Showing posts with label Protes harga minyak. Show all posts
Showing posts with label Protes harga minyak. Show all posts

Saturday, 18 November 2017

[Video PERKASA kecewa dengan sikap agamawan] Protes harga minyak Pemuda AMANAH diperluaskan.

Sabtu, 18 November 2017

Protes harga minyak Pemuda AMANAH diperluaskan

Protes harga minyak Pemuda AMANAH diperluaskan

Pemuda AMANAH akan terus mengadakan protes harga minyak menerusi flasmob Gerakan Turun Harga Minyak (Gertak) seperti yang dibuat sebelum ini, dan pada hari ini, ia akan diadakan di susur-susur jalan besar di beberapa tempat tumpuan di beberapa buah negeri seperti di simpang Dengkil-Putrajaya, Shah Alam, Serdang, Taiping dan Alor Setar.
Demikian kata Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, yang juga Kordinator Gertak, Faiz Fadzil dalam satu kenyataan pagi ini.
Protes yang bertujuan mendesak kerajaan menurunkan harga minyak ini akan diteruskan di seluruh negara sehingga kerajaan menstabilkan harga minyak ke paras yang sepatutnya mengikut harga minyak mentah dunia yang kami anggarkan sepatutnya dijual pada kadar RM1.90 seliter bagi RON 95, kata beliau.
Sambutan daripada pemilik kenderaan dengan membunyikan hon menunjukkan rakyat sama memprotes kenaikan melampau harga minyak.
“Ini adalah kerana harga minyak dunia sekarang hanya USD60 setong dan tidak seharusnya ia dijual dengan kadar yang begitu tinggi hari ini.
“Jelas, kerajaan tidak telus dalam menentukan harga minyak di negara ini,” sambungnya.
Kata beliau lagi, pemansuhan subsidi minyak lebih kurang RM3 bilion setahun telah menyumbang kepada kenaikan harga minyak, ditambah pula dengan masalah kemerosotan nilai ringgit.
“Justeru, kami mendesak kerajaan mengembalikan subsidi minyak dan selesaikan segera skandal 1MDB bagi mengatasi masalah kemerosotan nilai ringgit.
Pemuda AMANAH akan memperluaskan protes harga minyak ini ke seluruh negara bagi memberi kesedaran kepada rakyat.
“Jika Perdana Menteri menjadi dalang utama skandal 1MDB, kami mendesak Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan SPRM segera bertindak kerana skandal ini benar-benar telah menjerut hidup rakyat yang semakin terhimpit dengan kenaikan harga barang terutama harga minyak,” katanya.
Menurut Faiz, sambutan pemandu kenderaan sama ada motosikal, kereta biasa dan mewah serta kenderaan awam yang turut memprotes dengan membunyikan hon dalam protes flashmob yang diadakan, jelas menunjukkan kemarahan rakyat terhadap keangkuhan pentadbiran kerajaan yang sudah lagi tidak peduli terhadap nasib rakyat.
Malaysia Dateline
Read More

Friday, 27 October 2017

[Video Protes harga minyak bergema di luar parlimen & Bajet budiman, mansuh tol, semua dapat dedak?] GERTAK: Kita mahu harga minyak diturunkan secara stabil, bukan hanya gula-gula pilihan raya.

Sabtu, 28 Oktober 2017



Protes harga minyak bergema di luar parlimen

BAJET 2018 | Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bersiap sedia menyampaikan ucapan Belanjawan 2018, sebuah kumpulan kecil mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga minyak berhampiran bangunan parlimen hari ini.

Lima belas individu mewakili kempen Gerakan Turunkan Harga Minyal (GERTAK) mengangkat sepanduk dengan slogan “bunyikan hon sebagai tanda protes kenaikan harga minyak” selain plakad “jangan tindas rakyat” sambil melaungkan “turun turun, harga minyak”.
Penyelaras GERTAK Faiz Fadzil berkata gerakan itu ditubuhkan hari ini sempena pembentangan belanjawan kali ini yang dijangka menjanjikan banyak kelebihan kepada rakyat atas sifatnya yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-14.
“Harga minyak merupakan faktor utama yang mempengaruhi ekonomi hari ini. Kenaikan harga barang juga dikaitkan dengan kenaikan harga minyak.
“Kita mahu harga diturunkan secara stabil, bukan hanya gula-gula pilihan raya.




“Jika kerajaan tidak menstabilkan harga minyak, rakyat tidak mempunyai pilihan selain menukar kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada wartawan.
Walaupun merupakan timbalan ketua pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) dan mengakui kebanyakan yang menyertai protes merupakan anggota parti, Faiz menekankan GERTAK tidak terikat dengan mana-mana parti politik.
Faiz menambah, polis melarang mereka dari membuat demonstrasi di hadapan bangunan parlimen.
Kumpulan itu bersurai selepas 30 minit, sebaik Najib memulakan ucapannya.
Belanjawan bayangan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang diumumkan Rabu lalu menjanjikan RM1 bilion untuk subsidi minyak sekiranya pakatan pembangkang itu mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang.
Bulan lalu, Pemuda AMANAH menggesa protes seumpamanya diadakan seluruh negara.
Harga minyak yang diumumkan setiap hari Rabu sejak 30 Mac mengalami kenaikan.
Kadar harga minyak ditentukan oleh harga minyak dunia berdasarkan kedudukan Mean of Platts Singapore (MOPS) dan nilai tukaran ringgit.
malaysiakini.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena