Showing posts with label Tangkap MO1. Show all posts
Showing posts with label Tangkap MO1. Show all posts

Tuesday, 5 December 2017

[Video Sanggupkah ahli Umno BERTUMPAH DARAH untuk selamatkan Najib] 1MDB & Forex, Mana satu yang betul - Penjawat Awam atau bukan Penjawat Awam?

Rabu, 6 Disember 2017

Image result for Gambar Tangkap MO1
Tangkap MO1
FMT

PENJAWAT AWAM ATAU BUKAN?

Mengikut laporan media dan berdasarkan syor RCI forex, Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim akan disiasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah melibatkan kakitangan awam.

Ia berikutan ketika urusniaga forex yang membawa kerugian itu Tun Mahathir adalah Perdana Menteri, manakala Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.
Jika sabit kesalahan ia boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebatan serta denda yang kadarnya akan ditentukan oleh mahkamah.

Tetapi, dalam kes saman Tun Mahathir terhadap Najib berkaitan 1MDB, mahkamah telah menolaknya dengan alasan seorang Perdana Menteri bukan penjawat awam mengikut pengertian Perlembagaan Persekutuan.
Jika dalam kes forex, Tun Mahathir dan Anwar dipersalahkan kerana kedudukan mereka sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri/Menteri Kewangan adalah penjawat awam, namun dalam isu 1MDB, Najib yang menjadi Perdana Menteri diertikan bukan penjawat awam.

Mana satu yang betul - penjawat awam atau bukan penjawat awam?  (ShahbudinHusin 04/12/2017)
Read More

Sunday, 15 October 2017

[Video Tun M: Tangkap MO1 agenda pertama HARAPAN jika menang] MEMANG KEHADIRAN TIDAK MENCAPAI SASARAN, TETAPI...

Ahad, 15 Oktober 2017

MEMANG KEHADIRAN TIDAK MENCAPAI SASARAN, TETAPI...

Berapa sebenarnya yang hadir dalam Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi malam tadi?

5 ribu? 10 ribu? 25 ribu? 50 ribu?

Atau matlamat 100 ribu dicapai dengan jayanya?

Ramai yang nampaknya memperlekeh jumlah kehadiran dalam perhimpunan malam tadi. Ada yang mengatakan ia sebuah perhimpunan yang gagal dan ada juga yang membandingkannya dengan jumlah kehadiran di Himpunan Fastaqim di Terengganu, baru-baru ini.
Memang diakui jumlah kehadiran tidak begitu mencapai matlamat yang disasarkan. Ada beberapa sebab yang menyumbang ke arah itu, antaranya kerana semalam bermulanya cuti sekolah sempena Deepavali di mana ramai yang balik kampung atau pergi bercuti,  ada perlawanan bolasepak EPL antara Manchester United menentang Liverpool serta beberapa sebab yang lain lagi.

Tetapi, sebab paling utama mengapa kehadiran tidak begitu memberangsangkan ialah kerana rata-rata rakyat sudah ada pilihan untuk tidak mengundi BN dalam pilihanraya umum datang ini.

Tidak seperti banyak perhimpunan sebelum ini, berlangsungnya Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi kali ini adalah di tengah-tengah rakyat sudah cukup faham dan masak mengenai skandal 1MDB, cukai GST yang membebankan, buruknya kepimpinan Najib Razak dengan pelbagai isu, pembaziran dan kemewahan Rosmah, skandal Felda dan macam-macam lagi yang menyusah dan menyakitkan hati mereka.
Oleh kerana rakyat sudah betul-betul faham dan masak dengan apa berlaku serta telah menetapkan pilihan untuk "membuang"  Najib, UMNO dan BN dalam pilihanraya yang bakal diadakan hanya beberapa bulan saja lagi, maka untuk apa mereka perlu bersusah-payah untuk menunjuk-nunjuk pendirian secara terbuka?

Ramai rakan-rakan dan mereka yang ditemui dalam seminggu dua sebelum berlangsungnya perhimpunan ini mengatakan, bukan mereka tidak mahu hadir, tetapi ketetapan pilihan tidak mungkin berubah lagi.

Tidak hadir berhimpun pun, kata mereka, undi tetap kepada Pakatan Harapan.
Majoriti rakyat sedar mengekalkan lagi Najib, UMNO dan BN hanyalah mengundang malapetaka secara sengaja atau seperti memasukkan ular sawa untuk menjaga keselamatan sereban ayam.

Selain itu, perhimpunan malam tadi juga berlangsung agak lama iaitu bermula jam 4 petang hingga 12 malam. Mungkin ada yang datang petang dan kemudian balik dan ada juga yang hanya hadir pada sebelah malam saja.

Kapasiti padang dianggarkan boleh memuatkan kira-kira 40 ribu dalam satu-satu masa. Ketika kemuncak himpunan, jelas dapat dilihat lebih separuh daripada padang penuh dengan orangramai.

Adalah tepat bahawa anggaran kehadiran ketika kemuncak ialah 25 ribu atau lebih. Jika dicampur dengan mereka yang hadir pada sebelah petang dan kemudian balik serta yang bersepah-sepah di sekeliling padang, jumlah munasabah yang hadir adalah tentunya antara 40 ribu atau lebih daripada itu.
Himpunan malam tadi juga tidak seperti Himpunan Fastaqim di mana ada kerahan untuk hadir bagi menunjukkan kekuatan kerana Pas sedang lemah lantaran bersekongkol dengan kleptokrasi, sebaliknya Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi adalah sekadar mengekalkan momentum dan persiapan untuk mengambil alih kerajaan.

Yang tidak kurang mustahaknya, perhimpunan malam tadi juga seperti mendapat keredhaan Tuhan dengan cuaca yang cukup baik, walaupun beberapa hari sebelumnya hujan tidak berhenti-henti dan dengan demikian tiada kejadian dipanah petir, khemah tumbang dan sebagainya telah berlaku.

Yang tidak hadir, mereka  malah dapat menontonnya secara "livestream" melalui media sosial dan sebagainya. Pendeknya, sokongan kepada Pakatan Harapan langsung tidak berkurangan berbanding sebelum atau selepas perhimpunan berkenaan.

Meskipun boleh dikata kehadiran tidak menepati sasaran, tetapi Najib, UMNO dan BN tetap belum berani mendabik dada mereka akan mencapai kemenangan atau sekurang-kurangnya Selangor dapat ditawan kembali hanya berdasarkan kurangnya sambutan malam tadi.
Sebab apa?

Sebabnya tidak lain kerana Najib, UMNO dan BN sendiri sedar bahawa majoriti rakyat sudah pun ada pilihan dalam hati masing-masing ketika ini. Rakyat tidak perlu lagi terus mendengar ucapan dan hujah Tun Mahathir, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu atau yang lain-lain untuk membuatkan mereka sedar apa pilihan yang harus dibuat.

Pilihan sudah ada dalam hati rakyat, tersemat erat dan tidak mungkin berubah lagi - undi Pakatan Harapan dan tolak BN.
Ramai atau tidak yang hadir dalam perhimpunan malam tadi,  sasaran dicapai atau sebaliknya, ia langsung tidak mengubah pilihan yang sudah ada dalam hati rakyat.

Seperti kata Tun Mahathir dalam ucapannya malam tadi,  Najib dengan pelbagai karenah dan kelakuannya sejak lapan tahun lalu,  sudah menjadi musuh kepada negara sekarang ini.

Apakah rakyat "tidak berakal" atau masih tidak boleh berfikir untuk terus memilih musuh kepada negara bagi memimpin mereka lagi?

Dan berserta azam untuk menyelesaikan kerjanya bagi menyingkirkan Najib, Tun Mahathir juga menambah satu lagi cahaya harapan buat masa depan rakyat sepertimana terserlah kejayaan beliau mengubah Malaysia daripada negara pertanian kepada perindustrian yang berdaya maju dan disegani dunia sebelum ini. (ShahbudinHusin 15/10/2017)
Read More

Saturday, 3 September 2016

[Video] Mengapa Kerajaan mendedahkan #MO1 adalah NAJIB? 'KERANA takutkan gelombang rakyat yg lebih besar #BERSIH5?'

Ahad, 4 September 2016

Salam pagi Sabtu....!!!
Kebangkitan Suara Generasi Baru
Boleh Mengubah Kerajaan...!!!

Aku yakin kerna takutkan gelombang rakyat yg lebih besar #BERSIH5 maka selepas gerakan mahasiswa #TANGKAPMO1''...maka kerajaan bertindak mendedahkan #MO1 adalah NAJIB
Image result for Gambar Demo tangkap MO1

Mahasiswa desak polis segera siasat Najib, Rahman Dahlan

Anis Syafiqah Md Yusof Anis Syafiqah Md Yusof
Gabungan Tangkap Malaysian Official 1 (#TangkapMO1) mendesak pihak polis supaya tidak bersikap pilih kasih dengan segera menyiasat Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan ekoran skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jurucakapnya, Anis Syafiqah Md Yusof berkata, rakyat akan hilang kepercayaan terhadap institusi yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat ini jika polis terus berdiam diri.
“Datuk Abdul Rahman Dahlan telah mengeluarkan kenyataan di media antarabangsa mengatakan bahawa MO1 itu adalah Datuk Seri Najib Tun Razak, maka kami merasakan mereka berdua ini perlu dipanggil dengan segera untuk disiasat,” tegasnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, pihak polis perlu membuktikan bahawa mereka berkhidmat atas kepentingan rakyat dengan menyiasat dan mengenal pasti individu sebenar Malaysian Official 1.
“Kami merasakan pihak polis perlu segera bertindak tidak lebih daripada dua hari seperti apa yang mereka lakukan terhadap individu yang mereka rasakan terlibat dalam himpunan aman 27 Ogos lalu.
“Rakyat juga akan tertanya-tanya kenapa begitu cepat individu yang terlibat dengan himpunan #TangkapMO1 dipanggil untuk siasatan tetapi pendedahan mengenai perompak duit rakyat ini masih dibiarkan begitu sahaja?” bidasnya.
Mengulas lanjut tindakan polis memanggil beberapa aktivis yang terlibat dalam himpunan #TangkapMO1 pada 29 Ogos lalu atas alasan untuk diambil keterangan, Anis berpendapat siasatan tersebut berniat jahat.
“Kami mengecam pihak polis atas siasatan yang dikenakan termasuklah tindakan menggunakan Akta Hasutan dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan iaitu mengancam demokrasi berparlimen atas himpunan yang berlangsung dengan aman pada Sabtu lalu.

“Siasatan itu juga hanya ingin menakutkan mahasiswa yang sudah tidak sabar untuk melihat perompak terbesar negara didedahkan dan didakwa.
“Ini kerana polis hanya mengambil masa selama dua hari selepas himpunan untuk memanggil pihak-pihak yang dirasakan terlibat sedangkan sejak kami lancarkan kempen #TangkapMO1 sebulan yang lalu, tidak ada seorang pun yang dipanggil untuk disiasat bagi mengenal pasti siapakah MO1 tersebut,” tegasnya.
Tambahnya, lebih malang tiga mahasiswa antara yang ditahan dalam siri jelajah kempen #TangkapMO1 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar, 20 Ogos lalu.
Dalam perkembangan berkaitan, polis akan menyerahkan kertas siasatan terhadap 11 peserta himpunan #TangkapMO1 kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Kelmarin, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah memberitahu 20 peserta himpunan lagi akan dipanggil untuk direkod keterangan.

Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena