Showing posts with label Melompat Katak. Show all posts
Showing posts with label Melompat Katak. Show all posts

Friday, 15 July 2016

Pas perlu bekerjasama dengan PH elak hilang Kelantan...'Melompat Katak' tak serik-serik lagi ke?

Jumaat, 15 Julai 2016
Mari kita lihat, parti mana yg sanggup nak kutip balik Raja Katak 1 Malaysia...

"Saya tidak akan memohon masuk Umno, sebaliknya sedia kembali ke pangkuan parti itu jika dipelawa" -Ibrahim Ali, 9/12/2012.

UMNO gak parti yg diharapkan & disukainya....
Krikk.. Krkk.. Krikk..

Pas perlu bekerjasama dengan PH dan parti baharu elak hilang Kelantan

 | MALAYSIA DATELINE
Datuk Mahfuz Omar
Pas tidak mempunyai pilihan lain bagi menghadapi pilihan raya selain bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan parti baharu yang bakal diwujudkan oleh bekas pemimpin Umno bagi mempertahankan Kelantan.
Bekas Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya Pas mengambil pendekatan enggan bekerjasama dan bersendirian, nasib Kelantan bakal terlepas ke tangan pihak lain.
“Kalau Pas bersendirian, mereka mengambil pendekatan bertanding tiga penjuru. Ini bermakna bahawa Pas bakal kehilangan Kelantan.
“Saya bukan Tuhan yang tahu tentang masa depan Pas tetapi dalam pilihan raya kita ada analisa. Sebab itu Pas tidak sertai semua kerusi pada PRN Sarawak kerana perkiraan mereka cukup tipis untuk menang,” katanya ketika ditemui selepas sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, semalam lapor  portal Sinar Harian.
Mengulas penubuhan parti baharu oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Mahfuz berkata: “Semua yang hadir hari ini (semalam) adalah dari kalangan mereka yang menandatangani Deklarasi Rakyat. Bagi bekas pemimpin Umno, mereka perlu satu parti baharu bagi menghimpunkan pengikut-pengikut mereka.
“Parti baharu ini perlu bekerjasama dengan parti-parti sedia ada bagi tujuan mengalahkan BN," kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena