Showing posts with label Pas dengan Umno. Show all posts
Showing posts with label Pas dengan Umno. Show all posts

Friday, 18 December 2015

Siapa yang TERDESAK sekarang ni? Perpaduan Melayu bukan sahaja hanya Pas dengan Umno.

Sabtu, 19 Disember 2015

Perpaduan Melayu bukan sahaja hanya Pas dengan Umno

SUARA PAGI

Cadangan Al Alumni Azhar untuk menubuhkan Jawatankuasa sebagai pihak ketiga untuk mebentuk plat form penyatuan Umno dengan Pas, bukan perkara sukar dilakukan. Sebelum ini pun berbagai-bagai jawatankuasa atau pun entiti, dan individu telah berusaha untuk menyatukan kedua parti berkenaan demi kepentingan bersama, tetapi gagal.

Bahkan ada golongan agamawan termasuk Mufti juga pernah berusaha ke arah itu, sehingga ada seorang Mufti sanggup bekereta waktu malam dalam hujan lebat semata-mata untuk melihat wujudnya kerajaan bersama di antara Pas dengan Umno pada tahun 2008. Tetapi ia juga gagal.

Untuk merealisasikan kerjasama yang indah itu, ia bukan boleh diimplimen oleh jawatankuasa atau pun mana-mana pihak dengan menjadi mediator. Orang ketiga hanya boleh menyata dan melaungkan keindahan natijah penyatuan itu,Titik tolak akhir yang akan menentukan apakah kerjasama itu jadi, wajar atau tidak ialah ahli parti itu sendiri. Ahli yang berhak menyuarakan dan menentukan apakah agenda itu cukup penting atau sebaliknya.
Mungkin pemimpin Pas yang sudah "segotel" (sepakat) bersetuju untuk berkerjasama dengan Umno. Tetapi penerimaan ahli masih belum terjawab. Perlu diingatkan bilangan ahli berbanding dengan pemimpin jauh lebih ramai. Pemimpin Pas termasuk wakil rakyat tidak sampai 1,000 orang, tetapi ahli yang menjadi pengundi dan berhak ke atas parti mereka lebih 1 juta. Mungkin pemimpin yang kini ada kedudukan, atau pernah bersama minum sirup selasih dengan tokoh-tokoh besar Umno sudah melupai kepedihan apa yang Umno lakukan kepada Pas, tetapi ahli di bawah mungkin masih mengingati dan merasai kepedihannya yang mencucuk hingga ke sum-sum.

Jikalah Pas sudah rasa terdesak untuk bersatu dengan Umno, jalan terbaik bagi Pas memanggil muktamar khas menentukan agenda kerjasama ini. Mandat daripada ahli perlu diambil sepenuhnya. Sebagai sebuah parti apa-apa resolusi penting perlulah daripada ahli yang membayar yuran. Keputusan sebesar itu, bekerjasama dengan Umno tidak boleh dilakukan secara ad hoc atau veto presiden.

Jawatankuasa yang dicadangkan itu, tidak berkeupayaan untuk merealisasikan kerjasama itu kalau setakat hanya meletakkan para pemimpin Pas dan Umno di atas satu pentas dengan memakaikan baju warna yang sama. Perkara paling penting ahli parti itu kena difahamkan sedalamnya akan tujuan, matalmat dan faedah penyatuan itu. Jauh dari itu juga menggali apakah maslahat Umno dan juga pihak yang beriya-iya mahu menjayakannya.

Janganlah membuat kerja sia-sia berulang kali.

Ingin saya sebut dan ulang lagi, kalau benar mana-mana pihak ingin memadukan Melayu dalam satu wadah dan fahaman demi kepentingan bersama, entiti atau kumpulan politik bukan saja diambil daripada Umno dan Pas sahaja. Ia juga haruslah ikut sama mengundang kumpulan-kumpulan politik lain, dalam hal ini PKR dan Amanah misalnya. Apakah dalam kamus pihak penganjur bahawa PKR dan Amanah bukan parti Melayu dan Islam? 

Kewujudan kedua entiti itu dalam aspek politik tidak boleh dinafikan seperti mana ada orang hendak menafikan hak dan kedudukan orang Cina dan India di negara ini. Mereka suka atau tidak sudah diikhtiras. Saya rasa dalam PKR sudah ada pemimpin tertinggi yang menunjukkan minat untuk bersatu atas semangat kaumiyah itu?

Jikalau pihak penganjur mengenepikan puak-puak lain dan hanya menumpukan kepada Umno dan Pas sahaja, percayalah gagasan kepada perpaduan Melayu dan Islam itu tidak akan tercapai, melainkan ianya adalah retorik atau lagu pengulik tidur di malam hari hujan sahaja. 

Perpaduan Melayu harus dicanang dalam skop yang lebih luas dan global dan tidak bersifat sekelompok sahaja, itulah baru sesuai dengan martabat Alumni Azhar itu sendiri berwajahkan sejagat. Wassalam Mso.[wm.kl.8:30 am 18/12/15]
Read More

Thursday, 12 March 2015

Suhaizan berkata majoriti ahli PAS mahu bersama PR...'Bagaimana pula kerjasama Pas dengan Umno?'

Jumaat, 13 Mac 2015

Sokongan Bukan Islam Terhadap PAS Merudum... Penyelesaiannya?



Sokongan bukan Islam pada PAS merosot'

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mengakui sokongan bukan Islam terhadap parti itu membimbangkan ketika ini ekoran pelbagai isu yang melanda termasuk kemelut dalaman dan hudud.

Sekarang, katanya, berbeza dengan keadaan dalam pilihan raya umum lalu apabila majoriti golongan itu menyokong kuat PAS.

"Cukuplah saya kata bahawa nilai (penurunan) itu membimbangkan kita, dan harus diusahakan sesuatu (tindakan)," katanya yang mengakui situasi itu sedia dimaklumi oleh kepimpinan pusat PAS.

Justeru, katanya, cabaran kini untuk memberikan keyakinan kembali kepada golongan itu kerana ia dianggap “cabaran besar” buat parti Islam itu.

Beliau menjawab soalan mengenai sokongan bukan Islam terhadap PAS ketika ini selepas PAS berdepan beberapa isu panas dan kemelut dalaman sejak akhir-akhir ini.

Pada pilihan raya umum lalu, banyak kerusi dimenangi PAS hasil sokongan bukan Islam khususnya di kawasan bandar. Antara kawasan itu termasuk di Kelana Jaya dan Kota Raja.

Bermula isu MB S'gor

Diwawancara Malaysiakini, Suhaizan berkata antara isu mula menggelegak apabila berlaku pergeseran dalaman PAS bermula daripada isu penggantian menteri besar Selangor.

"Semua itu memberi kesan, sebab mereka menaruh harapan yang tinggi (kepada PAS). Mungkin ada perkara itu, tak selari dengan apa yang mereka impikan.

"Macam jual barang. Barang itu kadang-kadang orang terima. Kadang-kadang tak. Tapi kita sebagai penjual, tak bolehlah marah pembeli.

"Kita yang harus mengubah barang itu, bagaimana untuk dipasarkan," katanya.

Mengulas berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, Suhaizan berkata majoriti ahli PAS mahu parti itu bersama gabungan pembangkang selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Menurutnya lagi, jika persefahaman politik yang dibentuk melanggar hukum syarak, Majlis Syura PAS akan membuat keputusan baru mengenai perkara itu.

Bekas pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu juga tidak menolak kemungkinan perwakilan akan membangkitkan isu kedudukan PAS dalam Pakatan, pada muktamarnya Jun ini, berbanding isu-isu semasa dalam negara.

ULASAN GB

Penyelsaiannya? Mudah. Ahli-ahli PAS perlu menjadikan Muktamar tahun ini sebagai medan untuk memilih pemimpin yang ingin bersama Pakatan Rakyat.


Haron Din mahu segerakan kerjasama Pas dengan Umno?

SUSUPAN PETANG                                                                        
Mursyudul Am Pas yang baru.
Dengan mempercayai kata-kata seorang rakan saya yang mempunyai hubungan rapat dengan Dr Haron Din, perlantikan bomoh Islam itu sebagai Musyidul Am Pas sebagai menggantikan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam akan mempercepatkan proses kerjasama politik antara Umno dengan Pas.

Rakan saya itu baru-baru ini yang berjumpa dengan Haron Din memberitahu, desas desus cadangan ada sebahagian pimpinan Pas ingin melihat Umno dan Pas bergabung mendapatkan persetujuan Dr Haron dan menurut rakan saya itu, (Haron) mahu agar proses itu kalau hendak diadakan ianya perlu disegerakan.

"Dr Haron mahukan proses itu dijalan denga segera dan jangan tunggu saat dekat pilihan raya kerana ia akan menimbulkan masalah dimana akan berlaku kekeliruan kepada aali," cerita kawan itu yang minta agar namanya tidak disiarkan.

Berdasar kepada maklumat dari rakan saya itu, perlantikan Dr Haron sebagai Mursyidul Am yang diumum semalam boleh disifatkan seperti satu tindakan ke arah untuk meyegerakan agenda mempersatukan Pas dengan Umno yang sudah lama dirancagkan itu. Saya juga mengetahui rancangan ini yang disusun pada 2012 oleh pihak-pihak tertentu yang turut sama membabitkan Hasan Ali yang masih dalam Pas pada masa itu.

Walaupun perlantikan Dr Haron itu dilihat agak songsang kerana melanggari kebiasaan dalam pembentukan Majlis Syura Ulamak (MSU) tetapi ia dilakukan ke arah itu menunjukkan agenda yang disebut itu disegerakan. Katanya tempoh perkhidmatan ahli MSU akan berakhir MAC dan penyusunan dwi tahunanya akan kebiasaanya diadakan selepas muktamar.

Apabila perlantikan Haron itu disegerakan semacam ada sesuatu yang dikejar untuk dilaksanakan oleh Haron.

Perlantikan itu yang diumum oleh Penolong Setiausaha Takiyuddin Hassan bukannya oleh Setiausaha MSU, juga dilihat membawa motif tertentu menjelang muktamar Pas Jun depan.

Kepelikan itu ditambah lagi dengan reaksi daripada Presiden Umno, Najib Razak tampak senang dan suka dengan perlantikan Haron Din itu. Najib mengalu-alukan perlantikan itu dan yakin dengan kemampuan yang ada kepada bomoh perubatan ala Islam itu untuk memimpin institusi yang tertinggi mengikut hierarki Pas.

Dengan mengingati pesanan arwah Fadzil Mohd Noor yang mengatakan sekiranya Umno baik dengan Pas tentulah ianya ada sesuatu niat yang tidak baik, cara Najib mengalu-alukan perlantikan itu seakan membawa isyarat kurang baik kepada Pas. Apakah pujian Najib itu membawa petaka itu?

Bagaimana pun sekiranya benar Dr Haron Din beriya mahu menggabungkan Pas dengan Umno, atas apa sahaja alasan, beliau perlu segerakan dan hendaklah dibuat secara terbuka. Apa yang penting nawaitu itu hendaklah didedahkan kepada ahli dan bukannya dilakukan secara dalam senyap seperti apa yang terjadi sebelum ini.

Jika penggabungan Pas dengan Umno gagal, maka perlantikan beliau yang dibuat secara tergesa-gesa itu tidak memberi apa-apa faedah dan manfaat kepada Pas.   [wm.kl.7:50 pm 12/03/15]
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena