Showing posts with label Peguam. Show all posts
Showing posts with label Peguam. Show all posts

Friday, 28 August 2015

Bekas peguam PAS bantu BERSIH 4...ProGuam GHB sediakan 80 orang Peguam

Jumaat, 28 Ogos 2015
Sekumpulan peguam yang pernah bergiat dalam Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) dalam Pemuda PAS, menubuhkan NGO bagi memantau perhimpunan BERSIH 4 dan membantu memberi khidmat guaman kepada peserta.
Presiden Pertubuhan Pengamal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Malaysia (ProGuam) Norazmir Zakaria berkata selain itu mereka juga akan memantau lokap atau balai polis bagi tujuan prosiding reman jika berlaku tangkapan.
"ProGuam menyatakan sokongan kepada penganjuran Bersih 4. Sebagai komitmen ProGuam kepada Bersih 4, ProGuam menyediakan 80 orang peguam yang akan berkhidmat sepanjang penganjuran Bersih 4 tersebut," katanya.
Dalam kenyataannya, Norazmir berkata pihaknya juga melancarkan tiga talian bagi membolehkan para peserta Bersih 4 menghubungi sekiranya berlaku tangkapan iaitu 017-394 1559, 017-394 1561 dan 017-303 2591.
Beliau berkata ProGuam turut melancarkan panduan ringkas undang-undang kepada peserta himpunan berkaitan hak-hak peserta jika ditahan polis dan ia akan disebar melalui media sosial termasuk Facebook, Twitter, dan Whatsapp bagi kemudahan orang ramai.
Menjawab kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Alwi Ibrahim bahawa Bersih 4 telah bergiat secara tidak sah, Norazmir berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai 2012 telah mengenepikan pengisytiharan menteri dalam negeri bahawa Bersih adalah pertubuhan haram.
Malah keputusan Mahkamah Tinggi tersebut tidak pun dirayu dan masih kekal hingga kini, katanya lagi
"Justeru, ProGuam menegaskan bahawa kenyataan ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri di atas adalah bertentangan dengan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut serta boleh mengundang rasa kebimbangan yang tidak berasas kepada masyarakat.
"ProGuam percaya kenyataan ini lebih kepada ingin menakut-nakutkan rakyat daripada hadir menyertai perhimpunan aman terbabit," katanya sambil menyeru kepada rakyat untuk tidak berasa takut selagimana hak mereka dijamin undang-undang.
Sebaliknya, beliau menyarankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berganding bahu bagi memastikan perjalanan perhimpunan Bersih 4 tersebut berjalan dengan aman dan tanpa sebarang provokasi.
"Secara tidak langsung, ia boleh memartabatkan imej Negara sebagai Negara yang mendaulatkan hak-hak demokrasi dan hak-hak asasi di bawah Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Malaysiakini.
Read More

Tuesday, 27 May 2014

Dyana Sofya jawab tuduhan menipu...‘Lady D’ Jadi Buruan Di Teluk Intan

Selasa, 27 Mei 2014
Posted 2014/05/27 by Ana Ghoib in Berita Terkini

Dyana jawab tuduhan menipu sebagai peguam

dyana sofya gambar lama

TELUK INTAN – Calon Pakatan Rakyat dari DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud hari ini mendakwa bahawa beliau merupakan seorang peguam yang sah.
Pada sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini hari ini, beliau turut membawa bukti surat akuan daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Istana Kehakiman Putrajaya.
“Ini bukti yang mengesahkan saya sebagai peguam.
“Dengan bukti ini saya harap ia dapat menyelesaikan apa jua persoalan yang timbul dalam kedudukan saya sebagai seorang peguam,” jelasnya.
Penjelasan itu sebagi manjawab dakwaan pihak tertentu kononnya beliau menipu mengenai kelayakan beliau dalam profesion tersebut.
Dalam akuan itu, Dyana diperakui sebagi seorang Peguambela dan Peguamcara, bermula pada 19 Januari 2012 dibawah Akta Profesion Undang-Undang 1976. – HARAKAHDAILY

dyana sofya daud
Dyana Sofya menjadi tumpuan orang ramai mengambil peluang bergambar dengan calon DAP Teluk Intan, pada Sabtu. Gambar dan laporan ihsan mStar
TELUK INTAN: Hujung minggu kali ini berbeza sekali, selain menziarahi keluarga, ada di kalangan anak kelahiran bandar Teluk Intan di sini yang pulang dari luar untuk merasai suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK).
Tinjauan mStar Online mendapati banyak kereta dengan nombor pendaftaran luar Perak memenuhi sekitar bandar ini terutama pada hujung minggu.
Read More

Monday, 22 April 2013

Hj Asmuni Awi, Calon N23 Pakatan Rakyat - Kenali Calon Anda....

Selasa, 23 Aprl 2013
Tn Haji Asmuni Awi, Calon Pas N23 Dun Manjoi
Pakatan Harapan Rakyat





Read More

Thursday, 28 March 2013

Aikk! Ulamak Muda Ajak Tolak Politik FITNAH: Gomo Pulak Bangga Sebar Fitnah!

Jumaat, 29 Mac 2013
Baboon: Aikk! Imam Muda Umno Ni Bengap ke Buta?
Papagomo Bangga Menyebar Fitnah, Maksiat, Taghut??
Posted by Pencacai SeMalaysia®Friday, March 29, 2013

PAPAGOMO Sedang Disaman RM10juta kerana Fitnah (oleh Husam Musa)
PAPAGOMO Sedang Disaman RM10juta kerana Fitnah (oleh Husam Musa)
Kebetulan Tulang Besi mendapat maklumat dari seorang yang rapat dengan team projek menyaman Papagomo ini.
Antara maklumat yang didapati adalah:
1.0 Sepupu Papagomo pun akan dipanggil menjadi saksi Husam Musa untuk mengecam Papagomo dan beliau telah sanggup menjadi saksi.

2.0 Turut dipanggil adalah beberapa orang orang besar di dalam Tentera Laut Di Raja Malaysia kerana mereka yg telah membenarkan Papagomo masuk ke kapalselam Scorpene

3.0 Zahid Hamidi dan SU Zahid Hamidi pun akan dipanggil sebagai saksi

4.0 Tun Faisal UMB pun akan dipanggil sebagai saksi sebagai mengecam Papagomo

5.0 Peguam Papagomo pula kerap minta supaya kes ditangguhkan. Tampak begitu takut Papagomo ini untuk berhujjah dalam mahkamah.

6.0 Diberitakan selepas ini ramai lagi orang akan menyaman Papagomo ini i.e. Khalid Samad, Nik Nazmi, Elizabeth Wong, Haliza Talha, Dr Halimah Ali dsbnya. Semua nama di atas dan lebih dari itu telah menjadi mangsa fitnah Papagomo. Ada ka Papagomo kata Dr Halimah Ali ditangkap khalwat padahal pada waktu itu Dr Halimah sedang merasmikan program yang disaksikan oleh ratusan orang.
Fitnah Papagomo terhadap Husam

SharpShooter.blogspot.com
7.0 DI samping itu, pihak MBPJ juga mahu pihak berkuasa mendakwa PApagomo kerana memalsukan dokumen rasmi Kerajaan Tempatan. Masih ingatkah lagi Papagomo memalsu minit mesyuarat yang menuduh Khalid Samad, Nik Nazmi dsbnya menghalang Gereja DUMC dari ditutup. Malangnya, pemalsuan dokumen tersebut gagal apabila dokumen tersebut menyatakan Gereja DUMC terletak di Damansara Utama. PAdahal Gereja DUMC tu terletak di Seksyen 9 Petaling Jaya.

8.0 Papagomo juga perlu didakwa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana mendedahkan rupa bentuk dalaman kapal selam Scorpene yang menjadi rahsia ketenteraan negara. Tapi pasal dia UMNO, dia terlepas segalanya.

9.0 Cuma yang bagus pasal Papagomo ini adalah beliau tidak lari lintang pukang macam kawan dia Ruang Bicara Faizal bila diserahkan writ saman.

10.0 SYukur alhamdulillah. Doa Tulang Besi di hadapan Kaabah supaya Papagomo dijahanamkan oleh Allah SWT sudah mula makbul.

11.0 MEngikut rakan2 wartawan Tulang Besi, Papagomo mengaku kepada mereka yang segala penulisan beliau adalah atas bayaran dari pemimpin2 UMNO. Yang ini, Tulang Besi tidak dapat pastikan 100%.

Yang jelasnya, Papagomo ini adalah penyebar fitnah dan dusta. Sekaligus, Papagomo ini menjadi agen kepada dosa Qazaf kerana sewenang2 nya menuduh orang berzina dan meliwat tanpa 4 saksi.

Baru ni Papagomo ada siarkan satu video kononnya Deepak ini adalah konspirasi Anwar Ibrahim. Malangnya, video papagomo tu gelap dan kabur. Mamat dalam video tu pun tak nampak mcm Deepak lansung. Biasalah manusia penipu.
TULANG BESI
Anwar saman Papa Gomo RM100 juta


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap pemblog Papa Gomo berhubung penyiaran perkataan dan beberapa keping gambar 'intim' yang mengaitkan dirinya dengan seorang lelaki, minggu lalu.

Writ saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dengan menamakan pemilik dan pengendali blog tersebut yang dikenali sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris sebagai defendan.

Menurut peguam R. Surendran, tindakan saman itu diambil selepas tamat notis 48 jam yang diberikan kepada Papa Gomo, yang telah dihantar kelmarin.
Sinar Harian.
Papagomo Hadapi Saman Peguam Terkenal Datuk Sukri Mohamed RM10 Juta
Oleh RABIATUL ADAWIYAH
KOTA BHARU – Seorang blogger pro-UMNO, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohamad Azri Wan Deris, kini berhadapan saman sebanyak RM10 juta yang difailkan seorang peguam terkenal, Datuk Sukri Mohamed, di sini.

Sukri yang juga ahli politik memfailkan saman berkenaan keatas Papagomo di mahkamah tinggi di sini berikutan dua artikel yang dikatakan telah mefitnahnya secara terbuka.

Artikel tersebut bertajuk “Ratusan Ribu Wang Rakyat Lesap Disamun Penasihat Sultan” dan “Eksklusif-Wang Komisen RM700,000 Hasil Kayu Balak Kelantan Milik Siapa”, di mana kedua-duanya telah disiarkan dilaman blog http://www.papagomo.com dipercayai milik defendan pada tahun lalu.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena