Showing posts with label Rakyat Menganggur Dan Menderita. Show all posts
Showing posts with label Rakyat Menganggur Dan Menderita. Show all posts

Sunday, 18 February 2018

[Video Betul2 Tengin! Rakyat Menganggur Dan Menderita kerana Najib] Hooo Dasat! Pas AMBIL ALIH tempat Umno?

Isnin, 19 Februari 2018

Foto Parti Amanah Negara.
KENYATAAN MEDIA
UNTUK SEBARAN SEGERA

PAS AMBIL ALIH TEMPAT UMNO?

Dalam sebuah negara demokrasi, rakyat Malaysia adalah bebas untuk menubuhkan sebarang pertubuhan sama ada bersifat NGO mahupun parti politik. Begitu juga Parti Amanah Negara (AMANAH) yang ditubuhkan oleh beberapa orang bekas pimpinan Pas dan telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

AMANAH adalah sebuah parti yang bergabung dalam Pakatan Harapan bersama tiga lagi parti iaitu Keadilan, DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Sudah tentu pembahagian kerusi pilihan raya dibincang dan dilaksanakan secara bersama dalam Pakatan Harapan.

AMANAH tidak ada apa-apa persepakatan dengan Pas. Oleh itu AMANAH bertanding di mana-mana tempat yang dipersetujui secara bersama dalam Pakatan Harapan.

Kenapa apabila AMANAH mahu bertanding melawan Umno dan Pas maka dikatakan membawa perpecahan kepada Melayu?

Keadilan dan PPBM juga akan menentang Umno dan Pas, adakah mereka juga dianggap membawa perpecahan kepada Melayu?

Kenapa pula apabila Pas mengisytiharkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Keadilan, ia tidak dianggap sebagai membawa perpecahan kepada Melayu?

Bagi saya, kita bersama Pakatan Harapan akan bertanding mengikut kesesuaian dan cita-cita untuk mengambil alih pentadbiran di Putrajaya dalam pilihan raya yang akan datang.

Kita mempunyai agenda besar untuk melakukan reformasi institusi serta mewujudkan sebuah kerajaan yang mengamalkan urustadbir yang baik demi negara dan rakyat.

Maka kita bertekad akan menentang Umno BN dan mana-mana pihak yang bersekutu dengannya dalam pilihan raya akan datang ini.

MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

18 Februari 2018
Read More

Tuesday, 30 January 2018

[Video Rakyat Menganggur Dan Menderita kerana Najib & Fuhhh, terbaik anak muda! TURUN NAJIB TURUN] RAKYAT TERJERAT DAN MEREMPAT KERANA GST! Betapa 'bangangnya' pemimpin UmnoBN memerintah hanya bergantung kpd pendapatan hasil negara daripada cukai GST.

Rabu, 31 Januari 2018


Image result for Gambar najib kleptokrasi

Image result for Gambar Mp pas shelfie dalam dewan Rakyat
Tindakan dua ahli parlimen Pas bekecuali dari mengundi dalam Dewan Rakyat hari ini telah menyelamatkan Belanjawan 2018.

GST HANYA MENYELAMAT KERAJAAN KLEPTOKRAT, BUKAN PENYELAMAT RAKYAT DAN NEGARA

1. Betapa 'bangangnya' pemimpin UmnoBN memerintah Malaysia apabila hanya bergantung pada pendapatan hasil negara daripada cukai GST sebagaimana PM Najib Razak ketika berucap pada majlis sambutan Hari Kastam Sedunia ke - 36 menyatakan negara selamat sebab GST, jika tanpa GST negara sudah tentu terjerumus dalam kancah kegawatan ekonomi.
Kenyataan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dapat menyelamatkan  negara dari terjerumus dalam kancah kegawatan ekonomi negara menunjukkan bahawa kerajaan telah gagal dalam mengurus tadbir ekonomi negara sehingga terpaksa memerah keringat rakyat.

2. Saya berpendapat kenyataan beliau merupakan kenyataan pemimpin yang tidak bertanggungjawab terhadap rakyatnya. GST bukannya menyelamatkan negara, tetapi penyelamat pemimpin kerajaan Klaptokrat UmnoBN.

Justeru GST digunakan untuk menutup dan menampung kehilangan, ketirisan dan kecurian wang negara oleh pemimpin negara sendiri dimana ianya menjadi punca Malaysia terjerumus ke jurang kegawatan ekonomi.
Melalui GST kerajaan tidak perlu bersusah payah memerah otak dan keringat mencari sumber kewangan negara melalui pelbagai industri, menyuburkan ruang ekonomi dan pendapatan negara, meningkatkan produk dalam dan luar negara, tetapi cukup hanya dengan polisi yang menekan rakyat, kerajaan sudah boleh menuai hasil yang lumayan. 

3. Sebegitu mudah seorang pemimpin negara menyandarkan kepada cukai terhadap rakyat sebagai pemangkin menyelamatkan ekonomi negara.
Jika begini mentalitinya, sesiapa pun boleh jadi pemimpin,apabila ekonomi berada dalam keadaan gawat akibat skandal 'rompakan mega' wang dan khazanah negara maka rakyat dijadikan sasaran paling utama untuk dimangsakan. Sepatutnya seorang pemimpin negara berjuang siang dan malam menjaga kebajikan rakyat dengan mendahulukan rakyat dan membiarkan diri dan kerajaan dalam keadaan susah, bukannya memangsakan rakyat untuk menyenangkan diri sendiri dan kroni serta kerajaannya.

4. Alasan paling ampuh dan jengkel yang dinyatakan adalah GST digunakan untuk menyusun segala program untuk rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mana ianya produk kerajaan BN kepada rakyat dengan anggaran RM6 bilion setahun sedangkan projek BR1M bukan semua rakyat yang layak mendapatnya, manakala hasil GST yang berjaya dipungut dari semua lapisan masyarakat pada tahun lalu sebanyak RM 44 bilion berbanding RM 41 bilion tahun 2016.

Jumlah yang diberi pula hanya ramuan kecil, sedangkan ramuan yang besar diambil oleh kerajaan, dan pelbagai subsidi lain ditarik balik. Adakah tindakan kerajaan  ini cerdik dalam membuat polisi yang akhirnya menekan kehidupan rakyat?

RAKYAT TERJERAT DAN MEREMPAT KERANA GST!

5. Mengapa PM Najib Razak tidak menjelaskan sejak perlaksanaan GST, harga barang terutamanya barang keperluan, perkhidmatan, makanan dan lain-lain semakin mahal. 

Belum ada lagi petunjuk harga barangan dan perkhidmatan menurun atau statik sejak GST diperkenalkan. GST dikenalpasti sebagai penyumbang terbesar kenaikan harga barang. Setelah rakyat terbeban dengan GST, dalam masa sama menanggung pula beban kos harga barang yang semakin meningkat, belum dikira lagi dengan pelbagai cukai yang terpaksa dibayar oleh rakyat demi kerajaan dan negara tercinta ini. 

BR1M yang diberi hanya untuk mengenyangkan rakyat beberapa hari, tetapi rakyat perlu menanggung penderitaan ini selama setahun pula kemudiannya untuk hadapi kehidupan harian mereka akibat GST dan penarikan balik subsidi harga barang.

6. Sepatutnya pendapatan negara   tanpa sumber GST dan salah guna kuasa, rasuah dan rompak curi khazanah negara sudah pun mencukupi untut meringan kos sara hidup rakyat dan memastikan pendapatan boleh guna rakyat bertambah dengan mengembalikan subsidi harga barangan keperluan utama, memberikan pendidikan tinggi percuma tanpa PTPTN, mengawal harga barangan dan keperluan, mengawal serta mesubsidikan harga minyak.

Sebaliknya apa yang berlaku masakini taraf pengangguran semakin meningkat, ruang pekerjaan semakin terhad, kadar inflasi semakin tinggi, jurang antara yang kaya dan miskin semakin ketara. 

Adakah ini menunjukkan kedudukan ekonomi negara semakin stabil, atau  GST hanya menstabilkan ekonomi pemimpin negara?

7.  PM Najib Razak tidak perlu berdolak dalik dengan mendendangkan GST menyelamatkan ekonomi negara.
PM Najib Razak perlu akui bahawa beliau sudah kekeringan idea dan tidak tahu bagaimana hendak menguruskan negara yang berada di jurang kehancura.

Malaysia kaya dan banyak hasil daripada pelbagai sektor dan industri, tetapi kerana ketidak cekapan pengurusan dan salahguna kuasa pemerintahan kerajaan Klaptokrasi UmnoBN, mereka gagal menyuburkan ekonomi negara. Situasi ini menandakan tempoh kerajaan BN sudah sampai ke penghujung nyawa dan mandat pemerintahan perlu diserahkan kepada Pakatan Harapan, agar rakyat melihat sinar baru yang menyelamatkan mereka selepas PRU ke-14 nanti.

DATO' HJ MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
30 Jan 2018/13 Jamadilawal 1439H.
Read More

Tuesday, 17 October 2017

[Video Rakyat Menganggur Dan Menderita kerana Najib] Ekonomi Malaysia semakin suram! Najib dan para pendiayah beliau akan terus membuat tipu-helah.

Selasa, 17 Oktober 2017

Ekonomi Malaysia semakin suram


Dalam apa pun tindakan ketua-ketua UMNO-Barisan Nasional (BN) dan jentera diayah (dakyah) mereka, yang termasuk laskar siber K9, unsur putar-belit sentiasa ada dan amat jelas.
Baru-baru ini, Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak mengherdik pembangkang dan pengkritik kononnya mensabotaj ekonomi negara.
Menteri Kewangan itu mendakwa ekonomi negara kukuh, berkembang pesat dan asasnya kuat.
Tiupan sumbang trompet beliau itu berlaku pada saat-saat kehidupan rakyat jelata semakin terhimpit dan petanda-petanda harian menunjukkan ekonomi negara semakin meruncing dan kewangan kerajaan semakin longlai.
Menteri kabinet beliau sendiri bercakap mengenai pembinaan hospital kerajaan “sakit”, bekalan ubat di hospital kerajaan yang sering terputus dan pesakit yang dulu mampu berubat di klinik dan hospital swasta kini berpusu-pusu ke klinik dan hospital awam.
Najib seronok umpama budak-budak dapat aiskrim apabila ekonomi negara pada suku kedua tahun ini tumbuh 5.8 peratus dan agensi-agensi penarafan memberi markah yang baik kepada ekonomi Malaysia.
Tetapi seperti Sang Kelembai yang celopar mulutnya, puja dan puji Najib segera bertukar menjadi mimpi ngeri. Bank Dunia yang baru-baru ini memuji Malaysia kini memberi amaran bahawa ekonomi Malaysia sebenarnya semakin lemah.
Malaysia gagal sesuaikan diri dengan ekonomi dunia dan tempatan
Dalam laporan terbarunya Bank Dunia berkata, daripada 15 negara Asia yang ekonominya dianalisis, Malaysia adalah di antara beberapa buah negara yang ekonominya dijangka meruncing.
Ia meramalkan bahawa dalam keadaan yang sedang berlaku sekarang, ekonomi Malaysia tahun hadapan (2018) dijangka berkembang pada kadar lima peratus sahaja dan akan menguncup menjadi 4.8 peratus pada tahun 2019.
Harga komoditi yang tidak menentu, ketidaktentuan dasar ekonomi negara besar dan ketegangan antarabangsa adalah antara faktor yang melemahkan ekonomi Malaysia.
Bank Dunia berkata, manakala ekonomi negara Asia yang lain berkembang pesat, ekonomi Malaysia merosot kerana ia gagal menyesuaikan diri dengan suasana ekonomi dunia dan tempatan.
Laporan itu secara khusus menyebut mengenai masalah hutang isu rumah Malaysia yang terlalu tinggi, iaitu melebihi 70 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar.
Itulah realiti zaman Najib. Kerajaan berhutang kerana wang negara diboroskan. Rakyat jelata berhutang kerana pendapatan kais pagi makan pagi dimakan pula oleh GST, kejatuhan nilai ringgit dan inflasi.
Merata-rata kita dengar cerita hospital kerajaan ketiadaan atau kehabisan ubat. Rakyat jelata disuruh beli di luar dengan janji dibayar balik kemudian nanti.
Nampaknya kita sudah sampai ke peringkat di mana bukan sahaja kerajaan berhutang daripada China, tetapi juga daripada rakyat jelata.
Najib dan para pendiayah beliau akan terus membuat tipu-helah, tetapi sampai bila rakyat jelata akan terus menderita?
Rizab negara tinggi?
Kalau naratif daripada institusi bebas macam Bank Negara pun tidak konsisten lagi, sukarlah kita mempercayai bahawa perangkaan ekonomi kita adalah benar dan betul.
Kita sering dimaklumkan oleh Bank Negara yang rizab antarabangsa kita tinggi sehingga mampu membiayai beberapa bulan import kekal.
Misalnya, sehingga 29 September lepas rizab antarabangsa Bank Negara naik kepada AS$101.2 bilion (bersamaan RM427.7 bilion). Jumlah ini mencukupi untuk membiayai 7.6 bulan import kekal.
Selama ini kita membandingkan kadar rizab dengan jumlah import kita. Tetapi kini kita diberitahu yang rizab itu juga dikaitkan dengan hutang jangka pendek luar negara.
Walaupun kadar tukaran ringgit naik 5.8 peratus sehingga 3 Oktober tahun ini, laporan Bank Dunia itu berkata Malaysia terus terdedah kepada risiko mata wang yang lebih tinggi berbanding negara-negara membangun lain di Asia Timur dan Pasifik. Indonesia dan Thailand turut menghadapi risiko yang serupa, tetapi tidak seteruk Malaysia.
Berkenaan rizab antarabangsa, Bank Dunia mendapati syarikat dan bank di Malaysia mempunyai hutang luar yang besar, tetapi rizab antarabangsa nampaknya mencukupi untuk menampung hutang itu.
Jadi adakah ini bermakna rizab antarabangsa kita bukan sahaja untuk menampung kos import, tetapi juga untuk membayar hutang luar?
Kalau begitu, dalam suasana krisis di mana hutang menjadi masalah, yang mana akan lebih diutamakan kerajaan – mengimport barang-barang, khususnya makanan, atau membayar hutang luar?
Bayar hutang lebih utama
Pengalaman negara-negara yang mengalami krisis kewangan mendapati pembayaran hutang luar lebih utama daripada pengimportan barang-barang.
Ambil Greece sebagai contoh. Ketika krisis ekonominya memuncak pada tahun 2013, sehingga 90 peratus rakyat miskinnya bergantung kepada bantuan makanan kerana Greeca tidak mampu mengimport manakan dan harganya melambung. Sampai hari ini pun jualan makanan masih merosot.
Hal yang sama terjadi kepada Indonesia ketika Krisis Kewangan Asia 1997/98 apabila ia terpaksa berhutang daripada Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) dan mengutamakan bayaran balik hutang luar daripada mengimport makanan.
Bagaimanapun kerajaan UMNO-BN nampaknya tidak mampu dan tidak bersedia untuk berterus terang dengan rakyat jelata bahawa ekonomi negara sedang mengalami masalah sistemik.
Kejatuhan harga minyak mentah, ketidakpercayaan terhadap kerajaan akibat skandal 1MDB dan hutang negara yang melambung menyebabkan nilai ringgit jatuh.
Kejatuhan nilai ringgit secara automatik menyebabkan kos mengimport makanan dan ubat-ubatan naik. Ini menyebabkan harga makanan dan ubat-ubatan melambung.
Kalau ini tidak cukup membebankan, pengguna dikenakan pula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). GST dilaksanakan bagi menampung kekurangan hasil kerajaan akibat kejatuhan harga minyak mentah.
Putaran ganas ini akan berterusan selagi kepercayaan pelabur dan pengguna tidak dipulihkan. Malaysia bukan sahaja mengalami masalah defisit belanjawan yang serius tetapi juga defisit kebolehpercayaan terhadap kerajaan yang teruk. – Roketkini.com
*Tan Sri A Kadir Jasin adalah bekas ketua pengarang kumpulan akhbar New Straits Times. Kini merupakan Ahli MPT Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
*Tulisan ini pertama kali disiarkan di blog beliau, http://kadirjasin.blogspot.my/ dengan judul asal Amaran Bank Dunia tentang ekonomi Malaysia.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena