Showing posts with label SAR MH370. Show all posts
Showing posts with label SAR MH370. Show all posts

Sunday, 18 May 2014

Buku Flight MH370: Teori Terbaharu... Sekarang rakyat dah tahu siapa yang menipu!

Ahad, 18 Mei 2014

MH370 - Teori terbaru dikatakan ianya ditembak dalam latihan tentera

Buku dakwa MH370 ditembak dalam latihan tentera
Flight MH370  
Buku Flight MH370. 

SYDNEY - AUSTRALIA. Buku pertama yang diterbitkan tentang kehilangan pesawat MH370 mendakwa ia mungkin telah ditembak dalam latihan ketenteraan dan kejadian itu ditutupi, lapor portal The Sydney Morning Herald.

Kandungan buku Flight MH370: The Mystery tulisan Nigel Cawthorne yang juga seorang wartawan itu tidak mempunyai jawapan namun terdapat beberapa perkara yang menyokong teori kehilangan MH370 itu.

“...pesawat itu mungkin ditembak secara tidak sengaja ketika latihan ketenteraan antara Thailand dengan Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan.

“Misi pencarian pula berkemungkinan diarah ke arah yang salah untuk menutup kesilapan itu,” lapor portal itu.
Sementara itu, portal berita Daily Mirror yang juga memetik buku tersebut melaporkan pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) itu akan ditemui sekiranya MAS membelanjakan RM32.62 untuk menaik taraf perisian.

“Pesawat itu hanya menggunakan pakej data murah yang hanya menghantar maklumat asas pesawat.

“Pesawat itu akan ditemui sekarang kalau MAS membelanjakan RM32.62 dalam menaik taraf perisian pesawat,” dakwa buku tersebut lagi.

Kehilangan MH370 sudah masuk hari ke-72, hari ini.
Posted by Kedah Lanie


MH370: Sekarang siapa yang menipu?

Sekarang siapa yang menipu? Inmarsat atau kerajaan Malaysia?


SEKILAS PANDANG: Pesawat MH370 dengan 239 orang di dalamnya telah hilang tanpa apa-apa kesan selama lebih daripada dua bulan.
Sepanjang usaha mencari dan menyelamat (SAR) yang diterajui Malaysia, dunia telah menyaksikan Malaysia membuat pelbagai kenyataan yang bercanggah.
Ini telah menyebabkan dunia meragui dan tidak mempercayai apa yang dinyatakan kerajaan Malaysia mengenai SAR ini.
Sekurang-kurangnya sesuatu yang baik telah muncul dari misteri kehilangan ini – sampah yang rakyat Malaysia perlu hadapi daripada kerajaan mereka setiap hari.
CNN melaporkan bahawa firma satelit British yang bertanggungjawab mengesan laluan penerbangan MH370, telah menafikan kenyataan Putrajaya pada 15 Mei bahawa ia belum memberikan semua data kasar.
Firma itu berkata ia telah mengemukakan semua maklumat kepada penyiasat yang memimpin usaha pencarian.
"Data kasar Inmarsat telah diberikan kepada pasukan penyiasatan pada peringkat awal pencarian MH370," jelas Chris McLaughlin, naib presiden hubungan luar syarikat kepada CNN pada 16 Mei.
Beliau menjawab kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa data kasar berada dengan Inmarsat dan bukan dengan pihak pencari atau Malaysia Airlines (MAS).
"Data kasar berada dengan Inmarsat, bukan dengan Malaysia, dengan Australia, dengan MAS. Jadi, jika ada apa-apa permintaan supaya data ini didedahkan kepada orang awam, ia mesti dibuat kepada Inmarsat," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur.
McLaughlin berkata syarikat itu mempunyai keyakinan yang paling tinggi dalam analisis data, sambil menambah bahawa isu pendedahan maklumat itu berada di tangan penyiasat.
CNN juga melaporkan Inmarsat sebagai berkata bahawa Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa menghalang pendedahan penemuan siasatan dilakukan tanpa kebenaran dari negara yang menjalankan siasatan.
Mengulas mengenai kenyataan bercanggah oleh Inmarsat dan Putrajaya, penganalisis penerbangan CNN Miles O'Brien berkata beliau tidak tahu siapa yang boleh dipercayai dan pihak mana yang tidak bercakap benar.
"Saya tidak tahu siapa yang boleh dipercayai. Tetapi bukankah buruk bahawa ia agak jelas bahawa seseorang sedang menipu?
"Kita bercakap tentang kehilangan sebuah pesawat, kini 70 hari. Kehilangan nyawa, keluarga yang porak peranda. Dan ada orang yang sedang berbohong tentang perkara ini. Ini benar-benar tercela. Saya tidak boleh percaya..." katanya.
Peguam penerbangan, Arthur Rosenberg memberitahu CNN beliau percaya syarikat satelit itu mempunyai kewajipan untuk melepaskan data, sama ada pihak berkuasa Malaysia memilikinya ataupun tidak.
"Malangnya, kita merasakan yang mereka sedang membuang masa, bahawa ada sesuatu yang mereka tidak mahu dunia ketahui. Dan itulah masalahnya, "kata O'Brien." Itulah sebabnya terdapat begitu sedikit kredibiliti sekarang tentang mengapa zon carian ini telah dikenal pasti."
Awal bulan ini, keluarga penumpang kapal MH370 telah merayu Putrajaya untuk melepaskan data kasar supaya ketepatannya dapat disahkan.
"Kami merayu kerajaan Malaysia untuk mengongsi dan melepaskan data ping enjin satelit Inmarsat untuk 9MMRO sehingga isyarat akhirnya telah diterima di peringkat global, agar ia boleh dianalisa dengan lebih luas oleh pakar-pakar yang berkenaan," kata Voice370 , yang terdiri daripada ahli-ahli keluarga penumpang dan anak kapal di atas kapal pesawat.
Kini, rakyat Malaysia...siapa yang anda percaya? Inmarsat atau kerajaan Malaysia?
Posted by 

Read More

Sunday, 23 March 2014

SAR MH370: Malaysia Pembunuh Terbesar? Hentikan sejenak pertelingkalan tradisi PR vs BN!

Isnin, 24 Mac 2014
Malaysia MH370
Berita Semasa ingin mulakan ulasan berita bagi kali ini dengan ungkapan kata-kata seperti, “Kalau kita tidak tahu, tidak bermakna kita dilihat ketinggalan”. “Kalau tiada khabar berita, tidak bermakna kita tiada harapan”.

Dan akhir sekali….“Kalau kita tidak mampu berbuat apa-apa, tidak bermakna doa kita tidak diperlukan”. Baik….

Terus terang Berita Semasa mengatakan di sini, suka atau tidak Malaysia ada kelemahan dalam menguruskan tragedi MH370 seperti yang Berita Semasa ulaskan (DI SINI).

Hishammuddin Hussein

Tetapi itu pada mulanya, dan sekarang Berita Semasa perhatikan kerajaan Malaysia sedikit demi sedikit berjaya menguruskannya dengan baik. Alhamdulillah. Pujian kepada kerajaan Malaysia.

Berita Semasa percaya pihak berkuasa sedang cuba yang terbaik untuk mendapatkan petunjuk dan berusaha meredakan kegelisahan keluarga mangsa tragedi MH370.

LAPORAN BERITA : WARIS PENUMPANG CHINA TUDUH KERAJAAN MALAYSIA PEMBUNUH & PENIPU?

Berdasarkan laporan berita terbaru ini bagi Berita Semasa, ini kata-kata orang marah, yang juga berada dalam kesedihan. Samada dijumpai atau tidak Malaysia Airlines (MAS) tetap akan melalui proses undang-undang. Apa yang penting sekarang ini, perlu tenangkan mereka dengan bijak.

Malaysiakini MH370

Laporan berita Malaysiakini
  • Keluarga ini tengah marah
  • Tengah berhadapan dengan apa yang dipanggil “bereavement”
  • Ini semua melibatkan emosi, ini satu benda yang normal apabila seseorang yang berhadapan dnegan musibah. Samada boleh ada kekuatan terima musibah atau tidak, itu perkara subjektif

Laporan Berita CNN
Tetapi, laporan baru-baru ini dunia terutamanya media antarabangsa dilihat “mengambil kesempatan secukupnya” dengan memberikan tumpuan & liputan eksklusif mengenai gambaran yang cukup buruk kepada Malaysia dek kerana insiden kekecohan di bilik taklimat MH370 baru-baru ini. Sedangkan ingatlah….
  • Malaysia juga masih lagi “kehilangan” 50 orang rakyatnya
  • Indonesia juga masih lagi “kehilangan” 7 orang rakyatnya, Australia (6), India (5), dan juga negara-negara lain
Walaubagaimanapun, kadang-kadang ramai jadi keliru dengan berita-berita yang keluar. Kerana tidak dapat menerima kenyataan jiwa mereka jadi tidak menentu. Lihat ini.. Sedih. Luahan hati seorang ibu yang menanti anak kesayangannya dengan penuh harapan
….

VIDEO KISAH BENAR LUAHAN HATI AHLI KELUARGA CHINA PENUMPANG MH370

 VIDEO BAHAGIAN 1

VIDEO BAHAGIAN II

Kuala Lumpur Indonesia CNN

Cuma Berita Semasa berharap kita sebagai rakyat Malaysia jangan menambahkan lagi kekusutan & masalah yang sedia ada, dengan hentikan terus tindakan melemparkan kutukan, cacian, makian kepada pihak berkuasa terutamanya melibatkan isu Mh370 ini. Ini kerana ia bukan masanya.

Masanya sekarang adalah masa untuk kita semua bersatu. Jika tidak, media asing (seperti CNN, ABC, CBS atau BBC) akan merasakan laporan berita yang dicampakkan kepada masyarakat dunia umumnya dan rakyat Malaysia amnya walaupun tidak semestinya ada asasnya akan terus disokong dan dijadikan rujukan oleh sesetengah pihak di Malaysia.

Pray For MH370

Hentikan sejenak pertelingkalan tradisi antara Pakatan Rakyat VS Barisan Nasional. Ini bukan lagi masa untuk menuding jari. Perbalahan politik bukan bermakna rakyat Malaysia tidak bersatu. Tetapi, Malaysia memerlukan sokongan dari seluruh Malaysia tanpa mengira warna kulit, bangsa, agama dan juga paling penting perbezaan idelogi politik dan ia benar-benar menguji KESEPAKATAN MALAYSIA!

HIKMAH DISEBALIK TRAGEDI MH370 BAGI NEGARA MALAYSIA?

Ramai orang kata, bagaimana sukan boleh menyatukan rakyat Malaysia tetapi Berita Semasa yakin dan percaya musibah juga boleh menyatukan masyarakat kita semua di sini. Berita Semasa fikir musibah & tragedi MH370 ada persamaanya dengan kisah & sejarah Nabi Yunus. Yang mana jikalau fikirkan logiknya, masakan manusia boleh keluar semula daripada perut ikan. Tetapi disebabkan sikap “menyedari & mengakui kesilapannya serta mahu berubah” dan Nabi Yunus sendiri mengakuinya terdiri daripada “orang yang zalim” dan “mengakui kesalahan yang telah dilakukannya“, akhirnya Nabi Yunus berjaya keluar semula daripada perut ikan Nun.

Begitu juga kisah Nabi Yaakub yang cintakan anaknya tetapi diuji dengan musibah menanti anaknya yang tidak pulang-pulang. Datang adik-beradik Nabi Yusuf kepada bapanya dengan hanya berbekal baju Yusuf. “Ayah, Yusuf sudah meninggal dunia dimakan serigala”. Lantas, Nabi Yaakub berdoa,
“Ya Allah, aku mengadu hanya kepadaMu sehinggalah aku mengetahui sesuatu hikmah itu lebih daripada orang lain”.
Jadi apa yang Berita Semasa ingin simpulkan di sini yang boleh kita ambil ikhtibar ada 2 :
  • Pertama, kita boleh lihat seluruh dunia berdoa, rakyat Malaysia, keluarga mangsa MH370, semua mengucapkan kami menanti, Pray for MH370, sebenarnya kita tidak putus. Penuh dengan pengharapan.
  • Kedua, kita bukan sahaja sekadar melakukan solat hajat, mungkin kita semua rakyat Malaysia boleh bermuhasabah termasuk pemimpin politik, pemimpin negara. Mungkin ujian yang diberikanNya memberikan kekuatan kepada Malaysia dikemudian hari ini. Kita tidak tahu. Ini semua perancanganNya.
Berita nampak sekarang banyak hikmah disebalik tragedi MH370 ini :
  1. Satu kelompok manusia yang kuat untuk meminta pertolongan
  2. Satu kelompok yang kuat menyatukan manusia-manusia yang lain. Tegur-menegur. Saling berkongsi kesedihan, perasaan dan tumpang simpati atas nama kemanusiaan dan persahabatan
  3. Kita melihat sendiri dan dunia dipertonton dalam solat hajat, ada jemaah yang mengalirkan airmata seolah-olah kelihatan meminta anaknya pulang ke rumah. Sedangkan jemaah tersebut tidak kenal pun. Indah bukan hikmah ciptaan Tuhan?
  4. Kita tidak tahu apa yang yang Tuhan gantikan yang lebih baik untuk Malaysia. Boleh jadi, perdamaian di Malaysia, boleh jadi kasih sayang yang makin mekar sesama kita rakyat Malaysia, boleh jadi………….
  5. Jadi…kita minta keajaiban seperti ini berlaku. Insyaallah.
P/S : Ummu Salamah seorang isteri yang sangat sayang suaminya, Abu Salamah. Tetapi apabila Abu Salamah nak meninggal dunia, Abu Salamah sempat berpesan : “Wahai isteriku, tidak lama lagi aku nak pergi meninggal dunia. Kau akan bertemu seseorang lelaki yang jauh lebih baik daripada diriku”. Ummu Salamah mengalami kesedihan yang melampau tetapi………

Tetapi akhirnya Ummu Salamah mengamalkan satu doa ini yang diajar oleh Rasulluhah SAW:

Doa Musibah
Akhirnya tanpa pengharapan, siapa yang datang meminang Ummu Salamah? Tidak lain dan tidak bukan………

P/S : Imam Ibnul Qayyim pernah mengatakan : “Sekiranya Tuhan menjadikan sesuatu musibah untuk kita, Sesunggguhnya Tuhan membuka 2 pintu hikmah”.


Read More

Monday, 10 March 2014

SAR MH370: "Minum pagi sambil bersantai di janda baik...Patutla lambat! Pasukan China 'gesa' M'sia percepat carian...

Isnin, 10 Mac 2014
Lembab & Lambat...

lebih kurang sejam yang lalu 


NOH OMAR SECARA TERUS TERANG MEMBERITAHU SELURUH DUNIA BELIAU SEMPAT BERSANTAI DENGAN NAJIB DAN MUHYIDDIN KETIKA NEGARA GEMPAR DAN SEDIH DENGAN TRAGEDI PESAWAT MH370 HILANG!!!!!

"Minum pagi sambil bersantai dgn pm n tpm d kem ilmu janda baik. Isu kehilangan flight MAS n prk kajang antara topic perbualan kami".

Itulah ayat yang terdapat di page rasmi akaun Facebook Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor merangkap Ahli Parlimen Tanjung Karang dan bekas Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani.

Rakyat gempar dan sedih serta memerlukan suatu tindakan yang pantas dan cuntas dari pemimpin tertinggi negara, Noh Omar dengan rasa megah dan selambau batu tanpa rasa malu beritahu dia sedang minum pagi dengan PM dan TPM sambil bersantai di Kem Institut Latihan Memperkasa UMNO (I.L.M.U.) di Janda Baik dibawah suatu program anjuran Biro Pemantapan Politik UMNO sebagai latihan dan persedian menghadapi PRK Kajang.

Ini apa punya pemimpin ni weh!!!!!!!. Lebih 239 nyawa manusia yang menaiki pesawat MAS tidak tahu untung nasibnya .. masih boleh rileks dan bersantai sambil minum pagi.

Dimana slogan Rakyat DiDahulukan dan Prestasi DiUtamakan????? .. DIMANA??????

Dimana janji kata manis yang kerajaan sentiasa mendengar keluhan dan rintihan rakyat ... DIMANA????

Dimana kata yang kerajaan UMNO/BN mengamalkan TRADISI MEMBELA RAKYAT ... DIMANA??????

FB Noh Udang: https://www.facebook.com/dsnohomar/photos/a.336304629837589.1073741862.115195725281815/423338924467492/?type=1&theater

ℑσм pαкατ²⇨ ℒιкє✔ Cσммєηт✔ Sнαяє✔
http://omakkau.blogspot.com/2014/03/noh-omar-secara-terus-terang.html

ṪןḰєlคtє #PrayForMH370
 — with Notty Kidz.


Masalah sungguh...


lebih kurang sejam yang lalu 

Pesawat Mas MH370 : Menyanggah Kritikan Norizan Sharif

Mungkin betul yang Kapal Selam Scorpene DIBINA Khas untuk BERPERANG dan kalau untuk Berperang sudah semesti nya mempunyai ALAT PENGESAN sesuatu OBJEK, macam mana nak Mengesan Musuh kalau untuk Mengesan Pesawat yang di KUATIRI Tenggelam di Dasar Laut pun TAK MAMPU, Patut lah Pengganas Sulu boleh MENCEROH Lahat Datu Sabah atas sebab Pengganas Sulu semasa Menceroboh berada diatas Air manakala Kapal Selam berada Didalam Air tak begitu Norizan. baca lagi --->>> http://inderasipejuang.blogspot.com/2014/03/pesawat-mas-mh370-menyanggah-kritikan.html

Heran jugak kau ye...


24 minit yang lalu 


Kita pun pelik & hairan macam mana la pasport palsu boleh lepas kat KLIA tuu?? HURMMMM...

MH370 Hilang: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi "Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia".


Lagi elik & hairan!! Macamana Rekod Kemasukan Altantuya dan dua lagi wanita Mongolia HILANG daripada rekod kemasukan Jabatan Imigresen... yang ini Zahid tidak hairan ke?

#PrayForMH370

ℑσм pαкατ²⇨ ℒιкє✔ Cσммєηт✔ Sнαяє✔ 

ṪןḰєlคtє

Pasukan China 'gesa' M'sia percepat carian



China menghantar satu pasukan ke Malaysia bagi “menggesa pihak Malaysia mempercepat carian dan misi menyelamat” pesawat MH370 yang hilang.

Menurut agensi berita Xinhua, Kementerkan Luar China berkata, pasukan itu terdiri daripada pegawai daripada kementerian itu, Kementerian Keselamatan Awam, Kementerian Pengangkutan dan Pentadbiran Penerbangan Awam.

Ia akan menyelaraskan usaha bersama kedutaannya di Kuala Lumpur bagi menangani isu relevan, termasuk menyiasat insiden dan membantu anggota keluarga berkaitan di Malaysia.

Pesawat MH370 yang dijadual terbang ke Beijing hilang dalam kawasan kawalan udara Ho Chi Minh di Vietnam.

Ia membawa 12 kru, 227 penumpang, termasuk 154 warganegara China.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena