Ikan Sturgeon Bintang ialah spesies yang tidak berbahaya dan merupakan spesies komersil yang penting. Ia adalah salah satu daripada tiga spesies yang terpenting, bersama-sama dengan
ikan Strugeon Beluga dan
ikan Sturgeon Parsi, kerana
kaviarnya. Dagingnya dianggap sebagai suatu
makanan istimewa yang mahal di kawasan Caspian, selain daripada digunakan untuk membuat
kebab atau dimakan secara goreng, panggang, atau salai.
Terdapat banyak percubaan di
Rusia,
Iran,
Itali, dan
Amerika Syarikat untuk menyesuaikan Ikan Sturgeon Bintang bagi tujuan
akuakultur, dengan berbagai-bagai tahap kejayaan. Daya pemulihan spesies ini agak rendah. Tempoh mengganda populasi yang minimum ialah 4.5 - 14 tahun. Ikan Sturgeon Bintang telah dikelaskan sebagai
spesies terancam, dengan perdagangan keluaran yang diperbuat daripada bahagian-bahagian tubuhnya dibatasi oleh
CITES.
Sturgeon
Satu lagi haiwan purba dari zaman dinosaur (mereka sudah ada dizaman Jurassic), Sturgeon terkenal menjadi salah satu sumber utama kaviar (yang dibuat daripada telur ikan); akibat penangkapan ikan berlebihan ini, ikan berperisai ini terancam pada masa kini. Spesies sturgeon terbesar boleh membesar sehingga 6 meter (19 '7 ") panjang, yang menbesar seperti jerung putih yang paling besar; mereka memakan haiwan kecil dari dasar laut dan tidak mendatangkan bahaya kepada manusia.
Projek ikan sturgeon: 24 individu telah dipanggil
SHAH ALAM - Seramai 24 individu telah dipanggil berhubung kes penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta.
Pengarah Bahagian Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Simi Abd Ghani berkata, kesemua saksi ini dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.
Ketika ditanya sama ada akan memanggil lagi saksi-saksi lain, beliau tidak menafikannya.
“Ya...kita dalam proses siasatan lagi dan kita tidak menolak kemungkinan akan memanggil beberapa individu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan SPRM tidak menolak kemungkinan bahawa siasatan akan turut dijalankan terhadap beberapa individu berprofil tinggi.
Terdahulu, mahkamah membenarkan permohonan reman selama tujuh hari bermula Rabu lalu ke atas lima individu termasuk dua bekas pegawai kanan Felda yang ditahan di sekitar Lembah Klang bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.
Mereka yang ditahan terdiri daripada bekas pegawai kanan bergelar datuk, bekas pegawai (yang menyandang jawatan tinggi), pegawai bertugas di luar negara, pegawai yang terbabit projek penternakan ikan itu dan seorang lagi penolong pegawai tadbir.
SH.
5 individu direman 7 hari bantu siasatan projek ikan sturgeon
Mereka ditahan semalam menerusi Op Caviar SPRM bagi menyiasat dakwaan penyelewengan projek bernilai RM47.6 juta sejak 2014.
PUTRAJAYA: Lima individu termasuk 2 bekas pegawai kanan Felda direman 7 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek ternakan ikan Sturgeon bernilai RM47.6 juta.
Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman kelima-lima lelaki itu sehingga 31 Jan ini.
Kesemua mereka yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 9.05 pagi menaiki 4 kereta berasingan.
Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Kelima-lima individu itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang antara 11.30 pagi dan 1.30 tengah hari semalam menerusi Op Caviar SPRM bagi menyiasat dakwaan penyelewengan projek pemindahan teknologi penternakan ikan sturgeon bernilai AS$10 juta (RM47.6 juta) sejak 2014.
FMT.