Showing posts with label Najib Takut. Show all posts
Showing posts with label Najib Takut. Show all posts

Tuesday, 1 May 2018

[Video Apa masalah Najib ni, BILLBOARD MUKA TUN MAHATHIR DITAMPAL SPR] Najib takut & terkencing? Tampal muka Tun M, rakyat lagi marah! Kerja bodo BN/SPR? ZAHID JANGAN AJAR RAKYAT BUAT RAMALAN & Ramalan, Zahid tewas di Bagan Datoh! Itu sudah hampir pasti.

Rabu, 2 Mei 2018

Image may contain: text

Najib takut, terkencing tengok gambar saya

ZAHID JANGAN AJAR RAKYAT BUAT RAMALAN...


Membuat ramalan Tun akan masuk hospital untuk mendapat undi simpati, itu ramalan seorang TPM (?)

Sepantas kilat,  Tun dah jawab,  dia sentiasa disokong dan mendapat undi tanpa perlu masuk hospital. 

Sekurang²nya Tun masih ada jalan untuk mendapat undi dengan cara masuk hospital,  sebelum ini pun Tun buat vedio bersama dua cucu (lakonan)  yang memberi kesan dan tambahan undi. Ramalan atau apapun strategi Tun tidaklah sampai melanggar undang².

Tidak mustahil Zahid akan membuat pelbagai lagi ramalan. 

Bagaimana pula ramalan rakyat?  Zahid juga perlu tahu? 
SPR lengah²kan atau tidak umum kemenangan PH pada malam 9/5.. Sengaja untuk menimbulkan kekecohan untuk alasan istihar darurat?

Zahid kena cepat nafikan.. 

Ramalan rakyat.. 
Najib sudah siap jet peribadi untuk lari keluar negara (?)
Memang najib takkan response.. 
Bagi pihak.. Sesiapapun boleh... Cepat nafikan? 

Ramalan,  zahid tewas di Bagan Datoh..
Itu sudah hampir pasti. 
Posted by 
Read More

Friday, 8 September 2017

[Video MAT SABU: Najib TAKUT bila 1MDB kena siasat] Parti mana yang tidak mahu satu lawan satu?

Sabtu, 9 September 2017

Foto Suara Rakyat.
HINGGA SEKARANG Najib & kerajaan tidak berani nak dedahkan dari sumber mana, dana mana yg jadi mangsa utk bayar denda hutang IPIC pada pembayaran yang pertama itu..

PELIK TAPI BENAR.. 1MDB kini masih tanggung hutang & kerugian berbilion2 ringgit.. tetapi TIBA-TIBA boleh bayar denda berbilion2 ringgit pada IPIC ??!

Dari mana Najib & k'jaan cekau duit tu ??!.. Dana mana pula jadi mangsa ??!

BAGAIMANA persediaan pembayaran kali ke-2 nanti ??!
Foto Suara Rakyat.
Mengaku diri bijak pandai urus tadbir negara..

HAKIKATNYA.. bayar denda hutang pun tertangguh sampai kene bayar extra interest 'delay' lagi. Tak pasal-pasal kene bayar tambahan RM111.53 juta kpd IPIC.

Kami berharap sbg rakyat yang SANGGUP BERKORBAN naikkanlah kadar peratus GST itu setinggi mana yg boleh.

Alang-alang naik cukai #GST 60% ajer..

#CelakaUmno

Parti mana yang tidak mahu satu lawan satu?

 | MALAYSIA DATELINE
Salahuddin Ayub Pakatan Harapan
Rakyat kini boleh menghakimi dengan jelas, adil dan saksama parti mana yang sedang menggagalkan usaha satu lawan satu dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) selepas hampir dua tahun usaha keras parti dalam Pakatan Harapan (PH) untuk membawa Pas bersama. 
"PH telah membuka jendela perundingan dan ruang waktu yang mencukupi untuk pertarungan satu lawan satu bagi menumpaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kini, biarlah rakyat berbicara parti manakah yang menbuat durjana," kata Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub.
Beliau berkata, sejak bermulanya isu PKR dan Bersatu cuba untuk mengadakan rundingan dengan Pas atas perhitungan politik bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam PRU14 akan datang, AMANAH mengambil sikap positif terhadap usaha mereka sementara memerhati dan mendengar dengan baik segala perkembangan perundingan yang berlarutan hampir dua tahun.
"Di samping menghormati hak rakan-rakan dalam PH untuk merealisasikan niat murni untuk memastikan berlakunya pertandingan satu lawan satu, AMANAH sebagai rakan dalam PH sekadar memberikan pandangan dan nasihat bila diminta berbuat demikian oleh pimpinan PKR dan Bersatu sama ada secara rasmi di dalam mesyuarat PH atau perbincangan tidak rasmi.
"Walau bagaimanapun, masa tidak menunggu kita semua. Kepantasan waktu berlari menuntut kepimpinan utama PH untuk membuat keputusan penting sekaligus mengatur strategi kemenangan bagi menghadapi berakunya PRU14 pada bila-bila masa dari sekarang," tegasnya.
Justeru katanya, AMANAH yakin dan percaya keputusan Majlis Presiden PH (MPPH) secara kolektif yang telah memutuskan untuk tidak lagi mengadakan sebarang perundingan dengan Pas bukanlah satu keputusan yang mudah, terburu-buru atau pra matang.
"Keputusan Majlis Presiden PH telah dengan cermat, teliti dan sabar memperhitungkan segala kebijakan politik dan meraikan sepenuhnya perbezaan pendangan di kalangan pimpinan utama PH.
"Melalui keputusan MPPH sajalah yang berhak dan berkemampuan untuk merumus segala pendirian parti-parti dalam PH. Membina persepsi rakyat bahawa PH adalah tempat mereka bergantung harapan adalah keutamaan semua pimpinan utama PH," katanya.
Read More

Friday, 12 May 2017

[Video MP Kluang - Najib Takut Dimasukkan Ke Penjara Kalau Kalah PRU14] AMANAH Ajak Rakyat Selamatkan Negara Dari BN & Sekutunya.

Sabtu, 13 Mei 2017

Foto Parti Amanah Negara.

AMANAH AJAK RAKYAT BERSAMA PH SELAMATKAN NEGARA DARI BN DAN SEKUTUNYA
Parti Amanah Negara (AMANAH) akan terus bekerja keras dan berusaha menambahkan ahli parti dan mengambil sikap untuk terus bersama dalam Pakatan Harapan.
Dengan rasminya Pas bercerai dengan Parti Keadilan Rakyat dan semua parti-parti pembangkang lain, maka Pakatan Harapan kini menjadi satu-satunya alternatif yang utuh dan kukuh kepada rakyat Malaysia untuk melawan Umno BN.
Dengan perkembangan baru ini, arah tuju Pakatan Harapan yang disertai AMANAH, Keadilan, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) juga semakin jelas bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
AMANAH yang membawa pendekatan rahmat untuk semua akan terus mengajak rakyat membuat perubahan bersama Pakatan Harapan.
Oleh itu, AMANAH akan terus komited dengan perpaduan dan kerjasama politik antara parti-parti dalam Pakatan Harapan bagi menghadapi Umno BN dan sekutunya dalam pilihan raya akan datang.
MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
12 Mei 2017
Read More

Tuesday, 26 March 2013

Najib Masih Syok Jadi PM: Takut kalah pilihanraya...

Rabu, 27 Mac 2013
Memang sahih Najib takut kalah,Najib syok jadi PM mandat Pak Lah
Teori RAHMAN
Takut kalah pilihanraya punca Najib tak bubar2 parlimen-Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih belum membubarkan Parlimen, walaupun tempoh mandat BN mentadbir Kerajaan Persekutuan melepasi tempoh lima tahun, selepas pilihan raya 2008.
Lebih parah, hanya tinggal sehari lagi sebelum satu Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar secara automatik iaitu DUN Negeri Sembilan, diikuti negeri kelahiran Perdana Menteri – DUN Pahang pada 7 April.
Ketua Umum KEADILAN berkata, keengganan Perdana Menteri membubarkan Parlimen kerana percaya Umno BN langsung tidak yakin untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Sebab itu sehingga sekarang Najib masih belum bubarkan Parlimen,” katanya pada wawancara bersama Radio Free Malaysia (RFM), malam tadi.
Anwar berkata, Umno BN tahu mereka tidak yakin dapat meraih sokongan walaupun setiap hari pelbagai pemberian kerajaan diumum untuk diberikan kepada rakyat.
“Kalau Najib yakin, walaupun sedikit bahawa Umno BN boleh memenangi PRU, sudah tentu dia bubarkan Parlimen sebelum 8 Mac lalu.
“Dari segi undang-undang, tidak salah Umno BN memerintah, tetapi dari segi moral, hak Umno BN untuk teruskan pemerintahan harus berakhir pada 8 Mac, selepas genap lima tahun mandat,” katanya.
Beliau mempertikai Umno BN yang sekarang baru memikirkan soal rakyat ketika nyawa parti itu hampir luput.
“Selama lima tahun sebelum ini apa yang Umno BN fikirkan?
“Sekarang baru fikir nak beri Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), naikkan  bonus dan elaun kakitangan, beri permit teksi tetapi sebelum ini semua permit itu diberikan kepada kroni Umno BN,” bidas Anwar.
Sambungnya, selepas BR1M diagihkan, defisit negara akan meningkat dan menyebabkan cukai naik.
“Kesannya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan diumumkan. GST inilah akhirnya akan menambah beban kepada rakyat terbanyak dan kos sara hidup lebih parah,” ujarnya.
Parlimen akan terbubar secara automatik pada 28 April depan.
Manakala pada 22 April (Selangor), 24 April (Perak), 26 April (Melaka), 28 April (Perlis dan Kelantan), 29 April (Sabah), 2 Mei (Penang dan Kedah) dan 5 April (Terengganu). – NS-Keadilandaily.com
Pergilah ke mana pun rakyat pakat tanya bila parlimen nak bubar?Rakyat seronok nak mengundi Najib pulak macam tak mau mengundi syok jadi PM mandat Pak Lah haha
Rakyat tak tanya duit BR1M bila lagi nak bagi tapi rakyat dok tunggu bila parlimen nak bubar?
Posted by MISAIMERAH at 9:43 PTG
Catatan Lama Laman utama
0 comments:
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena