Showing posts with label PAS akan berpecah. Show all posts
Showing posts with label PAS akan berpecah. Show all posts

Wednesday, 22 February 2017

[Video Pas Boleh 1 Kapal Dengan UMNO dah!] PAS Akan Berpecah Lagi? 2 penjuru PH/Bersatu akan lawan UmnoBN/Pas...Ini lebih mudah untuk rakyat membuat pilihan!

Rabu, 22 Februari 2017

PAS Akan Berpecah Lagi?


Salahuddin Ayub mendakwa, Pas kini berdepan perpecahan setelah parti Islam itu mula menampakkan kerjasama dan hubungan baik dengan Umno.
“Saya boleh katakan hari ini Pas sudah terbelah dua dan sebenarnya sudah berpecah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut bekas Naib Presiden Pas itu, situasi semasa kini yang memperlihatkan kompromi Pas dan Umno menyebabkan Pas berpecah dua.

“Satu kekuatan yang saya pelajari dengan Pas (dahulu), sekiranya pemimpin itu dilihat benar-benar rapat dengan erti kata lain tidak menganggap Umno sebagai musuh mereka, Pas akan berpecah lagi.  

“Saya berani menyatakan Pas akan berpecah dalam beberapa bulan akan datang,” katanya.

Katanya, perkara itu sukar diterima terutamanya dalam kalangan penyokong dan ahli Pas kerana melibatkan soal dasar.

“Secara semula jadinya tidak boleh kerana sejak dahulu lagi kita diajar begitu. Berlawan dengan Pas ini bukan soal peribadi sebaliknya soal dasar, kezaliman yang telah dilakukan, salah guna kuasa serta penyelewengan.  

“Tiba-tiba hari ini kompromi, tidak boleh.. ia (Pas) akan berpecah lagi,” katanya.

Salahuddin berkata, sememangnya Pas mempunyai kekuatan dari soal keahlian yang ramai namun kelebihan itu tidak menjamin kemenangan pilihan raya.

Katanya, sejarah membuktikan Pas tidak boleh bersendirian dan hanya akan menang banyak kerusi menerusi muafakat politik dan bertahaluf siyasi bersama DAP serta PKR.

“Pas memang tiada masalah mengumpulkan ahli dalam ceramah besar, tetapi dalam pilihan raya, belum tentu menang. Bila masa Pas menang? Apabila Pas amalkan politik muafakat.

“Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) jadi menteri besar, apabila terima Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai sahabat. Waktu Pas menang 27 kerusi Parlimen, ketika Pas berkawan dengan DAP dan PKR,” katanya.

Dalam pada itu, kata Salahuddin, Pas tidak perlu berteka-teki sebaliknya perlu bersikap jelas mengenai hubungannya dengan Umno.

"Kalau mereka bersungguh-sungguh (niat bersama Umno), kita jelas. Sudah ada tanda-tanda besar, kapal berlayar ke Myanmar dan mereka bersama dalam satu pentas. Jadi PH/Bersatu akan lawan BN/ Pas. Ini lebih mudah untuk rakyat membuat pilihan," katanya.


Posted by Anak Sungai Derhaka
Read More

Saturday, 11 February 2017

[Video PAS akan berpecah lagi] Najib sedang bermain dengan api! Apa peranan Khalil (anak presiden Pas) sebagai tukang masak dalam kapal 'Food flotilla for Myanmar'? "Hahaha...aku termanggu".

Sabtu, 11 Februari 2017

Khalil dan Rosfazilah yang bertugas sebagai tukang masak dalam kapal 'Food flotilla for Myanmar'.
Khalil dan Rosfazilah yang bertugas sebagai tukang masak dalam kapal 'Food flotilla for Myanmar'.
Foto Abu Bakar Sr.
Suara Rakyat
Abu Bakar Sr.9 jamDisunting

Apa sumbangan Najib kpd dunia dan negara.Di perengkat dunia dia bagi Malaysia fames dgn kleptokrasi.Di perengkat negara pula dia ganggugugat keharmonian masyarakat dgn manupulasikan isu2 sensatif agama,bangsa dan wilayah.

1.RUU 355 - tak perlu heret rakyat dlm kanca polemik ini.Cuma guna persidangan Majlis Raja2 Melayu untuk arah parlimen lulus akta ini.Agama bidang kuasa mutlak Raja2 Melayu yg British bagi semenjak 1948.

2.Bersih 5 dilabel sebagai gerakan anti Melayu dan arah Baju Merah merusoh menentang NGO hingga menyebab Maria Chin dikurong dlm bilik lokap berseorangan solitary.

3.Ku Nan bawa isu sensatif nak jadi Penang sebagai wilayah persekutuan.

Najib main dengan api untuk bakar seluroh negara.

Foto Suara Rakyat.

Bila buat perbandingan bodoh inilah hasilnya..

Bila kami kupas & ulas komen yg bangang itu tiba2 komen itu terus delete, KENAPA??

Apa dah jadi Hisyamudin Bin Amat !!!


Apa peranan anak presiden Pas dalam misi ke Myanmar?



Apakah peranan anak kepada presiden Pas yang juga timbalan ketua Pemuda Pas, Mohd Khalil Abdul Hadi dalam kapal 'Food Flotilla for Myanmar' sekarang kini menjadi tanda tanya.
Ini kerana, secara terbukanya, Khalil hanyalah bertugas sebagai tukang masak di atas kapal yang turut disertai ramai pemimpin Umno itu.
Antara pemimpin Umno di atas kapal itu adalah Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, timbalan menteri luar serta Datuk Seri Abdul Azeez Rahim, pengerusi Tabung Haji yang juga Ketua Misi itu.
Seorang petugas sukarela di atas kapal itu, Rosfazilah Mohd Noor memperkenalkan Khalil dalam facebooknya. Menurut Rosfazilah, suami beliau, seorang pemimpin Yayasan Amal, Jamuliddin Elias yang turut menyertai misi itu memperkenalkan Khalil kepadanya.
"Ummi...mai sat..ni la ..Ustaz Khalil...anak Ustaz Hadi"...haha...aku termanggu...," tulis Rosfazilah dalam facebook sambil menyiarkan gambar beliau dengan Khalil.
Misi yang membawa 2,300 tan makanan, keperluan perubatan, keperluan harian, pakaian dan selimut, dijangka belayar selama 18 hari melalui Laut Andaman untuk sampai ke Yangon dan kem pelarian di Bangladesh.
'Food Flotilla for Myanmar' yang dianjurkan oleh Kelab Putra 1Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia itu disertai 195 sukarelawan dari 12 negara melibatkan pasukan perubatan, tenaga pengajar, pengamal media tempatan dan antarabangsa serta wakil badan bukan kerajaan tempatan dan luar negara.
Yayasan Amal milik Pas antara yang menyertai misi ini selepas ia dilepaskan dengan rasminya oleh Datuk Seri Najib Razak bersama timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Semalam, sebanyak 500 tan bekalan makanan dan keperluan bernilai RM5 juta diserahkan kepada kerajaan Myanmar untuk diagih kepada etnik Rohingya di Rakhine.
Yang dipertikaikan adalah kenapa ia diserahkan kepada kerajaan Myanmar yang dipersalahkan dalam kes kezaliman ke atas pelarian Rohingya.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam satu ceramahnya berkata, "kini Pas benar-benar sekapal dengan Umno" apabila merujuk kepada misi ini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena