Showing posts with label PARTI BAHARU. Show all posts
Showing posts with label PARTI BAHARU. Show all posts

Friday, 10 July 2015

Gelombang Parti Baharu - Mendapat sambutan luar biasa di Perak

Sabtu, 11 Julai 2015

Perjumpaan wakil-wakil parti baharu dapat sambutan luar biasa di Perak

Oleh JOHARI JAAFAR
Bekas Ketua Biro Harakah Perak

IPOH: Kemunculan parti baru yang dijangka selepas Aidil Fitri ini diramalkan akan menggegarkan politik di negeri Perak, sekaligus PAS di negeri ini dilihat akan terkesan dengan dengan kelahiran parti baru ini.

Gelombang gerakan harapan baru ini telah disambut oleh rakyat di negeri ini dengan menyokong Gerakan Harapan Baru apabila satu majlis perjumpaan diadakan di sini pada 1 Julai lalu yang dihadiri oleh wakil wakil dari seluruh kawasan di negeri ini.

Turut hadir dan memberikan ucapan Bekas Exco Kerajaan Pakatan Perak, yang juga Naib Pengerusi Gerakan Harapan Baru Negeri Perak ,Haji Mohd Zainududin Yusuf.

Hadir sama memberikan ucapan seorang lagi Naib Pengerusi GHB Negeri Perak, yang juga mantan Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairudin Dato' Abdul Malik.

`Orang kuat' Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Encik Nelli Raja turut juga berkonsi pandangan dan akan bersama dengan gerakan tersebut.

Bekas Pengerusi Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi Negeri Perak, Abdul Rahim Mohd Noordin (Rahim Cheng).turut serta beberapa orang peguam yang sebelum ini aktif dalam PAS di negeri ini.

Perjumpaan pada 1 Julai lalu adalah pertemuan yang kedua kali bagi Gerakan Harapan Baru peringkat negeri ini.

Beberapa lagi pertemuan dan dialog dipercayai akan dilakukan sebelum kemunculan parti baru selepas Aidil Fitri ini.

Bekas ADUN Lubuk Merbau, Zainudin Yusuf berharap kewujudan wadah baru ini akan mendapat sokongan rakyat, kerana itu gerakan penerangan kepada masyarakat umum perlu bermula dari sekarang.

Ahli Jawatankuasa Gerakan Harapan Baru peringkat negeri ini telahpun diwujudkan dan disusun yang melibatkan wakil -wakil dari 24 kawasan di negeri ini.

Beberapa program telah pun disusun untuk menyemarakan lagi gelombang politik negeri ini.

Tokoh-tokoh politik yang berpengaruh dijangka akan turut bersama wadah baru ini dan ini pastinya memberikan `pukulan hebat' kepada PAS Perak.

Antaranya ialah Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Sri Mohammad Nizar Jamaludin, Bekas Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perak Asmuni Awi, Mantan Setiausaha Pakatan Rakyat yang juga bekas Yang Dipertua PAS kawasan Tambun, Dr Khairuddin Dato Malik, Haji Zainuddin Yusuf, bekas Exco Agama kerajaan Pakatan Rakyat.

Kehadiran Nelli Raja selaku Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak dengan memberikan sokongan kepada parti baru yang akan muncul nanti sudah cukup memberikan tamparan kuat kepada PAS.

Dalam ucapannya beliau mencadangkan agar parti baru ini membuka keahlian kepada bukan Islam, dan bukannya dalam bentuk sayap dewan penyokong parti sahaja.

Dewan Penyokong PAS Perak sebelum ini berperanan cukup memberangsangkan dalam memberikan kemenangan kepada calon calon PAS dalam pilihanraya umum.

Sokongan diberikan Nelli sebagai Ketua Himpunan Penyokong PAS Perak setidak tidaknya langkah PAS Perak pastinya `tempang' untuk menghadapi pilighanraya umum ke 14 akan datang.

Dr Khairudin Dato Abdul Malik dalam ucapannya menggesa jawatan yang dibentuk di seluruh kawasan agar berusaha menarik seramai mungkin ahli ahli PAS masyarakat umum menyertai parti baru yang akan muncul sedikit masa lagi.

"Kita tidak bermusuh dengan PAS dan ahli ahlinya, apa yang kita sampaikan perlunya mereka bersama kita dalam perjuangan baru bermula dan parti baru yang akan wujud selepas hari raya Aidil Firti nanti," ujar beliau.

Rakyat negeri ini termasuk ahli- ahli PAS perlu mendapat penerangan yang jelas mengenai hala tuju parti baru agar mereka juga merasakan perlunya mereka terlibat sama mendokong hasrat Pakatan Rakyat.

PAS tidak seharusnya mendendangan `lagu lama' dengan menyatakan parti baru akan terkubur saperti mana parti HAMIM dan Berjasa kerana suasana politik masa kini dan mendatang tidak saperti dulu.

Saperti yang diucapkan oleh Dr Khairudin, parti baru bersama Pakatan Baru akan kembali menerajui Perak pada pilianraya umum ini, bukanlah satu angan-angan kosong yang tidak berpijak dibumi nyata.

Ianya ada kebenarannya tambahan pula gelombang rakyat untuk meletakkan Umno dan BN ke`liang lahat' kian kuat PAS Perak pastinya akan mengalami `mimpi ngeri' dalam pilihanraya umum akan datang.

Rakyat negara ini khususnya warga negeri Perak akan menyaksikan parti mana yang `tenggelam. dalam pilihanraya umum ke 14 nanti.
KedahLanie.
Read More

Wednesday, 8 July 2015

Petanda baik untuk parti baharu - Mat Sabu Menang!

Khamis, 8 Julai 2015

Kes Bukit Kepong: Mat Sabu Menang!


Mat Sabu bebas tuduhan memfitnah polis Bukit Kepong

Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini membebaskan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang dituduh memfitnah polis Bukit Kepong dan keluarga mereka.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Keputusan tersebut disambut dengan sorakan Allahuakbar daripada mereka yang hadir di galeri.

Mat Sabu didakwa membuat fitnah menerusi kenyataannya berhubung kejadian Bukit Kepong pada 1950, yang menyaksikan 25 anggota polis dan keluarga mereka dibunuh oleh komunis.

Beliau didakwa berkata, Mat Indera yang mengetuai serangan itu adalah seorang wira negara dalam melawan British. Beliau dikatakan membuat komen itu pada satu ceramah di Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.

Beliau juga didakwa mengatakan pengasas Umno Datuk Onn Jaafar dan perdana menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman tidak layak digelar wira negara kerana mereka juga hamba penjajah British, dan pembangkang (Pakatan Rakyat) akan menulis semula sejarah negara ini jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

Ucapannya menimbulkan kekecohan terutama di kalangan ahli keluarga polis Bukit Kepong yang terbunuh dalam serangan itu.

Banyak laporan polis dibuat terhadapnya oleh persatuan bekas polis, individu dan badan bukan kerajaan (NGO) membantah kenyataannya.

Bercakap di luar mahkamah selepas itu, Mat Sabu mengucapkan syukur di atas keputusan mahkamah itu dan berterima kasih kepada semua yang menyokongnya selama ini.

Katanya, beliau kini akan memberi tumpuan kepada usahanya menubuhkan sebuah parti dan gabungan pembangkang baharu.



ULASAN GB

Tahniah dan syabas kepada Mohamad Sabu, juga kepada peguamnya Hanipa Maidin yang dari dulu sememangnya professional membela anakguamnya.

Ini petanda baik untuk parti baharu, kerana selepas ini Mat Sabu boleh memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penubuhan parti baharu yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia terutama ahli-ahli PAS yang ramai ingin keluar dari parti itu untuk menyertai parti baharu pimpinan golongan progresif.

Posted By Green Boc

COMMENTS:

Dr.Paridul Adras Ismail said...
Sejarah Bukit Kepong telah dimanipulasi oleh penjajah British dan direalisasikan oleh Umno / Barisan Nasional. Polis2 yang berkhidmat di Balai Polis Bukit Kepong adalah polis British walaupun mereka berbangsa Melayu. Jadi, polis-polis itu adalah tali-barut polis British. Sesiapa sahaja yang menentang untuk menghalau penjajah British dikira sebagai pejuang. Sesiapa sahaja yang mempertahankan British adalah penyokong penjajah. Darah tali-barut British halal untuk ditumpahkan.

Si Delima Merah said...
Perkara teknikal seperti ini perlukan penglibatan professional. Mat Sabu menang perbicaraan kerana ada lawyer, kalau takde lawyer berat sikit nak menang. Tapi ada satu kelompok yang perasan mereka alim tak mahu bersahabat dengan profesional. "Ulama" ini bencikan profesional TAPI daalam masa yang sama mereka berkawan dgn "toghut". Inilah ULAMA CAP AYAM! Tahniah hanipa dan abg mat...
Read More

Sunday, 14 June 2015

Kegelisahan puak Pas UG mengenai kekuatan parti baharu...Mengapa Nasha pulak yang kalut?

Ahad, 14 Jun 2015

UG: Parti Baru Akan Menyaingi Reputasi PAS

  
Kegelisahan puak Pas UG mengenai kekuatan parti baru yang bakal ditubuhkan oleh kalangan bekas dan ahli Pas dan NGO lainnya.


Parti politik baharu PasMa jejas perpaduan Melayu, kata bekas timbalan presiden PAS 

Tindakan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menubuhkan parti politik baharu bakal menjejaskan persefahaman komuniti Melayu dan Islam di negara ini serta memberikan kesan negatif kepada negara pada masa akan datang, kata bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa.

Nasharuddin bagaimanapun berkata, PasMa bukan saingan parti Islam itu sekiranya mereka berhasrat menjadi parti politik menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Malaysia negara demokrasi, siapa sahaja boleh tubuh parti, tapi rakyat yang akan tentukan. Itu hak mereka. Hak menentukan masa depan parti adalah hak rakyat," katanya, ketika ditemui pemberita di Kenduri Rakyat di Bandar Bukit Mahkota, Bangi, hari ini.

"Saya sekian lama mengusahakan persefahaman politik PAS dan Umno sebagai pilihan utama Melayu Islam di negara kita. Jadi bila ada parti baharu, ini boleh beri kesan kewujudan persefahaman Melayu itu, mungkin tidak berikan sesuatu baik untuk masa depan," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, hanya akan memberikan tumpuan kepada pertubuhan bukan kerajaan yang diterajuinya, dan tidak akan kembali aktif di dalam PAS meskipun pemilihan parti Islam itu menunjukkan pertambahan bilangan penyokong ulama menerajui kepimpinannya.

"Kejayaan PAS sama ada memerintah negeri itu jelas terbukti, parti baharu tidak akan beri impak besar kepada PAS.

"Tapi sudah tentu PAS akan ada saingan, tapi saya tak rasa ia isu besar," katanya.

"Saya lebih berminat dengan kerja saya sekarang, berikan khidmat bersama masyarakat. Saya punya ruang jauh lebih besar, banyak benda saya boleh beri sumbangan."

Beliau turut berkata, tiada sebarang jemputan daripada PasMa untuk beliau menyertai mereka.

"Setakat ini tiada jemputan sertai parti baharu. Pada ketika ini aktiviti kemasyarakatan sudah cukup menyibukkan saya. Saya lebih senang.

"Pasaran baru saya lebih luas, tugas dan tanggungjawab saya banyak. Apa saya dapat bantu PAS, saya bantu. Untuk jawatan tertinggi mungkin tidak. Saya boleh menyumbang sebagai ahli biasa," katanya.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi sebelum ini berkata, dengan hasrat PAS yang tidak mahu menjalinkan hubungan dengan DAP dan kenyataan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang yang mendakwa PR bersedia untuk dikebumikan, maka pakatan itu dilihat sudah terbubar.

"Kita mengambil pendirian yang sebuah pakatan baharu perlu ditubuhkan dengan suatu persetujuan yang lebih mantap membaiki lagi pakatan yang lepas yang tidak mempunyai struktur, tetapi sekadar satu persefahaman.

"Kita mencadangkan PR baharu yang akan diketuai DAP, PKR dan parti baharu yang akan ditubuhkan ini hendaklah mempunyai struktur dan ditubuhkan dan mempunyai struktur kepimpinan yang tetap," katanya.

Phahrolrazi berkata usaha berkenaan digerakkan kerana PasMa mahu memastikan PR terus kukuh selepas majoriti pengundi menolak Barisan Nasional (BN).

Katanya, PR sudah tidak boleh diselamatkan selepas Lim melontarkan pandangan tersebut dan PAS dipimpin mereka yang lantang mengkritik PR.

“Pasma belum setahun ditubuhkan, tetapi begitu mendapat perhatian sekali kerana menjadi satu NGO yang secara tegas dan jelas menyokong PR," katanya.

Nasharuddin berkata, kombinasi dalam PAS selepas muktamar adalah baik dengan bilangan penyokong ulama lebih ramai.

"Tapi ia mungkin baharu buat presiden dapat ahli yang setia dan memudahkan Hadi bergerak ke hadapan," katanya.

Sehubungan itu, demi mengukuhkan hubungan antara komuniti Melayu dan Islam itu sendiri, PAS dan Umno perlu duduk berbincang, kata Nasharuddin.

"Khabar-khabarnya PasMa akan jadi sebahagian komponen PR, kalau jadi realiti, sudah tentu PAS akan lihat mungkin tidak disenangi dalam Pakatan.

"Kalau terkeluar daripada Pakatan ada pilihan lain untuk Melayu, bagi saya makin banyak pilihan tidak baik. Patutnya PAS dan Umno itu memperkukuh kedudukan.

"Tapi bila ada ketiga dan keempat itu akan membawa kepada perpecahan," katanya.

"Saya harap pimpinan yang ada sempena semangat Ramadan, duduk berbincang, melihat maslahat yang lebih umum," tambahnya.

"Saya harap PAS menilai hubungan dengan DAP," kata Nasharuddin yang dianggap sebagai salah seorang pemimpin pro kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno itu.  – 14 Jun, 2015.

oleh: Mohd Farhan Darwis
Dicatat oleh 
Read More

Saturday, 6 June 2015

BUAT PARTI BAHARU tetapi bukan Jemaah baharu gantikan Pas, tegas USTAZ HASRIZAL ABD JAMIL

Ahad, 7 Jun 2015

BUAT PARTI BAHARU TETAPI BUKAN JEMAAH BAHARU GANTIKAN PAS, TEGAS USTAZ HASRIZAL ABD JAMIL

Muktamar PAS baru-baru ini memberikan mesej yang sangat jelas menolak semua golongan yang tidak sehaluan dengan 'geng ustaz'. Sangat menghina diri untuk sama-sama kalah dengan PAS2015 dalam pru nanti. Tolonglah buat parti baru. Bukan jemaah baru. Tapi parti baru. Parti Progresif Ihsan (PPI). Islam adalah pada identiti ahli dan calon. 

Pakatan Rakyat: 

1. PKR = keadilan 
2. PPI = ihsan 
3. DAP = demokratik. 
DAP dan PKR boleh diajak duduk bersama untuk memperbaiki kefahaman. 

PAS selepas ini, sudah hilang maruah untuk melunaskan amanah dakwah. Hudud akan dibincangkan sebagai subjek legal, perundangan, di kalangan ahlinya, malah sebagai penambah baikan Perlembagaan Persekutuan. Bukan bahan murahan ceramah dan bahan stiker kereta "we love hudud". Bekas PAS, IKRAM, anak muda progresif boleh bersama dalam parti ini, andai mereka beraspirasikan perjuangan Pakatan Rakyat. Tarbiah biar usahanya dalam kapasiti individu. 

PPI adalah wadah politik semata-mata. 'Direction' komunikasi hanya kepada rakyat. Jangan jawab, peduli atau gelisah dengan cacian, maki hamun, label, hatta fitnah, konspirasi PAS2015.

Kasihan rakyat. Tiada keperluan menunggu-nunggu barisan agamawan PAS2015 membuktikan apa-apa. Jika mereka kalah pun, mereka yakin itu takdir Allah untuk mereka kerana berada di jalan yang benar. Rakyat yang menolak mereka dituduh penentang kebenaran. 

 Dengan kognitif sebegitu, tiada rasional yang boleh diketengahkan.

Jangan khuatir. Pemimpin-pemimpin PAS terdahulu dari era dua profesor itu hingga ke Allahyarham TGNA, perjuangan mereka adalah perjuangan Islam yakni menegakkan keadilan dan ihsan.

Bukan memperjuangkan parti, demi parti, atas nama parti, untuk parti. Jika dahulu, ada disebut oleh Ustaz Fadzil Noor bahawa antara ketahyulan politik Malaysia ialah orang Melayu tidak boleh hidup tanpa UMNO.

 Kini, ketahyulan kedua ialah kita tidak mungkin dapat memperjuangkan Islam tanpa PAS. Jika PRU14 tidak sempat mengukuhkan PPI, momentumnya perlu teguh menuju PRU15. Takkanlah PAS2015 hendak mewakili suara kita menjelang Wawasan 2020. 

Ya Allah bukakanlah hati pemimpin-pemimpin PAS yang ikhlas berjuang namun tersingkir itu.  

Ustaz Hasrizal Abd Jamil   


Saifulislam.com  
■ PPI hanyalah nama spontan.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena