Showing posts with label Najwa Latif. Show all posts
Showing posts with label Najwa Latif. Show all posts

Wednesday, 1 January 2014

Pendemo 'raba' - Najwa Latif 'Cinta Muka Buku' kesal dengan tidakan memfitnah beliau...

Khamis, 2 Januari 2014

Timeline Photos


Najwa Latif Kesal Dengan Tidakan Memfitnah Beliau
www.kitabantai.info

Kisah Sebenar: Najwa Latif Kesal Dengan Tidakan Segelintir Manusia Yang Memfitnah Beliau


‘ITU tidak benar. Saya tidak ‘tweet’ sebegitu’. Demikian reaksi penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Cinta Muka Buku’,  Najwa Latif berhubung penyebaran mesej bergambar yang menyerupai akaun Twitter miliknya, semalam.

Mesej bergambar itu seolah-olah mendakwa peserta himpunan Turun di Dataran Merdeka semalam melakukan keganasan dan gangguan seksual.


Mesej bergambar itu dikatakan menjadi “viral” di laman sosial dan mendapat kritikan hebat daripada peminat dan peserta himpunan terbabit yang kesal dengan tuduhan liar tersebut malah ia turut mengaitkan seorang isteri pemimpin tertinggi negara.

Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif mendakwa kenyataan yang dimuat naik dengan menggunakan laman mikro, Twitter menyerupai akaunnya itu dipercayai direka oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan menjatuhkan reputasinya sebagai seorang artis yang berhijab.

Menurutnya, perkara itu disedari pada lewat malam semalam selepas membuat persembahan sempena sambutan ambang tahun baharu 2014 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Itu tidak benar, saya tidak ada ‘tweet’ sebegitu, dan saya boleh katakan ia palsu. Setakat ini benda itu tiada dalam Twitter saya sendiri, jadi, saya rasa itu adalah palsu, ada orang lain edit, mungkin menggunakan perisian grafik komputer.

“Semalam, selepas saya buat persembahan di Dataran Merdeka anjuran DBKL dalam pukul 1 pagi saya perasan perkara itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Najwa turut menafikan terlibat dengan sebarang aktiviti selepas selesai membuat persembahan di Konsert KL New Year Countdown 2014’ anjuran Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL).

“Saya memang berada di Dataran Merdeka kerana ada persembahan tahun baru. Cuma, saya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti selepas itu.

“Saya menyanyi pada jam 11.15 malam, ketika itu keadaan masih tenang lagi. Tiada apa-apa yang berlaku dan semua orang masih OK. Sekitar jam 11.40 malam saya sudah berada dalam kereta untuk balik,” katanya.

Biarpun perkara tersebut telah menjejaskan reputasinya, namun Najwa tidak berhasrat untuk membuat laporan polis dan sudah memaafkan pelaku tersebut.

“Setakat ini tiada (laporan polis) kerana saya sebelum ini pernah kena, apa pun berlaku saya maafkan.

“Apa pun Tuhan tahu, dan apa yang berlaku semalam, pengurus saya, kakak saya tahu. Tak perlu nak buat fitnah kerana ia boleh menjatuhkan imej orang lain juga. Jadi, berhentilah daripada buat perkara sebegitu,” katanya.

Kantoi lagi.. Kenapa macai busuk hati sangat dengan Himpunan Bantah Kenaikan Harga Barangan dan Perkhidmatan membebankan rakyat Malaysia nie? Apa masalah depa nie? Suka ka barang naik sesuka hati dan menindas golongan miskin.. Gamak dah kaya sangat kot macai-macai nie.. Berapa sebulan dapat nak fitnah orang sesuka hati.. 

Rasanya dah banyak siri kantoi selepas himpunan ini.. Berapa lama lagi anda semuanak ditipu? Fikir-fikirkan lah....


Read more: http://pakat-pakatkalih.blogspot.com/2014/01/kisah-sebenar-najiwa-latif-kesal-dengan.html#ixzz2p9ocQwG1


Read More

Najwa Latif :Pendemo meraba?...Siapa punya kerja yang baling botol dan cetuskan 'provokasi'...

Rabu, 1 Januari 2014

Panass Beb..Najwa Latif Dakwa Pendemo Merusuh Dan "Meraba" Pungkok Wanita..


Siapa Baling Botol Mineral Malam Tadi?

Aku yakin paparan akhbar tempatan esok hari memaparkan botol mineral yang melayang ke atas stage konsert di Dataran Merdeka. Mereka akan mengulas lihatlah himpunan 'guling' ini ganas, merbahaya & nak jatuhkan kerajaan. Namun sebagai saksi di tempat kejadian ingin aku ceritakan serba ringkas apa sebenarnya yang berlaku.

Pertamanya, aku tiba ke dataran jam 1015 malam. Masa aku sampai orang dah ramai. Mungkin dalam 20 ribu orang.


Peserta himpunan Turun ini tidak dapat masuk ke padang kerana ramai polis menghalang. Tapi aku pelik, apa yang pelik sangat dorg ni. Sah2 nak masuk padang dataran banyak laluan lain. 

Jadi aku malas bersesak2 di situ dan terus menyeberangi 'jambatan' untuk ke padang. 

Sampai je kat padang, konsert dbkl berjalan seperti biasa. Adalah dalam 5 ribu orang yang menonton. Yang ramai aku nampak mat2 bangla & indo. Ye lah, inikan Negara Banglasia.

Dari seorang artis ke seorang artis. Peserta himpunan masih dihadang oleh pihak polis. Dalam jam 1115 malam aku nampak peserta himpunan berpusu2 ke padang dataran merdeka. Mereka hanya berkumpul di jalan raya. Ada yang duduk, berdiri, melaungkan Turun2 dan sebagainya. 

Jay jay yang buat persembahan rasa tak senang sebab nampak dari atas stage ramai berhimpun di sebelah padang. Dia tanya tu yang kat sebelah tu buat apa? Peserta himpunan jawab turun.. Turun.. Turun.. Haha.. Jay jay speechless dan kata harap malam ni semuanya selamat. Kemudian jay jay nyanyi lagu putih2 melati. Audien di padang banyak yg berdiri, menyanyi bersama dan berjoget. 

Then Najwa Latif nyanyi. 2 lagu.. Ceh aku dah macam laporkan konsert Dbkl plak kan.. Kah3..

Lepas Najwa ni lah segalanya berubah. Naik seorang penyanyi perempuan. Nyanyi dalam beberapa rangkap lagu sedang di sisi padang sedikit demi sedikit peserta himpunan masuk ke dalm padang. Makin lama makin ramai. Masa ni aku dah nampak bbrp orang anggota polis ke stage dan berbincang sst dgn pihak DBKL. 

Aku dah rasa lain macam. 

Dalam beberapa saat kemudian aku nampak balingan botol2 mineral dari tempat audien melayang ke atas stage. 1 botol, 2, 3, 4 dan seterusnya. Emcee umumkan sampai sini saja. Kita terpaksa berhenti. Selepas itu lampu di stage semuanya padam. Pemain muzik orkestra juga berhenti serta merta. 

Masa ni aku dah rasa tak sedap hati. Aku dah bayangkan laporan media macai esok hari. Namun aku ada beberapa soalan : 

1. Botol mineral dibaling dari tempat audien. Maksudnya tempat di mana mereka yang telah awal masuk dan duduk di atas padang. Peserta himpunan masih belum sampai ke situ. Siapa yang baling?

2. Yang aku pelik, air mineral tu bila baling sampai pula atas stage. Maksudnya air masih banyak. Masih berat Barangkali botol mineral ini masih belum dibuka. Kepala bana apa beli air mineral x minum dan pakat2 baling sampai stage? 

3. Kenapa balingan botol mineral ini mirip2 kejadian di depan sogo semasa bersih 3.0? Ada yg baling ke kereta polis dan sampai skrg tidak tahu siapa yang baling.

Aku tinggalkan 3 persoalan ni pada korang semua. Siapa yang faham tu, tahu sangat siapa punya kerja yg baling botol dan cetuskan provokasi.

Now aku dah on the way balik. Aku malas nak lama2 kat sana dan aku tak tahu apa terus berlaku kat sana. 

Yang pasti, tahun 2014 ini bersedialah semua hamba rakyat menanggung kebodohan pemimpin yang tdk pandai mengurus ekonomi. Yang jadi mangsa, kitalah rakyat Malaysia.

Selamat malam Malaysia.. Selamat tahun baru.. Naik.. Just Duit!
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena