Showing posts with label SAMSENG Baju Merah. Show all posts
Showing posts with label SAMSENG Baju Merah. Show all posts

Wednesday, 2 November 2016

[Video Panas! Samseng Baju Merah Bertindak Memukul Ahli Bersih!] Air Selangor: Orang lain punya angkara, kerajaan Selangor tanggung bala.

Rabu, 2 November 2016


slide1

Air Selangor: Orang lain punya angkara, kerajaan Selangor tanggung bala

SHAH ALAM, 2 NOV: Gangguan bekalan air yang melanda Selangor baru-baru ini berlaku ekoran pencemaran bahan kimia di Sungai Semenyih dan Sungai Buah.
Pencemaran tersebut telah menyebabkan air sungai berbau dan berbuih. Berdasarkan ujian sampel air yang dilakukan, dua sungai tersebut dicemari bahan kimia “4-bromo difenil ether” (4-Bromo Diphenyl Ether).
Dalam satu kenyataan sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Alitidak menolak pencemaran itu berlaku akibat perbuatan sabotaj.
“Selangor disabotaj ketika Kerajaan Negeri membangunkan loji rawatan air baru di Labohan Dagang, Kuala Langat,” katanya.
Ekoran pencemaran tersebut, kerajaan Selangor bertindak menghentikan operasi loji itu serta merta bagi mengelakkan orang awam terdedah kepada bahan kimia yang membahayakan kesihatan tersebut.
Agensi pengurusan air Selangor kemudian menjalankan operasi rawatan dan pengasingan air yang tercemar.
Kerajaan Selangor diserang media dan samseng Umno
slide1
slide1
Antara aksi protes baldi di hadapan pintu masuk utama Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah semalam.


Namun, dalam tempoh itu, pentadbiran kerajaan Pakatan di Selangor terus dihujani dengan serangan demi serangan yang digembar-gemburkan media pro-UMNO.
Keadaan bertambah buruk apabila semalam, sekumpulan yang mendakwa Pemuda UMNO bertindak biadap dengan aksi samseng membaling baldi dan botol air dalam protes mereka di hadapan bangunan Kerajaan Negeri sewaktu Sidang Dewan Negeri sedang berlangsung.
Namun, apa yang masih tidak diketahui umum ialah gangguan bekalan air yang melanda Pahang sejak enam bulan lalu.
Dalam satu sidang medianya semalam, ADUN Sekinchan Ng Suee Lim berkata gangguan bekalan air di Pahang tersebut tidak didedahkan media utama.
“Masalahnya kita dapati negeri Umno ini ada yang mengalami masalah air sampai enam bulan. Jadi kita kutip semula baldi mereka pagi ini, dan kita serahkan kepada orang Pahang
“Diharap dapatlah mereka gunakan semula baldi ini di negeri mereka untuk buat simpanan atau catuan.
“Cuma saya nak pesan kepada Umno, balik jagalah negeri UMNO supaya air mereka terus mencukupi,” katanya.
Siasat dan heret dalang pencemaran ke mahkamah
lawatan-sungai-tercemar1
lawatan-sungai-tercemar1
ADUN dan Ahli Parlimen DAP turut melawat sungai yang tercemar di Nilai Negeri Sembilan.


Dalam satu rencana, ADUN Kampung Tunku Lau Weng San mahu supaya polis, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pejabat Peguam Negara menyiasat serta mendakwa pihak yang mencemarkan dua sungai tersebut ke mahkamah.
Beliau juga mahu supaya pihak-pihak tersebut menganggap pencemaran air sungai sebagai isu berkaitan pertahanan negara.
“Pencemaran yang berlaku secara berterusan ini nampaknya berlaku pada kadar sesekali namun berkekalan melalui cara dan bahan cemar yang sama. Ia berlaku di luar Selangor.
“Maka dengan itu, keberkesanan dan kecekapan agensi-agensi kerajaan persekutuan untuk menyiasat dan menangkap mereka yang bertanggungjawab adalah sangat penting untuk memastikan orang yang dituduh itu disabit bersalah.
“Ini adalah kerana ianya amat bergantung kepada kekuatan bukti yang dapat dikumpul oleh pihak pendakwa raya, PDRM dan JAS,” jelasnya.
Beliau membawakan contoh membabitkan kes Pendakwa Raya lwn NCK Aluminium Extrusion Sdn Bhd.
Dalam kes itu, Mahkamah Tinggi memutuskan dalam kes rayuan pendakwa raya bahawa walaupun pesalah atau responden telah mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memperbetulkan pencemaran air sungai yang disebabkannya dan tahap pencemaran yang disebabkan adalah kesalahan pertama dan adalah agak minumum, mahkamah tinggi tetap mengenakan hukuman yang maksimum setelah mengambil kira kesannya kepada alam sekitar dan pengguna. – Roketkini.com
Read More

Saturday, 1 October 2016

[Video] JAMAL GANGSTER (Ketua Umno) dengan SAMSENG Baju Merah MENYERANG Peserta Konvoi Bersih 5.

Ahad, 2 Oktober 2016

Provokasi oleh Jamal Yunos (Umno) di Teluk Intan.

Bersih kecam tindakan baju merah, komited teruskan misi

Bersih 2.0 mengecam sekeras-kerasnya tindakan 'ala samseng' kumpulan baju merah terhadap peserta konvoi Bersih di Perak hari ini.
Jurucakapnya, Jay Jay Denis berkata, tindakan kumpulan yang diketuai oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos itu sangat keterlaluan dan melanggar perlembagaan negara.
Menurutnya, para peserta konvoi diserang, kereta dikepung, bendera dirampas secara kasar, kereta di tendang dan dipukul oleh kumpulan baju merah.
"Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan kumpulan Jamal, apa yang lebih dikesali ialah seolah-olah pihak berkuasa membiarkan serangan dan ancaman itu berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media di Pejabat Amanah Teluk Intan.
Jay jay menyatakan, Bersih sangat kecewa dengan tindakan pihak polis yang berada di tempat kejadian kerana hanya bertindak sebagai jurukamera dan juruvideo.
Pihak polis katanya membiarkan tindakan baju merah tanpa melakukan sebaran tindakan biarpun sedara jelas melanggar undang-undang negara.
"Sejak awal permulaan konvoi, kumpulan baju merah sedaya upaya cuba mengoyak bendera Beraih, menendang kamera dan mengepung kereta konvoi.
"Pihak polis yang berada di tempat kejadian tiada sebarang usaha untuk mengahalang tindakan itu, mereka nampak apa yang berlaku.
"Memang sangat ketara pihak polis membiarkan tindakan jeyahah kumpulan baju merah terhadap peserta konvoi," jelasnya lagi.
Beliau menegaskan, Bersih memberi tempoh 24 jam kepada pihak polis untuk menjalankan tindakan sebelum melakukan tindakan susulan kerana mereka berada di tempat kejadian melihat sendiri jenayah yang berlaku.
Dalam pada itu, aktivis rakyat, Hishamuddin Rais menceritakan detik cemas ketika diserang dan diancam oleh kumpulan baju merah.
Menurutnya, kumpulan baju merah telah mengganggu sebelum bermulanya konvoi hingga menyebabkan lokasi berkumpul diubah ke tempat lain.
"Apabila kami mula bergerak dari Lumut menghala ke Sitiawan, kami didatangi kira-kira 30 buah motor dengan menutup muka.
"Mereka menghampiri kereta yang dinaiki, kereta dikepung dan diserang. Mereka menyepak kereta dan cuba pecahkan tingkap," ujarnya,
Beliau berkata, aksi samseng kumpulan baju merah ketika menyerang kereta yang dinaiki oleh beliau.
Hishamuddin menegaskan, tindakan dan ancaman yang dilakulan itu memberikan suntikan semangat untuk Bersih meneruskan misi memberi penerangan dan mengajak masyarakat untuk sama-sama dalam himpunan Bersih 5 di Kuala Lumpur 19 November nanti.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena