Showing posts with label Pembunuhan Altantuya. Show all posts
Showing posts with label Pembunuhan Altantuya. Show all posts

Monday, 20 February 2017

[Video Miskin Melayu Kerana CINA? Politik Usang Najib/Umno] Zaid pula mahu inkuiri ke atas pembunuhan Altantuya.

Isnin, 20 Februari 2017


Zaid pula mahu inkuiri ke atas pembunuhan Altantuya


Datuk Zaid Ibrahim percaya bahawa inkuiri awam ke atas pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu akan lebih berguna berbanding penubuhan pasukan petugas khas untuk menyiasat kerugian pertukaran asing (forex) Bank Negara, yang berlaku lebih dua dekad alu.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut mempersoalkan sikap membisu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu forex sehingga sekarang.
"Adakah beliau merakamkan rasa kesal dan tidak senangnya berhubung kerugian itu dan menuntut penubuhan satu inkuiri awam (ketika itu)?
"Beliau mengambil alih jawatan (PM) pada tahun 2009, atau tujuh tahun lalu, dan sepanjang tempoh itu beliau tidak berkata satu patah perkataan pun tentang kerugian forex - sehingga sekarang.
“Jika ini adalah satu isu penting bagi negara, tentu beliau akan bertindak lebih awal," katanya dalam satu catatan blog.
Berdasarkan ini, Zaid mendakwa adalah jelas bahawa penubuhan pasukan petugas khas itu adalah percubaan untuk mencemarkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.
Sambil membidas menteri-menteri kabinet yang memberi persetujuan terhadap penubuhan pasukan petugas itu, beliau berkata: "Kabinet hari ini akan diingat dalam sejarah, bukan hanya mempunyai bilangan menteri terbesar, tetapi juga untuk terbabit dalam lakonan berhubung keputusan yang tolol”.
Berhubung inkuiri ke atas pembunuhan Altantuya, Zaid berkata ia mesti menentukan peranan yang dimainkan oleh orang kepercayaan Najib, Abdul Razak Baginda.
"Beliau didakwa bersubahat dalam pembunuhan itu dan kemudiannya dibebaskan, tetapi tidak ada rayuan dikemukakan.
“Kes ini adalah dan kekal melibatkan kepentingan awam dan kita masih tidak tahu apa motif di sebalik pembunuhan ngeri ini.
"Mengapa Razak, seorang penyelidik akademik, dipilih menjadi ejen bagi pembelian kapal selam pertama negara? Adakah bayaran RM500 juta yang diterima hasil rundingan itu miliknya atau adakah ia untuk orang lain? Orang ramai mahu tahu.
"Bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail masih ada dan akan menjadi menarik bagi beliau mendedahkan mengapa dirinya memutuskan untuk tidak merayu keputusan dalam kes terhadap Razak itu.
"Apakah ada tekanan kepadanya dari pada pihak atasan supaya tidak berbuat demikian?" soalnya.
Malaysiakini.

Read More

Friday, 17 February 2017

[Video] Tun M BUKA MULUT BONGKAR Kes Pembunuhan Altantuya & Majoriti rakyat anggap Najib jual negara kepada China

Sabtu, 18 Februari 2017

Salesman of the yr 

Majoriti rakyat anggap Najib jual negara kepada China

Rakyat semua kaum bersetuju pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menjual kepentingan negara kepada China, dedah hasil kajian secara bersemuka Institut Darul Ehsan (IDE).
Kajian lapangan secara bersemuka itu mendapati secara purata 48 peratus pengundi di Selangor Najib berbuat demikian dengan paling tinggi Melayu (51 peratus) diikuti Cina (46 peratus) dan India 43 peratus.
Walau bagaimanapun, peratusan responden semua kaum yang menjawab "tidak pasti"  lebih ramai iaitu 37 peratus berbanding mereka yang menafikan Presiden Umno itu menggadaikan aset strategik negara.
Timbalan Pengerusi IDE, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dalam pembentangan hasil kajian bermula 8 hingga 13 Februari lalu itu turut memberitahu majoriti pengundi kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) melihat kepimpinan Najib mengurangkan sokongan kepada BN.
Sebaliknya, hanya 14 peratus pengundi kelompok itu yang merasakan kepimpinan Najib Razak mampu meningkatkan sokongan kepada parti pemerintah itu.
Selanjutnya, semua kaum menyifatkan kepimpinan Najib akan gagal mempertahankan Putrajaya pada PRU-14 dengan paling tinggi Cina mencecah 51 peratus manakala 45 peratus Melayu dan 36 peratus India.
Analisis kajian membabitkan 33,359 pengundi Selangor di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (Dun) itu juga meneliti persepsi penyokong BN terhadap pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Sebanyak 62 peratus penyokong parti berlambangkan dacing itu mengesahkan rejim cukai tersebut tidak wajar dikuatkuasakan kerana mengakibatkan kenaikan harga barang manakala hanya 12 peratus menjawab "tidak".
Kajian Survey Landskap Politik  Persepsi Rakyat Selangor 2016.Kajian Survey Landskap Politik Persepsi Rakyat Selangor 2016.Malaysia Dateline
Read More

Saturday, 12 September 2015

Pembunuhan Altantuya terlalu ‘aneh’, kata wartawan Al-Jazeera

Ahad, 13 September 2015
Pembunuhan Altantuya terlalu ‘aneh’ untuk tidak diendahkan, kata wartawan Al-Jazeera 
OLEH JULIA YEOW, PENGARANG BERITA
Wartawan Al-Jazeera Mary Ann Jolley dalam dokumentari tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu. – Gambar dari dokumentari Murder in Malaysia, 12 September, 2015.
Wartawan Al-Jazeera Mary Ann Jolley dalam dokumentari tentang pembunuhan Altantuya Shaariibuu. – Gambar dari dokumentari Murder in Malaysia, 12 September, 2015.
Dalam program 25 minit itu, wartawan Mary Ann Jolley membawa penonton ke dalam kontroversi yang dahulunya hangat dan saga Altantuya yang penuh dengan elemen seks, skandal kewangan, keganasan dan konspirasi.
Altantuya dibunuh pada Oktober 2006, dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan tentera.

Siasatan mendapati Altantuya dan Razak Baginda mengadakan hubungan sulit sebelum pembunuhan berlaku. – Gambar dari dokumentari Murder in Malaysia, 12 September, 2015.Siasatan mendapati Altantuya dan Razak Baginda mengadakan hubungan sulit sebelum pembunuhan berlaku. – Gambar dari dokumentari Murder in Malaysia, 12 September, 2015.Siasatan kemudiannya mendedahkan bekas penterjemah itu terlibat dalam hubungan sulit dengan penasihat politik Najib, iaitu Abdul Razak Baginda.

Razak didakwa bersubahat membunuh, tetapi kemudiannya didapati tidak bersalah.

Dokumentari Al-Jazeera menimbulkan persoalan sama ada dua lelaki disabitkan bersalah atas pembunuhannya – Sirul Azhar Umar and Azilah Hadri – merupakan “kambing hitam” untuk yang lain, memetik teks mesej dihantar Sirul - menunjukkan seolah-olah terdapat penyembunyian daripada pihak atasan.

Jolley, seorang warga Australia berkata, pasukannya mengambil masa beberapa bulan untuk menyiasat dan kerja-kerja latar belakang untuk menghasilkan video tersebut yang disiarkan pada awal pagi Jumaat.

"Saya mulanya berminat dengan berita ini apabila Sirul ditahan Interpol di Australia," kata Jolley dalam sebuah temuramah emel bersama The Malaysian Insider lewat malam semalam.

"Bagi saya, kelihatan begitu aneh apabila seseorang yang didakwa membunuh – satu kesalahan besar, dapat melarikan diri dari negara, lebih-lebih lagi ke negara di mana ia menyalahi undang-undang untuk mengekstradisi seseorang yang menghadapi hukuman mati," katanya.

"Apabila sabit kesalahannya dirayu pihak pendakwa, mengapa dia tidak ditahan polis ataupun sekurang-kurangnya dibatalkan pasportnya?

"Kemudian, tentunya, kerana tiada motif yang diperkenalkan dan pada pengakhiran pendengaran kes, Sirul menangis dan merayu hakim supaya jangan menghukumnya sampai mati, mengatakan dirinya 'kambing hitam' yang dikorbankan untuk melindungi orang lain.

"Ini membuatkan saya mahu menyiasat dengan lebih dalam lagi," katanya.

Jolley dihantar pulang pihak berkuasa Malaysia pada 14 Jun walaupun tidak didakwa di bawah apa-apa jenayah dan tidak diberikan alasan bagi penghantaran pulangnya.

"Saya diberitahu saya tidak melanggar apa-apa undang-undang, tetapi saya termasuk dalam senarai yang 'tidak baik'", katanya.

"Saya pernah melaporkan berita-berita dari rejim yang sering dikatakan paling menindas – Korea Utara, Zimbabwe, Arab Saudi dan Libya Gaddafi, dan tidak pernah dihantar pulang dari kerja saya sebagai wartawan sebelum ini."

Di bawah adalah sebahagian daripada temuramah penuh Jolley bersama TMI:

TMI: Berapa lama masa yang anda ambil untuk menyiapkan dokumentari ini? Bilakah anda bermula?

MAJ: Siasatan kami mengambil masa beberapa bulan dalam tahun ini.

TMI: Apa yang membuatkan anda berminat mengejar cerita ini, setelah 10 tahun berlalu selepas kematiannya?

MAJ: Saya mula berminat mengejar cerita ini apabila Sirul ditahan Interpol di Australia. Begitu aneh yang seseorang yang didakwa membunuh – satu kesalahan besar, dapat lari dari negara, lebih-lebih lagi ke negara di mana ia menyalahi undang-undang untuk mengekstradisi seseorang yang berhadapan hukuman mati.

Apabila sabit kesalahannya dirayu pihak pendakwaraya, mengapa dia tidak ditahan ataupun sekurang-kurangnya dibatakan pasportnya?

Kemudian tentunya kerana tiada motif yang ditimbulkan dan pada pengakhiran pendengaran kes, Sirul menangis dan merayu hakim supaya jangan menghukumnya sampai mati, mengatakan dirinya 'kambing hitam yang dikorbankan untuk melindungi orang lain', membuatkan saya ingin menyiasat dengan lebih mendalam lagi.

TMI: Berkenaan dakwaan dari kenalan Sirul di Australia, apakah respons anda terhadap kritikan pihak tertentu yang mengatakan ia hanya khabar angin?

MAJ: Ia merupakan kenyataan kenalan Sirul tentang yang dikatakan Sirul kepadanya dan ini dinyatakan dalam cerita dengan jelas. Saya pernah menghubungi kenalan tersebut dalam beberapa bulan dan kenyataannya tidak pernah berubah. Penting untuk melihat yang Razak Baginda disabitkan tidak bersalah tanpa menampilkan pembelaan, beliau enggan terlibat dalam program dan beliau tidak menafikan kenyataan kenalan Sirul apabila kami ajukan kepadanya.

TMI: Mengapakah anda rasa anda diharamkan memasuki Malaysia? Adakah pegawai kastam yang mengiringi anda keluar mengatakan apa-apa?

MAJ: Saya diberitahu saya tidak melanggar apa-apa undang-undang, tetapi saya termasuk dalam senarai yang 'tidak baik'.

Beberapa pegawai imigresen berkata kepada saya yang penghantaran pulang saya tidak dijangka dan beberapa kali memohon maaf bagi tindakan kerajaan mereka.

Saya pernah melaporkan cerita dari rejim yang sering dikatakan paling menindas – Korea Utara, Zimbabwe, Arab Saudi dan Libya Gaddafi, dan tidak pernah dihantar pulang dari kerja saya sebagai wartawan sebelum ini. – 12 September, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pembunuhan-altantuya-terlalu-aneh-untuk-diendahkan-kata-wartawan-al-jazeera#sthash.dAzqcCEY.dpuf
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena