Showing posts with label Pasca Muktamar. Show all posts
Showing posts with label Pasca Muktamar. Show all posts

Thursday, 11 June 2015

Pasca Muktamar - Cina tabik Mat Sabu, Dr Dzul, Dr Mujahid, Hanipa, Husam, Khalid Samad, Nizar & jebon yang lain...apa nak katakan!

Jumaat, 12 Jun 2015

Cina tidak akan undi PAS lagi, kata pemerhati



Keputusan muktamar PAS baru-baru ini disifatkan sebagai satu pemisah dan menghancurkan harapan rakyat, termasuk kaum Cina yang sebelum ini pernah mengambil keputusan drastik dengan menyokong PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu, kata kolumnis politik Lim Hong Siang.

Namun, Lim yakin perkara sedemikian tidak akan berulang pada PRU yang akan datang kerana keputusan muktamar itu jelas menghancurkan sentimen dan semangat mereka.

"Orang Cina yang sekian lama fobia kepada PAS, fobia kepada Islam, akhirnya mengambil satu keputusan sedaya upaya menyokong PAS dalam PRU13," katanya yang menceritakan isi kandungan buku Tsunami Cina pada forum ‘Pasca Muktamar, ke Mana Hala Tuju PAS’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor semalam. 

Beliau yang merupakan salah seorang ahli panel forum tersebut menceritakan bagaimana masyarakat Cina Tiong Hwa buat pertama kalinya memacakkan bendera PAS di depan rumah mereka sebagai tanda sokongan kepada parti Islam tersebut.

"Buat pertama kalinya mereka terbang dari Hong Kong , Shanghai, Taiwan, Australia, Amerika Syarikat, balik ke sini untuk mengundi parti Pakatan Rakyat (PR), roket (DAP) atau, PKR atau PAS. 

"Dan di sini hari ini saya janji, fenomena ini, sentimen ini tidak akan berlaku dalam PRU14. Itu janji," katanya. 

Katanya, muktamar pada 4 Jun lalu dianggap sebagai pemisah kerana pihak progresif selama ini dilihat membawa PAS ke tengah, menggalas aspirasi rakyat seluruh Malaysia. Manakala puak yang terdiri daripada golongan konservatif dilihat cuba untuk mengekalkan perjuangan tradisi mereka.
"Kembali kepada prinsipnya tidak mahu berganjak dan melakukan apa saja asalkan jawatan tidak hilang," katanya merujuk golongan konservatif dalam PAS. 

"Perwakilan PAS mengulangi sejarah, bukan mencipta sejarah. Jadi apa yang kita buat lebih daripada satu dekad kebelakangan ini habis begitu saja.

"Untuk satu dekad lalu, masyarakat Cina masih takut dengan PAS, yang dulunya dianggap sebagai pengganas. Begitu lama kita cuba nak bersihkan daripada label itu," katanya. 

Lim berkata individu seperti Mohamad Sabu, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof dan Mohamed Hanipa Maidin merupakan mereka yang perlu diberi penghormatan dan tabik kerana membawa pendekatan yang berbeza dalam PAS.

 "Mat Sabu turun ke demonstrasi, Dr Dzul hadir ke forum, Mujahid menjadi orang yang berdialog di gereja, Hanipa berbuih-buih berbahas dalam Dewan Rakyat.

"Semua ini menonjolkan yang PAS boleh menggalas untuk membawa kebaikan kepada rakyat, mengangkat maruah rakyat. "Dan malam itu juga, kita lihat muka-muka itu. 

Walaupun mempunyai otak ekonomi paling cerdik - Husam Musa, kita melihat mereka yang boleh berdebat secara akademik - Dr Dzul, tewas kepada lutut dan siku di dalam jubah," katanya. 


Beliau merujuk kepada ahli Dewan Ulama PAS Nasrudin Hassan yang pada muktamar itu mengatakan mahu mengajar DAP menggunakan siku dan lutut.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Read More

Tuesday, 9 June 2015

Pasca Muktamar - Pegang jawatan barisan baharu 'kejadah' apa kalau nak berurusan pun tak boleh...

Selasa, 9 Jun 2015

Ni la bahananya bila Ulama' jahil bab ilmu persepsi

Paling kurang pun, takkan depa tak terfikir yang depa sendiri pun kena putuskan hubungan dengan DAP termasuklah tak boleh bermesyuarat dan berurusan dengan ahli DAP. Pegang jawatan kejadah apa kalau nak berurusan pun tak boleh.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua hari ini berkata, mustahil untuk meneruskan kerja seperti biasa di negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat (PR) susulan usul muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Beliau berkata, "sukar dibayangkan" bagaimana seseorang boleh percaya PR dapat diteruskan selepas usul itu diterima tanpa perbahasan oleh muktamar PAS, walaupun parti Islam itu berkeras mengatakan keputusan itu belum muktamad. - TMI.
Juga dilaporkan:
"PR di Selangor kini berada dalam keadaan yang tidak pernah dialaminya. Satu-satunya perkara yang pasti dalam situasi ini ialah, keadaan tidak boleh, atau tidak akan sama lagi, selepas ini.

"Sukar dibayangkan sesiapa boleh berfikir atau percaya PR boleh terus wujud dalam keadaan semasa ini dengan adanya usul yang begitu jelas," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Pua berkata, hubungan rapuh antara pemimpin PR Selangor diburukkan lagi dengan ancaman Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat Nasrudin Hassan pada Jumaat, mengatakan ulama akan menggunakan "lutut" dan "siku" mereka mengajar DAP.

Pua juga mempersoalkan bagaimana kerajaan negeri boleh berfungsi sekiranya ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) PAS enggan bekerjasama dengan exco DAP.

"Boleh bayang tak bagaimana mesyuarat exco negeri akan menjadi di luar realiti, dengan exco PAS mengabaikan exco DAP atau berpura-pura mereka tidak wujud?

"Masalahnya tidak hanya akan timbul dalam dalam exco, tetapi di semua peringkat kerajaan Selangor.

"Adakah ahli majlis tempatan PAS, contohnya tidak akan mengendahkan semua komen, cadangan dan saranan ahli majlis tempatan DAP ketika menjalankan tugas mereka di peringkat kerajaan tempatan?,” katanya. - Ibid.
Aku sangat-sangat yakin, takdak sorang pun perwakilan Dewan Ulama terfikir bab PERSEPSI macam yang Tony Pua tu cakap.

Bagi yang tak terlibat secara langsung aku tak berapa nak heran, tapi aku yakin ramai jugak perwakilan Dewan Ulama' yang ada jawatan lantikan politik di Penang dan Selangor, takkan depa-depa tu pun tak terfikir.

Paling kurang pun, takkan depa tak terfikir yang depa sendiri pun kena putuskan hubungan dengan DAP termasuklah tak boleh bermesyuarat dan berurusan dengan ahli DAP. Pegang jawatan kejadah apa kalau nak berurusan pun tak boleh.

Lagi satu, aku tak dapat bayangkan kalau aku la jadi depa, berkeras tak mau jawatan tentu punya kena ejek tahap gaban punya, mana nak letak muka oooiii...
Hahaha...

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena