan Mahathir & family yg punya, tetapi seluruh rakyat Malaysia yg punya! Teruskan perhimpunan Black505 d Kedah wahai PR! Kembalikan Kedah kpd PR segera!
Read More

Saturday, 18 May 2013

Mukhriz tak benar guna stadium untuk perhimpunan pembangkang di Kedah....

Sabtu, 18 Mei 2013
Himpunan Hijau Kedah June 2012.

Mukhriz tak benar guna stadium untuk perhimpunan pembangkang di Kedah
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir tidak akan membenarkan parti pembangkang mengadakan perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Selasa ini kerana perhimpunan seperti itu tidak wajar diadakan.

Katanya walaupun beliau berpendapat mana-mana pihak boleh mengadakan perhimpunan tetapi pengisiannya perlu diteliti sebelum diberikan kebenaran.
"Perhimpunan ini yang telah diadakan di beberapa tempat di seluruh negara bertujuan menimbulkan rasa benci di kalangan peserta terhadap kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyat untuk tubuhkan kerajaan Persekutuan serta di Kedah ini. Ini suatu yang tak boleh diterima.

"Kalau setakat nak berhimpun takde masalah. Ini kandungan ucapan oleh pemimpin pakatan pembangkang sarat dengan tohmahan dan dakwaan tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Kenduri Kesyukuran peringkat negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Seri Mentaloon di Alor Setar hari ini.
Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru, Datuk Mahfuz Omar hari ini merayu supaya Mukhriz membenarkan pakatan pembangkang mengadakan perhimpunan berkenaan di Stadium Sultan Abdul Halim.

Mahfuz yang juga naib presiden PAS berkata pihaknya sebelum ini telah mengemukakan surat permohonan kepada pihak pengurusan stadium tersebut namun ditolak dan tidak dibenarkan untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Katanya pihaknya hari ini akan menghantar surat rayuan kepada Mukhriz selaku Pengerusi Perbadanan Stadium Kedah agar membenarkan mereka melakukan himpunan tersebut atas dasar 'demokrasi'.
Mukhriz berkata jika perhimpunan itu dibenarkan dan dakwaan-dakwaan itu diulangi, beliau khuatir ia akan mengelirukan rakyat dan mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.

"Kita dah terlalu lama berpolitik. Jadi biarlah selepas PRU13 yang paling sengit, kita satukan balik rakyat. Tidak perlu panjang-panjangkan lagi dan timbulkan rasa marah rakyat. Bagi saya, jawapannya adalah TIDAK (untuk benarkan stadium itu digunakan). Saya juga dapat nasihat daripada polis, permit tidak akan dikeluarkan ," katanya.
Dalam perkembangan lain, Mukhriz menyambut pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk terus menerajui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)," katanya yang juga timbalan menteri MITI..

"Satu keputusan yang amat tepat. Kerja-kerja di MITI perlukan kesinambungan berterusan. Kalau ketuanya sama banyak dasar yang beliau rangka sebelum ini dapat diteruskan dan dilaksanakan sebaik mungkin," katanya.
- Bernama
Read More

PAS yakin tawan semula Kedah - Pesuruhjaya Pas Kedah Datuk Mahfuz Omar...

Sabtu, 18 Mei 2013
PAS yakin kembalikan kekuasaannya di Kedah


ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar optimis bahawa kekuatan Umno-BN tidak akan bertahan lama dan akan kembali bergolak setelah ketiadaan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malah katanya, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Menteri Besar, Dato' Mukhriz Mahathir juga hanya akan diterima selagi mana adanya Dr Mahathir.

"Bukan bermaksud saya minta Dr Mahathir mati cepat, tetapi hendak menyatakan bahawa dia (Mukhriz) mampu naik ke kedudukan yang ada sekarang ini kerana ayahnya," ujar beliau.

Mahfuz memberikan ucapan sulungnya selaku Pesuruhjaya PAS Kedah sempena majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk mantan Menteri Besar, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 14 Mei lalu.
Harakahdaily.

Read More

Friday, 29 March 2013

Kepada PAS KEDAH Jangan Yakin Sangat: Untuk Menang, Kena Berani Andaikan Kekalahan!

SATURDAY, MARCH 30, 2013
Kepada PAS KEDAH jangan yakin sangat memperolehi kemenangan..??
Untuk menang, kena berani andaikan kekalahan 
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Saat tumbangnya BN semakin hampir. Buktinya tampak jelas apabila di mana sahaja himpunan anjuran Pakatan Rakyat, walaupun tanpa upah, rakyat jelata hadir berpusu-pusu. Kehadiran untuk program BN ramai juga tetapi semuanya hadir kerana kerahan tenaga dan paksaan.

Setiap program yang melibatkan kehadiran Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri maka semua kakitangan kerajaan dipaksa hadir, sekalipun ia program politik. Inilah kelebihan dan keaslian sokongan untuk Pakatan berbanding BN.

Selepas Parlimen dibubarkan nanti, keghairahan akan lebih terserlah di kalangan para penyokong Pakatan. Semua markaz pilihanraya Pakatan akan dihurung siang dan malam. Kehadiran rakyat dalam apa jua himpunan akan berlipat ganda berbanding sebelumnya. Kekuatan yang paling meyakinkan Pakatan untuk menang ialah sokongan bukan Melayu, khususnya kaum Cina. Mereka jadi undi penentu terhadap kemenangan Pakatan di banyak lokasi. Waktu itu amat sukar untuk setiap benak sanubari aktivis pembangkang yang telah terdera separuh abad oleh kerajaan memerintah untuk tidak meyakini bahawa 'ini kalilah' Pakatan akan menerajui Putrajaya.
Asas untuk kepercayaan itu ialah; bilangan rakyat yang menyokong Pakatan sudah tampak besar. Hukum demokrasi macam itu, yang ramai mesti menang.

Dalam Pakatan ada tiga komponen parti utama, yang paling ramai ahli dan penyokong ialah PAS. PAS wujud hampir di semua tempat di akar umbi. Di lokasi yang tiada cawangan dan ahli pun sekurang-kurangnya ada penyokong. Ia berbeza dengan DAP dan KeADILan. Di samping ramai bilangan ahli, PAS berbeza dengan rakan tahaluf kerana meletakkan Islam sebagai dasar dan matlamat di peringkat organisasi. PAS ada tarbiyah berasaskan Islam.

Maka di sini, penulis ingin mengingatkan diri sendiri serta seluruh pejuang Islam yang berharap memperolehi kuasa melalui pilihanraya supaya menginsafi bahawa; kita mungkin kalah dalam PRU13 jika meyakini bahawa sokongan rakyat jelata terhadap Pakatan sudah terlalu besar! Maaf kerana kenyataan anti klimaks ini. Menyebutnya sebelum PRU adalah lebih baik dari mengungkapkannya selepas seandainya kalah dalam PRU.

Allah telah memberi iktibar dalam Al-Quran bermaksud, "Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlah kamu, maka jumlah yang banyak tidak memberi faedah kepada kamu sedikit pun dan bumi yang luas terasa sempit oleh mu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan orang-orang yang beriman dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tiada melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir dan demikian pembalasan kepada orang-orang kafir “. (al-Taubah: 25 - 26)
PRU13 adalah sebuah 'peperangan' untuk mengalahkan musuh. Kita memerlukan persiapan dari pelbagai segi, bilangan yang cukup, keperluan yang lengkap dan kesediaan fizikal yang mantap. Namun jangan lupa bahawa persiapan dasar yang paling utama iaitu ketaqwaan dan keimanan.

Dalam peperangan Hunain umat Islam dapat lihat akan kesilapan yang telah dilakukan oleh para sahabat kerana merasa yakin dengan bilangan mereka dan merasa hebat dengan kekuatan mereka. Ini ditambah lagi dengan kejayaan umat Islam dalam menakluk dan membuka kota Mekah dari tangan musyrikin.

Perang Hunain ini adalah satu bentuk tarbiyah yang diberikan oleh Allah. Kerana sayangnya Allah kepada hambaNya. Imam Ibn al-Qayyim menyatakan bahawa Allah memberikan kekalahan supaya mereka (tentera Islam) merasa akan kepahitan kekalahan kemudian barulah diberikan kemenangan supaya kepala yang ditegakkan kerana kemenangan menakluk Mekah dapat ditundukkan supaya malu di hadapanNya.

Kita terlalu ghairah dengan kata-kata keramat 'Menawan Putrajaya' sehingga kadangkala alpa akan silibus tarbiyah bahawa ketentuan kuasa terserah kepada Allah untuk memberikan kepada siapa yang dikehendakiNya dan perihal kemenangan yang berasaskan iman dan taqwa yang selalu ditekankan oleh presiden parti.

Dalam kaedah demokrasi, menunjukkan kekuatan besar bagi menarik sokongan rakyat adalah penting, ia perlu dilakukan. Namun jangan tertipu dengan besarnya sokongan maka Pakatan pasti menang.

PAS pernah menang besar 27 kerusi Parlimen dalam PRU 9. Lantas dengan penuh keghairahan yakin akan menawan Putrajaya PRU 11 tetapi kalah teruk. Kini berbekalkan kemenangan cemerlang PRU 12, kita yakin akan menawan Putrajaya. Tidak salah untuk kita bertawadhu di hadapan Allah kali ini dengan tidak mengkesampingkan aspek kerohanian, iman dan taqwa dalam agenda kerja PRU 13 supaya kemenangan benar-benar menjadi kenyataan. Untuk menang, kena berani andaikan kekalahan lalu mengambil iktibar segera sebelum 'peperangan' bermula.
KedahLanie.
UMNO Terkencing-kencinggg
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena